Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1362

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak

$
0
0
Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Tarikan utama di Homestay Kampung Beng
Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak | Pakej percutian menarik di Negeri Perak menawarkan percutian Homestay terbaik di negeri Perak dengan harga yang sangat berpatutan. *jadi kampung Beng adalah salah satu darinya. wow mesti cuba!!

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Pakej pelancongan Homestay Kampung Beng
Okay kami dah sampai ke Perkampungan Homestay Kampung Beng. Jauh dari kesesakan bandar dan kecelaruan kerja-kerja *yang mungkin boleh buat kita gila. Tanpa aircon, tanpa traffic jam, tanpa pizzahut delivery, tanpa tanpa dan tanpa lagi mungkin sesuatu pengalaman yang teringin korang lalui. *MY tak culture shock sangat sebab My pun berasal dari kampung. Dah terbiasa dengan semua nie. 

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Salam sebuah rumah tradisional yang dijadikan homestay di kampung Beng
Mandi air perigi pagi-pagi sebelum pergi sekolah tu dah menjadi makanan bagi MY . Bila tengok member-member dari bandar ni turut merasa pengalaman itu di Homestay Kampung Beng ni. * haha nak gelak pun ada. ekekekeke. Tapi MY pun mengigil-gigil jugak sebab *pergh beku beb. Air bukit habaq hang * kat kg MY air perigi tak sesejuk nie..ayarkkkk

Terletak kira-kira 23 kilometer dari Pekan Leng­gong atau lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuala Kangsar [klik], Homestay Kampung Beng antara perkampungan tradisional di pinggir Tasik Raban.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Menaiki bot menyusuri Tasik Raban 
Ia adalah gabu­ngan beberapa biji kampung iaitu Kampung Durian Lubuk, Beng Dalam, Kampung Dusun, kampung Sekolah, Kampung Durau dan Batu Ring. *kami berkampung di Kg Batu Ring selama 3 hari 2 malam

Untuk sampai ke kampung itu, kami perlu menyusuri tasik menggunakan bot tradisional kira-kira 15-20 minit dari Jeti Pengkalan Tasik Raban. *bukan speedbot, tapi bot yang boleh bawa anda bersiar-siar menikmati apa itu erti sebenar keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH SWT.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Boleh dikatakan setiap rumah yang ada di Kampung Beng mempunyai sampan mereka sendiri .
Pengunjung juga sebenarnya boleh menaiki kereta namun mengambil masa lama dan jalannya pula tidak begitu baik dan berbengkang-bengkok. 

Ketika di Homestay Kampung Beng ini, ketena­ngan dan suasana desa yang permai cukup mendamaikan kami. Ikatan persaudaraan antara penduduk kampung menjadikan anda sebahagian dari keluarga besar penduduk setempat. Suasana perkampungan Homestay Kampung Beng ini juga amatlah aman damai dari sebarang jenayah atau kecurian.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Pengalaman diorang masuk hutan untuk menjejaki air terjun hehe.
Meng­inap di Home­stay Kampung Beng ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan, antaranya menyusuri tasik dengan bot atau melihat keindahan alam semulajadi, melihat panorama saat matahari terbenam di celah Gunung Piah. Pengunjung juga boleh menikmati kesejukan air terjun di  bukit dan memancing.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Yeay mandi air terjun. Sejuk wooooooo
Mahu merasai sendiri kehidupan penduduk kampung yang kebanyakan mereka adalah penoreh getah? * inilah tempatnya

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Dikelilingi pokok getah 
Jejaknya kaki kami ke Homestay Kampung Beng ini iaitu di Kampung Batu Ring membawa kami ke dunia realiti si penoreh getah sebenar. Hidup dikelilingi pokok-pokok getah yang banyak memberi bakti kepada penduduk tempatan.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Kelihatan kanak-kanak di Homestay Kampung Beng ini sedang bermain permainan tradisi gasing.
Pengunjung juga boleh bermain bersama anak-anak kecil di tanah lapang berhampiran dewan serba guna.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Makanan tradisi masyarakat setempat yang korang pun patut cuba.
Bila malam, hida­ngan ikan talapia bakar cicah air asam, ayam kampung goreng, ulaman kampung serta ikan pekasam cukup menyelerakan. * pergh selera pure 100% kampung. Inilah masa yang di tunggu-tunggu. Makan..makan..makan.. ahaks.

Secara kesimpulannya. * chewah ayat skema tu. Jom tengok video yang disediakan oleh  www.rambleandwander.com [klik]


Ok cerita punya cerita lupa pulak nak perkenalkan keluarga yang menjaga kami selama 3 hari 2 malam kat Homestay Kampung Beng ni. * tadaaaaaaaaaaaa


Bersama keluarga angkat
Ha amacam syok tak? Bagi yang dok tertanya-tanya mana kami nak pergi masa entry Percutian Keretapi [klik] kami lepas. Inilah jawapannya. Kami membawa diri ke Homestay Kampung Beng.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak

Boleh dikatakan banyak pengalaman baru MY timba melaui program Railway Tourism ke Homestay Kampung Beng ni. Mengkaji perbezaan dan persamaan adat yang mereka ada di sekitar negeri Perak , khususnya di daerah Lenggong nie. * wow, memang best giler. 

Akhir sekali selamat tinggal untuk Homestay Kampung Beng. Insyaallah jika umur panjang dan ada rezeki lagi untuk ke sini,*kita datang lagi.. yeay. Bye..bye

p/s : ok sekarang jom kita ke Victoria Bridge [klik]

Foto ehsan dari 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1362

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.