Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak

Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY | Sangat teruja bila dapat menjejakkakn kaki ke tempat yang sangat bersejarah seperti  VICTORIA BRIDGE diKuala Kangsar [klik]. .

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak
Victoria Bridge

Jambatan atau lebih dikenali sebagai  VICTORIA BRIDGE ini adalah antara landasan kereta api atas jambatan yang  tertua di Malaysia (Tanah Melayu di ketika itu). Mula digunakan semenjak 1900 semasa perlombongan bijih timah giat dijalankan sehinggalah diberhentikan servisnya pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada keretapi yang lebih moden yang mana landasannya hanya terletak bersebelahannya sahaja. Bagaimanapun senibinanya masih utuh hasil rekaan juruteranya W.Fryer, divisional Engineer and C.R. Hanson.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak
Laluan untuk ke Victoria Bridge
VICTORIA BRIDGE ini menghubungkan Enggor dan Karai sebagai alternatif utama penduduk disini pada suatu ketika dahulu *sila google untuk lihat laluan keretapi baru. Walaupun sudah tidak digunakan lagi, tetapi strukturnya masih kuat dan kukuh. Malah VICTORIA BRIDGE masih berfungsi penuh di mata lensa kaki fotografi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak
Media disambut oleh penduduk dengan kain selempang.

Kedatangan kami untuk ke VICTORIA BRIDGE ini adalah untuk MAJLIS PERASMIAN ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY 1MALAYSIA CLEAN, 1MALAYSIA GREEN PROGRAM’.

Rombongan Railway Tourism disambut dengan meriah oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz bersama Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia. Setiap seorang daripada kami dipakaikan kain selempang batik dan sarong bagi mewujudkan suasana sebenar kampung zaman dahulu dan diiringi Paluan Kompang oleh Kumpulan Hadrah dan Kebudayaan DUN Chenderoh.

*kain selempang merupakan aset penting untuk penduduk kampung pada masa dahulu. Kerana ia merupakan sesuatu yang penting dan sangat berguna dalam kehidupan harian orang kampung dahulu kala.

Acara yang berlangsung di Majlis ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY 1MALAYSIA CLEAN, 1MALAYSIA GREEN PROGRAM’ ini adalah seperti Memasang Bendera Malaysia di Victoria Bridge, Tiga (3) Das Tembakan oleh Wakil ‘Homeguard’ dan Gimik Menandatangani ‘Plug Victoria Bridge’.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak
Meriam aktif
Bunyi 3 das dentuman dari meriam yang di ulang setiap 15 minit sekali *pergh rasa nak gugur je jantung nie. Silap-silap boleh jatuh peranakan nie, eh kbai. hahahaha.

Gimik pelancaran juga tidak kurang menariknya dengan persembahan Tahun Melawat Malaysia 2014 , konvoi motor scrambler , absailing yang membawa bendera , formasi Homeguard dan banyak lagi. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak
Home Guard - Pasukan Kawalan Tempatan, Pengawal Kampung 

Sedikit informasi mengenai Home Guard:
Pasukan Kawalan Tempatan, Pengawal Kampung (bahasa Inggeris: Home Guard) ialah satu pertubuhan sukarelawan yang memainkan peranan dalam mengawal keselamatan semasa keadaandarurat 1948 [klik] berlaku diPersekutuan Tanah Melayu[klik]. Mereka turut berkhidmat dengan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk mengekang pergerakan komunis, dan supaya segala keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta peralatan senjata tidak sampai ke tangan komunis.Pasukan ini ditubuhkan British mengikut acuan Home Guard (United Kingdom)[klik].
Pasukan Pengawal Kampung ini dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Apabila berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia[klik] pada 1963-1965, pasukan ini diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Ia dibubarkan kembali selepas konfrontasi ini tamat.
Selepas berlakunyaPeristiwa 13 Mei[klik]pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972,Ikatan Relawan Rakyat [klik] (RELA) ditubuhkan.
wikipedia [klik]
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak
Selfie jap dengan diorang nie hahahaha

Okay, orang ramai sangat, nak bergerak pun susah. So tunggu masa untuk makan. yeay. *psssttt dengar citer menu yang diorang nak hidang ni memang style kampung.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Victoria Bridge, Kg.Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak
Makan sambil duduk bersipuh eh huhu

Ha ah ya, style kampung sangat kan. Duduk pun bersipuh. *dah macam anak gadis sunti di majlis peminangan dia je. eh kbai. hahaha. Masa ni, bukan kami je yang terlibat, ramai pelancong dari luar negara pun turut serta dengan kami. *baru diorang tau nak makan dengan tangan camne kan.

Kadang-kadang MY tergelak jugak tengok diorang makan dengan tangan. *kekok. sampai ke dalam hidung nasik hahah. Maklumla, diorang mana pernah makan nasi dengan tangan kan. Makan burger [klik] dengan tangan ada la.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
ikan pekasam perak
Hidangan Ikan Pekasam
Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnyaikan) dengan menggunakan garam(atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timurSemenanjung Malaysia [klik].Negeri Perak [klik]terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh [klik], yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. _ wikipedia [klik]
Ikan Pekasam *wow my favourite. Habis dekat 2 pinggan kami makan huhu. Kalau korang nak tahu hebatnya ikan pekasam di perak nie, sehinggakan ia turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909.

Memang terbaiklah. Semua hidangan disaji dengan menggunakan pinggan putih yang bermotifkan bunga.*rare nie, biasa rumah-rumah lama kat kampung je ada. Ia bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kampung pada zaman-zaman dulu kala. * tradisi melayu asli katakan,truly asia.

So bagi mereka yang suka mengambil gambar tu, jangan lepaskan peluang anda untuk beraksi di sini. eh huhu. Tempat yang sangat strategik dan terbaik untuk hasilkan gambar yang meletop-letop.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359