![]() |
Mendekati Alam Semulajadi - kredit foto FarmInTheCityMalaysia |
FARM IN THE CITY, Seri Kembangan |Destinasi Percutian Keluarga | Beriadah dihujung minggu bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan. *tak tahu nak pergi mana? Okay, destinasi yang MY nak kongsikan dengan korang kali ni adalah destinasi percutian keluarga. *tapi tak bermakna yang tak ada keluarga tak boleh pergi. Korang nak pergi alone pun boleh hehe.
![]() |
pintu masuk Farm In The City |
*dimana ya? Ha di tengah-tengah kesesakan kota raya. Di FARM IN THE CITY, Sri Kembangan . *Ha korang jangan terkejut.
![]() |
FARM IN THE CITY adalah satu konsep unik yang telah menggabungkan unsur-unsur hidupan liar dan alam semula jadi yang ditetapkan dalam persekitaran sebuah taman pemuliharaan. Direka untuk menyerupai suasana sebenar Kampung di Malaysia dan memberi peluang kepada golongan muda dan tua untuk mendekati dengan haiwan dan tumbuhan yang kebanyakannya kita hanya mengenalinya melalui TV atau buku.
![]() |
kaunter tiket |
Berikut merupakan harga tiket yang dikenakan kepada pengunjung.![]() |
![]() |
taq yang perlu dipakai sebagai tiket untuk masuk |
Kalau dah beli tiket tu, korang akan dapat taq nie. So, kena pakai kat tangan. *kalau nak pakai kat leher dikhuatiri tak muat ahhaha.
![]() |
Ramai pengunjung yang datang |
![]() |
persembahan dari burung-burung yang terlatih |
Di sini juga ada show dari haiwan-haiwan terlatih seperti burung kakak tua. Ada yang boleh berlakon, ada yang boleh bercakap dan macam-macam lagi. *huh diva semua ![]() |
Kemain dia posing |
Pengunjung juga boleh memberi makan, sentuh dan bermain dengan lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dalam jarak dekat. *serius semua haiwan-haiwan kat sini tersangat lah comel.. eiii geram nak cubit-cubit pipi.
![]() |
Burung-burung yang jinak - kredit foto www.fauziaryaan.com |
Kelebihan di FARM IN THE CITY ini adalah kerana ianya berkonsepkan zoo bebas sangkar, semua binatang yang ada dibenarkan untuk berkeliaran bebas di dalam kandang khas yang juga merupakan tempat laluan pengunjung. *wah memang menyeronokkan.
![]() |
Haiwan yang mesra dengan kanak-kanak - kredit foto www.benashaari.com |
Menangkap ikan merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik pengunjung ke sini especially kanak-kanak. *memang meriah betol bila tengok kanak-kanak menangkap ikan. Tetiba teringat zaman-zaman kecil kat kampung culu. huhu
![]() |
aktiviti tangkap ikan - kredit foto www.benashaari.com |
Untuk pengetahuan korang FARM IN THE CITY ini terletak di atas tanah yang berukuran tujuh ekar, FARM IN THE CITY ini ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang akan menyediakan pelbagai jenis pengalaman untuk pengunjung.
![]() |
Tasik yang dipenuhi dengan haiwan-haiwan yang comel - kredit foto FarmInTheCityMalaysia |
Get Up Close and Personal di Turtle & Tortoise Farm, Reptiles Cavern, Bird Aviary, Savannah, Vegetable & Fruits Farm, Pet Village, Mood's Lake, Jungle Walk, Butterfly Garden, Exhibition Hall, Pelican Quay dan lain-lain lagi. *wowo, korang kena datang dan rasainya sendiri.
![]() |
World's Smallest Species of Fox - kredit foto FarmInTheCityMalaysia |
Antara haiwan yang jarang untuk kita temui disini, seperti musang ni. * wah so cute. Ada banyak lagi spesies, sepeti kanggaroo dan kambing yang di import khas dari Sri Langka. *ha teruja tak? kalau nak tengok jom datang beramai-ramai ke FARM IN THE CITY .
![]() |
Ular sawa yang boleh disentuh dan dipegang |
Kemudahan seperti kedai cenderamata, tandas dan restoran ada disediakan untuk para pengunjung. ![]() |
Kemudahan yang tersedia. |
Selain daripada pengalaman santai yang menyeronokkan, FARM IN THE CITY juga ada melaksanakan pelbagai program pendidikan yang mengsasarkan kepada pengunjung dari semua peringkat umur yang berpusat di sekitar tema pemuliharaan dan pemeliharaan ini. Ia adalah sebahagian daripada wawasan untuk memberitahu dan mendidik orang ramai mengenai habitat, kelakuan dan taburan geografi haiwan dalam landskap global.
![]() |
Bersama sahabat blogger |
Terima kasih kepada pihak FARM IN THE CITY dan Virtual Malaysia [klik]kerana sudi menjemput MY untuk destinasi kali ni.
----------------------------------------------------------------------------------
Description:
Farm in the City (FITC) is an unique concept that combines the elements of wildlife and nature set in a designed environment of a conservation park.
FITC plans to become a focal point for tourism in the state by providing educational and entertaining insights into the lifestyle and setting of a Malaysian village, fruit orchard and farm with its natural plants and wildlife
It is within the FITC's aim to be more than just a public farm and petting zoo. FITC have plans to execute various educational programs targeted at school-children and people of all ages on the themes of conservation and preservation.
FITC is a park that is COMPLETELY FREE OF CAGES. All animals are allowed to roam free in special enclosures which mimic as closely as possible to their natural habitat.
![]() |
![]() |
Untuk maklumat lanjut korang boleh ke Facebook page mereka di Farm In The City 城の农场 [klik] .
Jadi, jika korang datang berkunjung disini jangan lupa kongsikan gambar korang di instagram dan #farminthecity