Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN | Afgan Diserbu Peminat

$
0
0
Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
AFGAN di Malam SECRETARIES WEEK@PICC - foto PICC
Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC| Afgan Diserbu Peminat |Tergesa-gesa selepas balik kerja kerana nak bersiap untuk ke Putra International Convention Center (PICC). *untuk apa ya? Malam nie dinner bersama para-para setiausaha di majlis Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC . Malam ni juga akan menampilkan AFGAN iaitu penyanyi muda dari seberang Indonesia.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Sapphire Table RM888 [klik]
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)Bermula pada tahun ini iaitu 2014, PICC telah mengambil peluang untuk mengadakan jamuan makan malam untuk meraikan Minggu Setiausaha 2014. Program ini adalah salah satu usaha berterusan PICC untuk menjadikan fasiliti dan lokasi mereka lebih aktif, bernilai komersial serta kompetetif. Acara ini juga dikatakan telah mendapat kerjasama dari Perbadanan Putrajaya.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
foto PICC
Dengan kemudahan bertaraf antarabangsa yang mereka ada,ia akan menjadikan PICC sebagi sebuah lokasi acara yang menjanjikan sesuatu kelainan dan kemeriahan yang terbaik. *jom jalan-jalan kat PICC


Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Noryn Aziz foto Todak Merah
Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICCPersembahan malam semalam telah dibuka dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi, Noryn Aziz iaitu artis jemputan 'live' pada malam ini. Beliau telah menyampaikan 5 buah lagu untuk penonton yang hadir.

Lima buah lagu tersebut adalah Natural Woman, Medley (Rolling In The Deep dan Set Fire To The Rain), Tinta Putih, Cinta Sejati dan Medley ( Happy dan You To Me Are Everything). 

Penyanyi yang pernah memenangi 3 butir pingat emas di ‘World Championships of Performing Arts 2008’ (WCOPA)  di Los Angeles, Amerika Syarikat ini sangat hebat dan telah memukau penonton walaupun dia kini sedang hamil 4 bulan. *bawa handbag katanya. eh huhu.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Noryn Aziz bersama peminat foto Todak Merah
Majlis yang diacarakan oleh Kuah Jenhan itu juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah buat para hadirin. *ok fine.. nampaknya tak ada rezeki MY malam ni.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Afgan foto Todak Merah
Kemunculan AFGAN pada malam itu memang sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya. Malah ada diantara peminat fanatiknya sanggup untuk datang dari jauh semata-mata untuk bersemuka dengan artis hebat itu.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
peminat mengambil peluang untuk berselfie dengan Afgan foto Todak Merah
Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Layanan Afgan kepada peminat ketika menyampaikan lagu foto Todak Merah
Di awal kemunculan AFGAN di atas pentas telah menunjukkan satu aura yang sangat luar biasa, apabila peminat-peminat beliau mula meninggalkan meja makan dan ke hadapan pentas. Ada yang mengambil peluang untuk naik ke atas pentas dan bergambar bersama AFGAN walaupun ketika masih beliau sedang menyanyi.

Malah ada peminat yang mengambil peluang mencium pipi AFGAN selepas bergambar. *huh berpeluh-peluh, haha. fanatik..fanatik.


Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Afgan bersama kak Sofie foto Todak Merah
Pada malam itu AFGAN telah muncul dengan lima buah lagu iaitu seperti Pesan Cinta, Jodoh, Panah Asmara, Bawalah Cinta dan Terima Kasih Cinta.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
MY bersama Afgan foto Todak Merah
*eh menyempat kan. hahahha. Bila dia dok pusing-pusing dekat meja makan tu, apa lagi bangun mintak ambik gambar la kan. Nak jumupa AFGAN ni entah bila lagi. Satu shoot pun dah ok untuk dijadikan kenang kenangan kat Majlis Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC ni. *krik krik krik kepada peminat-peminat dia kat luar sana mohon ambik tisu kesat air mata kejelousan . eh ahahha.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Sesi Autograf foto PICC
Bila dah selesai semua, sesi ambil autograf pulak kan. *MY tak ambik pun, bagi peluang kat peminat-peminat dia yang lain

Artikel Berkaitan : 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359