![]() |
Group Photo bersama Kelab Blogger Ben Ashaari - Foto Ben Ashaari |
BUFFET RAMANDAN BANGI GOLF RESORT 2014 | TEMPAT BUKA PUASA DI BANGI | Alhamdulillah rezeki lagi bila dijemput oleh Blogger Cik Ngah [klik]kita untuk berbuka puasa di BANGI GOLF RESORT .Terima kasih Cik Ngah.
Tak begitu jauh dari rumah MY di Sungai Chua Kajang. Dengan bantuan Waze hanya memakan masa lebih kurang 12 minit sahaja. Sapa-sapa nak ke BANGI GOLF RESORT .tak perlu risau kerana, dengan bantuan application waze di telefon mudah alih anda, ia akan bawa anda hingga ke tempt yang dituju dengan selamat hehe.
![]() |
Restoran BANGI GOLF RESORT |
Agak teruja pada malam tu bila ramai blogger-blogger yang otai hadir. Terada diri ini kerdil sangat, tambah pula nama kat kaunter registretion tak naik. *memang rasa krik krik krik je kan .hahahaha. Lebih dari 200 jenis juadah untuk berbuka disini. *pergh juling mata MY tengok makanan yang banyak tu huhuhu. Harga yang ditawarkan? Cuma RM50 untuk orang dewasa & RM25 untuk kanak-kanak. Menarik bukan!
Tapi ada sesuatu yang telah menarik perhatian MY, seawal MY jejak kaki masuk ke dalam dewan makan ni lagi. *apa dia tu special sangat kan? .
![]() |
Ia merupakan telur masak separa yang resepinya diterbangkan khas dari Singapura. Dipanggil Sous Vide Egg with Mushroom Espuma. *erkkk berbelit lidah village people ni sebut kan. Menurut chef yang bertugas untuk menyediakannya, di Malaysia hanya boleh dapat di Restoran Bangi Golf Resort sahaja. Sejak dari kecil lagi MY memang tidak pernah makan telur mask separa nie. Tapi semalam, resepi ni dah menjadi salah satu makanan kesukaan MY di Restoran Bangi Golf Resort ni.
![]() |
dengan sos mushroom |
Ianya dihidangkan dalam 2 jenis iaitu satu dengan kicap dan satu lagi dengan sos mushroon yang sangat lazat. MY lebih teruja dengan resepi dengan sos mushroom tu. Memang hanyir telur tidak ada langsung. Bila makan membuatkan kita seakan-akan nak lagi.
Artikel Berkaitan : BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN | BUFFET BERBUKA PUASA SHAH ALAM 2014[klik]
![]() |
Rasa yang sangat sedap- Foto Razi |
Okay kita tinggalkan bab telur yang sedap tadi, jom kita tengok juadah lain yang menanti korang di bulan ramadhan nie.
![]() |
Kambing Panggang |
Ok, Kambing panggang ni memang makanan wajib untuk mana-mana BUFFET RAMADHAN sekalipun. Orang kata, ianya menjadi makanan utama dan sebagai pelaris sesuatu Buffet Ramadhan tu. *betoi ke idok?.
![]() |
Kambing Panggang |
Selain dari Kambing Panggang ni, juadah seperti sate juga memang ada di mana-mana buffet ramadhan. Tapi apa yang penting kat sini memang sedap. Selain dari itu juadah-juadah lain adalah seperti:
![]() |
Chicken Roasted |
![]() |
Udang Goreng Butter |
![]() |
Sayur goreng |
![]() |
Ikan Keli Masak Lemak Cili Api |
![]() |
Rendang dan Lemang |
![]() |
Kuih Muih / kentang goreng |
Bagi yang kononnya tak makan makanan melayu tu jangan risau. Makanan western pun turut dihidangkan kat sini. *tangan ke bahu mata ke atas #aptb.
![]() |
Beef lasagne |
![]() |
Grilled Chicken with Creamy Mushroom Sauce |
![]() |
Buah-buahan |
Selain dari ini, ada kerabu udang, kerabu perut dan macam -macam juadah pencuci mulut.*huh banyak sangat makanan, kalau tunjuk kat sini mau 2,3 entry ni. hahaha. Ha, amacam tergoda tak? kalau nak cuba boleh la bawak family datang cuba BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT ni. Sangat berbaloi.
Untuk menempah , sila hubungi
Luliy Shalwani ( 016 267 8284 )
atau Siti Zawiah ( 017 316 9316 ) ,
atau terus call 03 – 8925 3728
Luliy Shalwani ( 016 267 8284 )
atau Siti Zawiah ( 017 316 9316 ) ,
atau terus call 03 – 8925 3728
Alamat :
Bangi Golf Resort ,
No 1 . Persiaran Bandar.
43650 , Bandar Baru Bangi.
Selangor Darul Ehsan.
Bangi Golf Resort ,
No 1 . Persiaran Bandar.
43650 , Bandar Baru Bangi.
Selangor Darul Ehsan.
Websites : www.bgrrest.com