Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara | Perkara Penting Sebelum Dan Ketika Melancong

$
0
0

phuket land of smile

Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara| Perkara Penting Sebelum Dan Ketika Melancong| Semua orang excited bila nak bercuti. Tambah pula, destinasi yang nak dituju tu ke luar negara. Tapi adakah diorang mengambil berat tentang, hal-hal yang patut mereka tekankan. So, kat sini MY nak kongsi beberapa hal penting sebelum dan ketika kita melancong di luar negara. *untuk peringatan diri sendiri jugak

PASSPORT| Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika PASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda di wajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda. Sila rujuk Pasport Malaysia Antarabangsa [klik]

SENARAI HITAM | Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujukSemakan Status Kawalan Imigresen [klik] .

TUKAR MATAWANG | Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu. *sila ambil berat tentang hal ni kalau korang tak nak mengemis di negara orang huhu.

KAD ATM | Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara.

TIKET PESAWAT | Pastikan Tiket Pesawat (jika korang menaiki kapal terbang) anda sudah ditempah terlebih dahulu. Periksa tarikh dan masa untuk mengelakkan korang tidak tersalah beli tiket. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan korang.

PENGINAPAN / HOTEL | Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. Korang hendaklah membaca fahamkan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi .

TELEFON BIMBIT | Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada keluarga terdekat atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. Make sure bagi no telefon bimbit anda yang aktif di negara tersebut untuk senang berkomunikasi jika ada sesuatu.

UBAT-UBATAN | Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. Nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi. Ini penting untuk masa-masa terdesak.

BAGASI | Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. Nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.

UNDANG-UNDANG | Sila fahami dan patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati untuk mengelakkan korang dikenakan denda.

KAMERA | Bawa Kamera untuk merakam aksi anda ketika bercuti sebagai kenangan.

Tip tambahan : Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti. Ini adalah untuk keselamatan rumah bila korang meninggalkan rumah dalam masa yang lama.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359