Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

DARAH TINGGI | Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi

$
0
0

Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Tinggi_ foto duniafitnes.com
DARAH TINGGI |Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi | Ramai yang mencari petua dan tips macamana untuk mengubati PENYAKIT DARAH TINGGI. Ayah MY pun ada penyakit darah tinggi ni. Biasa mengharapkan ubatan dari hospital je. Sedar ke kita? sebenarnya petua-petua tradisional memang ada. Tapi kena yakin lah, Insyaallah.

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahaptekanan darahyang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jikatekanan darahanda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darahanda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasajantungberehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring_WIKIPEDIA


Jom kita tengok apa petua-petua untuk ubati PENYAKIT DARAH TINGGI ni.

JUS BELIMBING / EPAL | Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus. Minum jus ini 1- 2 hari sehingga pulih.

JUS PEGAGA | Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya.

TENANGKAN FIKIRAN | Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba elakkan untuk fikirkan masalah atau perkara-perkara negatif.

BACA AL-QURAN | Bacalah Ayat ayat suci Al-Quran semasa berehat, kerana semua sedia tahu ayat Quran juga adalah ubat bagi segala penyakit.

UBATAN | Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual.

MAKANAN BERSTIM | Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang di stim dan sebagainya. Ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce).


PERKARA PERLU DIELAKKAN 

MAKANAN BERGARAM | Kalau lapar,elakkan memakan makanan yang bergaram . Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! MY anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis.

MAKANAN BERGORENG | Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food.

DAGING | Elakkan untuk makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Maksud disini, jadilah vegitarian untuk seketika.

Tambahan

a. Kalau tak keberatan beli Kapsule Bawang Putih 300 gm dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.

Sumber Petua [klik]



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359