FLORIA 2014 PUTRAJAYA |
PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL | Meriah nampaknya
FLORIA tahun nie.
FLORIA 2014 PUTRAJAYA telah membuka tirainya pada 14 Jun 2014 iaitu pada hari sabtu lepas dan akan berlangsung sehingga 22 Jun 2014.
Sedar tak sedar, tahun ni merupakan tahun ke 7 Putrajaya menjadi tuan rumah untuk Pameran antarabangsa bunga dan taman. Dan Perbadanan putrajaya telah memilih lokasi baru dan dikatakan ia akan menjadi tapak kekal untuk
FLORIA .
![]() |
Payung berwarna warni menjadi tumpuan dekat laluan keluar |
![]() |
Bergambar dibawah warna warni payung |
FLORIA 2014 PUTRAJAYA kali ini mengetengahkan
Bunga Begonia atau Bunga Asam Batu telah dipilih sebagai bunga tema Floria tahun ini.
*kalau tak silap tahun lepas bunga kertas kot.
Jom kita tengok beberapa gambar taman dan hiasan dari peserta-peserta. Memang teruja giler MY tengok. *Tak menyempat nak ambil gambar. Maklumla dah 3 tahun tak datang FLORIA.
![]() |
Salah satu taman bertema yang sangat mengujakan MY |
![]() |
bertemakan dunia kanak-kanak lelaki |
![]() |
kreativiti peserta dalam menghias |
Festival Bunga Dan Taman,
FLORIA 2014 PUTRAJAYA membawa tema,
'Taman Bertema' dimana menonjolkan hiasan bunga-bungaan dan taman mengikut tema seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.
*macam -macam tema lagi korang leh tengok. memang meriah habis.
![]() |
Tempat untuk berehat pun ala-ala berkonsep |
![]() |
Kipas berwarna-warni |
![]() |
kipas yang berjaya menarik perhatian pengunjung termasuk MY |
Serentak dengan itu Magic Of The Night Putrajaya juga diadakan pada sebelah malamnya. *serius sangat meriah dan menarik.
Bertempat di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya. Malam
Magic Of The Night,
FLORIA 2014 PUTRAJAYA pula bertemakan
'Colours Of Harmony'masih menyajikan tarikan utamanya iaitu persembahan hiburan cahaya dan bunyi disamping perarakan bot berhias serta disudahi dengan keindahan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni.
Alkisahnya pulak bila jumpa kawan-kawan lama masa study kat UPM dulu. *sekarang dah keje mantap-mantap dah. *MY je krik krik krik huhu
![]() |
Bekas roomate Palie |
Ha mai MY perkenalkan. Ni bekas roomate MY masa kat Kolej Sepuluh UPM dulu. Satu Fakulti dengan MY. tapi dia ambil course Landscape Architect. Nama dia Palie. Femes dengan Palie Everywhere. hihi
![]() |
Hafizal |
Ha ni pulak Peja, ore klate jugok. Hok aloh. huhu. Satu fakulti jugak. Tapi dulu dia ni student Architect. Ha amacam? hebat tak? hebat tak kawan-kawan MY ? Hoi hoi jangan kenyit mata. *dua-dua dah berpunya. hihi. Masa MY jumpa ni pun diorang dengan pasangan masing-masing. *eh hope korang tak nanges.
![]() |
Tiket masuk Floria 2014 RM3.00 |
Kali ini
FLORIA 2014 PUTRAJAYA tidak lagi percuma seperti tahun-tahun yang lepas. Bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Dibuka Isnin - Khamis (9.00am ~ 10.30pm) dan Jumaat - Ahad (9.00am ~ 12.00am)