BERBUKA PUASA DI PAK JOHN STEAMBOAT | MENU BARU BERBUKA PUASA | Pernah ke korang berbuka puasa makan Steamboat? Kalau belum, agak-agak mana tempat yang sesuai nak cari eh? Tu satu hal kan. Satu hal lagi, hal halal dan haram pulak.
![]() |
PAK JOHN STEAMBOAT |
Tapi jangan risau, Restoran PAK JOHN STEAMBOAT adalah jawapan untuk korang. Dengan pelbagai jenis menu Steambot yang sangat sedap , pada bulan puasa ni PAK JOHN STEAMBOAT ada menawarkan menu baru untuk berbuka puasa. Yang penting ianya halal.
![]() |
Set khas Buffet Ramadhan |
Pak John Steamboat & Yong Tau Foo menyediakan buffet Ramadhan pada hargaRM39++ merangkumi 7 jenis menu khas sempena ramadhan dan lebih daripada 100 jenis makanan buffet dan steamboat. *pergh RM39++ beb, ni la tempatnya kalu nak ber buffet. murah habaq hang. Untuk menu grill dan rebus pula ada daging itik panggang , abalone , daging lembu dan daging kambing dan banyak lagi.
![]() |
daging itik panggang , abalone , daging lembu dan daging kambing dan banyak lagi |
Artikel Berkaitan : PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO | STEAMBOAT MURAH DI ECURVE DAMANSARA [klik]
![]() |
RENDANG AYAM |
*siapa kata kat Restoran Steamboat tak ada rendang? Sempena ramadhan, mereka telah menyediakan 2 jenis masakan rendang iaitu rendang ayam dan rendang daging. hewhew. ![]() |
AYAM PERISA COKE |
Ha yang ni memang lain dari yang lain. Ayam Coke. *yes memang diperap dengan air coke. Bagi yang sukakan kelainan tu, korang patut cuba lah. Kalau nak tahu rasa macam mana, kena la datang BERBUKA PUASA DI PAK JOHN STEAMBOAT. ![]() |
DIM SUM SEAFOOD berintikan telur ikan. |
Yang ni memang sedap, berapa biji MY bedal. Ni first time MY makan Dim Sum. jangan risau semestinya halal kerana ia merupakan Dim Sum Seafood yang berintikan telur ikan. Kalau datang ke sini, ambik banyak-banyak tau, memang takkan menyesal punya hehe. Sebab saiz dia pun bukan besar. kecil je.
![]() |
PULUT SUMBAT bersama sambal XO yang dikukus dengan daun teratai |
Yang ini bagi MY sangat istimewa. Katanya pemilik Restoran, menu khas dan istimewa Pulut Sumbat ni tak ada di tempat lain kecuali di BUFFET RAMADHAN RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT je. Ianya dipanggil NASI PULUT SUMBAT bersama sambal XO yang dikukus dengan daun teratai. *yang ni korang wajib try.
Antara menu lain yang didatangkan khas untuk Buffet Ramadhan di RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT ni selain dari menu dia atas adalah Tempura Sayur dan Nasi Tomato yang sangat sedap. Nasi Tomato pun MY rekemen kat korang. *wajib cuba, sebab ada sesuatu yang lain dan sangat awesome.
![]() |
Pelbagai jenis pilihan sup yang menyengat. |
Di sini juga korang boleh memilih pelbagai jenis sup yang betol-betol menyengat. Sempena ramadhan nanti 1 sup lagi ditambah iaitu Prawn Soup. *pergh bermangkuk-magkuk MY hirup. huhu. Selain dari makanan yang banyak dan sedap, restoran ini juga sangat bersih dan yang paling penting ianya sangat murah.
![]() |
PAK JOHN STEAMBOAT |
Ada banyak lagi makanan yang special di RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT ni. *tak boleh cerita lebih-lebih, sebab korang kena datang dan rasa sendiri di RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT.
Waktu operasi :
10.00 pagi - 11.00 malam
Alamat:
Ecurve Mutiara Damansara :
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.
*mereka juga mempunyai cawangan di Wangsa Walk
Contact No:
03-7733 3913
018-386 3139
018-389 3139
Email:
Website:
Facebook: