KALAU NAK KE IOI CITY MALL PUTRAJAYA, KENA TAHU BEBERAPA PERKARA TENTANGNYA | Selesai sahaja sesi food review di Restoran Stacks by Las Vacas [klik] . Kitaorang telah megambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar IOI CITY MALL PUTRAJAYA ni. *tetiba rasa nak sewa motor je wat pusing-pusing dalam ni. Bapak besar tempat nie.
![]() |
Bersama kelab blogger Ben Ashaari |
Apa yang MY nak pesan kalau ke sini. Pertama, pastikan ambil gambar nombor parking korang supaya senang untuk mencari bila nak balik nanti. *tidaklah tersesat, hilang kete nanti.
Kedua, Makanan dekat Foodcourt "FOODJUNCTION" dia sangat sampah *sory bahasa kasar. Bukan satu, dua kedai. Kebanyakan kedai makanan tak sedap. *majoriti kedai yang ada bukan warga tempatan yang masak. Korang boleh bayangkanlah kalau nasi goreng thai orang bangla yang masak. *pergh kemam sudu jela jawab dia. Please solve this problem.
Ketiga, kalau korang sesat. *kompom sesat punya ekekke. Directory yang diorang sediakan sangat tidak mesra pengguna. Korang kena belajar ilmu pengakap diraja dahulu baru leh faham. Tak ada sign "Your Are Here". *memang menambahkan lagi masalah. Kalau sesat maka jawabnya makin sesatlah ahahhaha.
Keempat, korang kena bersiap sedia untuk menghadapi suasana sesak. Manusia macam tak pernah masuk shoppingmall semua. *termasuklah kita. ekekeke. Mana taknya, tempat sebesar macam tu pun boleh padat sendat dan liat. *ramai orang weh. Mungkin teruja dengan shopping mall besar macam ni kot.
Kelima, bersiap sedia untuk kehilangan signal telefon anda. *bukan kehilangan fon. hehe Jangan kata internet kadang-kadang tu line untuk sms dan call pun terarwah bila di sesetengah tempat kt dalam mall ni. Mungkin masih baru / bagaimana tak tahulah masalah apa. Jadi untuk dapatkan internet, pilihlah kedai-kedai atau restoran yang sesuai yang menyediakan internet untuk setiap pelanggannya. *jangan dok p megangkang je, sila beli la apa-apa kalau tak nak kena halau. hahahaha.
Harap, pihak pengurusan IOI City Mall Putrajaya dapat menyelesaikan masalah dan kekurangan yang ada. Kecuali no #1 *tu maslah diri kita sendiri. ahhaha.