TARIKAN HEBAT PUSAT HIBURAN THE BALLROOM DI NU SENTRAL | Seperti kebanyakan remaja, boling ni dah menjadi sesuatu yang rutin kalau keluar outing atau lepak di zaman-zaman kat universiti . Memandangkan dah berapa tahun MY meninggalkan zaman degree, maka bertahun jugak lah MY tak sentuh bola boling tu. eh.
![]() |
Bersama rakan blogger di The Ballroom di Nu Sentral_foto Khai Artzfar |
Semalam sempena pembukaan The Ballroom di Nu Sentral, maka berpeluanglah MY bermain boling secara percuma dengan kawan-kawan blogger. Apa yang MY nak katakan, *kelongkang semua. ekekeke. Sabar je lah. Jadi MY menerima kekurangan diri ini seadanya huhu.
![]() |
Antara tarikan utama di The Ballroom_foto Khai Artzfar |
MENARIK DI THE BALLROOM NU SENTRAL
Apa yang menariknya di The Ballroom di Nu Sentral ni bukan hanya sekadar mempunyai 24 cosmic bowling lanes. Disini juga ada pool & dart lounge . Bagi mereka yang suka berkaraoke, The Ballroom di Nu Sentral juga mempunyai bilik KTV. Selain dari berhibur, mereka juga mempunyai Asian & Western fusion restaurant.
![]() |
Bagi mereka yang ingin megadakan majlis private. Mereka juga mempunyai Kemudahan premium tambahan seperti bilik boling VIP dan bilik majlis korporat yang mana ianya dibina khas untuk apa-apa jenis majlis persendirian, korporat dan acara artis.
![]() |