Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359

INSPITARI 2018 : MARTABAT SENI TARI MALAYSIA

$
0
0

Pada 3 dan 4 September 2018 yang lepas telah berlansungnya Inspitari 2018 di Istana Budaya Kuala Lumpur. Inspitari 2018 ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Istana Budaya.

MAKSUD INSPITARI | Inspitari merupakan gabungan dua perkataan iaitu Inspirasi dan juga tari yang bermaksud mengarap idea baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang tari. Inspitari 2018 merupakan satu usaha ke arah melahirkan karya dan produk baru dalam bidang tari yang lebih dinamik dan segar.
Untuk pengetahuan korang, Inspitari 2018 merupakan salah satu program penting JKKN dalam usaha memperkembangkan dan menyemarakkan Seni Tari di negara ini. Tahun 2018, merupakan tahun ketujuh Inspitari dilaksanakan setelah dua tahun tidak dilaksanakan iaitu pada tahun 2016 dan 2017.


Inspitari ni merupakan event yang sangat dinanti-nantikan oleh saya dan kawan-kawan. Tapi rasanya bukan kami je yang teruja dengan Inspitari ni sebab tahun ni tiket masuk habis dalam tempoh yang singkat selepas dibuka. Tapi kami bernasib baik kerana mendapat jemputan khas media dan boleh akses untuk dua-dua hari .


Pada malam pertama, persembahan Mek Mulung dari Kedah diangkat untuk menjadi asas persembahan. Pada malam kedua pula, persembahan Mak Yong dari Kelantan mencuit hati para penonton. Antara kumpulan yang terlibat dalam persembahan Inspitari 2018 ialah Permata Seni Tari Kanak-kanak & RemajaArtis Tari Istana BudayaASWARA dan Kumpulan Kesenian DBKL.


Persembahan yang cukup memukau dan bertenaga. Apa yang menariknya, walaupun ada dikalangan mereka masih kecil tapi penghayatan dan gerak tari yang dipersembahkan cukup professional.

Jika diimbas kembali sejarah bermulanya Inspitari pada tahun 2010 sehingga 2015, sejumlah 111 karya tari baharu telah berjaya dihasilkan dengan garapan dan olahan idea baharu, namun masih mengekalkan ciri-ciri asal identiti Malaysia. Manakala pada tahun 2018, seramai 276 orang artis budaya Kumpulan Kesenian Jabatan JKKN beserta 17 orang Koreografer akan menampilkan 15 karya baharu dalam program ini.


JKKN juga telah mengambil inisiatif untuk mendokumentasikan karya baharu yang dihasilkan untuk dijadikan salah satu usaha modul pembelajaran dan panduan kepada penggiat serta pelajar seni tari di Malaysia.

kredit photo dikbee.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1359