Seperti yang korang sedia maklum, negara Jepun merupakan salah sebuah negara di Asia yang mempunyai empat (4) musim iaitu, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Untuk artikel kali ni, saya akan berkongsi beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang korang boleh lakukan pada musim panas di Okayama Jepun.
MUSIM PANAS DI JEPUN | Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Hujan turun berterusan dari akhir Jun hingga pertengahan Julai. Dalam tempoh ini, buat sementara suhu akan jatuh, dan penduduk akan berasa sejuk. Tempoh masa ini di panggil “Tsuyu”. Pada akhir tempoh Tsuyu dipanggil"Tsuyu-ake". Apabila musim hujan ini berakhir, suhu meningkat secara tiba-tiba, dan musim panas yang sebenar tiba. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.
Musim panas Jepun mempunyai ciri-ciri bukan sahaja cahaya matahari yang kuat dan suhu yang tinggi, tetapi juga kelembapan yang tinggi. Pada tempoh lawatan saya ke Okayama pada awal bulan Ogos yang lepas (1-7 Ogos 2018), suhu tertinggi yang sempat saya rasa adalah 37°C.
Acara acara biasa yang popular pada musim panas di Jepun adalah perayaan bunga api. Perayaan musim panas disambut di seluruh Jepun dari Julai hingga akhir Ogos dan penduduk penduduk tempatan mengadakan perarakan di bandar. Pertunjukan bunga api adalah satu simbolik acara musim panas di Jepun. Kami tidak bernasib baik kerana acara untuk perayaan bunga api di Okayama dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Apapun, jom baca apa aktiviti yang MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA kami.
Apapun, jom baca apa aktiviti yang MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA kami.
AISKRIM DAN HIMAWARI DI HIRUZEN JERSEYLAND
Hiruzen telah menjadi lokasi pertama yang kami kunjungi di sini. Ianya merupakan satu lokasi popular tanah tinggi yang terletak di Maniwa. Hiruzen Jerseyland sangat terkenal dengan kepelbagaian produk tenusu seperti susu yang segar, keju, dan banyak lagi. Jika korang sudah sampai ke sini, wajib untuk korang menikmati aiskrim (380¥) yang merupakan produk hasil dari tenusu paling popular di sini.
Selain dari itu, korang boleh menikmati keindahan Himawari (bunga matahari) yang berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau dan menyegarkan. Jika bernasib baik, anda juga boleh bergambar berlatarbelakangkan kumpulan lembu.
HIGH ROPE DI BOKEN NO MORI HIRUZEN
Juga terletak di Maniwa, Boken No Mori Hiruzen ni merupakan sebuah lokasi khas untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak. Terdapat banyak set cabaran (bermula 2000¥) yang boleh korang cuba dan sudah semestinya sangat sesuai untuk aktiviti team building pelbagai peringkat usia.
Apa yang menariknya berkenaan tempat ini, struktur pondok yang dibina adalah dari pine wood yang sangat cantik dan kemas. Struktur bilik airnya pula dikatakan ilham dari pakaian lagenda samurai. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di forest-ad.jp dan terus telefon ke 090-9052-4010.
Apa yang lebih mengasyikkan dari dapat manjakan diri dengan berendam di dalam Onsen (air panas) selepas melakukan aktiviti lasak. Kolam onsen (Yubara Hot Spring) yang terkenal di sini merupakan sebuah kolam onsen semulajadi di bawah lembah, di Sungai Asahi dan kaki empangan.
Apa yang menariknya, korang boleh menikmati kolam onsen ini tanpa dikenakan apa-apa bayaran kerana ianya terbuka dan percuma untuk semua.
HOTEL TRADISIONAL JEPUN DI HOTEL KIKUNOYU
Hotel Kikunoyu merupakan sebuah hotel yang menawarkan penginapan ala rumah tradisional Jepun. Ianya terletak di utara terletak di utara Prefektur Okayama dan hanya beberapa minit jalan kaki untuk ke “Yubara Hot Spring”. Selain dari memberikan suasana sebenar penginapan rumah tradisional Jepun, anda juga berpeluang untuk memakai persalinan Yukata sebagai pakaian tradisional masyarakat Jepun.
Bukan sekadar itu sahaja, korang juga boleh menikmati makan malam dan sarapan pagi dengan makanan asli mereka di hotel ini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://www.yubara-kikunoyu.com/en/.
Anda telah membaca article berkenaan MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA, untuk aktiviti pada hari kedua korang boleh nantikan pada artikel seterusnya.