Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all 1362 articles
Browse latest View live

SEMAK DAN BANDING HARGA BARANG HARIAN DENGAN APLIKASI PRICE CATCHER

$
0
0

Salah satu dari langkah jimat belanja yang boleh diamalkan oleh suri rumah tangga khususnya dalam menguruskan bajet pembelian barang dapur khususnya adalah dengan perancangan awal dan melakukan senarai semak barang yang hendak dibeli sebelum keluar ke pasaraya atau market. Hal ini memang saya sendiri amalkan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran ketika membeli belah barangan dapur khususnya. Selain daripada itu, ia dapat mengelakkan dari kita tercicir dari membeli barangan yang patut.


Memandangkan teknologi sudah semakin maju, semuanya boleh dikatakan mampu diselesaikan hanya di hujung jari. Demi memudahkan lagi pengguna di Malaysia ni untuk merancang perbelanjaan mereka, KPDNKK telah megambil inisiatif dengan mencipta satu aplikasi baru yang diberi nama PRICE CATCHER dimana ia dikatakan boleh membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan harga bagi 6 kategori yang merangkumi 446 barangan keperluan harian di premis-premis terpilih.


SEBAB APLIKASI "PRICE CATCHER" DIWUJUDKAN

"Barang-barang keperluan negara ditawarkan oleh pelbagai pihak, harga ditentukan oleh permintaan pasaran, apabila barang berlebihan di pasaran maka harga akan jatuh. Manakala jika barangan kurang, maka sebaliknya akan berlaku. Oleh sebab itu, premis yang berbeza akan menawarkan harga yang berbeza, jadi sebagai pengguna yang bijak, pilihan dan keputusan yang tepat harus di buat. Dengan bantuan aplikasi ni, pengguna dapat membuat perbandingan harga dan mengetahui lokasi premis yang berhampiran dengan cepat dan mudah."

KELEBIHAN PRICE CATCHER


Antara KELEBIHAN yang korang boleh dapat jika memuat turun aplikasi PRICE CATCHER ni adalah seperti berikut :

  1. Maklumat terkini perubahan harga minyak.
  2. Carian harga barang mengikut kategori dan lokasi
  3. **Perbandingan harga (paparan harga disusun mengikut harga terendah ke harga tertinggi)
  4. Maklumat tunjuk arah ke lokasi premis (sycn ke waze atau google maps).
  5. Kongsi carian ke media sosial.

6 KATEGORI KEPERLUAN ASAS


Bukan semua barangan boleh diakses di menggunakan aplikasi PRICE CATCHER ini. Hanya 6 kategori utama keperluan asas sahaja yang mereka utamakan. Antara 6 kategori utama keperluan asas yang di maksudkan adalah seperti berikut:


  1. "Barang Segar"seperti ayam, daging, buah-buahan, makanan laut, syur-sayuran, telur dan mee kuning dan lain-lain.
  2. "Barangan Kering" seperti barangan kering ( agar-agar, asam jawa, bihun kering, garam halus, ikan bilis, sotong kering, udang kering), rempah ratus, cili, bawang, beras, ubi, kacang dan lain-lain
  3. "Barang Berbungkus / Tin / Kotak / Botol"seperti esen dan ragi, gula, ikan dalam tin, jem, kicap dan sos, minyak masak dan minyak sapi, roti, tisu, susu, tepung, santan kotak, jem, marjerin dan mentega, dan lain-lain
  4. "Barangan Kebersihan" seperti berus gigi, sabun, dan ubat gigi.
  5. "Barangan Susu dan Barangan Bayi"seperti susu bayi, makanan bayi dan lampin pakai buang.
  6. "Minuman"seperti bahan-bahan minuman ( horlicks, kordial, milo, nescafe quacker oats instant, teh dan lain-lain) dan minuman ( ali cafe tin, coca cola botol, soya kotak,  dan  lain-lain).

Tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aplikasi ini.


Jadi apa tunggu lagi!!!! Jadilah PENGGUNA yang BIJAK dan berbelanja secara BERHEMAH dengan aplikasi PRICE CATCHER . Muat turun aplikasi ini secara PERCUMA di google play dan app store sekarang.


BUFFET MAKANAN HALAL VIETNAM DI ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL

$
0
0

Jika korang merupakan salah seorang dari penggemar masakan Vietnam dan berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor , ini merupakan salah satu promosi makan malam yang korang perlu ambil tahu. Tidak terlalu jauh kerana ianya di Aloft Kuala Lumpur Sentral yang berada bersebelahan dengan KL Sentral.

Nguyen Huu Trung dan Nguyen Phuoc Hau dari Sheraton Nha Trang, Vietnam

Untuk pengetahuan korang semua, Promosi yang diperkatakan akan bermula dari 10 hingga 22 November 2017 di Restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan akan menyajikan buffet makan malam berkonsepkan Vietnam iaitu Festa Makanan Pho You dengan hidangan khas dari tetamu Nguyen Huu Trung dan Nguyen Phuoc Hau yang diterbangkan khas dari Sheraton Nha Trang, Vietnam.


Promosi Buffet Makanan Vietnam ini berharga RM118 nett bagi setiap orang dewasa dan akan menampilkan masakan Vietnam asli, mulai dari hidangan sup Vietnam, makanan utama dan pencuci mulut.

PESTA MAKANAN PHO YOU


Dari bar salad, anda akan menemui "Pomelo with chicken""Jelly fish salad""Bitter melon with shrimp""Banana blossom with chicken" dan "Green mango with prawns salad".

Pomelo with chicken

Jangan terlepas untuk mencuba pembuka selera yang wajib iaitu "Fresh spring rolls"(goi cuon). Ayam dan udang, bersama dengan  rice vermicelli, lobak merah, timun dan salad dibalut dengan kertas nasi yang halus cukup memberi kombinasi rasa yang sangat segar dan sedap.


Untuk hidangan utamanya pula, anda bakal menemui Nasi Goreng Hue, "Wok-fried prawn in tamarind sauce", "Sauteed crab with tamarind sauce", "Squid stuffed with minced prawns", "Braised chicken leg with red beans", "Grilled fish in banana leaf", "Braised beef with coconut", "Braised duck with ginger" and "Sauteed king prawn with coconut milk". Semuanya boleh dikatakan sangat sedap.

Squid stuffed with minced prawns

Wok-fried prawn in tamarind sauce
Pho dan Vietnam tak dapat dipisahkan. Mi daging Vietnam, yang dikenali sebagai pho ini cukup popular disana. Sup yang jelas mempunyai keseimbangan rasa yang betul dari rasa manisdatang dengannya dari daging lembu yang paling lembut yang pernah saya alami dalam pho. Ternyata mereka menggunakan bahan yang sangat berkualiti.

cara hidangan Pho

Mi daging Vietnam "Pho"

Sudahi makan malam korang dengan pelbagai jenis pencuci mulut Vietnam, iaitu sup Pisang dan kelapa, Jagung dan sup kelapa, Jeruk kacang hijau, Kentang goreng manis, Kek kacang merah dan Pisang panggang dengan nasi melekit. Bukan itu sahaja, terdapat juga hidangan pencuci mulut asli dari Malaysia dan kek.


Harga untuk promosi Pesta Makanan Pho You di restoran NOOK ni adalah seperti berikut ; RM118 nett per dewasa dan RM59 nett untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Ia boleh didapati dari 10 - 22 November 2017 dari 6.30 malam hingga 10.30 malam. Sila lihat tawaran kad kredit yang menarik ini (mis. 40% dengan kad CIMB).

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

Lokasi:
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral, 
No 5 Jalan Stesen Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

VISUALISASI MASA DEPAN MALAYSIA DI EXPO NEGARAKU

$
0
0

Korang perasan tak apa yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka sejak 15 November 2017 yang lepas. Terdapat 5 biji kubah besar yang menyerupai lima biji bola golf gergasi jika di lihat dari pandangan atas. Lihat dari kemegahan rekabentuknya dari luar, saya sendiri dapat rasakan ada sesuatu yang menarik berlansung di dalamnya. 


Untuk pengetahuan korang semua, satu karnival terbesar telah dianjurkan iaitu EXPO NEGARAKU dan akan berlangsung selama sebulan iaitu 15 November 2017 sehingga 15 Disember 2017 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Setiap dome akan dibahagikan kepada sektor berlainan seperti telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, dan sebagainya. Khabarnya pameran kali ini bakal menyajikan hal yang cukup menarik berkenaan masa depan negara kita.

"Maklumat mengenai infrastruktur pengangkutan awam negara hanya menerusi sentuhan, mendengar dan mencuba program sendiri pengalaman kendali pegangkutan awam melalui simulasi."
Saya sendiri difahamkan bahawa EXPO NEGARAKU ini merupakan ekspo infrastruktur yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.  Apa yang menariknya berkenaan expo ini, pengunjung akan dijanjikan satu kepuasan yang tidak akan diperolehi di tempat lain kerana kebanyakkan bahan yang dipamerkan dipersembahkan dalam bentuk interaktif dan interaksi. Ianya juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan bayaran MASUK ke #ExpoNegaraku ini adalah PERCUMA!!


TARIKAN INTERAKTIF DAN INTERAKSI

Pameran ini membolehkan korang mencuba sendiri pelbagai aktiviti interaktif seperti Simulator memandu bas Rapid, simulator perjalanan tren pelbagai Transit Aliran Ringan (LRT), proses penebukan terowong MRT, Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan rel berkelajuan tinggi (HSR) dengan tempat duduk sebenar beserta maklumat di skrin televisyen memaparkan destinasi yang dilalui tren.

Simulator memandu bas Rapid

proses penebukan terowong MRT

Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan rel berkelajuan tinggi (HSR) dengan tempat duduk sebenar.

Selain dari itu, korang juga bakal disajikan dengan pameran yang didatangkan dalam bentuk interaktif seperti paparan 3D bergerak dan pancaran cahaya projector yang sangat menarik. Kalau korang tak percaya cubalah buat carian #ExpoNegaraku di Instagram korang untuk melihat sendiri perkongsian dari mereka yang dah pergi. 


Untuk pengetahuan korang lagi, Expo Negaraku ini akan dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Pada korang yang tiada masa untuk datang pada waktu petang, bolehlah hadir pada waktu malam. Pada waktu malam, saya difahamkan akan ada pertunjukkan cahaya lampu yang akan dipancarkan ke kelima-lima biji kubah gergasi /dome atau bagunan.


TARIKAN LAIN DI EXPO NEGARAKU


Selain dari tarikan seperti pameran di atas, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang turut dianjurkan khas untuk pengunjung-pengunjung yang hadir. Antara tarikan-tarikan lain adalah seperti berikut :

  1. Pertandingan Futsal (18-19 November 2017) jam 8 pagi
  2. Zumba Nation (18 November 2017) jam 8.30 pagi
  3. Pesta Buah-Buahan (26-26 November 2017) Jam 10 pagi – 10 malam
  4. Pasar Malam
  5. Sukan Rakyat 
  6. Comedy Night 
  7. KL Go Cart
Selama seminggu expo ini berlangsung, ianya disertakan dengan tema mingguan yang berlainan iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan pada minggu pertama, diikuti Citarasa Kita pada minggu ke dua, Kebudayaan dan Pelancongan pada minggu ke-tiga, dan diakhiri dengan tema Aktiviti dan Permainan pada minggu ke -empat penganjurannya.
p/s : pengguna jalan raya yang ingin ke Ekspo Negaraku dinasihati supaya menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorail serta elak daripada menggunakan laluan yang terlibat jika memasuki pusat bandar pada tarikh tersebut. Grab akan memberi diskaun RM5 untuk pengunjung Expo Negaraku bagi setiap perjalanan mereka.

Expo Negaraku 
Lokasi : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Tarikh : 15 Nov hingga 15 Dis 2017
Masa : 10am hingga 10pm
Bayaran : PERCUMA.

APA YANG MENARIK DI KARNIVAL UPIN IPIN 2017

$
0
0

Upin Ipin merupakan karektor animasi yang cukup popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia khususnya. Selain dari negara kita Malaysia, Upin Ipin juga turut popular dan menjadi perhatian masyarakat di negara jiran iaitu Indonesia.




Untuk menghargai peminat-peminatnya, Karnival Upin Ipin 2017 telah dilansungkan selama tiga hari bermula 24 sehingga 26 November 2017 dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di MAEPS Serdang. Saya dan beberapa orang rakan blogger lain turut tidak melepaskan peluang keemasan ni untuk merasai sendiri kemeriahan Karnival Upin Ipin 2017 ni. Jom kita tengok apa aktiviti yang ada dan kami sempat buat di Karnival Upin Ipin 2017 ni.


1. MELAWAT RUANG KERJA DAN SEBALIK TABIR PEMBIKINAN ANIMASI UPIN IPIN

Pengembaraan kami bermula di Dewan C, dimana ada menempatkan semua pencapaian Les' Copaque Production dalam membangunkan harta intelek animasi dibawahnya, antaranya seperti Upin dan IpinPada Zaman DahuluPuteri dan lain-lain .


Pengunjung diberi peluang untuk melihat dan mendekati ruang kerja/ studio seperti department modelling VFX simulasi, animasi, audio & muzik serta render & kompositor. Disini pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana proses keseluruhan yang mereka buat dalam menjayakan sesuatu animasi mereka.


Sebagai contoh proses menulis papan cerita, mereka karektor, dialog, sistem audio dalam animasi, dan sebagainya dikongsi dengan pengunjung yang hadir ke karnival ini. Apa yang lebih menarik, kanak-kanak yang hadir juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dalam Studio Rakaman Suara Animasi.



2. MEZIARAHI RUMAH OPAH UPIN IPIN

Saya yakin, jika korang kesini tanpa masuk ke rumah Opah Upin Ipin ni mesti akan menyesal. Model Rumah Opah ni merupakan tarikan utama di Dewan C ni dan ianya dibuat dan dihias seakan rumah sebenar di dalam filem animasi Upin Ipin.



Inilah peluang korang nak tengok secara lansung bagaimana rumah sebenar Upin Ipin kan. Bermula dari ruang tamu tempat Upin Ipin tengok televisyen, bilik tidur Upin Ipin dan Opah, dapur dimana Opah dan Kak Ros masak dan juga keadaan sekitar rumah mereka. Anak-anak pasti teruja dengan persekitaran kampung sebenar yang cuba mereka pamerkan.



3. MENEROKA DUNIA SERAM "MAGIC PIN PIN POM"

Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi

AWAS!! pada mereka yang melihat kedalam cermin tua ni, nenek pasti muncul mencari. hehe


Kanak-kanak juga ada dunia misteri mereka, kita sendiri membesar dengan lagu misteri Nenek Si Bongkok Tiga ni dan setiap yang misteri itu ada kisahnya. Apa yang boleh saya kongsikan, ruangan MAGIC PIN PIN POM ni merupakan ruangan yang paling saya suka. *nak pula dengan cermin makeup kat atas ni. hehe 


Cara persembahan yang cukup kretif dengan penyampaian dalam bentuk interaktif dan interaksi. Saya yakin anak-anak anda pun akan suka walaupun ada sedikit rasa mistik dan seram.


4. BERGAMBAR DI TADIKA MESRA

Mesti ramai yang dah tahukan bahawa Upin Ipin dan kawan-kawanya belajar di Tadika Mesra. Ruangan ni merupakan ruangan edukasi seprti di tadika diorang, selain mempunyai meja dan kerusi tempat beraktiviti, pengunjung juga boleh bergambar dengan mural seperti dalam gambar di bawah ni.



5. MENGEMBARA DI ALAM DINO

Bagi mereka yang sukakan dunia yang penuh pengembaraan, jangan lupa untuk ke ruangan Alam Dino. Pelbagai replika dinosaur berwarna warni pasti menjadi tarikan anak-anak korang.


Haiwan ganas dan besar pada asalnya menjadi cukup comel di Alam Dino*saya sendiri rasa geram nak cubit-cubit je sekor-sekor sebab comelnya ya ampun. Alami sendiri pengalaman bergambar bersama beberapa karekter dinosaur yang cukup comel dan ianya bergerak dan mempunyai suara.



6. MENONTON WAYANG KULIT UPIN IPIN

Kebiasaannya kita pernah dengar dan tahu mengenai wayang kulit dari Kelantan sahaja kan. Untuk karnival Upin Ipin kali ni, kanak-kanak dapat melihat sendiri bagaimana persembahan wayang kulit yang diolah kepada penceritaan kanak-kanak Upin Ipin. *musik asal wayang kulit digunakan .


Persembahan wayang kulit ini dilakukan secara lansung disebalik tirai putih oleh tok dalang dan ahli musik yang bertanggungjawab. *kanak-kanak mesti suka !!



8. MELUKIS DAN MEWARNA DI DINDING UPIN IPIN

Aktiviti melukis dan mewarna merupakan salah satu aktiviti yang cukup digemari oleh kanak-kanak, nak pula kalau tempatnya di dinding kan! Disini juga mereka ada menyediakan satu sekyen khas untuk anak-anak meyumbangkan idea kretif mereka dalam menconteng dan mewarna. Jika anak-anak korang suka menconteng, inilah tempatnya!!!



9. MENONTON PERSEMBAHAN UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN

Semua persembahan Upin Ipin berlansung di pentas utama yang berada di Dewan A. Dalam persembahan yang diorang buat juga ada melibatkan kanak-kanak yang dipilih secara rawak dari kalangan penonton yang hadir.


Selepas buat sketsa, kanak-kanak yang terlibat akan dapat cenderahati dari mereka. *memang terbaiklah. Selain dari persembahan Upin Ipin, persembahan Ultramen Ribut dan Puteri juga turut diadakan khas untuk pengunjung.



10. BERGAMBAR BERSAMA MASKOT UPIN IPIN

Selain dari menonton persembahan dari mereka, pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengan maskot Upin Ipin dan kawan-kawannya. Dan jika bernasib baik, pengunjung juga boleh bergambar dengan Ultraman Ribut dan Puteri.


Anak-anak pasti teruja dengan mereka. *jaga-jaga dengan telatah anak anda, jangan sampai seluar Upin Ipin terlondeh disebabkan mereka!! hahahahaha.



11. MILIKI CENDERAHATI UPIN IPIN

Bila dah selesai, mesti nak cari sesuatu untuk dibawa balik dan jadikan sebagai kenangan kan? Di penghujung Dewan A, mereka ada sediakan tempat untuk kita shopping cenderahati Upin Ipin


Macam-macam ada seperti tabung Upin Ipin, Shampoo mandian Upin Ipin, anak patung Upin Ipin, t-shirt Upin Ipin dan banyak lagi. Apa yang saya lihat, cetakan design t-shirt mereka dibuat secara lansung selepas mendapat tempahan. Kalau nak cerita pasal kualiti tu memang tip top lah. Sehelai t-shirt dewasa hanya dijual RM15 sahaja manakala untuk t-shirt kanak-kanak pula RM 10 sehelai. memang laku habis.


Selain dari aktiviti-aktiviti di atas, sebenarnya masih banyak lagi aktiviti menarik lain yang saya tak sempat kongsikan dalam atrikel kali ni. Kalau nak bercerita tentang crowd yang hadir, ianya cukup lumayan. Ada diantara mereka sanggup beratur lama semata-mata untuk dapatkan tiket dan hiburkan anak-anak mereka. Apa yang saya boleh katakan ianya merupakan pengalaman yang sangat best. Walaupun seharian di Karnival Upin Ipin 2017 ni rasanya tidak puas dan ianya cukup berbaloi. Insyaallah kalau Karnival Upin Ipin dibuat lagi pada 2018 akan datang, saya dan rakan-rakan pasti akan kembali. *hope kita dapat bertemu lagi ya Nenek. hehehe!

HARGA TIKET MASUK KE KARNIVAL UPIN IPIN 2017

Untuk tidak membuang masa, anda dinasihatkan untuk membeli tiket masuk secara online di upinIpinstore.com . Walaubagaimana pun, tiket masih boleh dibeli secara manual di pintu masuk Dewan C ketika hari karnival.


Untuk pengetahuan korang, kanak-kanak berumur bawah 6 tahun, warga emas dan orang kelainan upaya dapat masuk ke Dewan A & C secara PERCUMA . Bagi mereka yang mampu, boleh beli pas VIP untuk mendapat privilege, seperti short cut ke Rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri.

Nak tengok gambar sepanjang karnival yang dikongsikan oleh pengunjung boleh cari di hashtag #KarnivalUpinIpin .

Jangan lupa follow Upin Ipin di social media akaun mereka :

BUFFET MAKAN MALAM SEMPENA KRISMAS DI HOTEL ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL

$
0
0

Sedar tak sedar kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2017. Ini bermaksud Hari Natal juga sudah bakal menjelma tidak lama lagi. Sempena hari natal yang bakal tiba, pihak Hotel Aloft KL Sentral akan mengadakan bufet makan malam bermula 1 Disember sehingga 30 Disember bertempat di Restoran Nook.

Menu yang bakal disajikan pada buffet makan malam tersebut cukup istimewa dengan sajian makanan tradisional yang signifikan dengan sambutan hari Natal. Untuk hidangan bufet pada kali ini, Restoran Nook akan menyajikan Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi.



Hidangan sampingan untuk melengkapi hidangan yang sedia ada adalah Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac ‘n’ Cheese dan Steamed Crushed Potato yang akan menjadikan hidangan sempurna dengan hidangan Barat dan juga tradisi negara kita sendiri.

Nook’s Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey

Menu Ayam Belanda Panggang juga tidak ketinggalan kerana ianya merupakan makanan signature bagi sambutan Natal. Untuk pengetahuan korang, Nook’s Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey ini juga disajikan dengan pelbagai hidangan sampingan yang lain antaranya Prunes and Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction termasuk juga Sauteed Brussel Sprout .

Sauteed Brussel Sprout


Selain makanan di atas, mereka juga turut menyajikan beberapa menu hidangan Asia yang lain seperti Stewed beef in Turmeric & Coconut, Prawns with Chilli Paste dan Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd bersama Potato, French Bean bersama Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice bersama Chick Pea, Buttered Prawn bersama Oats, Stir-Fried Beef bersama Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot bersama Olive Leaves dan banyak lagi.


Di sudut pencuci mulut pula, tradisi manisan untuk sambutan natal seperti Apple Pie tidak dilupakan. Selain itu banyak lagi pilihan pie seperti Pumpkin, Pecan dan Lemon Meringue Pie. Anda juga boleh rasa pelbagai jenis kek yang sangat comel dan sedap seperti Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops dan banyak lagi.






Nook’s Christmas Bufet akan mula disajikan pada 1 Disember 2017 sehingga 30 Disember 2017 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga biasa RM118 nett per dewasa, manakala harga  bufet di ambang Hari Natal pula adalah RM128 nett per dewasa.

Lokasi:
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral, 
No 5 Jalan Stesen Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut korang boleh terus hubungi +(60) 3 2723 1188 atau ke laman sesawang mereka di www.aloftkualalumpursentral.com.

7 KATEGORI JJCM MAKAN AWARDS

$
0
0

Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sehingga kini, rancangan tersebut telah menjadi rujukan penting bagi kita untuk mencari lokasi restoran yang terbaik di seluruh Malaysia. Memandangkan teknologi kini sudah semakin maju, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) telah memperkenalkan aplikasi mudah untuk pengguna mobile. Muat turun secara PERCUMA dan nikmati kelebihan aplikasi tersebut hanya di hujung jari. *selepas ini tiada masalah lagi untuk mencari lokasi tempat makan berhampiran.

Apa yang menariknya, JJCM telah memperkenalkan"JJCM Makan Awards". Katanya penganjuran anugerah ini bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia khususnya geng kaki makan untuk mengiktiraf tempat makan kegemaran mereka di sekitar Lembah Klang.

Untuk pengetahuan korang, "JJCM Makan Awards" ini mempunyai 7 kategori yang dipertandingkan mengikut tema menu makanan yang popular di Malaysia. Setakat ni untuk setiap kategori dah ada beberapa pencalonan awal yang disenarai pendek. *siapa yang masukkan pencalonan awal tu agaknya? Dah tentu la pengguna aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) tu sendiri. 

Antara 7 kategori tersebut adalah seperti berikut :


Nasi Lemak Popular
  • Nasi Lemak Bumbung
  • Village Park
  • Nasi Lemak Tanglin
  • Nasi Lemak Antarabangsa
  • Nasi Lemak Famous
Kuey Teow Basah Popular
  • Mali's Corner
  • Mamu Penang Char Kuey Teow
  • Mie Cord Char Kuey Teow
  • Sany Char Kuey Teow
Sate Popular
  • Sate Kajang hj Samuri
  • Willy Satay
  • Satay Zainah Ismail
  • Hj Senen Satay
  • Zaini Satay
Cendol & Rojak Popular
  • Cendol SS15 Subang
  • Rojak & Cendol Din
  • Rojak Bellamy
  • Rojak & Cendol Shah Alam
  • Sulaiman's Famous Cendol & Rojak
Ikan Bakar Popular
  • Sambal Hijau
  • Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy
  • Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin
  • Restoran Ikan Bakar FEND
  • Restoran Arang Ikan Bakar
Burger Kaki Lima Popular
  • Brader John Burger
  • OM Burger
  • Yazid Burger
  • Tajima Burger Bangi
  • The Burger Shop
Nasi Kandar Popular
  • Zainul Nasi Kandar
  • Mohd Yaseem Nasi Kandar
  • Restoran Kudu bin Abdul
  • Suberi Nasi Kandar
  • Restoran Ibramsha Nasi Kandar

Macamana, agak-agak ada ke restoran kegemaran korang tercalon? Kalau ada kenalah undi cepat-cepat. Pemilihan pemenang akan ditentukan dengan format pemarkahan 50% undian rakyat Malaysia manakala 50 % lagi dari juri profesional. *jadi adillah kan. Sape pula Juri yang akan buat penilaian nanti? Setakat ni masih dirahsiakan identitinya, tapi korang tak perlu risau kerana beliau katanya memang tersohor dalam bidang kulinari tempatan.

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi ekslusif JJCM Makan Awards dan juga wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak pada bulan Disember nanti.

Jadi, pada siapa-siapa yang nak mengundi bolehlah ke laman web www.jalanjalancarimakan.com.my dan klik undi. Tempoh undi adalah dari 1 November 2017 hingga 24 November 2017. Bagi yang belum menggunakan aplikasi JJCM pula, korang boleh download dari Google Play Store dan juga Apple Store.

TRAILER RASMI PERTAMA FILEM 'AVENGERS : INFINITY WAR'

$
0
0


Pasti ramai diantara korang tidak sabar menanti filem aksi terbaru Avengers selepas berjayanya filem The Avangers sebelum ini. Ramai tertunggu-tunggu akan trailer pertamanya di dedahkan kepada umum. Dengan terdedahnya trailer rasmi pertama filem ini di akaun twitter official Marvel Studios, pasti dapat memberi bayangan dan aura awal bagi filem Avengers: Infinity Warini. Nampaknya lebih banyak watak-watak menarik dan harap ianya tidak mengecewakan. Jom sama-sama kita saksikan trailer rasmi pertama filem Avengers: Infinity War ini.


Macamana, tidak sabar bukan nak tunggu tahun depan??

THE REAL EXPENSES OF PURCHASING A BTO IN SINGAPORE

$
0
0

When mention about purchasing new flat in Singapore, the first thought comes to the mind is Housing Development Board’s (HDB) Build to Order flats (BTO). It is indeed a milestone in life for Singaporean especially to the young adults as it is the Singapore government’s initiative to make housing affordable for the younger generation. But little did they know, there are some hidden costs that they may overlook during the purchasing process, for example, stamp duty, option fee and others. Here’s the list of real expenses that you will need to factor in when purchasing a BTO in Singapore.

BTO launch Application Fee - $10

There’s a fee to pay for applying to ballot for BTO, you will have to pay for your application fee for your chances to ballot HDB.

Option Fee – between $500 to $2,000

Well, just like other private properties process, you will need to pay for booking fee before the purchasing happens. This is to show your serious commitment in getting your first BTO. However, if you’re be taking loan from HDB housing loan, the option fee will be reimbursed to you in cash if there are enough cash in your EPF account for downpayment. Otherwise, it is most likely to be part of your downpayment in the cash portion.


Downpayment – 10% - 20% of the BTO purchase price

Here comes the highest sum of expenses you will need to pay upfront when you are getting serious for commitment with BTO. After gotten your unit, you will have to start forking out your cash and CPF for your BTO downpayment. The type of loan determines the percentage of cash needed to be pay for downpayment. If you’re taking HDB loan, the amount of downpayment is 10% using CPF. As for bank loan, the amount of downpayment is 20% (5% in cash, 15% in CPF) and 80% from bank. Check here for all bank loans for BTO.

Stamp Duty & Legal Fees - Varied

During the process of buying BTO flat, many may have overlooked stamp duty and legal fees. Stamp duty, which you’ll need to pay to Inland Revenue Authority of Singapore (IRAS) for stamping purposes. It is to stamp on certificate to acknowledge that the flat belongs to you. There’s fixed calculations based on the purchase price of the flat.
  • First $180,000 – 1% 
  • Next $180,000 – 2% 
  • Remainder – 3% 
After stamp duty, next would be the legal fees which also include the Conveyancing Fees and Caveat Registration Fees. 

The Conveyancing Fees is calculated based on the purchase price of the flat. 
  • 90 cents per $1,000 for the first $30,000 
  • 72 cents per $1,000 for the next $30,000 
  • 60 cents per $1,000 for the remaining amount 
Meanwhile, for the Caveat Registration Fees is chargeable at a fixed amount of $64.45, inclusive of GST, is payable when you sign the Agreement for Lease. It is advisable to set aside few thousands aside for stamp duty and legal fees that are unavoidable, the fees are payable in CPF.

Stamp duty and legal fees during key collection - Varied 

Few years after the unit is ready for possession, it is time to take your keys for your new flat. During this process, there’s cost you will need to pay, Survey Fees and Registration Fees to own the flat legally. Survey fees – for surveyor to inspect the condition and value of the flat – the fee varies from amount $150 to $375, depending on the unit type. Registration fees – for management of the flat purchase transaction – charged at fixed amount of $38.30.


However, if you’re taking bank loan, you’re required to pay for additional Stamp Duty on Deed of Assignment. For this stamp duty, you’re required to pay 0.4% of the bank loan amount, subjected to a maximum of $500. 

Insurance – Varied 

There are many insurance available in the market, Home Protection Scheme (HPS) where it protects your family and loved one from losing the flat from death, illness or permanent disability till age 65 or until the housing loan has cleared. Tips: If you intend to use CPF savings to pay your monthly bill, you will need to be insured by Home Protection Scheme. The amount for HPS varies, the focus is for youngsters these days, it all depends on your age, outstanding loan amount, loan’s interest rate, loan repayment period and desired coverage. Click here to see types of insurance coverage for house.

Apart from that, it is essential to get HDB Fire Insurance because it is pretty common for fire incidents to happen in Singapore. The fire insurance is a mandatory to purchase if you’re taking HDB housing loan. Fret not, the cost is less than $10, it is cost between $1.50 and $7.50 per 5-year term which depends on the flat type. 



APA YANG MENARIK DI MAPS PERAK

$
0
0

Cuti sekolah ni mesti ramai yang merancang untuk bercuti bersama-sama keluarga. Memandangkan tahun 2017 pun sudah hampir habis, inilah peluang terbaik untuk menghabiskan cuti tahunan yang berbaki. Agaknya mana lokasi menarik sesuai untuk percutian keluarga yang ada di sekitar semenanjung ni ya? Dengar khabar, di Ipoh ada satu taman tema baru buka?


1. 0 MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS) PERAK

Movie Animation Park Studios atau lebih dikenali dengan singkatan MAPS Perakyang berkeluasan 52 ekar ni baru sahaja dibuka pada bulan Jun 2017 yang lalu.*kalau tak silap saya pada hari raya pertama aidilfitri. Untuk pengetahuan korang, "Live Your Dreams" merupakan tagline yang digunakan bagi taman tema ini dan ianya telah menarik lebih kurang 150,000 pengunjung dari pelbagai peringkat umur sepanjang tempoh operasinya. Lokasinya yang strategik iaitu di Ipoh, Perak dan tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan ini memudahkan pengunjung untuk datang ke sini.


Movie Animation Park Studios (MAPS) ni bukanlah seperti taman tema biasa  kerana ianya datang dengan konsep berdasarkan animasi-animasi popular yang ada ditayangkan di televisyen. Antaranya seperti Smurfs, Casper, Megamind dan banyak lagi. Selain dari watak animasi luar negara, MAPS Perak juga menjadikan watak animasi BoboiBoy sebagai salah satu tarikan mereka.


1.1 TARIKAN SEKITAR MAPS PERAK

peta-maps-perak

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang apa tarikan yang ada di MAPS Perak ni. Apa yang boleh saya kongsikan ialah, terdapat banyak zon-zon menarik yang boleh korang terokai dan antaranya seperti Live Action ZoneFantasy Forest ZoneBlast Off Zone dan Dream Zone*dan untuk pengetahuan korang, Dream Zone masih belum dibuka dan bakal dibuka dalam masa terdekat.


1.1.1 ANIMATION SQUARE



Dari kaunter tiket kami perlu melalui jambatan merentasi tasik buatan menuju ke Animation Square dimana ianya merupakan pusat kepada MAPS Perak ni. Dari jauh lagi kami dah boleh nampak kemeriahan rekabentuk bangunan dengan penuh warna warni. Badut-badut ceria berlari kesana sini menanti dan menghiburkan tetamu mereka.



Bagi yang pertama kali ke sini, korang boleh mengambil maklumat di kaunter informasi yang berada di sebelah kanan bangunan. Bila sampai betul-betul di bahagian tengah, di lorong sebelah kanan adalah lokasi The Home of BoboiBoy manakala ke kiri pula ada Adventure Cartoon Factory .


Disini korang boleh ke 4D Motion Adventure, BoboiBoy Hero Academy dan juga Tok Aba's Kokotiam. Bila dah sampai sini, korang kenalah cuba minuman coco Tok Abah. Selain dari makanan dan minuman, di Tok Aba's Kokotiam juga ada jual pelbagai cenderahari BoboiBoy.



Waktu untuk BoboiBoy Hero Academy ialah 11:00am, 01:00 pm, 03:00 pm, 04:00 pm, 06:00 pm, dan 8:00 pm. Manakala waktu Fire Show di Maps Landing pula adalah pada jam 08.05 pm.


Di sini juga mempunyai centre stage dimana akan ada persembahan pada waktu-waktu tertentu *seperti dalam jadual di atas


1.1.2 BLAST OFF ZONE


Dari luar lagi dapat dilihat, sebelah kiri Animation Square ada sebuah kapal angkasa berbentuk belon yang cukup besar. Bagi mereka yang pertama kali datang kesini mesti tertanya-tanya apa sebenarnya yanga da di dalam. Untuk pengetahuan korang kapal angkasa berbentuk belon ini merupakan sebuah restoran 3 tingkat yang diberi nama Starship Restaurant. Kalau tanya saya, disini menu western dia memang tip top dan puas hati.


Bila perut dah kenyang, boleh lah sambung teroka permainan yang extreme berdekatan StarShip Restaurant ni. Apa yang boleh saya katakan disinilah penerokaan sebenar untuk orang dewasa di MAPS Perak buat masa ni.  Antara ride yang korang boleh cuba adalah seperti HyperSpin, Asteroid Attack, Space X-Plorers,  dan The Adventurers Bumper Blast. *jadi dont ever say that MAPS Perak ni hanya untuk hiburan adik-adik je.hahaha

Space X-Plorers

HyperSpin

Asteroid Attack

The Adventurers Bumper Blast

Dalam banyak-banyak ride, cuma satu ride yang saya tak sanggup nak naik iaitu Asteroid Attack*bagi RM100 pun tak sanggup oiii. Silap haribulan boleh terburai isi perut ni. hahahah. Ia selayaknya untuk orang yang betul-betul kuat semangat je.

The Smurfs Theatre & Partyland

Bila dah lepas pening lalat tu, bolehlah korang ke The Smurfs Theatre & Partyland. Kat sini korang boleh buat banyak aktiviti, seperti masuk rumah Smurft, The Smurfs Theatre dan pelbagai aktiviti untuk anak kecil.


Waktu untuk The Smurfs Theatre adalah 11:45 am, 12:45 pm, 02:45 pm, 03:45 pm, 06:45 pm, 07:45 pm, dan 08:45 pm.

bergambar dengan karakter Smurf

Kalau ada rezeki, korang boleh bergambar dengan karakter Smurf tau. Tapi ada waktu Smurf's Meet and Greet ni ada masa tertentu,  iaitu setiap 20 minit sekali. Kalau nakkan kepastian kena rujuk pada staf mereka. Amacam, comel kan diorang ni.


1.1.3 LIVE ACTION ZONE


Sebelah kanan Animation Square pula ada Live Action Zone. Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aksi lasak.  Live Action Zone adalah zon pertunjukan aksi Stunt yang pertama di Asia Tenggara (Stunt Legends Arena). Persembahan gimik yang hebat secara lansung dari anak-anak muda yang memandu kereta dan motosikal pasti membuatkan korang teruja habis. Apa yang saya boleh katakan ianya memang superb dan hebat giler.



Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa ada dari mereka merupakan anak melayu kita. Masa persembahan adalah 02:30pm dan 04:30pm. Korang boleh rujuk jadual persembahan mereka sebelum masuk ke sini.


1.1.4 FANTASY FOREST ZONE


Di hadapan Stunt Legends Arena pula terdapat zon yang sesuai untuk kanak-kanak. *zon ni bukan untuk budak-budak je tau, ada juga sebahgiannya sesuai untuk orang dewasa. Kat sini ada pelbagai permainan yang tidak terlalu ekstrem dan juga pelbagai attraction seperti Zugo's Crystal Quest, Upside Down Pyramid, Fantasy Carousel, Coliseum Water Play, Red Baron dan banyak lagi.





Apa yang saya boleh katakan, zon ni membawa kita ke lokasi beberapa buah negara dengan replika yang cukup kemas dan cantik. Ada juga tempat permainan yang berhawa dingin di Coral Kingdom yang sesuai untuk kanak-kanak kecil.

Disini juga ada beberapa persembahan lansung pada masa tertentu. Ianya seperti Forest Fairy (12:00 pm & 03:00 pm), Fire Show (01:30 pm), dan Umbongo Dance (04:15 pm).


1.1.5 DREAM ZONE


Semasa kami ke sini, zon ni masih belum dibuka dan masih menunggu surat pentauliahan dari pihak berwajib. Apa yang dapat saya citer, kami hanya mampu memandang dari luar kami sahaja tarikan yang sudah hampir siap sepenuhnya. Walaupun hanya dari luar, ianya sudah cukup mengujakan saya dan kawan-kawan. *tak sabar nak tunggu

Megamind Megadrop Tower


Antara tarikan yang bakal ada di zon ini adalah seperti Megamind, The Croods Crazy Chase dan macam-macam lagi. Megamind Megadrop Tower ni dikatakan paling tinggi di Malaysia dan pastinya lebih lasak.*amacam!! menarik bukan ?? Bagi korang yang nak tahu harga tiket ke sini, korang boleh rujuk di laman sesawang mereka.


Harga Tiket Masuk MAPS Perak :

Maklumat Lanjut Rujuk Disini :


Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara | Perkara Penting Sebelum Dan Ketika Melancong

$
0
0

Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara| Perkara Penting Sebelum Dan Ketika Melancong| Semua orang sangat teruja bila nak bercuti. Tambah pula, destinasi yang nak dituju tu ke luar negara. Tapi adakah diorang mengambil berat tentang, hal-hal yang patut mereka tekankan supaya urusan mereka berjalan dengan lancar dan selamat? Jadi, kat sini saya sendiri nak kongsikan beberapa tips / hal penting sebelum dan ketika kita melancong ke luar negara. *untuk peringatan diri sendiri jugak.



PASSPORT| Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika PASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda di wajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda. Sila rujuk Pasport Malaysia Antarabangsa [klik]

SENARAI HITAM | Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujukSemakan Status Kawalan Imigresen [klik] .

TUKAR MATAWANG | Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu. *sila ambil berat tentang hal ni kalau korang tak nak mengemis di negara orang huhu.

KAD ATM | Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara.

TIKET PESAWAT | Pastikan tiket pesawat (jika korang menaiki kapal terbang) anda sudah ditempah terlebih dahulu. Periksa tarikh dan masa untuk mengelakkan korang tidak tersalah beli tiket. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan korang.

Datang awal ke Airport untuk mengelakkan korang mengalami masalah terlepas flight. *biar awal asalkan kita tidak lambat dan ditinggal.



PENGINAPAN / HOTEL | Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. Korang hendaklah membaca fahamkan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi . 

TELEFON BIMBIT | Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong ke luar negara. Sila aktifkan ROAMING, ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada keluarga terdekat atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. Pastikan bagi nombor telefon bimbit anda yang aktif di negara tersebut untuk senang berkomunikasi jika ada sesuatu.

INTERNET | Kemudahan internet sekarang sangat membantu, aplikasi Whatsapps boleh menggantikan cara komunikasi lama dengan hanya perlu internet. Untuk lebih menjimatkan korang, sewa pocket wifi untuk memudahkan korang dapat internet. Kebiasaanya pocket wifi ini boleh disewa melalui atas talian sahaja. Pastikan ia di tempah awal sebelum tarikh penerbangan korang untuk mengelakkan ianya habis di tempah oleh orang lain.

Dengan adanya kemudahan internet ini, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar sim dari negara tersebut untuk tujuan komunikasi anda. Korang hanya boleh berkomunikasi melalui aplikasi seperti Whatsapp, Wechat dan lain-lain.

UBAT-UBATAN | Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. Nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi. Ini penting untuk masa-masa terdesak.

BAGASI | Semasa berada di lapangan terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. Nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari. Pastikan juga korang tidak membawa barang terlarang dan tajam untuk mengelakkan anda bermasalah ketika melalui security. *awass ini harus di ambil serius. 

UNDANG-UNDANG | Sila fahami dan patuhi undang-undang ketika berada di negara yang anda lawati untuk mengelakkan korang di kenakan denda.

PAKAIAN | Bawa pakaian yang mencukupi dan sesuai dengan cuaca dimana negara yang bakal korang pergi. Lagi bagus sekiranya korang boleh prepare dengan kaji cuaca semasa travel korang. Ini cukup membantu untuk korang bersedia dengan sebarang kemungkinan suhu dan cuaca.

KAMERA | Bawa kamera yang sesuai untuk merakam aksi dan memori anda ketika bercuti. Pastikan gadget korang tidak terlalu heavy dan menganggu keselesaan korang semasa travel.


Tip tambahan : Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti. Ini adalah untuk keselamatan rumah bila korang meninggalkan rumah dalam masa yang lama.

KOPI HIJAU BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

$
0
0

Ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti dan kegemukan termasuklah diri saya sendiri. Malas bersenam tu menjadi faktor utama kegemukan. Tapi, tahukah anda bahawa ada caranya untuk mengatasi masalah ni? Salah satu caranya adalah dengan Kopi Hijau. *saya yakin bahawa di Malaysia kita kurang didedahkan dan tak tahu akan kelebihan yang ada pada kopi hijau ni.

1.0 KOPI HIJAU

Ilustrasi biji kopi hijau. ©Puregreencoffeediet.com
Untuk pengetahuan korang Green Coffee atau Kopi Hijau merupakan biji kopi asli yang belum di panggang dan masih mempunyai zat-zat dan kelebihan yang terkandung didalamnya. Di dalam biji kopi memiliki beberapa zat penting seperti polifenol, flavonoid, proantosianidin, kumarin, asam klorogenat, dan tokoferol. Bahan tersebut masuk kategori zat antioksidan. Selain daripada dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan, ada beberapa manfaat lain Kopi Hijau ini yang boleh di kongsikan bersama semua. 

1.1 KELEBIHAN KOPI HIJAU

  1. Kaya Anti-Oksidan : Kopi hijau sangat kaya akan antioksidan yang berguna untuk mengurangi kesan kerosakan sel akibat dari radikal bebas dalam tubuh kita.
  2. Meningkatkan Metabolisme : Kandungan Asam klorogenik yang terdapat di dalamnya mampu meningkatkan Basal Metabolic Rate (BMR) dalam tubuh sehingga mampu meminimumkan pelepasan glukosa berlebihan dari hati ke dalam darah. Kandungan ini juga mampu meningkatkan kemampuan pembakaran lemak oleh tubuh.
  3. Membantu Membakar lemak Ekstra : Kandungan nutrisi dan mineral dalam kopi hijau mampu menjaga kadar nutrisi dalam tubuh kita. Hal ini juga membuat tubuh dapat membakar lemak dan kalori yang tidak diingini dengan cepat.
  4. Menahan / Menekan Rasa Lapar : Kopi dikenali sebagai penekan nafsu makan yang sangat efektif, sehingga kita boleh mengawal keinginan makan berlebihan.
  5. Memperlambat Penuaan: Kandungan Gamma-aminobutyric Acid (GABA), Teofilin, epigallocatechin gallate, dll dikenali juga mampu untuk menjaga kesihatan kulit, memperlambatkan penuaan dan mencegah keriput. 
1.2 TREND TERKINI DIET KOPI HIJAU

Ekstrak dari biji kopi hijau telah menunjukkan banyak manfaat kesehatan. Komponen utama yang memberi manfaat adalah kafein dan asam klorogenat. Contoh produk yang menjadikan kopi hijau sebagai bahan utamanya adalah Kopi Hijau Alana.

1.2.1 KOPI HIJAU ALANA

Kopi Hijau Alana merupakan supplement yang menggunakan bijian kopi muda yang dikisar tanpa dipanggang terlebih dahulu sebagaimana minuman kopi biasa yang kita pernah minum.  Oleh sebab itu, ia mengandungi kandungan Asam Klorogenik yangg 3 kali ganda lebih tinggi dari kopi biasa. la berupaya menjadi `booster' sebagai pembakar lemak kalori dengan lebih pantas tanpa perlu senaman tambahan, meningkatkan stamina seterusnya mencegah pembentukan lemak baru di bawah lapisan kulit. Kerana itulah Kopi Hijau digunakan secara meluas untuk tujuan penurunan berat badan secara sihat dan selamat. 


Kopi Hijau Alana adalah kopi menguruskan badan yang berkualiti TINGGI dan dijamin SEDAP. Banyak khasiat serta pakar membuktikan GREEN COFFEE bean memang boleh membakar lemak tanpa diet & exercise teruk !

1.2.1.1 KANDUNGAN KOPI HIJAU ALANA

Kopi Hijau Alana juga ditambah dengan beberapa bahan yang cukup berkualiti dan popular dalam dunia kesihatan. Antaranya seperti susu kambing, chia seed dan habbatus sauda.

Ekstrak Susu Kambing dikatakan berupaya membekalkan tenaga yang cukup kepada tubuh badan kita. Jadi perut tak cepat lapar dan sepanjang hari akan rasa kenyang. Susu kambing dikatakan mempunyai  kandungan Vitamin dan Mineral lebih tinggi berbanding susu lembu.

Chia Seed dalam Kopi Hijau Alana juga adalah bijian tinggi fiber yang terkenal dengan fungsinya untuk membuang lemak dan menguruskan badan secara semulajadi. Chia seed juga dikatakan boleh mencegah kanser , baik untuk penghadaman , dan membuang toksin dalam badan.

Habbatus Sauda pula, seperti yang sedia maklum , memang terkenal sebagai makanan sunnah & terbukti keberkesanannya dalam kesihatan . Antara kebaikkan Habbatus Sauda , boleh merawat jerawat , batu karang , asma , melancarkan haid dan banyak lagi.

Jadi dengan gabungan 4 bahan utama ni di dalam Kopi Hijau Alana, Insyaallah ianya menjadi satu produk minuman yang sangat baik untuk penghadaman.

1.2.1.2 KELEBIHAN KOPI HIJAU ALANA

Selain dapat membantu membakar lemak yang berlebihan dengan pantas, Kopi Hijau Alana juga mempunyai banyak kebaikan lain seperti:

  • Menurunkan dan menstabilkan darah tinggi
  • Membuang toksin yang terkumpul dalam badan
  • Melawaskan penghadaman
  • Meninggikan metabolisma tubuh badan
  • Memberikan tenaga berpanjangan
  • Mengenyangkan walaupun sedikit
  • Kawal selera makan berlebihan
  • Badan lebih segar dan ringan
  • Bentuk badan lebih slim
  • Kulit awet muda
  • Tinggi anti oksidan

1.2.1.3 CARA PENGAMBILAN KOPI HIJAU ALANA

Kopi Hijau Alana. ©www.blogger2u.com
Korang digalakkan untuk mengambil Kopi Hijau Alana ketika perut masih kosong atau sebelum makan.

  1. Bancuh 1 sachet dalam secawan air panas. 
  2. Minum pagi sebelum sarapan. 
  3. Boleh diambil 1-2 kali sehari
1.2.1.4 KOTAK BARU KOPI HIJAU ALANA

Kopi Hijau Alana. ©www.blogger2u.com
Untuk pengetahuan korang Kopi Hijau Alana kini datang dengan packaging baru yang lebih ekslusif dan lebih cantik. Selain dari sachet kopi, dalam setiap kotak ni juga ada tali pita pengukur yang diberikan secara percuma.

1.2.1.5 DETAIL PEMBELIAN KOPI HIJAU ALANA

Harga sekotak Kopi Hijau Alana ni hanya RM42.90 untuk semenanjung, dan RM52.90 untuk sabah/sarawak. 

*AWAS dengan produk kopi hijau yang tiruan dan dijual rendah dari harga pasaran. Pastikan beli produk yang asli dan original dari pengedar yang sah sahaja. Jadi Boleh beli dari agent berdaftar atau direct dari HQ Kopi Hijau Alana seperti dibawah.
Alamat :
Alana Beauty Marketing , No. C-9-1, Jalan Dataran Sentral 3,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 017-390 9092
.
Kalau korang suka minum kopi, cubalah Kopi Hijau Alana ni. Mesti beli lagi punya.

KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY

$
0
0

28 Disember 2017 yang lepas, saya dan beberapa rakan telah memenuhi jemputan KFC Malaysia di KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY. Majlis ini adalah sempena mempromosikan produk terbaru mereka iaitu KFC Chizza. Produk terbaru ini telah menampilkan adunan citarasa ayam goreng bersama pizza yang unik dan menyelerakan. Majlis tersebut telah berlansung di GSC NU Sentral.

1.0 KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY

Berbeza seperti sebelum-sebelum nya, untuk kali ni KFC Malaysia telah menganjurkan KFC Bloggers Party dengan kerjasama GSC dengan menonton filem Pitch Perfect 3. Untuk kali ni, jemputan adalah bersama plus 2. *jadi total jemputan adalah 3 orang.


Seawal jam 6.30 petang lagi pendaftaran telah dibuka, terdapat juga photbooth untuk bergambar sementara menunggu masuk ke pawagam. Kami juga telah dibekalkan dengan KFC Chizza, wedges popcorn dan air mineral sebelum masuk ke pawagam.


Sebelum tayangan filem Pitch Perfect 3 bermula pada jam 8.00pm, kami telah dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti teka lagu dan persembahan koir. Pemenang pertandingan teka lagu menerima hadiah berupa voucer dari KFC.

KFC Chizza Chicken Pizza Party merupakan acara eksklusif meraikan KFC Fans dengan hidangan terkini KFC Chizza.

1.1 KFC CHIZZA

KFC Chizza - “Piza Sedap Hingga Menjilat Jari”, kombinasi sempurna filet ayam Hot & Spicy bersama isi pizza dengan ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba, keju mozarela dan sos pizza tomato.

KFC Chizza
KFC Chizza masih mengekalkan ayam goreng sebagai ciri utama hidangan tetapi disuntik dengan sedikit kelainan yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan pizza. Gabungan terbaik 2 hidangan kegemaran ramai. Isi piza ditampilkan bersama filet ayam Hot & Spicy sebagai pelengkap kerak piza.

KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya RM7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Anda juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat. Ia kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara sementara stok masih ada.

Layari maklumat lanjut KFC Malaysia korang boleh rujuk di laman sesawang mereka di www.kfc.com.my.

WISH LIST TAHUN 2017 YANG BERJAYA DICAPAI

$
0
0


Bila tibanya akhir tahun, maka ramai di antara kita akan mula menanam azam atau wish list untuk dicapai pada tahun baru. Tidak terkecuali dengan saya. Untuk artikel kali ni saya nak kongsikan kepada semua pembaca berkenaan dengan beberapa wish lish yang telah saya capai pada tahun 2017.

Pada tahun 2017 yang lepas, saya mempunyai beberapa wish list yang cukup besar dan mungkin berat untuk di realisasikan sekaligus dalam masa satu tahun kerana semuanya melibatkan duit. Walaupun ianya cukup sukar, tapi dengan kehendak yang cukup tinggi saya berjaya realisasikannya dalam masa yang di tetapkan. Antara wish list tersebut adalah seperti berikut.

1.0 : MIRRORLESS CAMERA

Memandangkan komitmen dalam blogging semakin tinggi, saya telah mengambil keputusan untuk memiliki kamera yang kecil dan berkualiti tinggi. Memiliki mirrorless camera kini sudah menjadi satu trend bagi seorang blogger lifestyle. Mudah untuk dibawa ke sana sini dan yang penting ianya boleh hasilkan gambar berkualiti tinggi yang boleh memberi impact yang cukup besar kepada pembaca blog mahupun pengikut di social media kita (Facebook, Instagram, Twitter).

Olympus Pen Lite
Memandangkan saya suka pada kelainan dan keunikan, saya telah memilih Olympus Pen Lite. Bentuknya yang unik dan kualiti nya sangat memberi kepuasan bagi seorang blogger dan instagrammers macam saya.

2.0 : TRIP KE JEPUN

Negara Jepun! Sebuah negara yang cukup kaya dengan keunikan budayanya. Sebuah negara 4 musim yang cukup popular di kalangan traveller seluruh negara.

Trip musin sejuk ke Jepun
Sejak dari dulu lagi saya sangat teringin untuk travel ke negara sejuk yang bersalji. Teringin untuk memegang salji dengan tangan sendiri. Namun pada tahun 2016, entah kenapa keinginan tu membuak-buak sehinggakan saya telah membuat keputusan untuk menabung semata-mata nak ke Jepun pada awal tahun 2017 untuk merasai musim sejuk di sana. 

Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang kerana ianya termakbul bilamana saya telah dibawa ke Tokyo untuk satu trip tajaan penuh dari The Clover Homes dan Cuti-cuti Jepun pada awal Januari 2017.


*walaupun Tokyo merupakan bandar yang tidak mempunyai salji, pada hari terakhir kami di sana kami telah dibawa ke lokasi bersalji berdekatan dengan Gunung Fuji.

3.0 : MACBOOK PRO

Bagi seorang pereka seperti saya, bercita-cita untuk memiliki sebuah laptop dengan high performance adalah sesuatu yang biasa. Walaupun pada asalnya hanya impikan Macbook Pro 13", tapi Alhamdulillah saya berjaya memiliki sebuah Macbook Pro 15" yang mana ianya 2 kali leh perform darinya.

macbook pro 15"
Apa yang saya nak, Allah makbulkan lebih dari itu. Alhamdulillah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Allah sebaik-baik perancang, jika doa kita tak termakbul maka ingatlah bahawa ALLAH sedang merancang yang terbaik buat kita. Semoga Tahun 2018 ni akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah Aamiin.


SELAMAT TAHUN BARU

PRODUK BERKUALITI DARI FORMULASI TEH HIJAU

$
0
0

Memahami akan keperluan wanita bekerja yang sangat sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai ibu dan juga isteri, STEA telah melahirkan produk kecantikan luar dan dalam produk yang sangat mesra pengguna dan selamat. Selain dari kaum wanita, produk STEA juga selamat dipakai oleh kaum lelaki juga.

1.0.0 STEA

photo @financialtribune.com
STEA merupakan sebuah jenama bumiputera yang menghasilkan produk berasaskan dari khasiat teh hijau yang berkualiti tinggi dan bebas dari bahan terlarang. STEA terkenal dengan produk teh hijau mereka yang telah banyak memberi manfaat kepada penggunanya untuk menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan.

1.2.0 STEA TEH HIJAU

Produk STEA Teh Hijau telah mendapat tempat di hati pengguna mereka kerana khasiat yang terkandung di dalamnya. Teh Hijau asli STEA merupakan daun teh yang diperolehi daripada sumber berkualiti tinggi di jepun. Ianya telah dipilih oleh pakar bagi memastikan rasanya yang luar biasa dan tetap segar. Didalam uncang teh hijau asli STEA juga terdapat serbuk teh hijau yang disebut 'matcha'. Matcha sendiri telah diketahui umum tentang kebaikan dan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan. Serbuk matcha dikatakan mengandungi 17 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau biasa.

photo @healdsburgshed.com
Produk ini boleh diminum sesisi keluarga pada bila-bila masa dan dimanapun kita berada walaupun ketika outstation dan travel. Selain untuk diminum, serbuk teh hijau STEA juga boleh dijadikan scrub muka.

1.2.1 KENAPA KENA MINUM TEH HIJAU STEA?

Berikut merupakan sebab-sebab kenapa kita perlu minum Teh Hijau STEA :

  • Mengawal berat badan
  • Meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • Melawaskan msalah pembuangan
  • Membuang kotoran dan toksin dalam badan
  • Mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolesterol
  • Agen anti kemurungan
  • Agen anti penuaan
  • Tinggi anti oksidan
  • Menambah tenaga
  • Menghalangkan pengumpulan lemak dalam badan

1.3.0 STEA BEAUTY

STEA Beauty merupakan produk ke-2 yang dikeluarkan oleh syarikat ini selepas produk STEA Teh Hijau. Memandangkan syarikat mereka telah menjadikan Teh Hijau sebagai trademark utama mereka, STEA Beauty juga telah dihasilkan dengan formulasi berasaskan teh hijau. didatangkan dalam bentuk sabun dan serum bagi merawat wajah anda.

2 produk dari STEA Beauty
GREEN TEA SOAP ; Di dalam sabun STEA terdapat serat daun teh yang bertindak sebagai skrub setiap kali kita mencuci muka. Kita harus tahu bahawa, mencuci sahaja tidak mencukupi kerana cucian biasa tidak mampu membuang kotoran yang melekat di dalam pori-pori muka. Serat daun teh mampu membuang kulit mati dan mengeluarkan kotoran di wajah kita.

SKIN REPAIR SERUM ; Serum STEA bertindak sebagai agen untuk membantu dalam rawatan wajah yang bermasalah. Kandungan utamanya terdiri daripada ekstrak teh hijau, aloe vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memastikan kesan maksimum kepada setiap penggunanya. Teksturnya dalam bentuk jeli dan tidak melekit sangat menyejukkan dan memberi kesegaran pada wajah kita.

1.3.1 KELEBIHAN STEA BEAUTY

  • Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
  • Mengecutkan jerawata dengan cepat
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menghilangkan kulit kusam dan kasar
  • Melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak
  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus 
  • Mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari sunburn
  • Agen anti penuaan
  • Menanggalkan whitehead dan blackhead

1.3.1 MAJLIS PELANCARAN STEA BEAUTY

Sekitar majlis pelancaran STEA Beauty
Majlis pelancaran produk terbaru STEA iaitu STEA Beauty telah berlansung di Concord Hotel Shah Alam oleh pengasasnya sendiri iaitu Puan Mastura Shah pada 6 Januari 2018 lepas. *Tahniah saya ucapkan. Ramai para jemputan termasuklah penampilan Ameylia AF3 sebagai artis jemputan pada majlis itu.

penampilan Ameylia AF3 sebagai artis jemputan
Ameylia juga merupakan salah seorang pengguna setia produk pertama STEA iaitu STEA Teh Hijau. Sehingga ke hari ini, beliau telah mengkonsumsi 4 kotak STEA Teh Hijau. Beliau juga turut berkongsi macamana beliau boleh setia dengan penggunaan STEA Teh Hijau selepas pertama kali beliau mencubanya.

1.4.0 DETAIL PRODUK STEA

HARGA :

STEA TEH HIJAU : RM60.00
STEA BEAUTY : RM89.00

Anda juga boleh membeli secara atas talian. Untuk maklumat lanjut atau pembelian, boleh terus rujuk pada :

PENGALAMAN SCALING DAN POLISHING GIGI DI KLINIK PERGIGIAN DENTESSENCE

$
0
0

Sedarkah korang bahawa gosok gigi dan berkumur sahaja tidak cukup untuk menjamin kebersihan gigi korang. Apa yang boleh saya katakan, kita mesti berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan gigi paling tidak pun setahun sekali.

Saya sendiri sudah hampir 16 tahun tidak berjumpa doktor gigi. Perasaan trauma pada kad hijau masa sekolah rendah dulu masih ada. *bagi mereka yang lahir sekitar 90-an akan memahami kenapa. Selain dari tu, jika bercerita mengenai perubatan pergigian ni juga ia sering kali dikaitkan dengan kos yang tinggi.

Kalau di ikutkan rasa takut pada doktor gigi, agaknya sampai bila lagi kita akan bertahan agaknya? Saya sendiri beruntung kerana dikurniakan gigi yang agak ok dan kurang bermasalah, cuma hanya sekadar masalah karang gigi biasa.

1.0 KARANG GIGI

Untuk pengetahuan korang, karang gigi merupakan satu bentuk plak gigi yang telah mengeras. ia terhasil disebabkan oleh penumpuan berterusan mineral daripada air liur pada plak dan gigi. Permukaan kasarnya menyediakan medium unggul untuk pembentukan plak lanjut yang mengancam kesihatan gusi.

Contoh karang gigi, Sumber : google image
Apa yang saya perasan pada gigi saya, ada beberapa lokasi seakan berkarat dan berlubang. Apabila Dr. Ahbirami Naresh Kumar membuat pemeriksaan keatas gigi saya, ternyata ia hanya karang gigi yang sudah lama dan sudah bertukar warna.

1.1 KESAN DARI PEMBENTUKAN KARANG GIGI

Karang gigi pun juga menyebabkan banyak penyakit gigi lainnya yang bahkan berbahaya. Berikut efek dari karang gigi.

  • Bau mulut. Sisa makanan yang terkumpul dalam jangka panjang akan menimbulkan aroma yang tidak sedap.
  • Gigi berlubang. Karang gigi yang tidak segera ditangani akan membuat gigi berlubang. Hal ini disebabkan karang gigi mengeluarkan zat asid yang boleh mengikis. Padahal enamel gigi merupakan bagian terkeras dari gigi yang berada di lapisan paling luar gigi. Setelah gigi makin nipis, gigi kemudian akan mudah untuk berlubang.
  • Radang gusi. Mulut yang kotor dapat menyebabkan gusi mudah dijangkiti sehingga berdarah.

Ternyata menakutkan juga akibat dari karang gigi ni. Padahal masalahnya dari hal yang remeh je pun, jarang membersihkan gigi dan tidak membersihkan gigi secara betul. Jadi apa yang boleh saya nasihatkan, pergilah jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.

2.0 KLIK PERGIGIAN DENTESSENCE

Selain dari perasaan takut, kos rawatan yang mahal juga pasti menjadi isu dan alasan untuk berjumpa doktor gigi. Namun tidak semua klinik gigi bertauliah mengenakan bayaran yang tinggi. Salah satu klinik gigi yang saya maksudkan adalah Klinik Pergigian Dentessence yang terletak di Dataran Sunway, Kota Damansara.

Dr. Ahbirami bersama pembantunya
Saya sendiri telah mengambil keputusan untuk cuba service scaling dan polishing yang ditawarkan di sini. Untuk pengetahuan korang, klinik ini dikelolakan oleh Dr. Ahbirami Naresh Kumar yang berpengalaman 9 tahun dalam bidang pergigian.

Ruangan bilik rawatan
Selain dari sifat mesra yang ada pada Dr. Ahbirami, apa yang saya perasan, Klinik Pergigian Dentessence cukup menekankan pada faktor keselamatan dan kebersihan. Jangan ditanya kenapa saya begitu yakin memakai kaca mata hitam melainkan atas arahan doktor supaya mata saya terjaga dari silau. Dr. Ahbirami juga mewajibkan pembantunya untuk memakai sarung tangan semasa membantu beliau menguruskan pelanggannya.


Apa yang saya boleh katakan, Klinik Pergigian Dentessence ni memang mengikuti setiap piawan dan SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.1 PENGALAMAN SCALING DAN POLISHING

Sebelum rawatan scaling dan polishing dilakukan, Dr. Ahbirami telah memeriksa kondisi gigi saya dan bertenya beberapa soalan berkaitan. Prosedur ni dilakukan adalah bertujuan agar kita tahu tahap kesihatan gigi dan mengetahui sejarah masalah kita supaya beliau boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Rawatan scaling dan polishing dilakukan, Dr. Ahbirami dan staffnya ke atas saya
Menurut Dr. Ahbirami, gigi saya tidak mempunyai masalah yang teruk kecuali masalah karang yang sudah lama tidak dibersihkan. Apa yang saya dengar, Dr. Ahbirami mengatakan bahawa "Gigi yang cantik tidak sama dengan gigi yang bersih".

Ilustrasi rawatan scaling, Sumber : Youtube Spear Education
Proses scaling dan polishing tidak mengambil masa yang lama. Rawatan yang dilakukan oleh Dr. Ahbirami keatas saya megambil masa 45 minit. Mungkin disebabkan masalah karang yang tebal setelah sekian lama tidak berjumpa doktor gigi. Apa yang saya rasa semasa rawatan, ianya tidak seperti yang difikirkan. Tiada rasa ngilu yang teruk dan tidak menyakitkan.


Selepas selesai rawatan scaling dan polishing, Dr. Ahbirami sempat memberi nasihat tentang penjagaan gigi yang betul. Masalah karang yang terbentuk pada gigi saya mungkin disebabkan cara berus gigi yang salah. Pemilihan berus gigi yang lembut juga penting untuk memastikan gigi kita cuci sepenuhnya sehingga ke bahagian terlindung.

2.1 SERVICE YANG DISEDIAKAN OLEH KLINIK PERGIGIAN DENTESSENCE

Berikut merupakan beberapa service yang ada ditawarkan di DENTESSENCE DENTAL CLINIC yang boleh korang cuba.

  1. General dentistary
  • Pemeriksaan, Check-up & konsultasi
  • Full mouth oral prophylaxis/cuci & gilap
  • Arahan/pendidikan kebersihan mulut
  • Preventive & Restorative Dentistary
  • Endodontics
  • Oral Surgery
  • Prosthodonthics
  • Smile Beautification.
  • Untuk mengelakkan segala masalah kesihatan berkaitan gigi, gusi dan penjagaan mulut..kita digalakkan untuk menerima rawatan 6 bulan sekali.

    2.2 MAKLUMAT DENTESSENCE DENTAL CLINIC

    Klinik Pergigian Dentessence ini merupakan pilihan terbaik kerana harganya yang mampu milik. Apa yang lebih penting ianya adalah klinik bertauliah dan pengamal berdaftar selaras dengan Akta Pergigian 1971.

    Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan pergigian di Dentessence Dental Clinic, boleh la layari laman sesawang mereka di dentessence.com.my untuk mendapatkan keterangan lanjut.

    Alamat :
    No.43-2, Jalan PJU 5/11,
    Dataran Sunway, Kota Damansara,
    47810, Petaling Jaya, Selangor
    Tel : 03-61407567
    Fax : 03-61407568

    Waktu Operasi :
    Isnin - Jumaat : 10.00 pagi - 7.00 malam
    Sabtu : 9.00 pagi - 5.00 petang
    Ahad & Public Holiday : TUTUP

    2.3 DISKAUN 10% SCALING DAN POLISHING

    Dapatkan 10% potongan harga service dengan hanya menunjukkan artikel saya ketika membuat pembayaran di kaunter!

    Thank you Dr. Ahbirami Naresh Kumar , you help me a lots. Berbaloi saya datang jauh jauh ke Klinik Pergigian Dentessence untuk scaling gigi. Sekarang saya dah boleh senyum sentiasa. Tidur pun sayang nak Tutup mulut. 


    SERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CHALLENGE DAN MENANGI PERCUTIAN KE SEOUL, PHUKET DAN LANGKAWI

    $
    0
    0

    Mesti best kalau dapat bercuti dengan percuma kan? tu tak mustahil kalau korang sertai peraduan TRAVELOKA FLY & WIN CNY CHALLENGE kerana hadiahnya adalah tiket percutian okay. Hanya dengan menyertainya dengan bermain game yang sangat mudah dan simple, korang berpeluang untuk menang tiket percutian ke Seoul, Phuket dan Langkawi. *amacam best tak?

    1.0 TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST

    Peraduan yang cukup mudah dan simple yang boleh korang sertai di laman sesawang Traveloka, dimana ianya merupakan sebuah laman sesawang yang berfungsi menyediakan layanan pemesanan tiket pesawat dan hotel secara atas talian.


    TARIKH PENYERTAAN | Mini Games Traveloka Fly & Win CNY Contest ini boleh diakses bermula dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Febuari 2018. Kumpul markah tertinggi dan korang berpeluang untuk menang hadiah tiket percutian dari diorang.

    1.1 CARA NAK MENYERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST 

    Kat sini saya nak buat tutorial cara untuk korang sertai permainan ini. Hanya terdapat beberapa langkah mudah yang perlu korang buat.
    1. Mula-mula navigate ke linkTraveloka Fly & Win CNY Challenge.
    2. Kemudian log masuk melalui akaun Facebook korang.
    3. Baca terma dan syarat yang telah ditetapkan.
    4. Selepas tu barulah boleh mulakan permainan:
      • Tekan anak panah untuk mula.
      • Tekan skrin untuk menerbangkan kapalt terbang.
      • Kumpul sebanyak mana angpow yang ada sepanjang korang masih dalam permainan. Kalau rasa markah yang korang perolehi tu tak memuaskan, korang boleh cuba sebanyak mana yang korang nak.
      • Bila korang dah rasa puashati dengan markah yang korang dapat, korang perlu share markah korang di Facebook sebanyak 5 kali sehari sebelum korang boleh submit penyertaan korang. Maknanya sepanjang tempoh pertandingan ni korang boleh kumpul dan submit markah setiap hari sehingga pertandingan tamat. *ingat lagi tinggi markah lagi besar peluang untuk menang.
    Tip mudah dari saya, memandangkan permainan ni boleh diakses di komputer dan juga telefon pintar, saya nasihatkan korang untuk menggunakan telefon pintar kerana ianya lebih mudah dari menggunakan tetikus (mouse) untuk fungsi tap.

    1.2 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERADUAN

    Berikut pula merupakan syarat-syarat yang perlu korang patuhi kalau nak sertai cabaran ini.

    1. Sila pastikan akaun Facebook yang korang guna tu adalah akaun Facebook yang asli dan bukan yang palsu. Dan contest ni terbuka hanya untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
    2. Para peserta wajib follow Traveloka Malaysia Facebook Fan Page.
    3. Para peserta dikehendaki bermain permainan Traveloka Fly & Win CNY Challenge di webpage yang disediakan oleh Organizer.
    4. Para peserta perlu mengisi maklumat di registration page yang disediakan oleh organizer.
    1.3 HADIAH UNTUK PEMENANG

    5 pemenang dengan score tertinggi bakal memenangi hadiah-hadiah seperti berikut:
    1. 1 x Pemenang Pertama - 6h5m ke Seoul termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan
    2. 1 x Pemenang Kedua - 5h4m ke Phuket termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan
    3. 1 x Pemenang Ketiga - 4h3m ke Langkawi termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan
    4. 2 x Pemenang Saguhati - RM1,000 Traveloka Voucher
    2.0 TEMPAHAN HOTEL MELALUI APLIKASI TRAVELOKA

    Memang best sangat main mini game ni, sedar tak sedar boleh lupa benda lain yang ada di sekeliling. Bila dok syok main tu tetiba teringat yang hujung ni saya dan kawan akan ke Bali, Indonesia. Hotel pulak belum tempah lagi. Memandangkan di Traveloka juga kita boleh membuat tempahan hotel, jadi dah alang-alang kat website traveloka ni maka kita terus survay lah mana yang terbaik.


    TIADA CAS TERSEMBUNYI | Apa yang menariknya kalau tempah melalui Traveloka ni, tiada kos tambahan lain yang tersembunyi. Harga yang dipaparkan adalah adalah harga yang perlu dibayar tanpa sebarang caj tambahan.

    DISKAUN| Selain dari itu, korang boleh dapat potongan harga yang ditawarkan oleh Traveloka dan dapat menikmati penjimatan yang sangat hebat.

    PERBANDINGAN HARGA HOTEL | Traveloka ni merupakan Website dan aplikasi yang mesra pengguna. Mudah melihat perbandingan harga dan review dari pelanggan-pelanggan lepas yang pernah stay di hotel tersebut. Persembahan photo hotel yang berkaitan juga adalah real dan tidak mengelirukan.

    PELBAGAI KAEDAH BAYARAN | Hal yang paling memudahkan bagi mereka yang tidak mempunyai akses perbankan internet, korang juga boleh membuat pembayaran di mana-mana 7Eleven yang terpilih mengikut jumlah yang perlu di bayar. Tak perlu susah payah nak beratur untuk membuat pembayaran dikaunter, cuma terus ke 7Eleven dan terus buat bayaran mengunakan mesin MolPay sahaja.

    Banyakkan kelebihan yang korang boleh dapat dengan menggunakan aplikasi Traveloka ni. Berbaloi dan sangat memudahkan korang. Sangat sesuai untuk korang yang terlalu sibuk dengan kerja dan urusan harian. *jadi, apa yang korang tunggu lagi? Ambil telephone pintar korang sekarang dan download aplikasi Traveloka sekarang.

    Bila dah ada aplikasi Traveloka ni nanti senanglah korang nak tengok promosi yang sedang berjalan. *sambil menyelam kita minum air laa kan. Hihi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Traveloka ni, korang juga boleh singgah di laman web https://www.traveloka.com/en-my/

    Selamat Berjaya dan Selamat bercuti!


    FLORA SKINCARE SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT WAJAH

    $
    0
    0


    Untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat, kita memerlukan produk penjagaan yang bagus terutama dari kandungan bahannya. Selain dari itu, produk tersebut mestilah sesuai dengan jenis kulit yang kita miliki. Untuk pengetahuan korang, produk terbaru skincare Malaysia iaitu Flora by N’Adore adalah satu produk skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah.

    1.0 FLORA by N’ADORE


    Flora Skincare by N' Adore ini terdiri daripada pencuci muka, pelembab, serum, toner dan krim siang dan malam. Persembahan bungkusan produk ini cukup menarik dengan tema putih dengan penggunaan bunga peony yang menunjukkan ianya adalah bahan utama di dalam produk ini.


    Produk Flora Skincare by N' Adore ini diformulasi sesuai dengan kulit wanita Asia dimana, produk ini sesuai pada semua jenis kulit dari sesuai hinggalah sensitif. Jadi, pada yang memiliki kulit muka yang sensitif. Inilah penyelesaiannya kerana ianya mampu merawat dan sekaligus membantu mencantikkan kulit wajah anda. Selain dari wanita, lelaki pun boleh guna produk Flora Skincare by N' Adore ni.

    Harga: RM149 / set produk
    Mendapat kelulusan daripada KKM

    1.1 KANDUNGAN FLORA by N’ADORE

    Antara kandungan yang ada pada Flora Skincare ini adalah:
    • Minyak Argan
    • Ekstrak Kigelia
    • Ekstrak Teh Hijau
    • Aloe Vera
    • Sumber vitamin yang baik

    Vitamin yang baik juga adalah satu kelebihan untuk menjaga kulit di mana ia dapat merawat parut jerawat. *kalau korang mempunyai parut jerawat di kulit wajah, maka inilah jawapannya. Selain itu, ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang tidak sekata, melindungi kulit dari oxidation serta dapat menghasilkan kulit yang sihat.

    Produk Flora Skincare by N' Adore  ini mempunyai bauan yang sangat menyenangkan dan mampu memberi kepuasan kepada si pemakai. Apa yang paling penting Produk Flora Skincare by N' Adore ini bebas dari bahan merbahaya dan terlarang seperti merkuri dan sebagainya.

    1.2 KELEBIHAN BUNGA PEONY DALAM RANGKAIAN PRODUK FLORA by N’ADORE

    Kelebihan Flora Skincare by N' Adore adalah kerana ianya terkandung bunga Peony. BUNGA peony adalah simbol kecantikan dalam legenda masyarakat di negara-negara Mediterranean. Ia juga terkenal sebagai bunga kekayaan dan kehormatan dengan seribu kelopak yang menceriakan wanita dengan warna-warna terang dan bau yang harum semerbak.

    Bunga Peony; @the-source.net
    Kalau korang nak tahu, bunga peony ni juga mempunyai banyak kelebihannya dan antaranya adalah dapat mengurangkan hyper pigmentasi pada kulit, dapat mengurangkan jalur penuaan dan juga menjadikan kulit cerah dan berseri.

    2.0 MAJLIS PELANCARAN PRODUK FLORA by N’ADORE

    Beberapa hari lepas saya sendiri telah memenuhi jemputan ke Majlis Pelancaran Produk Flora Skincare by N' Adore  di The Vilej, Damansara Perdana. Majlis pelancaran produk yang bertemakan serba putih ini cukup meriah dengan kehadiran para bloggers, influencer dan insta famous Malaysia.

    Sekitar Majlis Pelancaran Produk Flora Skincare by N' Adore
    Bersama Faiz Dickie, insta famous dan selaku pemilik Vilej Damansara.
    Tahniah saya ucapkan kepada pemilik Flora Skincare by N' Adore yang diuruskan oleh Pn. Nadia Zulkifli sekeluarga kerana telah berjaya memasuki pasaran Malaysia.

    2.1 KISAH DISEBALIK KEWUJUDAN PRODUK FLORA by N’ADORE

    Semasa pelancaran produk berlangsung, kami telah didedahkan dengan kisah benar yang benar-benar menyentuh perasaan berkenaan latar belakang mengenai pengasas yang sangat memberi inspirasi. Kisah bagaimana beliau bangkit dari kesakitan dan mencari solusi kepada masalah yang beliau hadapi selepas kulit mukanya rosak dan terbakar akibat menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 sesi.

    Pn. Nadia Zulkifli selaku Pengasas produk
    Pn. Nadia Zulkifli (gambar di atas) merupakan anak bongsu kepada lima adik beradik yang juga seorang isteri dan ibu kepada duacahaya mata. Beliau merupakan seorang "cancer survivor" yang pernah menghidap penyakit ketumbuhan otak dan telah menjalani dua kali pembedahan besar dan lebih daripada sepuluh kali pembedahan kecil. Apapun, Pn. Nadia Zulkifli kini telah kembali sihat dan sangat bahagia bersama keluarga tercinta. Saya doakan semoga Pn. Nadia Zulkifli sekeluarga terus diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dalam dunia perniagaan.

    Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Pn. Nadia Zulkifli sekeluarga atas pelancaran produk Flora Skincare by N' Adore. 



    MENANG RM20,000 SETIAP HARI DENGAN PERADUAN TEKA TEKAN HYPPTV

    $
    0
    0

    1.0 LIVE INTERACTIVE GAME : TEKA TEKAN 

    Pada 15 Januari 2018 yang lepas, satu rancangan berbentuk "Live Interactive Game" yang diberi nama Teka Tekan telah mula disiarkan di Unifi TV (nama baru bagi HyppTV) di channel HyppSensasi HD (Channel 116). Rancangan ni akan bersiaran lansung pada pukul 8.30 malam setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Untuk pengetahuan korang ini merupakan "Live Interactive Game"yang pertama di Malaysia.

    Penampilan Acong Sweet Child & Farouk Hussein sebagai pengacara bagi program ini
    Rancangan ini akan dikendalikan oleh 2 orang pengacara tetap dari 4 orang secara bergilir (Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuanbersama seorang selebriti jemputan.

    Selain dari itu, TEKA TEKAN juga boleh ditonton di aplikasi Unifi PlayTV (dulu dipanggil HyppTV Everywhere). Memandangkan rancangan ni disiarkan secara LIVE, sape-sape yang ada akaun Unifi TV tu bolehlah mengambil peluang keemasan untuk memenangi hadiah berjumlah RM20,000 setiap hari. *setiap hari korang boleh menang, walaupun anda sudah menang pada hari sebelumnya.

    Encik Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media unifi berkata "Pihak kami sangat teruja membawakan permainan interaktif secara LIVE di Malaysia .. eksklusif hanya di unifiTV! 
    Dengan penjenamaan semula HyppTV ke unifi TV, kami terus berusaha untuk memberikan innovasi dalam segala aspek yang boleh kami berikan kepada pelanggan kami. Oleh itu, kami mulakan awal tahun ini dengan program permainan berinteraktif TEKA TEKAN ini untuk semua pelanggan kami di seluruh negara"

    1.1 CARA MUDAH UNTUK MENANG RM20,000 DI TEKA TEKAN

    Setiap hari ada 5 soalan yang akan diberikan untuk dijawab dalam masa hanya 45 saat untuk setiap soalan. Soalan dia pula seakan rancangan popular "Who Wants to Be a Millionaire?" yang sangat popular suatu masa dahulu. Tapi ianya sangat best kerana kalau korang nak join untuk jawab soalan tu tak perlu untuk ke studio rakaman dan hanya perlu ada Unifi TV dan alat kawalan jauh sahaja. 


    Korang hanya perlu menjawab dengan menekan butang # dan seterusnya menekan mana-mana butang berwarna berkaitan jawapan samaada merah, hijau, kuning dan biru pada alat kawalan jauh. So, sila pastikan remote korang berfungsi dengan baik dan ada bateri ya. Kalau dah hilang atau butang dah rosak, boleh cepat-cepat pergi ganti. Kalau tak macamana nak main TEKA TEKAN kan. 

    Untuk pengetahuan korang, pemenang harian akan membawa pulang RM20,000. Jika sehari ada lebih dari seorang pememang, RM20,000 tersebut akan dibahagi sama rata. Contoh kalau 10 orang pemenang menjawab dengan betul semua soalan, maka seorang pemenang akan dapat RM2,000. Seperti yang saya bagitahu tadi, seorang pemenang layak untuk menang setiap hari.

    1.2 CHANNEL HYPPSENSASI HD PERCUMA

    Kepada semua pelanggan Unifi TV, sempena tayangan Teka Tekan ni korang boleh akses ke channel HyppSensasi HD (Channel 116) secara PERCUMA je. *kalau sebelum ni sedia maklumlah kita kena langgan kan? Selain dari itu, Unifi TV juga ada menawarkan sebanyak 108 pilihan siaran yang terdiri dari 53 premium channel, 25 free channel, 2 radio channel, 7 video-on-demand (VOD) channel dan 21 interactive channel. Wow terbaiklah, memang banyak betul channel yang diorang tawarkan. Tak mustahil ramai yang melanggan Unifi TV *lebih 1.6 juta orang okay.

    Untuk maklumat lanjut tentang TEKA TEKAN sila layari www.unifi.com.my/tv dan lawati juga www.facebook.com/unifiTV (Facebook), www.twitter.com/unifiTV (Twitter), www.instagram.com/unifiTV (Instagram) and www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

    FILEM SURF THIS LOVE MALAYSIA

    $
    0
    0

    SURF THIS LOVE : Gelora Juara, merupakan sebuah filem surfing pertama di malaysia. Filem ini diterbitkan oleh GSR Production Sdn Bhd dan akan ditayangkan dipawagam berdekatan anda pada 22 Febuari 2018!


    Dengan pemilihan barisan para pelakon hebat seperti hebat Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, Josiah Hogan ianya pasti dapat menjanjikan sesuatu yang cukup hebat.

    1.0 SINOPSIS SURF THIS LOVE


    Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.


    Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.


    Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia. Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.


    Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.

    Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.

    2.0 TRAILER FILEM SURF THIS LOVE


    Jangan lupa follow instagram official filem ini @surfthislove untuk mengetahui aktiviti pelakon kami dan info-info terbaru tentang filem Surf This Love.

    2018 MERUPAKAN TAHUN MELAWAT KENINGAU, SABAH

    $
    0
    0

    2018 TAHUN MELAWAT KENINGAU Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengisytiharkan 2018 sebagai 'Tahun Melawat Keningau' dengan membawa slogan 'Permata di Pedalaman Utara Borneo'. Ekonomi Keningau sesuai dibangunkan menerusi industri pelancongan berikutan banyak keistimewaan yang dimilikinya, termasuk pemandangan indah Banjaran Crocker.


    LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI DI KENINGAU | Keningau mempunyai banyak lokasi menarik seperti Gua Laing, Air Terjun Mandanan, Taman Perkelahan Bandukan dan Taman Perkelahan Minansut selain kepelbagaian suku kaum, kebudayaan serta warisan dalam masyarakat Keningau.

    Bukit Matanoi,Keningau Sabah : @Rafie Robert
    Kesan peninggalan sejarah seperti Batu Sumpah Keningau, Muzium Warisan dan Batu Memorial Perang juga akan menjadi sebab utama pelancong untuk datang ke Keningau Selain itu, Gunung Alab, Banjaran Crocker, Sinurambi Tambunan serta Pusat Penerangan Rafflesia merupakan tarikan lain yang terdapat di sini. Kepelbagaian produk pelancongan agro turut didapati di daerah ini seperti ladang ternakan payau (rusa), tanaman cendawan serta buah-buahan yang berkualiti tinggi.

    RAFFLESIA Keningau : @discoverkeningau
    TEMPAT BERSEJARAH
    • Ansip Ferry Memorial Park
    • The Oath Stone Keningau
    • World War 2 Memorial Park
    • Muzium Warisan Keningau
    • Rumah Besar OKK Sedomon
    • Japan Surrender Point

    ADVENTURES
    • Gua Laing - Laing Cave
    • Gua Batu Salag - Salag Rock Cave
    • Batu Minitinduk - Minitinduk Rock
    • Sub-Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
    • Bukit Trig - Trig Hill
    • Bukit Matanoi - Matanoi Hill
    • Bukit Lugas - Lugas Hill
    • Bukit Kikiran - Kikiran Hill
    • Air Terjun Tinaaman
    • Air Terjun Berkembar
    • Air Terjun Mandanan
    • Tindian White Water Rafting
    • Lubuk Pinamansok
    PASAR TEMPATAN
    • Tamu Ground Keningau
    • Pasar Tamu Apin-Apin
    • Pasar Malam Keningau
    • Tamu Kraf Taman Bandukan
    TAMAN
    • Pusat Rekreasi Taman Bandukan
    • Kapayan Recreation Resources
    • Mee Woo Resort
    • Taman Banjaran Crocker
    • Sungai Tagal Kg.Senagang
    • Sungai Tagal Kg.Nuntunan
    • Sungai Tagal Taman Bandukan
    PELANCONGAN AGRO
    • Evegreen Live Stock Farm (Eco Yap)
    • Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
    • Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis
    PELANCONGAN KEAGAMAAN
    • Guang Ji Temple
    • Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau
    • Masjid Al-Taqwa
    KRAFTANGAN
    • Pusat Kraftangan Sabah
    • Kampung Kraf Kg.Batu Lunguyan
    • Kampung Kraf Kg.Ulu Senagang
    • Kampung Kraf Kg.Kuala Kahaba

    p/s : Keluasan daerah Keningau dikatakan sama seperti negeri Pahang di semenanjung Malaysia. Walaupun begitu ianya hanya ditakbir oleh seorang Pegawai Daerah sahaja iaitu Hj. Yusop Bin Hj Osman.

    Viewing all 1362 articles
    Browse latest View live