Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all 1364 articles
Browse latest View live

JONLIVIA | MAJLIS PELANCARAN SELUAR FITNESS-SKINCARE & PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR 'SLIMPLEZY CHALLENGE' 

$
0
0

Jonlivia sebuah jenama pakaian sukan yang cukup terkenal dengan kualiti produknya. Selain dari mempunyai produk yang berkualiti tinggi dari material dan designnya, mereka juga mempunyai produk terbaru yang mempunyai banyak kelebihan yang di luar jangkaan.

PELANCARAN SELUAR FITNESS-SKINCARE


Jonlivia kali ini melancarkan sebuah produk seluar iaitu 'BlazePants Brightening Series'. Untuk pengetahuan korang, BlazePants Brightening Series ini merupakan seluar fusion yang mempunyai fungsi 3-dalam-1 iaitu membakar kalori empat kali lebih cepat, mendapat perlindungan UV sebanyak 50% dan mencerahkan serta melembabkan kulit. Seluar ini juga dicipta dari material berbau wangi (rose).

BlazePants Brightening Series
Apa yang boleh saya katakan, BlazePants Brightening Series ini cukup unik dan menarik. Reka bentuknya yang simple dan modern pasti akan memberi keyakinan pada si pemakai.

PERINGKAT AKHIR SLIMPLEZY CHALLENGE

Semasa majlis pelancaran BlazePants Brightening Series, mereka juga turut mengadakan araca akhir untuk Slimplezy Challenge. Untuk pengetahuan korang, Slimplezy Challenge ni merupakan sebuah acara yang telah ditaja oleh Jonlivia sebagai penaja utama. Terdapat 20 orang peserta bertanding untuk merebut gelaran juara. Para peserta telah bersama-sama dalam tempoh masa sebulan setengah, mengikuti sesi latihan intensi tinggi dan mencabar diri mereka untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan budaya hidup sihat.


Pada malam tersebut, hanya 3 orang pemenang yang di cari untuk 3 ketogoti yang dipertandingkan. Juara Slimplezy Challenge, Lim Siew Li telah menerima undian paling banyak dikalangan penonton yang hadir. Tahniah buat kesemua pemenang yang juga menerima wang tunai dan tiket kapal terbang dari AirAsia.



Untuk maklumat lanjut mengenai Jonlivia dan produk-produk keluarannya, korang boleh layari laman sesawang rasmi mereka di www.jonlivia.com. Jangan lupa ikuti laman media sosial Jonlivia di instagram dan facebook untuk perkembangan terkini mengenai produk terbaru keluaran Jonlivia

PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI

$
0
0

unifi, sebuah jenama perkhidmatan komunikasi internet yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Sempena tahun baru 2018, mereka telah menawarkan sesuatu yang baru kepada semua pelanggan-peanggannya.

1.0 PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI

Saya sendiri telah memenuhi jemputan ke majlis Pelancaran Penjenamaan Baharu Unifi yang telah dilangsungkan pada 24 Januari 2018 lepas di TM Convention Centre, Bangsar.


Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazali Ramli, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, bersama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Unifi TV, Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Unifi Mobile serta barisan pengurusan kanan TM.

Tahun 2018 ini menyaksikan penawaran terbaru kemudahan Unifi yang merangkumi keperluan kediaman, mudah alih, TV dan Wifi, seterusnya menjadikan Unifi satu-satunya jenama dalam industri telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan sambungan internet menyeluruh sebenar dengan pelbagai kandungan bertaraf dunia dibawah satu bumbung.

Inisiatif baharu yang ditawarkan adalah Unifi Home - ‘Perfect Squad’, pembebasan perkhidmatan mudah alih pertama Unifi Mobile - #BEBAS dan program gameshow interaktif secara langsung ‘Teka Tekan’ yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM20,000 kepada para penonton. Selain itu, pelbagai lagi inisiatif telah dirancang bagi memenuhi keperluan pelanggan sepanjang tahun 2018.

2.0 PENJENAMAAN BAHARU unifi 2018

Sempena pelancaran baru-baru ini, unifi telah memperkenalkan penawaran perkhidmatan konvergens yang mampan. Ia selaras visi TM iaitu - ‘Menjadikan Hidup Lebih Mudah’, dan berperanan sebagai satu-satunya platform komunikasi gaya hidup digital yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia.

2.1 unifi Home

unifi memperkenalkan ‘The unifi Perfect Squad’ - #pasangsekarang (#installnow), merupakan lanjutan kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan ke kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi sedia ada seluruh negara. Turut menawarkan pakej istimewa seperti Unifi Advance dari hanya RM139 sebulan.

The unifi Perfect Squad juga akan datang ke kawasan kediaman berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan melengkapkan proses pengaktifan. Pakej turut hadir dengan beberapa pilihan pek Unifi TV, peranti dan pelan panggilan.


2.2 unifi Mobile

unifi Mobile (dahulu webe) mencipta satu lagi catatan industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi Mobile - #BEBAS. Produk pertama yang memberi kebebasan memilih kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan produk mudah alih tanpa sebarang kontrak dan komitmen. Unifi Mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; mobile@unifi memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital.


Bersempena pelancaran, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Korang hanya perlu memuat turun aplikasi mobile@unifi di AppStore atau PlayStore dan membuat daftar. Pelanggan boleh mendapatkan SIM di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara atau dihantar ke rumah dengan bayaran RM10.60 *termasuk GST.


2.3 unifi TV / PlayTV unifi

unifiTV (dahulu HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara langsung pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan. Ia membolehkan penonton beraksi secara interaktif di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.

Bersempena siaran program Teka Tekan, HyppSensasi HD turut menawarkan tontonan secara percuma bagi membolehkan para penonton mengambil bahagian dalam program ini, dan berpeluang menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.

Selain penjenamaan semula unifiTV, HyppTV Everywhere juga dikenali sebagai Unifi PlayTV untuk hiburan bertaraf antarabangsa dengan pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD samaada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran interaktif sambil menikmati perkhidmatan tanpa gangguan cuaca.


Sejajar dengan penampilan wajah baru unifi untuk tahun 2018 ini, TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya mengenai penawaran Konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar. Jadi, hopefully lepas ni tiada lagi sebarang sekatan terhadap keperluan internet dan menjadikan Hidup Lebih Mudah.

Info lanjut mengenai Unifi, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.unify.com.my.

MENANGI TIKET VIP KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)

$
0
0


1.0 ANUGERAH JUARA LAGU KE -32

Anugerah Juara Lagu bakal kembali buat kali ke-32 pada bulan Februari nanti. AJL32 ini akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, dengan tema “Fesyen dan Muzik” demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 32 ini.

Seperti yang kita tahu setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam beberapa kategori seperti; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.

Hos yang bakal bersiaran secara langsung pada AJL32 ini adalah Alif Satar dan Sherry Alhadad, diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.

1.1 UNDIAN PERSEMBAHAN TERBAIK

AJL32 turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam. Ketahui info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung ( live streaming AJL32 ) menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Anda digalakkan untuk menggunakan #ajl32 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Anugerah Juara Lagu 32. Para penonton juga berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 32 secara strim langsung berdefinisi tinggi dengan geng digital tonton di www.tonton.com.my.

2.0 PERADUAN MENANGI TIKET VIP KE AJL-32


Untuk menghargai pembaca dan follower saya di social media, saya telah mengadakan satu Peraduan Menangi Tiket VIP ke AJL-32. Saya akan memilih tiga (3) orang pemenang untuk peraduan ini. Dua (2) orang pemenang bakal menerima sepasang tiket VIP ke AJL32 , manakala seorang lagi bakal menang satu (1) tiket VIP ke AJL32. Peraduan tertakhluk kepada terma dan syarat.

2.1 SYARAT PENYERTAAN

1. Follow dan like social media di bawah


2. Jawab SOALAN dan lengkapkan SLOGAN berikut di google form yang telah disediakan di langkah 3 beserta details anda.
  • Soalan 1: Siapakah ikon fesyen AJL sepanjang zaman?
  • Soalan 2: Berapakah harga langganan tonton VIP untuk setahun?
  • Soalan 3: Apakah alamat laman web AJL32?
  • Saya mahu menonton AJL32 bersama tonton dan xtra kerana....

3. Lengkapkan 'google form' berikut : https://goo.gl/forms/RwN2Q8wM8I1ET0q53

4. Peserta mestilah warganegara Malaysia.
5. Peraduan akan berlansung bermula 5 Februari 2018 sehingga 7 Februari 2018 (11.59pm).
5. Keputusan adalah muktamat dan hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
6. Pemenang akan diumumkan di Instagram @mawardiyunus pada 9 Februari 2018.
7. Sekiranya pemenang tidak memberi maklum balas dalam tempoh 24 jam selepas keputusan diumumkan, saya berhak memberikan hadiah kepada peserta lain.

Semoga berjaya.


3.0 MENGENAI tonton

tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 7.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 18,000 ahli setiap minggu dan baru-baru ini melebarkan sayap ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam. 

Pada April 2016, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan - VIP tonton 

Ahli-ahli yang menaik taraf ke VIP tonton akan merasai kuasa sebenar tonton - memberikan ahli VIP akses tanpa had ke perpustakaan yang mengandungi hampir 30,000 jam kandungan tempatan dan bersindiket (di wilayah tertentu), acara LIVE eksklusif di HD, pengalaman video bebas iklan, muat turun dan menonton fungsinya kemudian, menikmati faedah dan ganjaran VIP serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf keahlian ke VIP tonton juga akan puas menonton semua kandungan eksklusif, drama dan banyak lagi sehingga enam (6) bulan sebelum tayangan perdana di TV. 

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

>>DAFTAR SEBAGAI VIP TONTON!<<

Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti kami di platfom media sosial:

Facebook: tontonMY 
Twitter: tontonMY 
Instagram: tontonMY 
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

BELI DAN BERPELUANG KE MANCHESTER DENGAN TAJAAN PENUH

$
0
0

Apa yang lebih bagus selain dapat menonton perlawanan bola sepak kumpulan kegemaran korang secara live di depan mata. Paling tidak sekali seumur hidup tak gitu. Kali ni saya nak share bagaimana korang berpeluang untuk bercuti ke London dan menyaksikan perlawanan bola sepak antara MCFC (Manchester City Football Club) menentang MU (Manchester United).

Dashing menghargai pelanggan mereka dengan mengadakan kontes buat kali ke 3 dengan membawa para pemenang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di luar negara.


Selain dari menyaksikan perlawanan, para pemenang akan ditanggung segala kos termasuk penginapan dan juga trip 4 hari 3 malam ke Manchester. Selain itu juga, tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan MCFC melawan MU juga akan diberikan. Hadiah ini untuk 6 pemenang hadiah utama yang bertuah.

Tidak hanya menonton perlawananan dengan tiket VIP sahaja di Stadium Etihad tetapi anda juga akan dibawa melawat ke National Football Museum and Stadium seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu juga, anda mungkin berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama bintang-bintang lagenda MCFC.


Apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi hadiah ini adalah dengan membeli sebarang produk DASHING ataupun ELITE dalam satu resit dan Whatsapp bersama nama mengikut kad pengenalan, nombor IC dan juga tempat pembelian produk kepada +6016-9972373.


Tak payah tunggu lama-lama, dapatkan produk ini segera kerana tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2018. Untuk maklumat lanjut bolehlah melawati mana-mana medium yang tertera di bawah

Talian: 03-80238311

BOAT NOODLES PERKENALKAN EMPAT MENU BAHARU

$
0
0

Sudah lama rasanya tak lepak makan kat Boat Noodles, dah hampir setahun rasanya! Tempoh hari sempat jugak lepak di Boat Noodles di Empire Damansara pekena menu baharu mereka. Untuk pengetahuan korang, 4 menu baharu yang mereka perkenalkan ini bukanlah kekal dan sentiasa ada seperti menu-menu lain mereka sebelum ini kerana ianya terhad sehingga hujung bulan februari (2018) ini sahaja.

Bersama rakan blogger

1.0 MENU BAHARU BOAT NOODLES

Empat (4) menu baharu yang dimaksudkan itu meragkumi dua (2) jenis minuman iaitu Blue Butterfly, Mango Smoothie, dan dua (2) jenis makanan iaitu Prosperity Yum (Beef/Chicken) dan Thai Fried Chicken.

1.1 BLUE BUTTERFLY

Blue Butterfly
Blue Butterfly
Minuman yang cukup unik berperisa soda dan lemon. Apa yang menariknya, saya difahamkan bahawa air ini diperbuat daripada pewarna bunga telang. Keunikannya, apabila jus lemon dicampurkan kedalam ke dalam gelas, air yang berwarna biru terang bertukar menjadi warna unggu dengan sekelip mata.


1.2 MANGO SMOOTIES

Mango Smooties
Sekarang ni cukup popular dengan kehadiran jus mangga / mangga susu. Memandangkan ianya merupakan salah satu minuman yang cukup popular di Thailand, Boat Noodles juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Mangga Smooties versi mereka. Dengan menggunakan buah mangga yang fresh ianya dikisar halus menjadi minuman jus yang cukp enak.

1.3 PROSPERITY YUM

Prosperity Yum
Kali ini Boat Noodles memperkenalkan hidangan mee berperisa tomyam. Korang boleh membuat 2 pilihan mee iaitu  Thai Rice Noodles dan juga Springy Noodles. Saya lebih suka perisa tomyam ni berbanding dengan perisa lain yang boat noodles ada sebelum ni. Rasa tomyamnya yang bersantan tu memang sangat menyelerakan.


1.4 THAI FRIES CHICKEN

Thai Fried Chicken
Antara kesemua menu baharu ni Ayam goreng ini paling saya suka. Kami sendiri makan berpinggan-pinggan masa ke sini tempoh hari. Rasa rempah dia tu memang sebati, kalau tak cicah sos pun dah okay. Kalau tanya saya, sepinggan ni memang cukup saya makan sorang je kot. hehe


Tak rugi kalau nak cuba semua menu baharu dari Boat Noodles ni. Kalau nak cuba kena cepat-cepat sebab menu ni hanya terhad sampai hujung Februari 2018 ni sahaja.

Apapun, untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Boat Noodle ini, korang boleh terus layari medium social media mereka di:

ELVARA MALAYSIA : HOMESTAY MURAH DI DAMANSARA

$
0
0

Homestay cukup popular dikalangan traveller yang travel secara berkumpulan atau dengan keluarga.  Ini kerana sudah semestinya kerana ruang dan harga yang jauh lebih murah dari hotel. Kalau nak tempah hotel sudah semestinya terpaksa ambil 2-3 bilik dan harga pula tentu berlipat kali ganda. Agak rugi bagi mereka yang datang untuk jangka masa yang pendek seperti dalam tempoh sehari dua dan menjadikan penginapan tu sebagai tempat tidur dan mandi sahaja.

Damansara, cukup terkenal dengan lokasi orang-orang kaya. *agaknya ada ke homestay yang murah dan mampu sewa kalau ada urusan sehari dua di sana?. Korang tak perlu risau. Untuk pengetahuan korang, korang boleh jumpa homestay murah dan cantik yang berada di Empire Damansara. Sebuah lokasi strategik yang mempunyai banyak kedai makan dan mudah untuk akses ke mana saja.

1.0 ELVARA MALAYSIA

Homestay yang saya maksudkan tu adalah Elvara Malaysia. Kalau korang ke carian google, korang juga boleh dapat info Elvara Malaysia ni di Laman web carian hotel. Mereka ada menawarkan dua (2) jenis unit penginapan iaitu STUDIO untuk tiga (3) pax dan Duplex untuk lima (5) pax.

1.1 PENGALAMAN BERMALAM DI ELVARA MALAYSIA

Saya sendiri berpeluang menginap di unit penginapan Duplex Elvara Malaysia bersama kawan-kawan saya beberapa minggu lepas. Memandangkan ada urusan di Damansara, kami mengambil peluang untuk sewa semalam dan rasai sendiri suasana di sini.


Duplex merupakan jenis penginapan dua (2) tingkat dimana ianya juga biasa dijadikan unit pejabat. Kemudahan bilik air boleh akses di kedua-dua aras. Bahagian bawah dijadikan ruang tamu dan ruang dapur, manakala bahagian atas pula dijadikan kamar tidur.


Unit yang kami stay ni dilengkapi dengan akses internet, dan berhawa dingin. Sebagai tambahan, mereka juga ada sediakan kipas. Kalau waktu tengahari tak perlu bazir electric buka lampu kerana unit ni mempunyai dinding cermin yang boleh supply cahaya yang secukupnya ke dalam bilik.




Bagi Guest House jenis Duplex ini terdapat dua (2) katil jenis Queen di bahagian atas dan satu (1) sofa bed yang di letakkan di ruang tamu. Ruang atas juga dilengkapi dengan meja kerja yang boleh dijadikan ruang makeup, penyidai baju dan almari.


Homestay Elvara Malaysia ni selamat dan dikawal oleh pegawai keselamatan 24 jam. Nak masuk ke penginapan kena guna access card. Di bahagian bawah bangunan pula korang boleh jumpa banyak kedai yang dibuka buka 24 jam seperti restoran mamak dan 7eleven. Korang juga boleh jumpa, boat noodle, klinik, dobi dan banyak lagi kemudahan lain. Parkir disini banyak dan yang penting Caj parkir tak terlalu mahal.

1.2 HARGA HOMESTAY ELVARA MALAYSIA

Berikut merupakan harga Elvara Guest House untuk satu malam :

STUDIO 3 pax
RM120 ( Ahad - Khamis )
RM150 ( Jumaat & Sabtu )

DUPLEX 5 pax
RM150 ( Ahad - Khamis )
RM180 (Jumaat & Sabtu )

*Tarikh lawatan kami ke Elvara Malaysia 20-21 januari 2018


Alamat :
Elvara Malaysia
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, 
Selangor

Telefon :
0194569155 / 1212

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<

SENARAI PENUH PESERTA DAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-32 (AJL32) TAHUN 2018

$
0
0

Tahun ni saya sendiri berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) secara langsung. Sebanyak 12 buah lagu berjaya layak ke pentas akhir AJL32 yang berlangsung pada 11 Februari 2018 yang lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil.

1.0 ANUGERAH JUARA LAGU KE-32 (AJL32)

Memandagkan tema AJL32 pada tahun ni adalah Fesyen & Muzik, maka artis-artis dan penonton yang hadir juga tampil dengan pelbagai fesyen yang berkaitan. Apa yang saya nak katakan bahawa, persembahan pembukaan tirai malam AJL32 oleh Stacy cukup bertenaga dan memukau seluruh penonton di Axiata Arena.


AJL32 kali ini telah dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar. Apa yang boleh saya katakan ianya merupakan gandingan bakat yag cukup sempurna dan sangat best. Dengan bakat dan perwatakan Alif yang cukup cool dan Sherry yang sangat lucu itu menjadikan pentas AJL32 ni sangat meriah.

1.1 SENARAI FINALIST AJL32

Berikut ialah senarai penuh lagu, artis, komposer, penulis lirik dan muzik video bagi lagu-lagu yang telah berentap di pentas AJL 32 .

1. Lagu : Akhirnya Cinta
Artis : Salma Asis
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai & Slen

2. Lagu : Bayang
Artis : Khai Bahar
Komposer : Eddy Khalifah
Penulis Lirik : Eddy Khalifah

3. Lagu : Sejati
Artis : Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir)
Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

4. Lagu : Amboi
Artis : Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet

5.Lagu : Aku Yang Sebenar
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Datuk M. Nasir
Penulis Lirik : Ad Samad

6. Lagu : Warkah Untukku
Artis : Ara Johari
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq

7.Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

8. Lagu : Lebih Sempurna
Artis : Syamel
Komposer : Syamel/Edry Abdul Halim/Boy Anaz
Penulis Lirik : Syamel

9. Lagu : Tergantung Sepi
Artis : Haqiem Rusli
Komposer : Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu

10. Lagu : Jampi
Artis : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

11. Lagu : Menahan Rindu
Artis : Wany Hasrita
Komposer : Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu

12. Lagu : Aku Cinta
Artis : Syamel & Ernie Zakri
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

1.2 SENARAI PEMENANG AJL32

Berikut pula merupakan senarai pemenang AJL32 ni. Keputusan yang tidak di sangka-sangka dan semestinya memberi kejutan kepada peserta dan penonton.



Juara :
Jampi - Hael Husaini


Naib Juara :
Sejati - Azmi Caliph Busker



Tempat Ketiga :
Tergantung Sepi - Haqiem Rusli


Vokal Terbaik :
Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri


Persembahan Terbaik :
Amboi - Altimet



Penyanyi Pilihan Samsung : 
Bayang - Khai Bahar


Apapon Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32. Yang tak menang bukan bermaksud lagu korang tak berkualiti dan tak sedap. Memang sudah adat dalam pertandingan. Kepada korang yang terlepas peluang menonton AJL32, jangan lupa terus streaming je di www.tonton.com.my . Daftar tonton sekarang!

RENOSKIN - MEDIC SERUM UNTUK KULIT SENSITIF DAN BERMASALAH

$
0
0

Sunburn atau selaran cahaya sering berlaku apabila seseorang itu terdedah dengan cahaya matahari pada jangka masa yang lama tanpa menggunakan sebarang losyen perlindungan. Akibat dari hal tersebut bukanlah sesuatu yang biasa malah boleh menyebabkan kita tak boleh tidur malam.


Buat pertama kali hal ini telah terjadi keatas diri saya semasa pergi bercuti di Bali pada awal Februari lepas, kerana terlalu banyak dengan aktiviti di tepi pantai. Rasa panas membahang pada muka dan rasa panas berdenyut-denyut hingga ke cuping telinga memang cukup tidak menyenangkan.

1.0 RENOSKIN-MEDIC SERUM


Saya cukup beruntung kerana, saya ada bawa bersama satu produk untuk kulit sensitif ketika saya ke Bali. Alhamdulillah, saya cuba sapu secara nipis di bahagian kulit muka dan bahang kepanasan mula surut dan hilang. Produk yang saya maksudkan itu adalah RenoSkin-Medic Serum.

1.1 KANDUNGAN RENOSKIN-MEDIC SERUM

Saya percaya dan yakin pada produk RenoSkin-Medic Serum ni kerana ianya mengandungi pelbagai bahan semulajadi bersama bahan aktif ekstrak vitamin E dan A. Ini menjadikan ianya lebih berkesan 70-80 kali berbanding vitamin sentatik dan kaya dengan pelembab semulajadi.


Di dalamnya terkandung ekstrak buah castor, ekstrak herba termasuk Rosemary , ekstrak minyak Kelapa dara asli , kaya dengan Vitamin E , kaya dengan Vitamin A , kaya dengan Fatty acids dan kaya dengan Omega 6 . Ia juga bebas steroid, bebas pewangi sintetik , bebas bahan kimia dan sangat sesuai untuk bayi.

Formulasi Medic Serum ini dicipta oleh PhD scholar yang mempunyai pengalaman profesional dalam research project bersama sama professor terkemuka di universiti tempatan.

1.2 RAWATAN RENOSKIN-MEDIC SERUM

Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Ia boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Dapat membaiki sel rosak supaya kembali normal, merawat jerawat supaya tidak tumbuh, dan memudarkan jeragat. Medic Serum ni herbal terapy, dia lebih kepada for eczema dan kulit sensitifSelain itu juga, produk ini secara klinikalnya diuji boleh digunakan untuk:

  1. Meredakan azcema dan psoriasis
  2. Melembabkan kulit
  3. Merawat dan mencegah ruam lampin
  4. Merawat jangkitan kulat dan bakteria
  5. Merawat luka melecur
  6. Menyuburkan rambut
  7. Menghilangkan regangan kulit
  8. Memudarkan pigmentasi
  9. Memudarkan parut
  10. Merawat gatal-gatal, merah dan alahan kulit.
Tahukah anda bahawa medicserum di cipta khas untuk membantu ibu ibu anak eczema dari terus bergantung harap pada krim steroid atau krim kimia yang mempunyai risiko jangka panjang penggunaan nya. Medic serum mendapat kelulusan KKM selamat digunakan untuk bayi hingga orang dewasa.

1.3 CARA MENGGUNAKAN RENOSKIN-MEDIC SERUM

Cara menggunakan RenoSkin-Medic Serum ni sangat mudah dengan hanya sapukan serum secara nipis sahaja di kawasan kulit yang terlibat. Sapukan secara nipis serum pada bahagian bermasalah dua (2) kali sehari selepas mandi.


AMARAN : Sekiranya masalah gatal dan kemerahan terjadi, berkemungkinan anda alergik terhadap kandungan herba, jadi anda dinasihatkan supaya hentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat dari doktor. 

Untuk matlumat lanjut mengenai  RenoSkin-Medic Serum ni korang boleh rujuk di bawah :


Sebarang pertanyaan berkenaan renoskin, produk, atau uolss sendiri berminat menjadi dropship, agen dan stokis, boleh direct contact no telfon ni: 016 490 7155 atau terus ke link ini dengan menghantar mesej renoskinblog untuk respon pantas : www.wasap.my/60164907155/renoskinblog .

REVIEW FILEM SURF THIS LOVE GELORA JUARA

$
0
0

Sebelum ni saya pernah kongsikan satu artikel berkenaan Filem Surf This Love : Gelora Juara. Sebuah filem lakonan mantap oleh beberapa artis popular tanah air seperti Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, dan Josiah Hogan ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

1.0 FILEM SURF THIS LOVE


Filem Surf This Love : Gelora Juara merupakan sebuah filem berkonsepkan sukan luncur air yang pertama di Malaysia. Sebuah filem yang menceritakan kisah kekeluargaan, persahabatan dan cita-cita. Filem yang cukup santai untuk ditonton dengan keluarga dan kawan-kawan.

Bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia. Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan. Ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).


1.1 MALAM GALA FILEM SURF THIS LOVE



Malam gala dan tayangan perdana Filem Surf This Love : Gelora Juara telah berlangsung di MMCineplexes E-Curve, Damansara yang bermula sekitar 7 malam pada 19 Februari 2017 dan para jemputan telah menyaksikan sendiri persembahan nyanyian dari artis jemputan serta ucapan pembukaan pengerusi majlis.

1.2 REVIEW FILEM SURF THIS LOVE


Sebuah filem yang penuh dengan babak komedi dan santai. Pengolahan cerita yang tidak terlalu berat dengan penyampaian yang baik oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman. Kisah 3 sahabat mengejar cita-cita untuk menjadi peluncur air ini cukup menyentuh hati saya apabila ianya di akhiri dengan peristiwa yang sangat tidak disangka. Bagaimana Bobby meninggal


Gandingan Shukri Yahaya (Billy) dan Dottie (Siti Lobster) sebagai adik-beradik yang banyak membawa dialog-dialog lucu menjadikan filem ini lebih menarik dan tidak membosankan. 


Selain itu, elemen cinta diantara Billy dan Mia yang dihadirkan dalam filem ini cukup memberi kesan apabila hadirnya orang ketiga iaitu Mike Malaya. Mungkin pada awalnya nampak jalan ceritanya terlalu biasa, tapi pada akhirnya dengan olahan cerita yang bagus plot ceritanya boleh dipuji.


Bagi korang yang belum berkesempatan menonton  Filem Surf This Love : Gelora Juara ni, tidak rugi untuk anda membawa keluarga anda untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan anda. Filem yang santai dan sarat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan.

Jangan lupa follow instagram official filem ini @surfthislove untuk mengetahui aktiviti pelakon filem ini dan info-info terbaru tentang filem Surf This Love.

VLOG REALITI KEHIDUPAN SEBENAR NUR SAJAT

$
0
0

Assalamualaikum semua, untuk pengetahuan korang Platform OTT ulung di Malaysia, tonton hari ini melancarkan siri original baharu, vlog yang berkonsepkan rakaman realiti, Nur Sajat Rated Xtra, iaitu sebuah kisah eksklusif kehidupan peribadi selebriti viral di media sosial Nur Sajat. 

Siri realiti 30 episod ini mula bersiaran semenjak 28 Februari 2018 lalu dan mendapat tempat di hati penonton selain berjaya menarik pelanggan VIP baharu di platform penstriman popular Malaysia, tonton.


Ketahui perjalanan sensasi empayar selebriti media sosial di sebalik kehidupan harian sebagai seorang usahawan ternama, ikon fesyen malah ibu kepada dua anaknya menerusi episod vlog 7 minit.

Nur Sajat Rated Xtra menampilkan sisi peribadi Nur Sajat sebagai gadis usahawan muda yang berhadapan dengan cabaran harian, selain berkongsi tips sukses niaga. Selusuri momen awal pembabitannya dalam dunia perniagaan sehingga berjaya membina empayar jenamanya sendiri secara eksklusif di aplikasi iOS dan Android tonton, atau di www.tonton.com.my

PELANCARAN SINGLE PERTAMA NUR SAJAT


Acara sidang media yang diadakan di The Ame Soeur Bukit Jalil, berkonsepkan majlis aristokrat yang dihiasi dekorasi keemasan dengan sentuhan neon turut menyaksikan acara Pelancaran Single pertama Nur Sajat, “Makhluk Penggoda”, hasil sentuhan komposer Aepul Roza manakala lirik oleh Aepul Roza dan Iman Imran, meletakkan pencapaian terkini beliau dalam arena muzik tanah air.


Merancakkan lagi penampilan ulung program realiti Nur Sajat, penonton dan peminat layak menikmati potongan langganan tahunan 50% untuk tonton VIP bagi pengguna baharu di Malaysia selain peluang bertemu gadis sensasi media sosial ini di Majlis Berbuka Puasa tonton yang akan dianjurkan akhir Mei kelak menerusi penyertaan dalam talian.

Bermula 1 sehingga 15 April 2018, sertai peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat. Daftar sebagai tonton VIP, jawab soalan berkenaan Nur Sajat berdasarkan siri vlog dan berpeluang menyertai pengalaman makan malam istimewa bersama Nur Sajat!

Guna kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 1 sehingga 15 April 2018 dan nikmati potongan langganan tahunan tonton VIP sehingga 50%.

Bercakap mengenai kejayaan siri vlog ini,
“Kami percaya dengan tawaran kandungan yang dapat melangkaui sasaran penonton di pelbagai segmen. Nur Sajat Rated Xtra dilihat berjaya memenuhi selera generasi pengguna tonton masa kini yang menggemari kandungan berkonsep realiti yang lebih segar” 
ujar Ben Jern Loh, Pengurus Besar tonton, Platform Digital Rangkaian Televisyen. 

Ben turut menambah: 

“Nur Sajat Rated Xtra adalah salah satu langkah dalam strategi kandungan kami demi memenuhi permintaan pelan pengembangan tonton dalam segmen pasaran melangkaui sempadan bermula tahun ini, dengan menyajikan kandungan tempatan terbaik Malaysia ke seluruh dunia.’’


Tajuk
Nur Sajat Rated Xtra
Tarikh Tayangan / Masa
Episod baharu setiap Rabu dan Khamis
Deskripsi
Penstriman di tonton sahaja
Durasi
7 – 11 minit
Bilangan Episod
30
Produksi
tonton.com.my
Pengarah
Asman Mansor
Teraju / Selebriti
Nur Sajat

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati rangkaian drama dan program TV kegemaran secara PERCUMA selain akses meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik. 

Langgan pakej tonton VIP di Malaysia yang menawarkan program SIARAN LANGSUNG, saluran premium, kandungan siri original tonton, drama terkini serta arkib hiburan lebih 36,000 jam dengan harga serendah RM 3. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti tonton di platform media sosial: 

Facebook: tontonMY 
Twitter: tontonMY 
Instagram: tontonMY 
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP 

Ada soalan? Ping di perkhidmatan sembang LIVE atau hubungi 03-2717 2020! 

tonton xtra – sebuah portal hiburan dan gaya hidup terkini; melengkapkan lagi pengalaman tontonan dalam talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’, xtra juga adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. 

Ketahui gosip terkini, berita hiburan, gaya hidup dan banyak lagi www.xtra.com.my

MENGENAI tonton

tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 7.8 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 18,000 ahli setiap minggu dan baru-baru ini melebarkan sayap ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam. 

Pada April 2016, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan - VIP tonton 

Ahli-ahli yang menaik taraf ke VIP tonton akan merasai kuasa sebenar tonton - memberikan ahli VIP akses tanpa had ke perpustakaan yang mengandungi lebih 30,000 jam kandungan tempatan dan bersindiket (di wilayah tertentu), acara LIVE eksklusif di HD, pengalaman video bebas iklan, muat turun dan menonton fungsinya kemudian, menikmati faedah dan ganjaran VIP serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf keahlian ke VIP tonton juga akan puas menonton semua kandungan eksklusif, drama dan banyak lagi sehingga enam (6) bulan sebelum tayangan perdana di TV. 

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. 

Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.

PAKEJ HERBALINE 3 DALAM SATU DI BAWAH SATU BUMBUNG

$
0
0

Jika dulu, penjagaan kecantikan dan kesihatan adalah sangat popular di kalangan kaum wanita sahaja. Kini, ianya sudah menjadi kebiasaan kepada kaum lelaki juga kerana kesedaran pada hal ini telah menjadi salah satu hal yang sangat penting bagi perempuan dan lelaki. 

Selain dari hal penjagaan diri yang biasa diamalkan di rumah, kita juga boleh mencari alternatif lain seperti ke spa dan pusat kesihatan. Apa yang penting, pemilihan unit spa dan pusat kesihatan terbaik harus dititik beratkan.Bila membicarakan tentang spa dan pusat kesihatan, saya tertarik dengan perkhidmatan pakej 3 dalam 1 yang ditawarkan  oleh HerbaLine di bawah satu bumbung yang  terletak di Hartamas.

1. HerbaLine Facial Spa

Berada di tingkat tiga (3), HerbaLine Facial Spa menawarkan perkhidmatan lebih dari sekadar spa wajah, kerana mereka juga ada menawarkan pelbagai rawatan wajah serta rawatan urutan untuk pelanggan lelaki dan perempuan. Jangan terlalu takut dengan harganya kerana bagi saya kerana mereka menawarkan harga yang berbaloi iaitu dari serendah RM69 bergantung pada pakej-pakej mereka.


Oh ya!! jika anda ke sini, jangan lupa untuk cuba service tambahan lain mereka seperti sea salt foot bath, fish spa therapy, detox lemongrass drinks dan banyak lagi.


Lemongrass aromatherapy, cukup menyegarkan. Tutup mata, kosongkan minda anda dan dengan hanya tiga kali sedutan ianya pasti dapat melapangkan minda korang. 


Fish Spa Therapy, rawatan yang sudah cukup popular dan tidak asing dengan spa. Bagi saya ini adalah pengalaman pertama kali dikerumuni ikan-ikan kecil yang datang untuk menolong membersihkan sel kulit mati di kaki. Tipu kalau saya katakan ianya tidak geli, pada awalnya boleh naik bulu roma ni. Tapi lama-lama jadi syok pulak!!!


Tel:03-23039831/012-7028677
Business Hour: 
Mon-Fri 11:00-19:00
Sat 10:30-17:30
Sun . Holiday 10:30-16:30
  
Facebook: herbaline.my

2. Healthland Family Wellness Centre 


Berada di aras dua (2) dan satu (1), anda boleh mendapatkan perkhidmatan urutan badan yang dilakukan oleh ahli terapi yang terlatih secara profesional di Thailand. Mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan urutan dan pilihan bilik urutan yang selesa dan sesuai dengan kehendak pelanggan. Apa yang penting seasana disini sangat tenang, bersih dan selesa.


Saya sendiri sempat merasai sendiri perkhidmatan urutan kaki dari mereka. Ternyata ianya cukup bagus dan berbaloi. Sambil diurut, korang boleh layan movie yang di tayangkan di skrin besar bilik tersebut seolah berada di dalam panggung wayang.


Tel:03-2856-7877 

Business Hour:
Mon~Sun 11:00-23:00

Facebook: healthlandmalaysia 

3. Mama Kim Sauna Mee Café


Mee Sauna!! Pertama kali saya dengar tentang Mee Sauna. Ianya merupakan menu signature yang boleh korang dapat di Restoran Mama Kim yang berada di tingkat paling bawah iaitu G. Restoran ini merupakan sebuah restoran yang menghidangkan menu makanan cina yang mesra muslim yang menggunakan sumber makanan dari pembekal yang HALAL. Untuk lebih serius, mereka juga masih dalam proses mendapatkan persijilan HALAL.


Resipi sihat yang mereka perkenalkan dalam menu mereka mengikuti konsep 80:20 catuan. 80% sayur-sayuran dan 20% daging dalam setiap hidangan. Menitik beratkan tentang hal yang sihat dan lazat, hidangan mereka dibuat dari keseimbangan 5 warna utama bahan-bahan segar.

Tel:03-28584173/012-6779895

Business Hour:
08:00-22:00

Facebook: Mamakimsaunamee 

Jika korang ke Hartamas, boleh datang dan cuba sendiri perkhidmatan di HerbaLine 3-in-1 Integrated Beauty & Wellness Centre with Healthland dan Mama Kim Sauna Mee. Paling tidak, korang boleh membuat rujukan di setiap laman sesawang dan social media yang telah saya kongsikan.

HerbaLine, Healthland and Mama Kim Cafe

3-in-1 Integrated Beauty and Wellness Centre
Address: 18 and 20, Jalan 31/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.


KURUS DENGAN MINUMAN DETOKS CTFIT

$
0
0

Mempunyai tubuh badan yang ideal adalah impian bagi ramai rakyat Malaysia termasuklah saya sendiri. Tapi untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan cantik bukan lah mudah kerana, iakan perlu memakan masa yang amat panjang. Selain dari melakukan senaman, kita juga disrankan untuk mengambil suppliment tambahan dalam membantu mempercepatkan proses untuk memiliki tubuh badan yang kurus dan sihat.

PELANCARAN PRODUK CTFIT

Pada 14 Mac yang lepas, telah berlansungnya perasmian minuman detoks CTFIT oleh Puan Siti Aminah Borhan (pengasas produk CTFIT) bersama dengan jurulatih kecergasan terkenal Malaysia iaitu En Kevin Zahri. Majlis perasmian CTFIT ini telah berlansung di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur berdekatan dengan Kampung Baru.


Seiring dengan penurunan berat badan yang sangat berjaya, Puan Siti Aminah menemui formula yang mampu membantu rakyat Malaysia yang ramai punya masalah obesiti ni untuk turun berat badan yang berlebihan.


Untuk pengetahuan korang, Puan Siti Aminah Borhan ni dulu memiliki berat badan 127kg. Dan beliau berjaya weight loss sebanyak 67kg! Rahsianya detoxlah. Lebih tiga tahun juga beliau cuba menghasilkan formula minuman detoks ini. Teruja untuk berkongsi rahsia kurus beliau sendiri, terus nekad dan semangat hasilkan CTFIT ni. Ikon JK1M musim ke-9 ni yang juga dikenali sebagai Coach Amie merupakan jurulatih senaman peribadi, sebelum terjun ke bidang keusahawanan ni.

KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM CTFIT


CTFIT dengan campuran buah-buahan beri ini punya banyak khasiat antaranya seperti:
  • Membantu menghilangkan perut boroi
  • Membantu buang toksin dalam badan
  • Membantu untuk lawas ketika buang air besar
  • Membantu masalah sembelit
  • Membantu menambah tenaga
  • Membantu baik pulih kulit
Selain dari itu, minuman detoks CTFIT ini menggunakan pemanis stevia dalam kandungannya. Ini bagi memastikan kandungan kalorinya lebih rendah berbanding menggunakan gula biasa. Ini bagi memastikan para pengguna boleh mengawal kalori yang berlebihan dalam menggunakan suplemen ini.

HARGA CTFIT

Setiap botol CTFIT Detoks berharga RM179 dan mengandungi 30 sachet. Sesuai untuk dikonsume selama sebulan. Tapi apa yang bestnya, mereka ada buat promo dengan hanya cuma RM150 sahaja! Khas untuk 1000 pelanggan pertama mereka, korang akan dapat hadiah t-shirt #CTFITTEAM percuma, dan juga 30 video senaman percuma dengan akses yang tertentu.


Jom kurus bersama minuman detoks CTFIT. Bila sistem pencernaan sihat dan bebas dari toksik yang membahayakan kesihatan, badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga.


Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:


CT FIT HQ: 013-2078433

SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018

$
0
0

SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018Buat tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu. 

1.0# TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM 

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.

1.1# PENDAFTARAN ATAS TALIAN PWM2018

Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran, penyertaan secara atas talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu di laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan mengepilkan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator. Tarikh tutup penyertaan : 5 APRIL 2018


Untuk pengetahuan korang, sesi uji bakat bakal diadakan pada 31 Mac 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. 


Tagline Pencarian Ikon Wanita Melayu Bagi Tahun 2018 : Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE TOO!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini. 

1.2# MENTORING SESSION 

Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.


Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018. 

1.3# HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS sekali lagi menjadi penaja utama bagi program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.

1.4# AKTIVITI FINALIS PWM2018


Di sini saya kongsikan kepada korang aktiviti-aktiviti yang telah disusun untuk 12 Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018):

31 Mac 2018 : Sesi Ujibakat di ruang legar Plaza Shah Alam
5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
22 April 2018 : Mentoring Session : Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final
23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO di Elianto HQ, Mid Valley
25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
26 April 2018 : Pertandingan Memasak di Plaza Shah Alam
28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 di Plaza Shah Alam pada 2 - 5 Petang

2.0# TENTANG PLAZA SHAH ALAM

Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan Bandaraya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.

Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Plaza Shah Alam juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain. Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki oleh syarikat Evergreen Venues Sdn.Bhd.

Untuk syarat-syarat dan update mereka, korang boleh rujuk di laman web Plaza Shah Alam:



KATERING DAN DEWAN KAWIN TERBAIK DI NILAI NEGERI SEMBILAN

$
0
0

Tidak lengkap dan berjaya sesuatu majlis tanpa katering yang bagus dan enak, nak nak untuk majlis besar seperti majlis resepsi dan sebagainya. Bagi mereka yang menetap dan berada di Nilai, Negeri Sembilan, korang cukup bertuah kerana dekat dengan lokasi UBE Banquet Hall D’Nilai 3. Mudah untuk melansungkan sesuatu majlis dan yang paling penting ianya dipercayai dan popular dengan service kateringnya.

1.0# PERKHIDMATAN KATERING UBE

Syarikat katering ini telah ditubuhkan pada tahun 1998, ini bermakna perkhidmatan mereka dipercayai telah hampir 20 tahun dalam industri penyediaan makanan ataupun katering di Malaysia ini. Ini membuktikan bahawa mereka mampu memberikan yang terbaik untuk majlis anda.

Sebelum ini, mereka hanya mempromosikan perkhidmatan katering mereka melalui bekas pelanggan mereka sahaja iaitu melalui mulut ke mulut. Memberikan perkhidmatan yang terbaik mampu menarik balik pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka untuk service seterusnya.


Apa yang menariknya, menu makanan yang ditawarkan adalah mendapat pengesahan HALAL dari pihak JAKIM. Mereka juga mempunyai lebih dari 50 jenis menu HALAL yang boleh dipilih mengikut kehendak pelanggan mereka. 

Berikut merupakan beberapa menu popular majlis perkahwinan dari mereka yang sempat saya rasa sendiri pada minggu lepas.

Nasi Beriani
Daging Rendang Minang
Dalca Sayur
Acar Timun
Apa yang boleh saya katakan, semua makanannya cukup sedap dan tidak hairanlah kalau service katering mereka cukup popular.

2.0# UBE BANQUET HALL D’NILAI 3

Selain dari menawarkan perkhidmatan katering, mereka juga mempunyai pakej termasuk banquet hall. Banquet Hall yang cukup besar yang dikatakan mampu memuatkan sehingga 6000 pax dalam satu-satu masa.


Dewan ini bukan sahaja sesuai untuk majlis resepsi, ianya juga boleh digunakan untuk pelbagai majlis lain seperti pertunangan, pernikahan, aqiqah, graduasi, seminar, makan malam, majlis reunion dan lain-lain.


Ruangan yang cukup luas dan berhawa dingin ini boleh ditempah mengikut tema yang anda mahukan. Yang menariknya, bulan Januari hingga April 2018, mereka menawarkan promosi yang hanya bermula RM19.90 sahaja untuk satu pax.


Apa yang boleh saya katakan, dewan ini dilengkapi cukup dengan kemudahan-kemudahan asas seperti ruangan parking, ruangan solat, tandas, bilik VIP dan banyak lagi


Bagi tempahan bersama dewan ini, terdapat 2 pakej yang anda boleh pilih iaitu pakej Sri Tanjung dan pakej Sri Kekwa. Bagi Sri Tanjung, pakej bermula dari RM19.90 per pax manakala Sri Kekwa RM23.50 per pax. Setiap pakej menyediakan pelbagai pilihan menarik untuk anda pilih. Hubungi pihak UBE Catering Services untuk keterangan lanjut sekarang.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.

UBE Banquet Hall D’Nilai 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan

Email
ubebanquethall@gmail.com

Nombor Telefon
010 – 5870000

Facebook
Instagram

GUNA LULUR SCRUB ASIANIC! KORANG TAK PERLU LAGI KE SPA

$
0
0


Memiliki penampilan yang menarik merupakan impian setiap individu. Kalau dulu, jika kita sentuh tentang hal penjagaan diri ianya lebih jelas dengan hal-hal berkaitan spa dan sebagainya. Apa yang boleh saya katakan adalah ia akan melibatkan masa yang panjang dan mungkin kos yang tinggi.

Sekarang kita tidak perlu risau lagi kerana Asianic telah mengeluarkan rangkaian produk yang mampu memenuhi keperluan diri kita seperti rawatan spa 5 bintang yang hanya perlu di buat di rumah sahaja. Apa yang boleh di puji adalah, produk yang dihasilkan oleh Asianic ini merupakan produk berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang mampu milik.

Saya sendiri kenal dengan produk Asianic melalui kawan saya. Produknya yang cukup wangi boleh memikat sapa-sapa saja yang mendekatinya. Bukan sekadar wangi, persembahan pakagingnya juga sangat cantik dan elegent. *ya saya jatuh cinta dengan haruman dia.

1.0# LULUR SCRUB ASIANIC

Baru-baru ini, saya telah dijemput ke majlis pelancaran produk terbaru Asianic iaitu Lulur Scrub Asianic di Baiwago Plus Cafe. Majlis telah dihadiri oleh beberapa orang blogger terkenal tempatan  yang juga merupakan pengguna kepada produk-produk keluaran Asianic sebelum ini.


Pada majlis pelancaran itu, kami telah diperkenalkan dengan rangkaian Lulur Scrub terbaru daripada mereka. Ada 4 pilihan lulur srub yang mereka keluarkan iaitu Seri 7 Bunga, Betik, Susu Beras dan Delima. Setiap satunya telah diformulasikan dari bahan smulajadi yang mampu memberi kesan yang bagus kepada pengguna. 

1.1# 4 VARIASI LULUR SCRUB ASIANIC

Setiap satunya dikatakan mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Bagi saya sendiri, saya lebih tertarik dengan Susu Beras kerana ianya sesuai untuk kehendak diri saya yang mampu melembutkan dan merawat kulit agar sentiasa segar dan cerah.


Seri 7 Bunga mampu memberi seri kepada bakal pengantin, anak dara dan mampu mengelak dari dari perkara yang kurang baik. Manakala Betik pula mampu memberi kelembapan kulit. Selain itu Delima pula, dapat mengembalikan sel, melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit disamping membantu pembentukkan semula tisu-tisu badan.

1.2# HARGA MAMPU MILIK DAN MENJIMATKAN

Harga lulur scrub yang dikeluarkan oleh Asianic ini cukup murah bagi saya. Dengan hanya RM16.90 korang boleh menjimatkan masa dan duit untuk mendapatkan rawatan di spa yang sudah semestinya mahal. Produk Asianic ini boleh didapati di semua pasaraya besar di Malaysia, farmasi dan juga kedai runcit . Jika korang semua nak senang boleh juga dapati melalui atas talian iaitu AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my, Cmasa.my, facebook Asianic Halal dan juga website : www.wonderlandprimary.com


WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)

No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308 Fax : +603 7783 6308

Facebook : ASIANIC HALAL
Instagram : ASIANIC HALAL

SAYA SIHAT DAN CANTIK DENGAN SISTA STARDUST-FIB'RE ROSE ! ! ANDA PUN PATUT CUBA

$
0
0
Memiliki badan sihat dan cantik bukanlah hanya impian kepada kaum hawa sahaja, malah kaum adam masa kini juga sangat menitik beratkan tentang hal kesihatan dan penampilan diri. Tidak hairan jika kita dapat lihat terlalu banyak produk-produk yang dapat membantu seseorang dalam menjaga kecantikan dan kesihatan diri di jual di market Malaysia khususnya.


Saya sendiri telah antara salah seorang dari mereka yang cukup mementingkan tentang hal ini. Untuk pengetahuan korang, saya telah mengambil makanan tambahan sebagai alternatif kepada hal penjagaan diri saya sejal hampir sebulan lalu. Makanan tambahan yang saya maksudkan itu adalah Fib’re Rose iaitu produk dari jenama Sista Stardust.

1.0# Sista Stardust – Fib’re Rose

Jom saya kongsikan sedikit sebanyak berkenaan produk Fib’re Rose ni. Produk ini merupakan makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi untuk kesihtan dan kecantikan


Ianya mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) yang merupakan ramuan berpaten No.3818483 dan pelbagai bahan yang ternyata mampu mengawal selera makan sekaligus menyelesaikan masalah berat badan. Jadi memang sangat sesuai untuk di ambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan.

2.0# Kebaikan Fib're Rose

2.1# Membantu proses pencernaan & sembelit

Apa yang boleh saya kongsikan, sepanjang saya mengambil produk ini ianya cukup berbeza dengan produk turunkan berat badan lain. Dari hari pertama pengambilannya, apa yang saya dapati ialah ianya memudahkan saya untuk buang air besar. Dalam bahasa mudah ianya dapat membantu dalam melancarkan proses pencernaan dan masalah sembelit. *tidak seperti produk lain yang memaksa perut kita untuk itu

Saya sendiri faham kerana ramai juga yang takut untuk mengambil produk turunkan berat badan seperti ini kerana banyak diantaranya berfungsi memaksa kita untuk membuang dan sakit perut (cirit-birit) yang terlalu berlebihan sehingga pengguna tidak mampu untuk buat kerja lain selain ke tandas. *jika korang consume Fib're Rose dari Sista Stardust Insyaallah anda akan tidak menghadapi masalah ini.

2.2# Mengawal selera makan

Masalah utama bagi kita orang melayu ni adalah untuk elak makanan berkanji seperti nasi. Nak pula kalau dapat hidangan selera kampung. *perghhh memang menguji betol. Walaupun semua sedar akan kesannya, tapi nafsu tetap tidak boleh dikalahkan.

Selepas consume beberapa sachet Fib're Rose, saya sedar bahawa nafsu selera makan saya berkurang. Bila tengok nasi je mula rasa full dan meloyakan. *rasa seolah-olah kita baru sahaja habis makan nasi kukus ayam kampung 2 pinggan. Ini betul-betul, memang dari pengalaman sendiri. Jadi, bagi saya ini adalah peluang untuk berjimat dan susun menu makan yang sebetulnya untuk membekalkan diri dengan zat yang diperlukan oleh badan kita.

Selain dari itu,  Fib're Rose dapat membantu membakar lemak dan melansingkan badan.

2.3# Kebaikan lain Fib're Rose


Selain dari kebaikan yang saya kongsikan di atas, Fib're Rose juga mempunyai banyak kebaikan dan khasiat lain seperti berikut:
  • Meningkatkan metabolisme tubuh badan
  • Membuang toksin dari badan
  • Membantu menyihatkan badan
  • Mengandungi antioksida yang tinggi

3.0# Cara pengambilan produk Sista Stardust- Fib're Rose

Bagi saya, produk Sista Sistardust ni merupakan makanan tambahan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Bagi saya, pengambilan segelas sebelum tidur atau pada awal pagi sudah menjadi rutin wajib. Berikut merupakan cara ringkas cara penyediaan Sista Stardust Fib're Rose.


  1. Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam
  2. Gunakan botol shaker yang korang dapat b
  3. Goncang sehingga larut sepenuhnya
  4. Minum serta-merta selepas penyediaan.

4.0# Harga Sista Stardust Fib're Rose 

Harga Sista Stardust Fib're Rose sekotak adalah RM150 yang mempunyai 60 sachet untuk 60 hari. Bagi saya, ianya tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan produk lain kerana ianya boleh di consume untuk dua (2) bulan.


Macamana best tak? Kalau korang rasa korang pun nak cuba produk ni, jangan tunggu lama-lama tau. Boleh tengok laman sesawang mereka dan social media mereka untuk update yang lebih lanjut.

Website :

Facebook :

Instagram : 

BUFFET RAMADAN 2018 SUNWAY PUTRA HOTEL KL

$
0
0

Bulan Ramadan dah makin hampir dengan kita, entry kali ni saya nak kongsikan lokasi Buffet Ramadan hotel tahun 2018. Lokasi berbuka puasa kali ni merupakan lokasi yang pertama saya nak kongsikan dengan korang especially kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. 

BUFFET RAMADAN 2018 SUNWAY PUTRA HOTEL KL

Kalau korang sedang mencari lokasi berbuka puasa untuk keluarga mahupun officemate, boleh cuba di Coffee House, Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Kat sini ada lebih dari 100 jenis makanan dihidangkan mengikut citarasa kita tak kira la yang suka masakan melayu, Asian dan juga Western. Tapi, dengar khabar tahun ni mereka menfokuskan pada makanan melayu kampung.


Untuk pembuka selera, mereka ada sediakan banyak menu seperti pelbagai jenis kerabu ; Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Lala Pedas, dan banyak lagi. Selain kerabu, mereka juga ada menyediakan Rojak buah, Tauhu Sumbat, Grilled Beef Mandarin Salad, Pecal, Ulam, Chilled Mayo Crabmeat With Corn Salad, Poached Fish with Pineapple dan Snow Peas Salad. Bagi mereka yang sukakan makanan Jepun, Maki Sushi dan Sushi Rolls pun ada khas untuk korang. Memang berbaloi-baloi.


Untuk makanan utama mereka pula disediakan khas oleh Chef Rossham. Sup Gear Box, Oriental Barbecued Lamb (Award Winning Dish Di Thailand Culinary Competition), Salmon Fish Head Curry, Laksa Utara, Udang Kalio dengan belimbing buloh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak pasti akan buat korang menambah banyak kali.



Selain dari itu mereka ada menyediakan 12 action stalls yang menghidangkan pelbagai menu terbaik dari Sunway Putra Hotel. Antara menu pilihan yang korang boleh pilih ialah Grilled Fish, Grilled Seafood, Chicken Chop With Mushroom Sauce, Chicken Shawarma, Cucur (Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Kelapa & Cucur pisang), pelbagai jenis Kuih Talam dan banyak lagi.


Jangan lupa untuk cuba dessert yang mereka sediakan seperti Cendol, Ais kacang, Teh Tarik, Fresh Tropical Fruits serta pelbagai jenis kek dan desserts. Memang terlalu banyak pilihan dan saya yakin korang sendiri pun akan teruja bila ke sini.

Harga Buffet Ramadan 2018 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

RM128 nett dewasa 
RM64 nett kanak-kanak & warga tua
(kanak-kanak bawah 6 tahun percuma)

Harga Berkumpulan :
RM108 nett
(minimum 30 orang)

Tarikh : 19 May - 4 June 2018

Alamat : 
Coffee House, Level 9,
Sunway Putra Hotel,
100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-40409888 atau email spkl.ch@sunwayhotels.com

PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP AMBASSADOR PUTRAJAYA

$
0
0

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Nak-nak bila bercakap berkenaan majlis yang bakal di buat. Bagi mereka baru pertama kali mesti akan tidak senang duduk bukan? Macamana dengan jemputan? Macamana dengan catering? dan macam-macam persoalan lagilah. Jadi untuk artikel kali ni, saya sendiri nak kongsi berkenaan denganWedding Planner yang boleh dipercayai dengan perkhidmatannya khusus bagi mereka yang berada di Putrajaya dan sekitarnya.

1.0# AMBASSADOR PUTRAJAYA

     1.1# Pakej Perkahwinan Putrajaya

Sedikit info untuk korang Ambassador Putrajaya ni telah dibuka sejak Disember 2017 yang lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Apa yang boleh saya katakan, lokasi dewan dan butik Ambassador Putrajaya ini sangat strategik dan dewan yang disediakan sangat nampak exclusive dan ianya terletak di Presint 15 Diplomatik Putrajaya.



Amat memudahkan bagi korang yang inginkan majlis perkahwinan yang sempurna dan lancar, Ambassador Putrajaya boleh bantu korang dari A hingga ke Z. Apa yang boleh saya kongsikan, mereka bukan sahaja mempunyai pakej bridal, malah mereka juga ada menawarkan pakej catering dan pakej dewan (event space) . *cukup lengkap dan tidak diragui.




     1.2# Event Space Putrajaya


Selain dari majlis kebiasaan seperti majlis perkahwinan dengan diskaun yang super menarik, Ambassador Putrajaya juga boleh mengendalikan majlis seperti Majlis Konvokesyen, Jualan Booth, Seminar, Pelancaran Produk, Ruang Pameran, Fashion Show dan sebagainya.



     1.3# Bufet Ramadan AMBASSADOR PUTRAJAYA

Sempena bulan puasa ini, Ambassador Putrajaya juga akan menyediakan bufet berbuka puasa di event space mereka di  di Presint 15 Diplomatik Putrajaya. Harga yang cukup berpatutan dan berbaloi untuk dicuba.


Tarikan untuk bufet buka puasa kali ini adalah Kambing Golek berperisa lemon dan juga gulai kawah kelantan yang pastinya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dengan harga hanya RM 68 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak, korang boleh beramai-ramai datang dan menikmati juadah berbuka di  Ambassador Putrajaya ni.

     1.4# Maklumat AMBASSADOR PUTRAJAYA

Bagi korang yang mencari lokasi untuk membuat sebarang majlis, Ambassador Putrajaya sedia memberikan khidmat event space untuk korang yang tinggal disekitar Putrajaya, Bangi, Kajang dan kawasan sekitarnya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk pada maklumat di bawah.

Ambassador Putrajaya

Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya

Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434

PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 SUDAH BERMULA

$
0
0

Baru-baru ini saya telah menulis satu artikal berkenaan dengan PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018). Untuk pengetahuan korang semua, pertandingan ini telahpun bermula pada 7 April 2018 yang lepas.

1.0 PENCARIAN WANITA MELAYU 2018

Untuk pengetahuan korang, tahun 2018 merupakan tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk merebut gelaran Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.


Penyertaan secara dalam talian telah dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan.


Sesi uji bakat bakal diadakan pada 7 April 2017 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.

1.1 “MALAY GIRLS RULE!”

Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line“MALAY GIRLS RULE!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.


1.2 MENTORING SESSION

Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.


Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.

1.3 HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini bersama ICE-WATCH. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.

1.4 TENTATIF PROGRAM PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)

  • 5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
  • 7 April 2018 : Sesi Uji Bakat
  • 21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
  • 22 April 2018 : Mentoring Session, Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final, Sesi Fotografi
  • 23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO                                                                     Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley
  • 25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
  • 26 April 2018 : Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza                                                           Lokasi: Plaza Shah Alam
  • 28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018                                                 Lokasi: Plaza Shah Alam                                                                                                                               Masa: 2 – 5 Petang

1.5 ACARA MENARIK FINAL PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 



Untuk memberi kelainan, buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak final PWM2018. Karl Shafek diberi kepercayaan mengemudi acara ini sebagai pengacara dan bakat baru meningkat naik, Ismail Izzani akan membuat persembahan di acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 yang abakal berlangsung pada 28 April ini.

Semoga berjaya kepada semua finalis, untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini korang boleh ikuti di www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu.



PENGALAMAN RAWATAN PEMULIHAN RAMBUT : PRP HAIR SCALP 头皮护理 DI PREMIER CLINIC

$
0
0
Tidak semua lelaki sesuai dengan imej tidak berambut walaupun botak itu "cool". Ada setengah dari kaum lelaki menganggap rambut mereka sebagai mahkota yang berharga. *begitu juga dengan saya. Bila masalah keguguran rambut timbul, itu sudah semestinya menjadi suatu hal yang cukup menakutkan saya.

Bila rambut mula hilang sedikit-demi sedikit, apa yang saya boleh katakan adalah hanya mampu mencari bagaimana cara untuk menanganinya. Malah, sekadar menangani masalah ini dari terus berlaku tidak cukup kecuali kita mampu untuk mencari penyelesaian untuk merawat dan melebatkan rambut kita kembali.

1.0 PREMIER CLINIC

Atas cadangan beberapa orang sahabat, saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) Hair Sculp di Premier Clinic yang berada di Megan Avenue 1, Kuala Lumpur. Rawatan ini dikatakan dapat membantu meransang pertumbuhan rambut baru bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan rambut dan rambut gugur seperti saya.


Untuk pengetahuan korang, Premier Clinic ini ada menyediakan pelbagai jenis prosedur estetik tanpa pembedahan dan rawatan laser canggih. Apa yang menyakinkan saya lagi, Premier Clinic merupakan antara 3 klinik kecantikan estetik yang terkemuka di Malaysia.

  1.1 Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma)

PRP merupakan salah satu rawatan untuk kecantikan yang semakin 'trending' dan dikatakan sangat berkesan. Rawatan ini amat selamat kerana ianya melibatkan proses yang menggunakan darah kita sendiri untuk rawatan. Apa yang pasti, ianya bebas dari bahan kimia atau sebarang bahan campuran terlarang selain daripada sel darah (platelet) yang diambil dari badan kita sendiri. Rawatan tanpa pembedahan ini turut popular di Hollywood dengan panggilan srawatan terapi 'Vampire Facelift'.

  1.1.1 Proses Rawatan PRP

Untuk rawatan PRP Hair Scalp yang saya buat, saya telah menerima konsultasi dan rawatan dari Dr. Foo Wing Jian. Dr. Foo telah mengenalpasti permasaalahan yang telah saya hadapi dan menerangkan tentang rawatan yang bakal akan dilakukan olehnya keatas saya.



Memandangkan masalah rambut saya tidak terlalu teruk dan hanya berlaku pada bahagian yang tidak menyeluruh, Dr. Foo menyakinkan saya bahawa proses rawatan yang bakal dilakukan tidak akan terlalu lama, dan tidak terlalu menyakitkan.


Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 langkah asas dalam rawatan PRP iaitu pengambilan darahpengasingan plasma darah bagi mendapatkan platelet-rich plasma dan proses suntikan PRP ke kulit kepala.

    1.1.1.1 Proses Pengambilan Darah

Terapi PRP dimulai dengan mengambil darah sebanyak 10-40cc dari pembuluh darah di lengan, lalu darah tersebut dimasukkan tabung steril dan di proses untuk mendapatkan Growth Factor yang terbaik.


Prosedur ini merupakan prosedur pengambilan darah yang kebiasaan orang lakukan untuk medical check up. Bagi saya ia tidaklah terlalu menyakitkan, cuma sakitnya seperti digigit semut sahaja.

    1.1.1.2 Pengasingan PRP Dari Darah

Selepas itu, darah akan diproses menggunakan mesin centrifuge khas bagi mendapatkan platelet rich plasma.
Tube yang berisi darah yang telah diambil dimasukkan pada centrifuge dan diputar selama beberapa saat dengan kecepatan dan waktu tertentu untuk memisahkan komponen plasma dari darah.

Seperti kita sedia maklum, tubuh badan kita mempunyai keupayaan untuk penyembuhan sendiri. Jika tubuh badan kita luka, platelet darah akan bertindak sebagai penutup luka dalam mekanisme pembekuan darah. Begitulah fungsi tugas platelet untuk proses pembaikan tisu.


Platelet Rich Plasma yang diekstrak dalam konsentrasi yang tinggi di atas paras normal ini, digunakan untuk menyembuhkan dan memperbaiki tisu dengan lebih efisien bila disuntik terus terus ke bahagian yang ingin dirawat. Platelet tersebut merupakan protein yang mempunyai faktor pertumbuhan (growth factors) bagi menyokong pertumbuhan sel kulit baru dan meningkatkan penghasilan kolagen.

    1.1.1.3 Suntikan PRP Pada Kulit Kepala

Setelah PRP siap, doktor akan mulai menyuntikkan PRP di antara folikel yang bermasalah dengan kedalaman tertentu. Untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses suntikan, nurse akan menghidupkan vibrator dan meletakkannya di kawasan berdekatan dengan lokasi suntikan untuk mengurangkan rasa sakit akibat dari suntikan. 


Saya perlu fokus kepada vibrator tersebut bagi mengurangkan sakit terhadap suntikan. Tipu kalau saya kata ianya tidak sakit, tapi ianya boleh dikurangkan jika kita betul-betul ikut nasihat doktor.

    1.1.1.4 LED Phototherapy 

Setelah siap semua proses suntikan PRP, proses terakhir adalah menggunakan LED Phototherapy bagi mengurangkan kesan bengkak, wound healing serta mengurangkan kesan kesakitan. Lampu dalam bilik rawatan akan ditutup dan proses mengambil masa dalam 15 minit.


Keseluruhan proses rawatan PRP ini mengambil masa 2 jam, bergantung kepada proses PRP yang dijalankan terhadap seseorang pesakit.


Kesan optimum boleh dilihat setelah beberapa minggu dan kesannya juga berbeza terhadap individu. Korang juga dinasihatkan untuk membuat rawatan ini beberapa kali untuk kesan yang lebih baik.

  1.2 DISKAUN HARGA RAWATAN

Kepada pembaca blog saya atau sesiapa sahaja kenalan korang yang mahu dapatkan rawatan di mana-mana cawangan Primier Clinic, bolehlah gunakan nama saya "MawardiYunus" sebagai kod untuk dapatkan tawaran istimewa untuk rawatan.


code : MAWARDIYUNUS

  1.3 LOKASI PREMIER CLINIC

Untuk dapatkan khidmat rawatan PRP atau rawatan lain di Premier Clinic, korang bolehlah terus ke cawangan-cawangan mereka seperti di bawah ini:

TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre 

BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall

PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant 

KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)


Viewing all 1364 articles
Browse latest View live