Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live

BUTIK CIRGARO APPAREL DAH ADA DI AEON KOTA BHARU !!

$
0
0

Sedar tak sedar dah dua (2) tahun saya menetap di Kelantan. Ini bermaksud, dah dua (2) tahun saya tak membuat persediaan di Kuala Lumpur untuk persiapan raya. Kalau sebelum ni, nak raya je mesti saya kan ke Butik Cirgaro yang berada di Plaza Shah Alam untuk beli baju raya.


Saya sendiri memilih jenama Cirgaro Apparel (CGO Apparel) ni kerana kualiti pakaian yang mereka tawarkan. Dengar khabar tahun 2020 ni diorang ada keluarkan koleksi yang lebih baik dan menarik! Mana taknya, dah lama mereka berada dalam industri ni, jadi mestilah dah faham apa kehendak dan keperluan setiap customer mereka kan. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom kita tengok serba sedikit latar belakang Cirgaro Apparel ni. Orang kata "tak kenal maka tak cinta", bila dah kenal nanti mestiakan suka. :)

MENGENAI CIRGARO APPAREL

Cirgaro Apparel  (CGO Apparel)  merupakan syarikat bumiputra yang menawarkan fesyen modest wear / moden nusantara sejak dari tahun 2016. Pada peringkat awal , mereka beroperasi hanya di atas talian (secara online) dan di pejabat urusan mereka di Seksyen 7 Shah Alam. Oleh kerana mendapat sambutan yang sangat mengalakan pada peringakt awal pengenalan CGO Apparel di pasaran online dan juga di event-event raya seperti Mood Republik, jenama CGO Apparel bergerak melangkah membuka butik pertama mereka di Tingkat 1 Plaza Shah Alam pada 2017.


Pada pertengahan tahun 2019 yang lepas, CGO Apparel menambah lagi cawangan butik mereka di tingkat 2 Aeon Kota Bharu, Kelantan. Walaupun telah mempunyai 2 cawangan butik, Cirgaro Apparel tetap aktif dalam jualan atas talian melalui website mereka www.cirgaro.com , Zalora , Lazada dan Shopee. Selain dari kurta lelaki, CGO Apparel juga menawarkan produk yang berkualiti tinggi seperti Kurta Kanak-kanak (1 hingga 12 tahun), Baju Melayu Moden, Baju Kemeja Lengan pendek, Baju Kurung Moden, Blouse, Long skirt, Tudung, Songkok, Sampin, Kain Pelikat dan Butang Baju Melayu. 

PAKAIAN LELAKI DI BUTIK CIRGARO AEON KB


Memandangkan saya ni agak cerewet dengan baju yang saya nak pakai, jadi tak menjadi saya sanggup untuk turun ke Kuala Lumpur untuk ke Butik Cirgaro. Tapi nasib saya sangat baik bila kawan-kawan bagitau Butik Cirgaro  dah ada cawangannya di AEON KB. Wah!! tak perlulah susah-susah saya ke KL untuk shopping raya tahun ni.


Lepas je dapat tahu Butik Cirgaro dah ada di AEON KB, saya tak tunggu lama sebab takut nanti apa yang saya nak kehabisan stok. Maklumla, barang-barang baik dan berkualiti tinggi ni memang selalu jadi rebutan. Hehe. Saya tak nak jadi macam tahun sebelum-sebelumnya.


Alhamdulillah, dapat juga saya grab sehelai dari koleksi tahun 2020 Cirgaro ni. Memang puas hati sangat-sangat. Bagi korang yang ada masalah saiz macam saya, korang jangan risau kerana tahun ni CGO Apparel telah mengeluarkan pakaian dari saiz S hinggalah 4 XL.

Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kelantan, bolehlah ke AEON KB kalau nak cari baju kurta atau kurung untuk hari raya nanti. Kualiti yang CGO Apparel tawarkan memang tiptop!!

KOLEKSI CIRGARO 2020


Ada beberapa koleksi terbaru 2020 yang telah CGO Apparel keluarkan, dan koleksi yang telah menarik minat untuk saya beli ialah koleksi Kurta Casildo. Untuk Kurta Casildo ni, mereka keluarkan dengan dua (2) variasi warna iaitu stripe yellow dan stripe red. Setelah mengambil berat dalam segala hal, maka saya telah memilih koleksi terbaru Kurta Casildo (stripe yellow).


KENAPA SAYA MEMILIH KURTA CASILDO?? Selain dari rekaannya yang simple dan trending pada ketika ini, material yang mereka gunakan untuk Kurta Casildo ni sangatlah bagus. Materialnya sangat selesa, tidak panas dan sesuai dengan cuaca khatulistiwa di Malaysia. Kurta Casildo ni dibuat dengan fabrik khas cotton campuran yang boleh regang (streachable). Kurta berteluk belanga dengan corak jalur-jalur menegak ini juga membuatkan golongan “sado” (plus size) seperti saya nampak kurus dan tinggi. Kurta Casildo juga dilengkapi dengan kemasan Butang besi tidak berkarat (logo CGO), Logo Besi eksklusif CGO di bahagian bawah kiri dan 2 poket tepi yang serba praktikal. Kualiti jahitan juga sangat bagus dan boleh dikatakan setaraf kualiti jahitan jenama antarabangsa. Dan apa yang paling penting harganya sangat berpatutan.


Bagi saya, rekaan Kurta Casildo ni tidak hanya sesuai untuk digayakan pada majlis tertentu sahaja. Oleh sebab itu saya fikir, pembaziran boleh dielakan kalau saya beli Kurta Casildo yang serba versatile ni.


Selain dari Kurta Casildo , mereka juga ada mengeluarkan beberapa jenis koleksi terbaru lain seperti Kurta Bangsawan, Kurta Ghassan dan Kurta Aryan. Ketiga-tiga jenis ni juga boleh didapati untuk saiz kanak-kanak berusia satu (1) hingga dua belas (12) tahun. Bagi mereka yang berbadan besar (plus size), korang tak perlu risau kerana CGO Apparel turut mengambil kira golongan sado (plus size) yang mempunyai keinginan untuk berfesyen mengikuti perkembangan trend semasa. Jadi, mereka ada menawarkan pakaian dewasa dari saiz S hinggalah 4XL.

Selain dari pakaian lelaki, cirgaro juga mempunyai pelbagai pakaian wanita dengan variasi pilihan warna dan rekaan yang pasti ianya berkualiti tinggi. Untuk pilihan pakaian raya sedondon , korang digalakan melayari website CGO Apparel di www.cirgaro.com untuk melihat pilihan sedondon yang ditawarkan. Pilihan warna untuk sedondon selalu berubah mengikut stok semasa. Atau digalakan juga untuk hadir terus ke Butik Cirgaro Apparel di Plaza Shah Alam dan Aeon Kota Bharu.

Apa yang bestnya lagi berkenaan CGO Apparel ni, kualiti mereka bukan hanya pada produk mereka sahaja. Tapi, mereka turut mengambil berat dengan menempatkan butik CGO dilokasi yang strategik di shopping mall yang memudahkan para pelanggan untuk membeli belah dengan Cirgaro.

Butik Cirgaro menawarkan kemudahan untuk membeli belah dengan selesa , kemudahan parking kereta, senang nak bawak troli anak-anak , keselamatan terjamin tanpa perlu bersesak-sesak dan paling penting kesemua butik CGO Apparel dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. 41.

Untuk tahun 2020 pihak CGO Apparel komited dengan mengeluarkan rekaan baharu sepanjang tahun. Jadi rajin-rajinlah korang melihat dan mengikuti perkembangan Cirgaro Apparel di Sosial media mereka.

Butik Cirgaro Apparel (Aeon Kota Bharu)
Lot S03, Level 2
Aeon Kota Bharu
Jalan Sultan Yahya Petra
15050 Kota Bharu, Kelantan.

Butik Cirgaro Apparel
Lot F4A, Level 1
Plaza Shah Alam
Persiaran Ampuan Zabedah
Seksyen 9,
40000 Shah Alam, Selangor

Whatsapp Hotline : 016-8811 430

Follow, Like & Subscribe :
Website : www.cirgaro.com
Facebook : Cirgaro
Instagram : @cirgaroapparel
Twitter : @cirgaroapparel
Youtube : Cirgaro Apparel

COVID-19 | NAMA RASMI BARU CORONAVIRUS

$
0
0

Semakin hari semakin hangat diperkatakan mengenai isu virus yang melanda dunia sekarang. Disebabkan itu juga ramai yang cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga topeng muka (face mask) yang merupakan salah satu dari cara untuk melindungi diri dari dijangkiti virus tersebut.

Selepas beberapa minggu isu ini melanda, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini telah memberi nama rasmi baharu coronavirus yang kali pertama dikenal pasti di China pada 31 Disember lalu.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengumumkan bahawa coronavirus jenis baru (2019-nCoV) yang muncul di China, dinamakan "Covid-19".


COVID-19 merupakan singkatan kepada ; Co untuk Corona, Vi untuk virus , D untuk penyakit (disease) & 19 untuk 2019.

"Sekarang kita ada langkah untuk penyakit ini dan ini adalah Covid-19," kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada sidang akhbar di ibu pejabat Pertubuhan itu di Geneva.

"Kami sepatutnya menemui nama yang tidak merujuk kepada lokasi geografi, haiwan, individu, atau sekumpulan orang, tetapi juga mungkin untuk melafazkan dan dikaitkan dengan penyakit itu." Kata Ghebreyesus sambil menegaskan bahawa pemberian nama baru ke virus ini adalah penting untuk menghalang penggunaan nama-nama lain yang boleh "salah atau stigma".

KREATIFNYA IKLAN McDonalds THAILAND SEMPENA VALENTINES DAY

$
0
0


Marketing strategi yang betul sememangnya penting untuk melariskan produk-produk yang nak dijual. Salah satunya adalah iklan-iklan yang dihasilkan untuk sesuatu promosi. Bagi saya, iklan-iklan yang ada di media Thailand memang tak pernah mengecewakan. Hampir semua iklan-iklan mereka sangat attractive, kreatif dan menghiburkan. Dalam masa yang sama ianya tidak lari dari tujuan asal pengiklanan. Paling terbaru adalah iklan McDonalds sempena Valentine Day. Jom kita tengok.



FLASHBACK JANUARI 2020

$
0
0

Tahun baru 2020 dah pun bermula, walaupun Malaysia masih belum berjaya menghasilkan kereta terbang sendiri tapi bagi saya dengan pembagunan yang kita capai selama ini sudah cukup membanggakan.

Tujuan article kali ni bukan untuk membebel berkenaan hal negara atau apa, hanya nak kongsikan beberapa tarikh dan aktiviti penting yang saya lakukan sepanjang Januari 2020.

5 JANUARI 2020 | Review Menu CNY Tony Roma's



Menerima jemputan ke majlis makan-makan bersama beberapa pengamal media lain sempena promosi menu baru Chinese New Year di Tony Roma's. Untuk promosi Chinese New Year 2020 ni, Tony Roma's ada memperkenalkan beberapa menu baru termasuklah pilihan makanan popular Makan Besar masyarakat Cina iaitu Yee Sang.

6 JANUARI 2020 | 3 Hari 2 Malam di Sheraton Imperial Hotel KL


Dah lama plan untuk menginap di Sheraton Imperial Hotel KL ni, dan Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak. Tapi kali ni stay sorang-sorang je, kawan-kawan datang pun untuk teman makan malam je. Semuanya busy dengan kerja, maklumlah awal tahun kan.


Apa yang bestnya kat sini, diorang menawarkan bilik penginapan yang besar. Bilik Deluxe yang saya stay pun dah sebesar 452 kaki persegi. Jadi korang boleh bayangkanlah sendiri berapa besarnya bilik tu kan.

Kalau korang tak nak datang untuk stay pun, korang boleh datang ke sini untuk hi-tea. Pakej hi-tea kat sini bagi saya paling berbaloi dan murah ya. Apa yang lebih menarik, banyak pilihan minuman yang korang boleh refill ya. Hanya RM98 untuk dua orang. Tapi kalau korang guna kredit card Maybank, korang akan dapat lagi potongan harga ya.


Sesuai sangat kalau korang nak buat small gathering ke, small meeting ke kan. Nak-nak bagi korang yang kerja sebagai agent unit trust dan agen insurance tu, boleh la ajak client untuk meet kat sini.

10 JANUARI 2020 | Trip ke Hat Yai & Songkla


Trip ke Hat Yai ni merupakan trip bersama kawan-kawan je. Ramai juga yang join trip ni, dalam 10 orang semuanya. Memandangkan ada diantara kami dah pernah ke Hat Yai ni, jadi kami tak guna mana-mana pakej pun. Semuanya plan sendiri-sendiri termasuklah sewa penginapan dan transport semua.


Trip ke Hat Yai yang dah lama kami rancang sejak beberapa tahun yang lalu. Akhirnya trip ni telah dirialisasikan menjadi trip pembuka tahun 2020.

14 JANUARI 2020 | Majlis Perasmian Realme Buds Air



Berpeluang menghadiri majlis perasmian Realme Buds Air. Apa yang paling best, semua media yang hadir pada hari ni dapat satu Realme Buds Air secara PERCUMA.


Memandangkan MK (K-Clique) juga turut hadir di majlis tersebut, dapatlah bergambar kenangan dengan beliau. Memang hebat aura dia!!



ALHAMDULILLAH ! LULUS UJIAN JPJ MOTOSIKAL (B2)

$
0
0

Artikel kali ni saya nak kongsi pengalaman ujian JPJ motosikal B2 yang saya lalui semalam. Selepas mengikuti lebih dari 20 jam keseluruhan kelas, akhirnya saya lulus ujian memandu motosikal (B2) dengan jayanya. Banyak juga perbezaan ambil lesan memandu pada zaman sebelum ni dengan sekarang dan saya telah hadapi kedua-duanya kerana lesen yang dulu telah tamat tempoh dan tidak boleh di perbaharui lagi. Nak tak nak kenalah daftar dan masuk kelas balik.

Untuk pengetahuan korang saya ambil kelas memandu ni di Litar Memandu Machang. Memandangkan perlu ulang alik ke Kuala Lumpur setiap bulan, maka tempoh masa untuk belajar tu menjadi panjang. Sekarang kelas makin bertambah, dari teori selama 6 jam, ke bahagian KPP02 (litar) 9jam setengah dan bahagian KPP03 (jalan raya) 6 jam. Bila dah selesai semua, sebelum test JPJ kita perlu melalui QTI iaitu ujian penilaian yang akan menentukan kita sudah bersedia dan layak atau tidak untuk Ujian bersama JPJ. Ujian QTI ni biasanya dinilai oleh cikgu kita. Bila dah selesai semua, bolehlah buat tempahan untuk lakukan ujian JPJ.

18 FEBRUARI 2020

Pagi-pagi lagi dalam jam 7 saya dah bersiap ke lokasi Litar Memandu Machang. Bukan apa takut parking penuh dan tak pasal-pasal nak kena parking kereta kat luar kan. Bila dah terlalu awal maka menunggulah sehingga office buka untuk buat pembayaran sebanyak RM20 dan semak nama dan sesi ujian pada papan kenyataan pejabat. Dah selesai buat pembayaran, kami diberi resit dan diminta berkumpul di tempat Ujian Motosikal akan dilakukan.

Harini saya dapat no 3 sesi 2. Walaupun sesi kedua memang tak boleh balik tidur dulu sebab kena dengar taklimat terakhir yang diberikan oleh cikgu sebelum JPJ datang. Selepas itu Ujian Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Semasa Memandu (RSM) akan dilakukan sekaligus sebelum ke bahagian 2 dan 3. Lagipun, untuk ujian motosikal ni, masa yang diambil untuk penilaian JPJ untuk ketiga-tiga bahagian tu tak lama sangat.

RAMAI TERBABAS | Dugaan harini buat kami bila hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah ianya tak lama, cuma jalan tu agak licin untuk break emergency. Ada tiga (3) orang calon jugak jatuh terbabas masa buat break emergency tu. Ada yang luka-luka teruk di bahagian siku semua. Nasib baik tak teruk sangat. Tapi pedih jugak tengok diorang tu, kesian! Oleh sebab tu, kami dinasihatkan supaya berhati-hati dan diberi kelonggaran dari segi masa untuk break emergency. Kalau ikutkan, kami perlu melakukan break emergency tu dalam tempoh kurang dari 6 saat.

Selepas satu demi satu calon selesai, maka tibalah giliran saya. Benda paling takut adalah meniti atas titi. Bukan apa, takut hilang keseimbangan badan boleh jatuh dan gagal terus tu untuk bahagian 02 (litar). Tapi Alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dengan baik. Walaupun agak gugup dan gementar, tapi semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas selesai bahagian 02, calon perlu menolak motor terus ke bahagaian 03 iaitu ujian jalan raya. Ujian jalan raya ni tak keluar ke jalan raya sebenar pun, ianya sekadar di litar juga. Cuma jalannya dibuat seakan korang berada dalam situasi di jalan raya. Kebarangkalian untuk bertembung dengan orang tengah test lesen kereta tu ada kerana mereka pun test pada hari yang sama.

Untuk bahagian 03 memang tak menjadi masalah bagi saya, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi perasaan semasa memandu tu memang tak boleh di tipulah, gementar tu ada!

LULUS UJIAN | Selepas selesai semua, saya terus ke tempat menunggu untuk terima keputusan. Masa ni memang gementar tu macam nak ambik result SPM hehe. Memandangkan ramai yang gagal sebelum tu membuatkan hati ni rasa makin tak tenteram. Bila tengok je kat kertas yang saya lulus ke dua-dua bahagian, ALLAH je tahu bertapa gembiranya hati ni. Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak hal lesen ni.


Memandangkan dah lulus, saya diminta ke pejabat urusan untuk ambil borang dan perlu ke JPJ beberapa hari lagi untuk urusan lesen P saya. Apapon saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendokan saya untuk lulus dalam ujian ni.

Sedikit tips untuk berjaya dalam ujian ni, pastikan korang mengambil restu dari semua cikgu yang pernah mengajar korang secara langsung atau tidak. Jika masih ada ibu bapa, minta diorang doakan supaya kita berjaya dan dipermudahkan semua urusan kita. Insyaallah, berkat itu semua kita boleh berjaya dengan jayanya.

APA YANG MENARIK DI KOTA SOLO (SURAKARTA) & SEKITARNYA

$
0
0

Kota Surakarta atau lebih dikenali sebagai Kota Solo merupakan wilayah dengan pemerintahan sendiri dengan status Kota di bawah Provinsi Jawa TengahIndonesia. Untuk pengetahuan korang, Kota Solo merupakan kota ketiga terbesar di pulau Jawa bahagian selatan selepas  Bandung dan Malang.



Saya dan kawan-kawan telah berpeluang ke Kota Surakarta untuk menikmati sendiri apa yang ada di sana. Kami telah bertolak dari KLIA2 dengan menaiki pesawat Lion Air dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum meneruskan perjalanan domestik ke Lapangan Terbang Adisumarmo, Solo. Pilihan ini dibuat kerana kosnya lebih murah dari yang lain.

Pasar Gede


Pasar Gede merupakan sebuah pasar tradisional terbesar dan tertua di Kota Solo yang dibangunkan sejak tahun 1930 lagi. Terletak berdekatan dengan Balaikota Surakarta di Jalan Jendral Sudirman, Pasar Gede bukan sahaja menjadi salah satu khazanah sejarah buat Solo tetapi juga sebagai syurga kulinari yang menarik para pengunjung dari dalam dan luar Indonesia.



Di dalam pasar utamanya sendiri dikatakan terdapat hampir 1000 peniaga yang menjual aneka bahan masakan, buah-buahan, kuih muih dan banyak lagi. Selai itu, lokasi ini juga menjadi tumpuan bagi peminat street photography.
Alamat: Pasar Gede, Jl. Urip Sumoharjo, Jebres, Solo, Jawa Tengah.
Waktu operasi: 24 jam
Sepur Kluthuk Jaladara


Sapur Kluthuk Jaladara (SKJ) merupakan salah satu daya tarikan dan ikon pelancongan kepada Kota Solo. Kereta api buatan Maschinenbau Chemitz Jerman ini dibuat pada tahun 1896 ini telah mula beroperasi sejak September 2009. Apa yang menariknya tentang keretapi ini ialah ia beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan arang iaitu kayu jati sebagai bahan bakarnya. Oleh sebab itu ia memakan belanja yang agak besar untuk naik keretapi ini. Bukan itu sahaja, SKJ merupakan satu-satunya yang masih beroperasi di Indonesia.



Kami telah dibawa bersiar-siar melalui route sepanjang 5.6 km bermula dari Stesen Purwosari hingga ke Stesen Solo Kota. Sepanjang perjalanan ini, kami telah dibawa ke beberapa tempat menarik termasuklah Loji Gandrung iaitu kediaman rasmi walikota Solo, Kampung Batik Kauman, Pasar Pon dan banyak lagi. Semasa diatas keretaapi tersebut, kami juga disajikan dengan minuman jamu dan makanan tradisional Solo sambil menikmati alunan musik tradisional yang dinyanyikan secara live sepanjang perjalanan.


Untuk menaiki kereta api ini, anda perlu buat tempahan awal dengan pejabat Dinas Perhubungan Komunikasi dan Informasi Surakarta atau hubungi terus the person in charge. Untuk maklumat lanjut berkaitan, korang boleh rujuk details di bawah.
Harga sewa satu kereta api: IDR 3,500,000
Hubungi: +62 085642005156 (Indri) atau +62 085229790462 (Sandi)
Kasunanan Surakarta


Keraton Surakarta dahulunya merupakan sebuah hub bagi sebuah empayar, tetapi kini telah menjadi salah satu tinggalan sejarah Solo yang menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin mempelajari serba sedikit tentang sejarah kota ini.

Keraton ini didirikan oleh Susuhunan Pakubuwana II pada tahun 1744 sebagai pengganti Istana/Keraton Kartasura yang musnaha akibat Geger Pecinan1743.

Terletak sekitar 12 km barat Kota Solo, Kasunanan Surakarta mempamerkan pelbagai jenis tinggalan sejarah termasuklah senjata, barangan-barangan digunakan dalam upacara rasmi, wayang kulit dan kereta kuda (tapi sebenarnya masa tu yang bawa bukan kuda tapi kerbau) bernama Kjahi Groedo yang berusia sekitar 273 tahun.
Alamat:Baluwarti, Pasar Kiwon, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57144, Indonesia
Waktu operasi: 8.30 AM hingga 2 PM (hari biasa) dan 8.30 AM hingga 1 PM (hari minggu). Tutup pada hari Jumaat.
Bayaran masuk:IDR 15,000
Web:Laman web rasmi Pariwisata Solo
Wayang Orang Performance


Bagi korang yang sukakan pada kebudayaan, jangan lupa ke bangunan Sriwedari yang terletak di kota Solo untuk menyaksikan persembahan teater yang dipanggil Wayang Orang atau dikenali sebagai Wayang Wong. Cerita wayang ini diambil dari beberapa episod kisah Ramayana dan Mahabharata dan dipersembahkan dalam bentuk tarian Jawa klasik.


Persembahan Wayang Orang berlansung selama 6 hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 8 hingga 10 malam. Ia dipersembahkan dalam bahasa Jawa dan skrin khas disediakan untuk para penonton membaca sinopsis setiap scene yang disampaikan.
Alamat:Jl. Kebangkitan Nasional No.15, Sriwedari, Laweyan, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57141, Indonesia
Bayaran masuk: IDR 10,000 seorang
Solo Menari


Pada setiap 29th April setiap tahun,  Acara besar-besaran yang dinamakan Solo Menari diadakan di sepanjang Jalan Slamet Riyadi. Jika korang mencari sesuatu yang special tentang Solo, jangan lupa untuk visit kota ini pada tarikh tersebut. Kerana acara ini jugalah saya dan rakan-rakan berada di Kota Solo ni.


Solo Menari merupakan inisiatif untuk melestarikan nilai budaya yang mereka miliki sejak dulu lagi kerana bagi orang-orang Solo, seni tarian merupakan salah satu warisan budaya yang memiliki nilai yang cukup berharga dan seharusnya dirawat dan dijaga.


Semasa event Solo Menari, anda akan menyaksikan sekitar 5000 penari yang mempersembahkan tarian-tarian tradisional termasuklah tarian Gambyong. Peserta terdiri dari golongan wanita dari pelbagai lapisan umur. Menariknya tentang event ini ialah ia diadakan pada tarikh yang sama di mana Solo mengadakan Car Free Day.

Untuk tahu update tentang Solo Menari, sila layari laman web rasmi tourism Solo. 
Alamat:Jalan Slamet Riyadi, Surakarta, Indonesia
Bayaran masuk: Percuma
Candi Sukuh



Kalau dah sampai di Kota Solo jangan lupa ambil peluang korang ke salah sebuah lokasi menarik iaitu Candi Sukuh. Candi ini dianggap kontroversi kerana bentuknya yang diluar dari kebiasaan dan kerana gambaran alat-alat kelamin manusia secara jelas pada beberapa figuranya.



Lokasi Candi Sukuh terletak di lereng kaki Gunung Lawu pada ketinggian kurang lebih 1.186 meter di atas permukaan laut. Candi ini terletak di Dukuh Sukuh, Desa Berjo, Kecamatan Ngargoyoso, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah. Candi ini berjarak lebih kurang 36 kilometer dari Kota Solo.


Candi Sukuh telah diusulkan ke UNESCO untuk menjadi salah satu Situs Warisan Dunia sejak tahun 1995.

Alamat : Tambak, Berjo, Ngargoyoso, Karanganyar Regency, Central Java 57793, Indonesia
Bayaran masuk: IDR 7,000 seorang
Waktu operasi : Setiap hari 7am - 5pm
Alila Solo


Kalau dah sampai ke Kota Solo, saya cadangkan korang untuk menginap di Hotel Alila Solo. Sebuah hotel bertaraf 5 bintang dengan kemudahan yang cukup dan mewah. Walaupun hotel ini berlabel urban hotel, namun Alila Solo tetap mampu menerapkan kombinasi lokal dengan modern ke dalam sebuah rekabentuk dalaman yang luxury.

Hotel Alila Solo terletak di Jalan Slamet Riyadi dan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Adisumarmo International Airport.
Alamat : Jl. Slamet Riyadi no. 562, Solo 57143 Indonesia
Telefon : 00 62 271 6770888
Itulah beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang saya dapat kongsikan kepada korang yang boleh korang buat di sekitar Kota Solo

KEMASKINI RESUME TAHUN 2020 UNTUK MOHON PEKERJAAN

$
0
0

Beberapa tahun lepas saya telah kongsikan satu artikel bertajuk APAKAH ITU RESUME ! Didalam artikel tersebut saya ada kongsikan dengan jelas tentang hal-hal berkaitan termasuklah tujuan utama resume itu sendiri.

Ramai diantara kita keliru tentang resume dan curriculum vitae (cv), Pada hakikatnya, kedua – dua ini adalah berbeza. Namun, disebabkan era pemahaman yang dipegang menganggap kedua – duanya serupa. Resume sebenarnya lebih memberi fokus kepada pendidikan dan pekerjaan serta pengalaman yang dimiliki.

Secara ringkasnya, dalam resume korang boleh pamerkan perkara yang penting saja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya anda memohon untuk jawatan graphic designer, nyatakan pencapaian, pengalaman dan skil yang anda ada untuk jawatan tersebut. Senang kata, nyatakan segala input yang memenuhi kriteria-kriteria jawatan yang dipohon.

curriculum vitae (cv)
Sementara CV lebih memberi penekanan kepada seperti penghargaan, jawatan, prestasi dan sebagainya disamping pendidikan dan pekerjaan. Namun, perbezaan ini tidak lagi dilihat dan ditekankan oleh mana – mana syarikat kerana ianya mampu dinilai dan disesuaikan oleh pemilih mahupun penemuduga.

Oleh itu, bagi mengahsilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan atau sesuatu pihak, konsep dan tujuan resume perlulah difahami supaya resume yang dihasilkan nanti memiliki fakta yang padat dan ringkas.

Apa yang saya boleh katakan, sediakan resume seringkas mungkin tetapi padat dengan info yang diperlukan! Sebaiknya hanya satu muka surat saja. Resume biasanya lebih straight forward berbanding CV.

Untuk pengetahuan korang, resumetiada format tetap yang perlu anda ikut. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan resume yang ringkas, padat dan menarik. Resume yang mempunyai info grafik juga boleh menarik minat penemuduga untuk membacanya.

cover letter
Selepas selesai menyediakan resume, jangan lupa pula untuk sediakan cover letter. Jangan buat-buat tak tahu bahawa  cover letter ni merupakan salah satu dari item penting untuk memohon pekerjaan.

Apapon saya doakan semoga kalian dapat menyediakan resume yang terbaik dan berjaya dalam sesi temuduga yang korang bakal lalui. Terima kasih kerana sudi baca artikel ini.

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI HATYAI DAN SONGKHLA

$
0
0

Lokasi Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia satu destinasi pelancongan di Thailand yang cukup popular dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Hatyai merupakan salah satu bandar yang terbesar di Thailand yang mempunyai banyak tarikan yang terutamanya gerai makan, pusat urutan badan dan tempat-tempat membeli-belah.

HATYAI merupakan lokasi percutian yang dah lama kami rancangkan. Setelah beberapa kali rancangan kami untuk bercuti ke sini tidak berjaya, akhirnya pada awal tahun 2020 yang lepas kami sampai juga ke sini.

KOS PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN KE HAT YAI


Saya dan beberapa orang kawan ke Hatyai dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan terus ke Bandar Hatyai. Cara ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa bagi kami yang berada di Kuala Lumpur untuk ke Hatyai. Kos pengankutan bas pergi balik dari Kuala Lumpur - Hatyai - Kuala Lumpur adalah RM150 seorang (Suasana Tony Coach). Untuk kos penginapan pula, hanya RM60.15 seorang untuk 2 malam di Tanaphat hotel Hat Yai yang ditempah melalui aplikasi Agoda.

LOKASI MENARIK SEKITAR HAT YAI DAN SONGKHLA

Hari pertama di Hatyai, kami hanya menggunakan khidmat pengangkutan grab van sahaja kerana lokasi-lokasi yang kami pergi hanya sekitar bandar Hatyai dan dekat antara satu sama lain. Hari ke dua barulah kami menggunakan khidmat sewa van untuk ke Songkhla. Jom kita tengok beberapa tempat menarik yang sempat kami singgah sepanjang 3 hari 2 malam di Hatyai dan Songkhla ni.

Chabura Dim Sum


Lokasi pertama yang kami kunjungi selepas check in penginapan kami di Hatyai . Restoran makanan dim sum halal yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu Restoran Dimsum Chabura Hatyai!



Kat sini memang banyak sangat pilihan jenis dimsum yang korang boleh cuba. Selain dimsum, menu lain seperti tomyam, somtam dan nasi goreng juga turut disediakan di sini. Waktu operasi kedai Dimsum Chabura ini dari pukul 6 pagi sehingga 2 petang sahaja. Kedai Dimsum ni dibuka waktu pagi hingga tengahari saja (khusus untuk sarapan pagi hingga makan tengahari)
Alamat: Hatyai, Tambon Khlong Hae, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (6 am - 2 pm)
Khlong Hae Floating Market


Selepas solat zohor, kami meneruskan perjalanan kami ke pasar terapung Hatyai atau lebih dikenali dengan nama Khlong Hae Floating Market. Ini merupakan lokasi pelancongan ikonik di Hatyai yang korang wajib singgah. Ada berpuluh sampan di sepanjang tebing sungai yang menjual berbagai jenis makanan Thailand yang enak-enak. Dari snek, makanan berat, minuman manis, jus buah, pencuci mulut ke makanan bersup, semuanya ada. Paling unik, ada minuman yang dihidangkan dalam bekas tanah liat. 


Selain dari peniaga yang meniaga di atas bot, korang juga boleh membeli belah pelbagai barangan termasuk t-shirt dan cenderahati di bazar ya berada bersebelahannya sahaja.
Alamat: Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu & Ahad (1pm - 9pm)
Central Festival Mall Hatyai


Central Festival Mall merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di Hatyai  iaitu seluas 250,000 meter persegi. Bukan setakat outlet-outlet antarabangsa dan tempatan serta kedai makan sahaja ada di sini, tarikan lain seperti ice skating rink, pusat boling, wayang 3D Imax, permainan arked dan banyak lagi turut tersedia di sini.
Alamat: 1520 Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (11am - 9pm)
Asean Night Bazaar

Lokasi penutup untuk hari pertama kami di Hatyai  adalah Asean Night Market. Memandangkan ianya tidak terlalu jauh dari Central Festival Mall Hatyai , maka kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja sambil exercise. 

Untuk pengetahuan korang semua, Asean Night Market ni merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai dan mempunyai dua (2) tingkat bazar. Di sini menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di sebelah malam.

Tingkat 1 menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti kasut, pakaian, aksesori wanita, produk-produk make up, gadjet-gadjet, aksesori handphone, aksesori komputer dan banyak lagi yang mana harganya jauh lebih murah dan berpatutan.

Tingkat 2 merupakan food court. Terdapat banyak gerai makanan halal yang menjual makanan seperti pizza, tomyam, masakan panas dan masakan Thailand disini.
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hatyai , Amphoe Hatyai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad (3pm - 10.30pm)
Hat Yai Municipal Park


Taman ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Hatyai. Boleh dikatakan ia sebuah taman keagamaan kerana terdapat banyak statue atau patung Buddha yang besar-besar. Antara tarikan pelancong di sini adalah patung besar Guan Yin, patung Buddha Ketawa dan patung Buddha Berdiri.


Dari puncak bukit pula, anda berpeluang menikmati keindahan sekitar Bandar Hatyai. Untuk ke puncak bukit, anda boleh berjalan kaki ataupun menaiki kereta kabel yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung.
Alamat: Kho Hong, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (9am - 5pm)
Samila Beach

Samila beach merupakan pantai yang sangat popular di Songkhla. Tarikan utama disini adalah Golden Mermaid, sebuah patung ikan duyung yang sedang menyikat rambut dipercayai membawa tuah dan kekayaan kepada rakyat Songkhla.


Walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi manda, Pantai Samila memang panjang dan waktu petang disini sangat meriah. Banyak gerai-gerai orang berniaga cenderahati dan street food di sepanjang pantai tersebut.


Untuk ke Samila Beach ni, perjalanan akan memakan masa lebih kurang 45 minit dari Hatyai. Jika korang datang berkumpulan, seeloknya sewa sebuah van untuk perjalanan sehari. Lebih jimat dari korang naik grab atau tuk tuk sehala. Paling tidak banyak lagi lokasi menarik di sekitarnya korang boleh lawati.

Songkhla Old Town


Alang-alang dah sampai di Songkhla, kami dibawa pusing-pusing sekitar Songkhla Old Town. Keadaan di sini boleh dikatakan seakan-akan heritage town yang ada di negara kita seperti Pulau Pinang, Melaka dan Ipoh.

Bangunan lama dijaga rapi untuk mengekalkan tradisi dan seni bina lama untuk menjaga nilai Estetika kawasan ini, untuk menarik lebih banyak pelancong. Di Songkhla Old Town ini juga ada banyak lokasi ‘street art’ yang mana beberapa mural yang dilukis pada dinding-dinding bangunan. Kami diberitahu bahawa, bangunan-bangunan disini sudah wujud sejak kurun ke-19 dan ianya lokasi yang sangat insta-whorty.

Good Mountain Cafe


Good Mountain Cafe, Songkhla, merupakan sebuah cafe baru di di atas Bukit Kuti, Wilayah Songkhla dengan keindahan pemandangan panorama laut Songkhla.


Pastikan korang berhati-hati jika ke sini kerana jalan mendaki yang agak curam. Cafe ini ada menghidangkan banyak pilihan makanan dan minuman termasuk dessert yang sedap.
Alamat:ต.เกาะยอ เกาะยอ Mueang Songkhla District, Songkhla 90100, ThailandWaktu Operasi: Setiap hari (10am - 7pm)
Songkhla Central Mosque


Ketika dalam perjalanan pulang ke Hatyai  dari Samila Beach, kami sempat berhenti untuk menunaikan solat asar di Masjid Pusat Songkhla. Masjid ini telah menjadi simbol kewujudan masyarakat Muslim di Songkhla, dan dikatakan sebagai masjid yang terbesar di selatan Thailand. Masjid ini agak terkenal bukan hanya kerana saiznya yang besar malahan adalah kerana fungsinya yang juga menjadi tempat pernikahan ramai orang yang datang ke Thailand.


Jika dilihat pada senibinanya, ianya diadaptasikan dari senibina agung Taj Mahal. Anda disarankan supaya datang ke sini pada waktu petang untuk melihat keindahan masjid berlatarbelakangkan matahari terbenam.
Alamat: 352 หมู่ที่ Lopburi Ramesuan Rd, Khlong Hae, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
Bagi korang yang datang bercuti secara berkumpulan dan memerlukan khidmat sewa van di Hatyai . Saya cadangkan korang untuk menghubungi En. Zolahudin di aplikasi whatapps +66 862884277 atau emailkan pertanyaan korang di sn.travel1985@gmail.com. Apa yang menariknya, beliau seorang tour guide di Hatyai yang boleh berbahasa melayu dan sangat bagus memberikan perkhidmatannya. Untuk maklumat lanjut korang boleh follow Facebook page beliau di S&N Travel .

BUKA PUASA DI SHERATON IMPERIAL KL! JIMAT RM50 KALAU KORANG GUNA CARA NI

$
0
0

Bulan puasa dah makin menghampiri kita, jadi artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang bagaimana korang nak dapat harga murah kalau nak buka puasa di hotel 5 bintang seperti di Sheraton Imperial KL Hotel.

Untuk pengetahuan korang, Sheraton Imperial KL Hotel akan menawarkan pakej istimewa sempena ramadan yang diberi nama FIESTA RASA MUHIBAH yang akan disediakan oleh Eksekutif Sous Chef, Hazif Ramli dan pasukannya. Buffet Ramadan kali ini akan berlansung di Restoran Essence yang terletak di Level 1 Sheraton Imperial KL Hotel.

Menu Bufet Ramadan Sheraton Imperial KL Hotel

Apa yang paling dicari ketika iftar adalah aroma Kambing Carik yang cukup memukau, diperap dalam rempah ratus khas buatan sendiri dilengkapi dengan warna warni Nasi Hujan Panas yang menggunakan pewarna semula jadi yang diperoleh daripada kunyit segar, beetroot dan daun pandan. Selain itu, korang juga harus mencuba ramuan mantap Sup Tulang Berempah dengan Roti Bengali  panas yang baru dibakar di sisinya. Itik Salai Masak Lemak Cili Padi atau hidangan istimewa Asam Pedas Ikan Chef Hazif juga harus dicuba. Hidangan Daging Dendeng pun ada dan sudah semestinya sangat sesuai digandingkan dengan lemang yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Untuk menghidupkan suasana Bazaar Ramadan yang meriah, Gulai Kawah, serta live-action stalls juga diwujudkan sepanjang bulan ramdan ini. Live-action stalls diwujudkan setiap hari dengan pelbagai pilihan makanan jalananseperti goreng pisang, nangka goreng dan ubi jalar, pilihan sate, Roti John, Roti Canai, Murtabak Ayam dan Ayam Sharwarma.

Untuk pencuci mulut pula, mereka sudah semestinya menyediakan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia yang asli seperti Sira Pisang Raja, Sago Gula Melaka berkrim dan Pengat Durian Hulu Langat dan banyak lagi.

Harga Bufet Ramadan Sheraton Imperial KL Hotel

Harga normal untuk pakej bufet Fiesta Rasa Muhibah adalah RM148 nett bagi setiap orang dewasa dan RM74 nett untuk kanak bermula dari 24 April hingga 23 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, ahli Club Marriott dan Marriott Bonvoy, bersama dengan Pemegang Kad Bank yang terlibat boleh menikmati diskaun sebanyak 20%.

Kalau korang nak lebih jimat, saya sarankan korang untuk buat tempahan awal (early-bird) bermula dari 1 Mac hingga 23 April 2020 dimana harga yang ditawarkan hanyalah RM98 nett seorang sahaja. Murah sangat tu sebab korang boleh dapat penjimatan sehingga RM50 untuk seorang.

Fiesta Rasa Muhibah, Kita-Kita Aje - Promosi Catering

Sepanjang bulan ini, Sheraton Imperial KL Hotel menawarkan tempahan buka puasa berkumpulan secara private kepada mana-mana syarikat swasta atau korporat. Harga yang ditawarkan adalah dari RM 98 nett bagi setiap orang, promosi katering ini memerlukan tempahan minima 50 orang. Tetamu boleh beristirahat di suasana Muhibah pada waktu matahari terbenam yang pasti akan meninggalkan pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Pakej Kareem - Pakej Penginapan

Raikan bulan Ramadan dengan luxury dan selesa dengan Pakej Kareem iaitu tawaran pakej istimewa penginapan termasuk sahur (hidangan pra-fajar) dengan diskaun 20% untuk makan malam Fiesta Rasa Muhibah di Essence dengan hanya berharga RM 315 ++.  Sarapan bufet, untuk pakej, juga boleh didapati sebagai pilihan di Essence jika diperlukan. Para tetamu juga boleh memilih untuk menempah Club rooms untuk menikmati faedah di atas bersama dengan Sheraton Club Lounge Acceess.

MAKLUMAT TEMPAHAN

  • Tempahan tempat makan, hubungi +6012 337 9980 atau e-mel ke dining.specialist@sheraton.com
  • Tempahan katering (minimum 50 orang), e-mel kepada sales.kulsi@sheraton.com
  • Tempahan bilik, e-mel kepada res.kulsi@sheraton.com
  • Siasatan umum, hubungi +603 2717 9900
Lawati laman web mereka di www.sheratonimperialkualalumpur.com dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram @sheratonimperialkl.


FLASHBACK JANUARY 2020

$
0
0


Sedar tak sedar dah bertambah satu bulan lagi kita di tahun 2020. Pada bulan Februari ni awal bulan lagi saya dah sibukkan diri dengan menghadiri FAM Trip ke Terengganu. Selepas tu, saya banyak habiskan masa di Kelantan untuk selesaikan kelas untuk lesen motosikal saya.

31 JANUARY - 2 FEBRUARY 2020 | Setiu Wetland FAM Trip


Setiu Wetland FAM Trip merupakan FAM Trip pertama di tahun 2020 yang saya telah sertai. FAM Trip ni merupakan FAM Trip berskala kecil bertujuan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan yang ada di sekitar SETIU sahaja. Apa yang menariknya, kami berpeluang untuk menginap di sebuah resort yang sangat terkenal dengan keunikannya dan juga merupakan salah sebuah lokasi pengambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa pada beberapa tahun yang lepas iaitu Terrapuri Heritage Village.

18 FEBRUARY 2020 | Lulus Ujian JPJ Motosikal B2


Setelah beberapa bulan menghadiri kelas di Litar Memandu Machang, akhirnya saya berjaya dalam ujian JPJ Motosikal B2 hanya dengan sekali test sahaja. Alhamdulillah. Walaupun cuaca tidak begitu baik pada hari ujian tersebut kerana hujan lebat, tapi saya dapat selesaikan semua halangan dengan jayanya termasuklah ujian jalan raya.


Jadi itu jelah aktiviti penting yang berlaku dalam tempoh februari lepas. Masa saya pada bulan tersebut banyak dihabiskan di kampung dan update resumedan design portfolio untuk cari kerja baru. Doakan saya supaya dapat kerja yang bagus dalam masa terdekat ya.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

$
0
0

Buffet Ramadan 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel | Untuk artikel kali ni, saya akan kongsikan dengan korang sebiah lagi lokasi berbuka puasa tahun 2020 yang boleh korang kunjungi yang ada di area tumpuan pelancong iaitu Bukit Bintang. Lokasi yang saya maksudkan itu adalah PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel yang berada betul-betul berhadapan dengan pusat beli belah Sungei Wang. 

HIDANGAN BUFFET SELURUH NEGERI

Buffet Ramadan tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel akan diadakan di salah sebuah restoren mereka iaitu Chatz Bressarie yang berada ditingkat bawah lobby utama hotel tersebut. Buffet Ramadan tahun 2020 ni mereka ada memperkenalkan konsep live food stall stations dengan pelbagai jenis pilihan hidangan tradisi Malaysia yang terkenal dari beberapa negeri di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Semua menu terkumpul menjadikannya lebih kurang 50 jenis hidangan yang sangat menyelerakan.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Antara hidangan yang mesti dicuba ialah Ikan Goreng Kari Pulleh Rangup Johor Berlada Hitam oleh Chef Isham, Nenda Ayam Goreng Inchi Kabin oleh Chef Hazmi, Kambing Panggang Cik Mek Molek Mewangi yang terkenal oleh Chef Razalee, Gulai Kawah Pedas Tetap Omak Den oleh Chef Khairulizam dan Nasi Tomato banyak lebih lagi.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Selain dari itu, atas permintaan yang tinggi Chef Stewart juga akan membawa Mi Kolok Bumi Kenyalang ke dalam menu buffet Ramadan tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel .

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Sebagai pemanis mulut, korang boleh cuba Bubur Kacang Hijau Durian yang disesiakan oleh Chef Azmi. Selain dari Bubur Kacang Hijau Durian ada banyak lagi pemanis mulut yang korang boleh pilih.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Secara keseluruhannya, makanan yang dihidangkan dalam menu buffet menu buffet Ramadan tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel ni boleh dipuji dari segi kualiti dan rasanya, cuma saya rasa akan lebih best kalau ada dihidangkan sirap selalih dan minuman asam boi.

Harga Buffet Ramadan Tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel 

Harga yang dikenakan untuk buffet ramadhan di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel adalah RM132nett (Dewasa) dan RM66 (Kanak Kanak 5 - 11 tahun) tetapi korang boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah kalau booking awal sebab dorang ada promosi EARLY BIRD.

EARLY BIRD PROMOTION!

Untuk lebih menjimatkan, saya nasihatkan korang untuk buat tempahan Iftar / buka puasa di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel bermula 16 MAC 2020 sehingga 26 APRIL 2020 dan nikmati harga buffet dengan hanya RM93 nett per person.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Kalau korang perlukan maklumat lanjut berkaitan dengan buffet ramadhan di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel, korang boleh hubungi mereka di +603 2147 0088 atau enquiry.prkul@parkroyalhotels.com.

DOA YANG BOLEH DIBACA UNTUK ELAK COVID-19

$
0
0


Doa Yang Boleh Dibaca Untuk Mengelakkan COVID-19 | Semakin hari semakin meningkat jumlah mangsa wabak COVID-19. Kerajaan pun dah lakukan macam-macam perkara untuk menghalang wabak ini dari terus merebak termasuklah dengan melakukan "Perintah Kawalan Pergerakan" yang telah bermula 18 - 31 Mac 2020.

Antara langkah penting yang perlu dilakukan dan diamalkan oleh setiap orang pada waktu ini adalah duduk di rumah masing-masing, jangan keluar rumah jika tidak perlu, elakkan kontak rapat sesama manusia dan sentiasa memakai cecair pembasmi kuman atau membasuh tangan dengan sabun seperti yang diarahkan. Selain itu, sentiasa memakai topeng muka dengan cara pemakaian yang betul.

Selain daripada langkah pencegahan fizikal, kita juga boleh mengamalkan doa ini sebagai usaha dari segi rohani. Antara doa yang boleh diamalkan oleh setiap Muslim untuk mengelak dan mencegah diri daripada penyakit serta wabak berjangkit ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Hadis Riwayat Abu Daud (1554)


PENGALAMAN TERKENA KERACUNAN MAKANAN DI MUSIM COVID-19

$
0
0
Masa saya ke Kuala Lumpur pada awal bulan Mac yang lalu, saya telah di uji dengan demam panas yang agak teruk pada waktu malam. Apabila magrib je badan dan kepala mula panas dan hilang selera makan. Ada kalanya saya terpaksa berselimut kerana menggigil tiba-tiba kerana badan rasa kesejukan yang amat. Apa yang paling tak boleh tahan apabila kepala hadapan sebelah kiri ni sakit, rasa dia macam seolah-olah tak nak sembuh.


Ketika ni saya menumpang di rumah Moka di Cheras bersama Luqman, diorang la banyak jaga aku masa aku sakit. Bila dah tak tahan sangat, hari Ahad 8/3/20 saya dan Luqman ke unit kecemasan HUKM. Memandangkan pagi  tu pun dia kata tak sedap badan, alang-alang tu terus ajak dia pergi sekali.

Memandangkan sekarang ni musim wabak Covid-19, sebelum ke kaunter pendaftaran kami perlu lepas satu saringan dulu dimana kami di check suhu badan dan ditanya beberapa soalan berkaitan. Disebabkan suhu badan saya sangat panas dan ianya sudah berlarutan beberapa hari, doktor terus memberikan beberapa dokumen untuk saya berdaftar di kaunter pendaftaran. Alhamdulillah, melalui saringan pertama doktor telah memberitahu Luqman bahawa beliau bebas dari demam dan tidak perlu buat pemeriksaan lanjut.

Tanpa membuang masa, saya terus ke kaunter pendaftaran untuk berdaftar. Memandangkan saya bukan kakitangan kerajaan, saya telah dikenakan bayaran sebanyak RM50. Selepas itu, saya kembali ke lokasi saringan pertama tadi untuk mengambil darah.


Selepas proses mengambil darah, saya telah diberikan nombor giliran untuk saya tunggu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Masa menunggu dalam 30 minit lebih juga sebab doktor memerlukan keputusan dari blood test yang telah dibuat.

Selepas beberapa ketika, nombor giliran saya dipanggil . Seperti biasa, doktor mula menanyakan beberapa soalan berkaitan, check degupan jantung dan nadi semua. Melalui keputusan blood test yang telah dibuat, doktor memberitahu bahawa darah saya normal, cuma ada lebih darah putih sedikit.

Dari situ doktor memberitahu bahawa saya telah terkena keracunan makanan (food poisioning) dan menerangkan beberapa ubat dan antibiotik yang bakal beliau berikan kepada saya untuk di makan. Selepas urusan di bilik doktor, saya terus ke kaunter ubat dan terus balik ke rumah. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan tidaklah perlu menunggu lama.

Selepas balik dari HUKM, sakit saya semakin teruk. Cirit birit semakin menjadi-jadi, muntah-muntah sehinggakan saya tak boleh ke mana-mana. Mungkin reaksi dari ubat yang saya makan yang saya terima dari hospital kot. Oleh sebab yang demikian, saya hampir minta tolong abang saya untuk ambil dan bawa saya ke hospital pakar swasta untuk menerima rawatan selanjutnya. Memandangkan ianya makin teruk, seeloknya perlu masukkan ubat melalui drip lah kot. Warded semalam dua ke.  Tapi saya cuba bertahan. Sehinggalah saya ambil keputusan untuk pergi tumpang rumah abang long saya yang berada di Balakong, dan balik ke kampung beberapa hari selepas tu.

Seksa sakit ni memang teruk, ianya berlarutan sehingga beberapa hari sehingga bekalan ubat yang doktor bekalkan habis. Alhamdulillah sekarang saya sudah pulih.

Terima kasih pada kawan-kawan dan adik beradik yang banyak membantu semasa di Kuala Lumpur.

CPG COSMETICS : KEPERITAN HIDUP LALU DORONG WANITA INI LEBIH BERJAYA

$
0
0

Sangat terinspirasi dengan kisah seorang guru yang kini telah menjadi usahawan kosmetik yang sangat berjaya iaitu Pn. Ismaniza Fahida Ismail, 38, sebagai pengasas CPG Cosmetics. CPG ni merupakan singkatan kepada gelaran dirinya iaitu Cik Puan Gojes, dan panggilan tersebut boleh kita katakan telah menjadi punca kepada rezeki jenama perniagaan beliau sekarang.
Untuk pengetahuan korang,CPG Cosmeticstelah menerima anugerahKosmetik Terbaik Kedah 2018Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018 manakala pengasasnya pula pernah menyandanggelaran Ikon Usahawan Utara 2019.
Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis produk kecantikan yang terkini dan mengikut cita rasa kaum wanita dan remaja masa kini. Tekstur yang digunakan untuk membuat produk CPG Cosmetics berasakan bahan-bahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sehingga hari ini, CPG Cosmetics telah mengeluarkan 10 jenis produk kecantikan seperti kompak debu, asas solekan, maskara, celak kening, foundation dan banyak lagi.

CPG Cosmetics ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi keatas produk kecantikan. CPG Cosmetics masih memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanannya. Mereka sangat percaya bahawa, kepercayaan pengguna menjadi asas kejayaan jenama ini.

KISAH KEJAYAAN PENGASAS CPG COSMETICS

Sejak di bangku sekolah, wanita yang berasal dari Baling, Kedah ini sudah bijak merebut peluang didepan mata. Berbekal semangat dan kerajinan, Pn. Ismaniza Fahida Ismail, 38, tidak jemu berusaha mencari duit poket. Ismaniza atau mesra dengan sapaan CPG tidak pernah malu untuk berniaga. Pada sebelah pagi, beliau menjual laksa yang dimasak oleh ibunya. Waktu petang pula, beliau gigih menjual jeruk buahan. Dari sini kita dapat lihat sendiri bertapa gigihnya beliau untuk mencari rezeki dan belajar ilmu berniaga.
Ismaniza Fahida Ismail, pengasas CPG Cosmetics

Keperitan hidup beliau telah mengajar dan menjadikan beliau seorang insan yang tabah dan cekal mencari rezeki untuk membina masa depan yang cerah. Apa yang saya boleh katakan, pengalaman mencari rezeki sewaktu kecil inilah yang membentuk peribadi CPG pada hari ini. Dia sendiri sangat yakin bahawa dengan berniaga, ianya mampu memberi pulangan lumayan dan boleh mengubah nasibnya sekeluarganya.

Sebagai anak sulung daripada lima beradik, saya berdikari dan banyak membantu meringankan beban ibu dan ayah. Keluarga saya bukan orang senang, lantaran saya bertekad mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka."
Walaupun kini sudah mempunyai pendapatan lumayan, namun beliau tidak pernah lupa diri. Beliau sentiasa berpijak di bumi nyata dan sentiasa berkongsi rezeki bersama keluarganya. Beliau sangat bersyukur dikurniakan seorang suami, Mohd Rozaini Khazali, yang sangat memahami beliau dan sangat membantu dalam urusan perniagaan yang beliau ceburi.
Suami sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai Pegawai Bomba & Penyelamat semata-mata mahu memberi fokus kepada perniagaan yang kami usahakan. Saya pula sedang bercuti tanpa gaji sebagai guru kerana minat yang sangat mendalam dalam perniagaan."

Selain dari kisah inspirasi dari pengasas CPG Cosmetis sendiri, mereka juga mempunyai Leader CPG Cosmetics yang juga mempunyai kisah menarik tentang kejayaan mereka tersendiri seperti Moharita Mohamed, Hasrina Hussin, Nur Shafinar Issa dan Noor Ain Maulad Yahaya .

CPG COSMETICS KINI DI AEON

CPG Cosmetics telah diperbadankan di bawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd pada tahun 2017. CPG Cosmetics ditubuhkan pada 9 MAC 2017 selepas kelahiran Fantabulous Skincare dan CPG Obcession. CPG Cosmetics ditubuhkan dibawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd.


Kini jenama CPG Cosmetics boleh dibanggakan kerana sudah berada di empat pusat membeli-belah Aeon di Maluri, Nilai, Dato’ Onn dan Shah Alam. Ini merupakan satu pencapaian yang terbesar kepada produk tempatan kita untuk bersaing dengan produk kosmetik antarabangsa yang telah lama menapak di pusat membeli-belah tersebut.


Jangan lupa untuk layari laman sesawang mereka di www.cikpuangojes.com dan follow media sosial mereka di www.instagram.com/cik.puan.gojes & www.facebook.com/cpgcosmeticsmalaysia untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan produk yang mereka tawarkan.

CARA MOHON 1GB INTERNET PERCUMA SELAMA TEMPOH PKP DI MALAYSIA

$
0
0

Bagi memberi lebih bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian internet percuma sebanyak 1GB kepada semua pengguna talian mudah alih. Untuk pengetahuan korang semua, pemberian ini merupakan sebahagian dari Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, di mana kerajaan membelanjakan RM250 bilion untuk melaksanakannya.

 Inisiatif itu juga membabitkan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Jadi berikut merupakan Cara Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020.

1. CELCOM
  • Tidak perlu mendaftar
  • Automatik masuk
2. DIGI
  • Tebus data ini melalui aplikasi MyDigi
  • Sekali daftar dan automatik terima setiap hari
3. MAXIS
  • Tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
  • Kena tebus setiap hari
4. UMOBILE
  • Sekali daftar dan automatik terima seterusnya
  • Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
  • Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer
5. ONEXOX
  • Tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau USSD *150#.
6. TUNE TALK
  • Hantar mesej taip STAYHOME dan hantar ke 2222
  • Sekali daftar dan automatik terima setiap hari
7. REDONE
  • Automatik masuk
  • Check baki sila dial. *118*6*2*2#
8. YODOO
  • Automatik terima
  • Tiada had masa
  • Baki bawa ke depan
Korang kena tahu, ianya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April dan dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.


KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 DIBATALKAN KERANA COVID-19

$
0
0

KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 DIBATALKAN KERANA COVID-19

KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 DIBATALKAN KERANA COVID-19 | Sepertimana semua orang tahu, tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia (VM2020). Tetapi sayang, oleh kerana penularan wabak berbahaya COVID-19 yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan negara dan dunia, kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan Kempen Melawat Malaysia (VM2020) yang berkuatkuasa serta merta.


Pembatalan Kempen Melawat Malaysia (VM2020) dibuat bagi memberi keutamaan supaya kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat terpelihara. Semua penggiat industri pelancongan dan kebudayaan diseru mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peraturan dan arahan yang sedang berkuat kuasa ketika ini.
  • Premis penginapan pelancongan di seluruh negara diminta mematuhi peraturan terbaharu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
  • Premis penginapan pelancongan, Nancy berkata, ia dibenarkan beroperasi dengan jumlah kakitangan minimum, tertakluk kepada pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.
  • Tetamu dikehendaki berada di dalam bilik penginapan sepanjang masa dengan tempahan makanan dibuat secara perkhidmatan bilik manakala, operasi fasiliti sampingan, termasuk kolam renang, ruang permainan dan gimnasium tidak dibenarkan beroperasi.
  • Semua urusan pembaharuan lesen pengendalian dan penarafan premis pelancongan, pemandu pelancong serta institut latihan dibekukan hingga 31 Mac ini.
Untuk maklumat lanjut, Penggiat industri pelancongan, kebudayaan dan orang awam boleh merujuk laman web rasmi www.motac.gov.my atau menghubungi kami menerusi e-mel di covid19@motac.gov.my.


Marilah kita sama-sama berdoa supaya wabak ini boleh ditumpaskan dengan segera dan dapat memulihkan ekonomi negara kita dengan baik.


LIRIK LAGU MENANG - SAKURA BAND 2020

$
0
0

Setelah lama menyepi, kini Sakura Band telah kembali dengan lagu baru mereka yang bertajuk Menang. Untuk pengetahuan korang muziknya telah dicipta dan diiringi oleh Natasyah, Haniff Sakura dan juga Mell Sakura. Manakala, Lirik Lagu Menang telah direka oleh Haniff Sakura dan Mell Sakura. Jadi berikut merupakan Lirik Lagu Menang .

Lirik Lagu Menang - Sakura Band (2020)

Judul : Menang
Artis : Sakura Band
Ciptaan: Haniff Sakura & Mell Sakura (Lirik)
Natasyah/ Haniff Sakura / Mell Sakura (Composer)
Album : Menang
Label : Universal Music Malaysia 
Rilis : 2020

Aku ingin melangkah ke depan
Ku cuba menghidupkan mimpi ini
Ku yakin mampu untuk melawan
Sungguh pun bahaya menempuh diriku

Jangan takut jangan gentar
Kita lawan dengan semangat dan harapan
Bila jatuh bangkit semula

Percayalah percayalah kita tempuhi semua
Berjuanglah kita pasti akan menang
Melangkah terus melangkah
Walau beribu rintangan kita hadapi
Kita pasti akan menang

Segala kata dan lakumu
Tidak pernah menjatuhkan diriku
Jangan takut jangan gentar
Kita lawan dengan semangat dan harapan
Bila jatuh bangkit semula

Percayalah percayalah kita tempuhi semua
Berjuanglah kita pasti akan menang
Melangkah terus melangkah
Walau beribu rintangan kita hadapi
Kita pasti akan menang

Walau terjatuh aku akan berjuang bangkit semula
Segalanya ku tunjukkan pada satu dunia

Percayalah percayalah kita tempuhi semua
Berjuanglah kita pasti akan menang
Melangkah terus melangkah
Walau beribu rintangan kita hadapi
Kita pasti akan menang

Kita pasti akan menang
Kita pasti
Kita pasti akan menang

Sumber photo : www.kopiplanet.com

MENANG RM1000 MELALUI SARANGHAEYO MUSIC VIDEO CONTEST

$
0
0

MENANG RM1000 MELALUI SARANGHAEYO MUSIC VIDEO CONTEST | Korang semua dah tengok ke Video Klip lagu “Saranghaeyo” kat YouTube? Bukan artis kumpulan Korea tau, tapi kumpulan artis tempatan kita yang mempunyai gabungan suara yang sangat power. Kalau tak percaya cubalah dengar sendiri video klip kat bawah ni.


Amacam best tak lagu Saranghaeyo ni? Power kan suara-suara diorang ni. Kalau korang dah tengok dan dengar video klip Saranghaeyo ni, korang semua dijemput untuk sertai Saranghaeyo Music Video Contest! Korang bakal berpeluang untuk menang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000tau ! Jangan lepaskan sebab korang, gunakan kreativiti dan masa terluang korang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni sebaiknya. Mana tahu RM1000 tu milik korang kan? Nak tahu syarat-syarat penyertaan Saranghaeyo Music Video Contest ni korang boleh rujuk kat bawah ni.

Syarat-syarat Penyertaan Saranghaeyo Music Video Contest :
  1. Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
  2. Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
  3. Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.
  4. Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
  5. Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
  6. Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turun dinilai).
  7. Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.
  8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. Keputusan adalah muktamad.
"Saranghaeyo. Hargai mereka yang ada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita."

TONTON FULL MOVIE DAULAT DI IFLIX SECARA PERCUMA SEKARANG

$
0
0

Oleh kerana gagal mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF), Filem bergenre ‘political thriller’ Daulat yang dilakonkan oleh Vanidah Imran akan ditayangkan di platform servis hiburan atas permintaan (VOD) iflix.

Selain Vanidah, Daulat turut dijayakan Rashidi Ishak sebagai Idrus, Tony Eusoff (Hassan), Cristina Suzanne (Nadiya Hassan), Jasmine Suraya (Jasmin Cho) dan Zul Zamir (Ali Fahim).


Filem memaparkan sisi gelap dunia politik itu berkisahkan watak Presiden MUNA, Hassan yang kalah dalam pilihanraya umum dan melantik Suri yang merupakan anak didiknya sebagai timbalan presiden parti dan merancang untuk merampas kembali undi rakyat kepada mereka pada pilihanraya berikutnya.

Watak Suri dianggap sanggup melakukan apa saja demi memastikan matlamatnya tercapai termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihan raya umum walau dengan apa cara sekali pun. Banyak konflik berlaku dan ianya sudah semestinya sebuah filem yang wajib ditonton oleh rakyat Malaysia.

Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi iflix sekarang dan tonton filem Daulat secara percuma.

SEJARAH PENDIDIKAN SAYA BERMULA DARI SEKOLAH RENDAH DI KELANTAN

$
0
0

SEJARAH PENDIDIKAN SAYA BERMULA DARI SEKOLAH RENDAH DI KELANTAN | Pendidikan merupakan salah satu hal yang sangat penting bagi semua orang. Kita percaya bahawa, sistem pendidikan melalui sistem persekolahan merupakan elemen penting dalam membangunkan sesebuah negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Saya juga percaya bahawa setiap dari pembaca kat sini juga mempunyai sejarah pendidikan masing-masing kan? Untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang beberapa sekolah dan institusi pendidikan yang pernah saya lalui.

SEKOLAH KEBANGSAAN JAMBU LAWAR (SKJL)
Tahun : 1996-2001
Disclaimer : Lencana yang dipaparkan bukan lencana asal, ianya telah di ilustrasikan kembali oleh penulis artikel ini.

Selepas menerima pendidikan awal di tadika, saya telah ke SKJL. Untuk pengetahuan korang, saya belajar di sekolah rendah SKJL bermula dari tahun satu (1) sehingga tahun 6 (6). Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira. 

Saya juga telah dilantik sebagai pengawas perpustakaan bermula tahun tiga (3) sehingga tahun enam (6). Sewaktu di dalam darjah enam, iaitu pada usia dua belas tahun, kami dikehendaki mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR, yang menilai prestasi di dalam kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, Matematik dan Sains.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INTAN (SMKSI)
Tahun : 2002-2006
Disclaimer : Lencana yang dipaparkan bukan lencana asal, ianya telah di ilustrasikan kembali oleh penulis artikel ini.

SMKSI merupakan sekolah menengah yang berada di kawasan kampung. Bukanlah sebuah sekolah elit ataupun sekolah kluster cemerlang yang mana diidamkan oleh semua orang untuk ke sana. Mengikut dari keputusan UPSR yang saya terima, saya telah di letakkan di dalam kelas berjurusan Urusan Rumahtangga (1 UR 1). 

Selain dari jurusan tersebut masih ada dua (2) jurusan lain lagi iaitu Pertanian dan Teras Rumahtangga. Pada hakikatnya semuanya sama cuma akan berbeza hanya pada silibus Kemahiran Hidup yang kami ambil. Jurusan ini akan tamat sehingga kami menduduki Penilaian Menengah Rendah atau PMR pada tahun ke tiga (3) di sekolah menengah ini.

Selepas menerima keputusan PMR, kami diasingkan sekali lagi kepada beberapa jurusan iaitu sains, dan satera. Jurusan sains pula terbahagi kepada tiga (3), subjek biologi, subjek lukisan kejuruteraan dan akaun. Memandangkan keputusan saya okay, saya dimasukkan dalam jurusan sains yang mengambil subjek biologi.

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP)
Tahun : 2007-2009

Untuk pengetahuan semua, Module PDT di matrik pada tahun tersebut terbahagi kepada dua (2) module. Setiap module pula terbahagi kepada 4 subjek. Apa itu module? ianya lebih kurang course la. Jadi, bagi mereka yang bercita-cita untuk jadi doktor boleh pilih module 1 sebab module 1 ni korang akan belajar Biology, Chemistry, Mathematic, Science Computer . Untuk module 2 pula, ianya lebih sesuai untuk sesiapa yang berminat ke arah kejuruteraan sebab mereka tak akan belajar subjek biologi. Untuk module ni, pelajar akan ambil subjek Physics, Mathematics, Chemistry, dan Science Computer.

Pada awalnya saya ditawarkan untuk module 1, tetapi tak tahu kenapa saya telah buat permohonan untuk tukar ke module 2 walaupun saya tak suka pada fizik. 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Tahun : 2009 - 2012
Memandangkan minat saya pada dunia seni ni memang kuat, untuk peringkat ijazah saya telah memohon Kursus Ijazah RekaBentuk Perindustrian di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pilihan pertama. Alhamdulillah, rezeki saya disana apabila terpilih sebagai salah seorang pelajar jurusan tu di Fakulti RekaBentuk dan Seni Bina (FRSB). Kursus ini mengambil masa tiga (3) tahun untuk bergraduasi. Sepanjang tempoh saya di UPM, saya telah menginap di Kolej 10 UPM yang berada dekat dengan fakulti kami dan fakulti kejuruteraan.

Tahun : 2014 - 2016

Selepas bekerja sebagai pereka produk buat seketika, saya telah kembali ke UPM untuk menyambung pengajian saya di peringkat Master. Jurusan yang saya ambil kali ni agak berbeza dari jurusan yang saya ambil semasa di peringkat ijazah sebelum ni. Untuk pendidikan master ni saya telah memilih jurusan pendidikan, Master of Education : Technic & Vocational Education (Management) yang mana kelasnya berlansung di Fakulti Pendidikan (FPP).

Itulah secara ringkasnya sejarah pendidikan saya di beberapa sekolah dan institusi pendidikan di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live