Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live

SENARAI CERITA MELAYU YANG BERBALOI DI TONTON DI VIU

$
0
0
SENARAI CERITA MELAYU YANG BERBALOI DI TONTON DI VIU

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sambungan Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita (Malaysia) telah disambung lagi menjadikan ianya PKP fasa 3. Mungkin ramai diantara kita sudah buntu dan tidak tahu untuk buat aktiviti apa lagi di rumah sendiri kan. Memandangkan kerajaan ada beri data internet percuma sebanyak 1GB sehari, apa kata korang gunakan sebaiknya untuk menonton pelbagai filem dan drama menarik diatas talian secara legal.

Berbicara mengenai platform tonton movie online, ada banyak platform yang legal dan berbayar yang boleh korang guna, antaranya seperti Netflix, iflix dan Viu. Platform-platform ini merupakan antara platform untuk menonton movie secara online paling popular di Malaysia. Setiap platform mempunyai kelebihan masing masing dengan yuran yang tersendiri. Bagi peminat K-Drama biasanya platform Viu adalah pilihan mereka.

Walaubagaimanapun, di platform viu bukan sahaja terhad kepada K-Drama sahaja, ada banyak lagi seleksi drama dan movie dalam pelbagai bahasa yang boleh korang tonton termasuk drama dan movie Melayu. Satu hal yang paling saya suka tentang Viu ni, yuran nya yang rendah. Sempena PKP ni, mereka menawarkan yuran hanya RM8 sahaja dan ianya lebih murah dari harga biasa.

Install aplikasi Viu sekarang dan nikmati 1 bulan akses PREMIUM secara PERCUMA dengan menekan link berikut 

Bagi peminat filem dan movie melayu, saya cadangkan korang untuk menonton semua movie yang saya senaraikan ni.


THE BRIDGE | Merupakan sebuah drama adaptasi dari filem Sweden berjudul The Bridge (Bron/Broen). Ia bermula dengan penemuan sekujur tubuh mayat dijumpai di garisan tengah-tengah jambatan sempadan antara Malaysia dan Singapura. Oleh sebab yang demikian, pihak polis dari kedua-dua negara telah menghantar seorang wakil pasukan penyiasat untuk menyiasat kematian tersebut berikutan identiti mayat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih parah, tubuh mayat itu pula telah dikerat dua dan bahagian badan serta kakinya yang disambungkan bukanlah berasal dari individu sama. Motif demi motif dirungkai untuk mencari penyelesaian dan siapa pelakunya. 

Drama sepuluh (10) episod ini telah dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad dan Tony Eusoff. Drama ini disampaikan dalam campuran 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu , English dan Chinese.


JIBRIL | Sebuah drama yang mengisahkan perjalanan hidup seorang peguam yang memiliki kepintaran luar biasa dan kelebihan dalam melakukan tugasan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

Drama Jibril juga pernah ditayangkan di NTV7 bermula 22 Oktober 2018 yang lepas. Melalui platform VIU pula, ia membolehkan penonton menonton drama ini pada bila-bila masa yang mereka suka. Menarik lagi, dapat menonton edisi ‘director cut’ hanya di Viu.

Untuk pengetahuan korang, drama Jibril ini mempunyai sepuluh (10) episod kesemuanya.


BLACK (MALAYSIA) | Drama yang merupakan adaptasi format Korea terbitan CJ E&M dengan nama yang sama iaitu Black. Walaubagaimanapun, drama bersiri versi Malaysia ini telah diselitkan dengan elemen Mitologi Melayu yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan.

Dalam siri asal Korea, Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta dan seram yang mengikuti Grim Reaper yang telah memasuki dunia manusia dan telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang boleh meramal kematian.

Adaptasi Viu untuk versi Malaysia pula menggantikan konsep grim reaper dengan bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain) dan bermula dengan misi Black (dilakonkan oleh Rashidi Ishak) ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu. Melanggar peraturan orang bunian, Black menghuni badan Malik (dilakonkan oleh Kamal Adli) , seorang pegawai polis yang telah mati, dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Walaupun membenci manusia kerana “cara primitif’ mereka, Black tertarik dengan Sofia (dilakonkan oleh Siti Saleha), seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian dan menjadi kunci penting dalam misi Malik. Kecewa dengan dirinya, Malik mula jatuh cinta dengan Sofia (satu lagi peraturan yang dilanggar). Pada pertengahan cerita, mereka terperangkap dengan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun yang membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama.

Untuk pengetahuan korang, drama Black (Malaysia) ini mempunyai lapan (8) episod kesemuanya. Apa yang saya sedar, ada bahasa yang mereka gunakan dalam beberapa watak pada drama ini tidak ditapis dan menggunakan perkataan yang tidak patut didengan oleh golongan kanak-kanak.


KELUARGA BAHA DON | Drama arahan Syed Fariz ini mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak) yang terpaksa mengambilalih perniagaan selepas kematian bapanya, dan menuruti wasiat untuk mengahwini seorang wanita yang tidak dikenali iaitu Suzi Faye (Melissa Campbell). Suzy merupakan merupakan anak kepada Little Kok (Alvin Wong), salah seorang sekutu sindiket mafia yang diketuai oleh ayahnya, Baha Don (Othman Hafsham).

Jo tersepit diantara wasiat dan kekasihnya iaitu Kesuma (Jihan Muse), dimana dia terpaksa menurut wasiat arwah ayahnya. Konflik berlaku apabila Mat Don (Khir Rahman) tidak berpuas hati dengan wasiat si arwah kerana dia tidak dipilih sebagai pengganti ketua keluarga sedangkan dia adalah anak yang paling sulung. Mat cuba berpakat dengan ibunya, Mama Don (Susan Lankester) agar Jo tidak menjadi ketua keluarga.

Namun segala-galanya seperti telah ditetapkan kerana Jo akhir terpaksa mengahwini Suzy dan menjadi ketua keluarga serta ketua baru kepada sekutu-sekutuh Baha Don. Bagaimanapun, Jo tidak mengentahui bahawa perniagaan bapanya sebenarnya lebih dari apa yang disangkakan dan membawanya terjebak dalam dunia mafia.

Untuk pengetahuan korang, drama tempatan Keluarga Baha Don mempunyai sepuluh (10) episod kesemuanya. Lihat pada barisan pelakonnya, ianya sudah semestinya akan menjadikan sebuah drama komidi yang penuh dengan adengan yang melucukan.

Install aplikasi Viu sekarang dan nikmati 1 bulan akses PREMIUM secara PERCUMA dengan menekan link berikut : https://viu.app.link/paATKgcrG5 .



LIRIK LAGU KAYANGAN - DRAMA BAND

$
0
0

LIRIK LAGU KAYANGAN - DRAMA BAND

Heboh tentang kesombongan dan keangkuhan perangai mereka dari kluster kayangan covid-19, Drama Band telah muncul dengan sebuah lagu baru yang bertajuk Kayangan. Lirik lagu terbaru Drama Band ini sangat jelas ditujukan pada mereka dari golongan kluster kayangan covid-19. Lagu Kayangan ini merupakan Lagu ciptaan bersama Aepul Roza dan Daus SRK dengan lirik ditulis Aepul.

Kata Aepul sendiri, beliau mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas beliau terbaca satu tweet mengenai kumpulan barisan hadapan negara dilayan teruk oleh ‘kluster kayangan’ dalam usaha mereka menangani penularan jangkitan wabak Covid-19.

Lirik Lagu Drama Band - Kayangan

Kau sangka kau dari kayangan
Apakah kau sudah lupa
Kau berjalan dan kau bernafas

Bermakna kau mampu tewas
Jangan sombong jangan bongkak

Reff :

Dia tak kenal siapa
Dia tak kira kau kaya
Selimutlah kau dengan paksaan
Walaupun kau turun dari kayangan

Dia tak pilih siapa
Dia tak kira kau lawa
Tenggelam kau dalam kebebalan
Terus naik ke kayangan

(lol lol lol lol..)
(lol lol lol lol..)

Kau masih terus berangan
Kau sangka wang itu kebal
Jangan bodoh jangan bebal

Reff :

Dia tak kenal siapa
Dia tak kira kau kaya
Selimutlah kau dengan paksaan
Walaupun kau turun dari kayangan

Dia tak pilih siapa
Dia tak kira kau lawa
Tenggelam kau dalam kebebalan
Terus naik ke kayangan

Outro :

(lol lol lol lol..)
(lol lol lol lol..)

LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN

$
0
0

LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN | Duduk di rumah bukanlah satu hal yang mudah untuk dipraktikkan bagi sesetengah orang. Nak nak kalau ianya memakan masa yang sangat lama. Sampai satu tahap, kita juga perlu keluar untuk cari dan tambah barang keperluan terutama makanan sebelum kehabisan stok. Adakah selamat untuk kita keluar?

Tapi harus diingatkan, banyak hal yang perlu kita ambil peduli untuk mengelakkan dan mencegah diri kita dari dijangkiti virus COVID-19 ketika berada diluar rumah untuk urusan penting seperti membeli barang-barang keperluan. Apa yang utama, ikuti arahan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Pastikan korang keluar seorang diri, elak dari bawa kanak-kanak bersama. Selain dari itu, korang juga dinasihatkan untuk ikut langkah-langkah di bawah.

Topeng muka

Ada persoalan penting tentang penggunaan topeng muka ni pada mereka yang tak bergejala. Sebenarnya jika korang sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom, tiada keperluan untuk anda memakai topeng muka. 

Pemakaian topeng muka sebenarnya lebih diperlukan oleh mereka yang tidak sihat, individu dengan sistem imun yang rendah, individu dewasa lebih berusia dan kanak-kanak. Tapi tidak salah untuk mereka yang sihat memakainya, paling tidak korang dilindungi.

Gel pembersih tangan (hand sanitizer)

Pada ketika ini, mungkin ramai dikalangan kita fobia dengan kebersihan keadaan sekeliling. Walaupun pihak premis seperti pasar raya mungkin telah melakukan disinfeksi pada permukaan, tetapi tiada salahnya anda juga mengambil langkah berhati-hati. 

Pastikan gel pembersih tangan sentiasa ada bersama korang. Pakai gel pembersih tangan ni sebelum memegang troli, eskalator, tombol pintu, butang lif mahupun sebelum memegang Nozel Pam Minyak semasa mengisi minyak kereta.

Sarung Tangan

Selain dari penggunaan gel pembersih tangan, korang juga boleh memakai sarung tangan sebelum menyentuh apa-apa permukaan yang berisiko. Penggunaan sarung tangan sangat diperlukan ketika melakukan beberapa aktiviti diluar termasuklah ketika berurusan di mesin ATM dan di stesyen minyak.

Pastikan korang membuka sarung tangan dengan betul sebaik sahaja selepas digunakan (selesai urusan) dan buang ke dalam tong sampah. Elak untuk pakai sarung tangan tersebut sampai tiba di rumah. Kemungkinan korang sudah menyebarkan virus dimerata tempat sebelum tiba dirumah termasuk dalam kereka korang.

Jarak Sosial
Bila berada di lokasi yang mempunyai orang ramai, pastikan korang menjarakkan diri korang dengan individu lain sekurang-kurangnya 1 meter. Ini terutamanya jika individu terbabit tidak sihat dan mungkin mempunyai simptom. Kalau boleh, elakkan berada di kawasan atau tempat yang sesak dan tumpuan ramai.

Bersihkan Diri

Sekembali daripada membeli barangan keperluan, elakkan dari mendekati ahli keluarga. Sebaliknya , terus ke bilik mandi untuk mandi dengan sabun, basuh pakaian yang korang pakai ketika keluar.

Baca Doa

Selain dari itu, untuk umat islam kita boleh amalkan membaca doa untuk melindungi kita dari penyakit berbahaya. Selepas kita berusaha untuk mencegahnya, kita harus bertawakkal kepada Allah.



Sumber photo dari hellodoktor.com

LIRIK LAGU PELUANG KEDUA - NABILA RAZALI

$
0
0

Nabila Razali telah melancarkan lagu baharu yang bertajuk Peluang Kedua. Single ke lima (5) berjudul Peluang Kedua ini merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini. Lagu ini telah diedar di bawah muzik label, Nabila Razali Entertainment. Berikut merupakan "Lirik Lagu Peluang Kedua” yang dinyanyikan oleh Nabila Razali. 

LIRIK LAGU PELUANG KEDUA - NABILA RAZALI

Sepi...
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi...

Sepi...
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi...

Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila ku tak sempurna 
Engkau bisikkan ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Maaf andai kau terluka
Maaf ku tak sengaja
Tanpa Sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta darimu

Dan tiada...
Salah darimu mengingatkanku
Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkan ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Dan andai terbuka hatimu
Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah sayang
Kepadaku

Maaf andai kau terluka
Maaf ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf
Kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu

Rasa cinta
Rasa cinta
Darimu
Huu…uuu…uuu…uuu…uuu
Huu…uuu…uuu…uuu…uuu

CTOS BANTU RAKYAT MALAYSIA KETIKA PKP COVID-19 DENGAN LAPORAN SKOR MYCTOS PERCUMA

$
0
0


CTOS BANTU RAKYAT MALAYSIA KETIKA PKP COVID-19 DENGAN LAPORAN SKOR MyCTOS PERCUMA | Ramai yang menghadapi masalah kewangan dan terjejas ekonomi mereka disebabkan penularan wabak COVID-19 (Coronavirus). Banyak syarikat-syarikat mula membuang pekerja kerana ekonomi dunia yang turut terjejas. Ini sudah semestinya akan memberikan kesan buruk pada ramai pihak.

CTOS, yang merupakan sebuah agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia, sedang memantau secara teliti tentang isu-isu kewangan yang wujud sejak wabak COVID-19 (Coronavirus) dan kesan yang besar terhadap pengguna di Malaysia.
Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS berkata“Semasa wabak COVID-19 ini, hal penting yang perlu diberi keutamaan adalah mengenai kesihatan dan keselamatan kita. Walau bagaimanapun, pengguna juga perlu prihatin tentang bagaimana keadaan ekonomi semasa dapat mempengaruhi keadaan kewangan mereka. "
"Oleh yang sebab demikian, kami memberikan sehingga 100.000 Laporan Kredit Skor CTOS secara PERCUMA yang mana ianya bernilai RM 2.5 juta dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia untuk memahami kedudukan kewangan mereka dengan lebih baik."
DAFTAR UNTUK SKOR LAPORAN MyCTOS PERCUMA

Kempen PERCUMA Skor Laporan MyCTOS ini akan berlansung sehingga 30 April 2020 ni je. Sila ambil peluang untuk tebus sekarang untuk memastikan kredit anda sentiasa terjaga dan dalam keadaan yang baik. Skor PERCUMA ini hanya terhad kepada 100,000 individu pertama sahaja.


Sesiapa yang ingin meminta salinan percuma Skor Laporan MyCTOS  boleh berbuat demikian dengan klik link di bawah.

Guna kod promosi: FREEMCO20

Pengguna dan peniaga yang terjejas dengan wabak COVID-19 ini disarankan untuk menghubungi peminjam dan pemiutang mereka secara langsung untuk membincangkan pilihan jangka panjang mereka dan CTOS mendorong rakyat Malaysia harus proaktif dalam memantau kredit untuk terus menjaga kewangan peribadi sepanjang masa yang sukar ini.

Sokongan lebih lanjut ada tersedia untuk pengguna yang ingin meminimumkan kemungkinan kesan negatif pandemi terhadap kredit mereka di laman web CTOS, yang mana mereka memberikan maklumat berterusan tentang bagaimana laporan dan skor kredit berfungsi.

Mengenai CTOS Data Systems Sdn Bhd

Tentang CTOS Data Systems Sdn Bhd

CTOS, agensi pelaporan kredit persendirian terkemuka di Malaysia, adalah Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, Kementerian Kewangan. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi perbankan dan kewangan, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, perbadanan besar, PKS, firma guaman dan badan berkanun. Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my .

DOWNLOAD JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK TAHUN 2020

$
0
0

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK DI KELANTAN TAHUN 2020 | Bulan Ramadan tahun 2020 jatuh pada bulan April. Berikut adalah lampiran Takwim atau Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Ramadan pada tahun 2020 (Masihi) bersamaan 1441 (Hijrah) bagi zon-zon atau jajahan di seluruh kawasan negeri Kelantan.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441H | 2020M NEGERI KELANTAN

ZON 1 : JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH , TUMPAT, PASIR MAS , TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN GUA MUSANG ( DAERAH CHIKU )


* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

ZON 2 : JAJAHAN JELI , GUA MUSANG ( DAERAH GALAS DAN BERTAM ) DAN JAJAHAN KECIL LOJING


* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

File format .PDF jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan tahun 1441H / 2020M Negeri KELANTAN boleh di muat turun di pautan ini.

Sebagai makluman, lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan tahun 1441H / 2020M yang disertakan ini adalah rasmi, terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kelantan

RAWAT BAYI KUNING DENGAN SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH

$
0
0

Dijangkakan bahawa hampir 80 peratus dari bayi baru lahir akan menghadapi demam kuning dan 20 peratus daripada kes bayi kuning ini perlu dilakukan rawatan fototerapi dengan kadar yang segera serta berterusan. Hal ini bukan hal yang boleh dipandang remeh kerana kesan paling teruk demam kuning adalah boleh membawa kepada kematian, manakala kesan yang paling ditakuti adalah kenicterus iaitu kecacatan pada otak bayi jika bacaan kuning tinggi atau terlalu lama.

DEMAM KUNING adalah hal yang disebabkan oleh lebihan bilirubin (partikal bewarna kuning dalam saluran darah) yang tidak dapat diproses oleh bayi kerana hati yang belum matang dan berfungsi. Pada kelahiran bayi yang normal, bacaan bilirubin ini akan mula menurun antara umur tujuh hingga sembilan hari dan kemudian akan mencapai bacaan normal selepas sebulan.


Untuk pengetahuan jorang, bayi yang menghadapi kuning yang tinggi akan memulakan rawatan fototerapi pada umur empat atau lima hari selama dua hingga tiga malam. Bacaan bilirubin normal untuk bayi selepas rawatan fototerapi adalah dibawah 200 micro mol per liter pada umur bayi sudah melebihi seminggu. Rawatan fototerapi perlu dilakukan pada hari yang sama jika bacaan bilirubin melebihi 260 micro mol per liter. Kebiasaan rawatan fototerapi akan dilakukan di hospital. Ianya boleh dibuat dilakukan sama ada di hospital kerajaan atau hospital swasta. Selain dari itu, rawatan fototerapi juga boleh dibuat di rumah sendiri dengan menyewa mesin fototerapi tersebut dengan syarikat yang bertauliah.

RAWATAN FOTOTERAPI DI RUMAH | Masih ramai yang tidak tahu bahawa rawatanfototerapi dapat dilakukan dirumah dengan kos yang berpatutan. Sejak tahun 2001 lagi, ribuan ibu bapa di kawasan Lembah Klang telah memilih untuk melakukan rawatan fototerapi dirumahberdasarkan cadangan dan setelah berunding dengan pakar kanak-kanak mereka. Keputusan menunjukkan bahawa rawatan fototerapi rumah adalah sama berkesan seperti rawatan di hospital.

Home Phototherapy Services (HPS) Sdn Bhd telah beroperasi selama 18 tahun lamanya dan telah berjaya merawat lebih dari 10,000 bayi sakit kuning. Mesin fototerapi yang diberi nama Bluelite dan direka khas serta telah dipatenkan telah mendapatkan pengiktarafan keselamatan dari Sirim Berhad. Syarikat juga mempunyai lesen perniagaan dari Medical Devices Authority (MDA) dan telah dianugerahkan dengan sijil ISO13485.
SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH

Telah terbukti ramai ibu bapa yang gembira dengan hasil rawatan fototerapi dari rumah dengan Bluelite. Kesihatan bayi mereka semakin pulih dan bebas dari jaundis. Berikut merupakan beberapa testimoni berjaya sewa mesin fototerapi ke rumah dari beberapa orang pengguna.

SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH

SEWA MESIN FOTOTERAPI KE RUMAH

Nak tengok banyak lagi testimoni berjaya berkenaan sewa mesin fototerapi ke rumah Bluelite ni korang boleh ke facebook diorang. Klik pautan ini.

Kenapa perlu fototerapi di rumah dengan Bluelite Malaysia?
  • Anak tak perlu berjauhan dan tinggal di wad hospital
  • Tak perlu banyak berjalan dek luka belum sembuh
  • Boleh bergilir menjaga anak di rumah bersama suami
  • Menyusukan anak dengan lebih selesa
  • Jimat tak perlu bayar mahal bil hospital swasta
  • Tak perlu stress di hospital kerajaan
  • Mudah,selamat dan merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai lesen dalam pembuatan dan penyedia perkhidmatan sewa fototerapi dari Medical Device Authorities Malaysia.
  • Pengalaman sejak 2001 dalam memberi perkhidmatan sewa fototerapi dengan lebih 10,000 bayi telah berjaya dirawat

PAKEJ BERSAMA BLUELITE
💥 RM395 untuk 3H2M
💥 RM485 untuk 4H3M

Harga pakej termasuk kos penghantaran, pemasangan, penerangan dan pengambilan untuk kawasan lingkungan 30KM dari Kelana Jaya / Seremban / Kuantan / Alor Setar / Bandar Perda (Surcharge dikenakan bagi penghantaran ke pulau). Surcharge dikenakan bagi luar kawasan dan luar waktu pejabat.

DISKAUN SEHINGGA RM20 | Nak lebih DISKAUN? Pembaca blog mawardiyunus.com layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLMY semasa membuat tempahan. Kod BLMY hanya sah untuk tempahan Bluelite di kawasan KUALA LUMPURSEREMBAN dan PULAU PINANG sahaja ya!

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
D513, Kelana Square, 
Jalan SS7/26, Kelana Jaya
47300 Selangor. 

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
A-16-12 Kompleks BM City,
Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Penang

Telefon: 012 271 1894


Instagram: @bluelite_my

Anda telah membaca artikel berkenaan Rawat Bayi Kuning Dengan Sewa Mesin Fototerapi Ke Rumah .

KELUARKAN DUIT i-LESTARI KWSP AKAUN 2 UNTUK APA?

$
0
0

Wabak Covid-19 memberi kesan yang cukup hebat kepada ekonomi negara. Oleh sebab yang demikian juga, ramai diantara kita terjejas dari segi kewangan dan hilang punca pendapatan. Dari sini kita dapat lihat bahawa ramai yang tidak bersedia menghadapi krisis ini kerana sebelum ini mereka kurang ada kesedaran dalam membuat tabungan kecemasan.

Sebagai langkah untuk membantu rakyat yang kini berada dalam situasi sukar berdepan dengan ancaman wabak merbahaya, Perdana Menteri Malaysia ada mengumumkan bahawa bagi sesiapa yang mempunyai caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran dalam Akaun 2 anda. Namun, pengeluaran tersebut adalah terhad kepada jumlah maksimum RM500 sebulan. Diharap, dengan kelonggaran ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang hilang punca pendapatan.

Pada awalnya, saya sendiri tidak berniat untuk keluarkan wang KWSP saya kerana yakin bahawa wang tabungan sedia ada cukup untuk menampung keperluan saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Tapi bila difikirkan balik, kenapa tidak dikeluarkan dan simpan atau laburkan di tempat lain. Jadi, saya cuba ambil peluang yang ada.


Pepatah Inggeris ada mengatakan, “NEVER PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET”. Kenapa tidak boleh letakkan semua telur dalam satu bakul? Andai bakul yang satu itu terlepas dari genggaman, kesemua telur akan pecah berderai. Tiada lagi yang tertinggal sebagai bekalan kita. Tetapi, jika kita bijak mengagihkan telur-telur itu ke beberapa bakul, tidak semua telur akan pecah andai terjadi apa-apa yang tak diingini.

Alhamdulillah, permohonan untuk keluarkani-Lestari KWSP akaun 2 telah pun diluluskan. Pengeluaran wang dari i-Lestari KWSP akaun 2 ini bukan untuk saya gunakan, tapi saya merancang untuk menyimpan kembali wang tersebut di unit amanah (unit trust) sebagai tempat pelaburan kedua saya. Paling tidak, saya ada merancang untuk kestabilan kewangan saya untuk masa depan.

Dapatkan Unit Trust Dana Pilihan Anda Sekarang!

Sekiranya anda pun mempunyai plan yang sama dan berminat untuk membuat pelaburan jangka masa panjang di Unit Trust, korang boleh contact saya sendiri sebagai perunding unit trust RHB untuk maklumat lanjut. Anda boleh menghubungi saya sekarang melalui detail di bawah!

MAWARDI YUNUS | PERUNDING KEWANGAN UNIT AMANAH RHB
Hubungi / Whatapp : +60182266623

Anda telah membaca artikel berkenaan KELUARKAN DUIT i-LESTARI KWSP AKAUN 2 UNTUK APA?

5 AKTIVITI PALING POPULAR YANG DIPAMERKAN DI SOCIAL MEDIA SEPANJANG PKP

$
0
0
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diarahkan oleh kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 ni sangat memberi tekanan kepada ramai orang. Banyak aktiviti-aktiviti harian tidak dapat dilakukan terutama aktiviti yang perlu dilakukan di luar rumah.

Walau apa pun yang berlaku, perintah ini perlu diikuti untuk mengelakkan keadaan wabak Covid-19 ni jadi semakin buruk. Jadi jom kita tengok apa AKTIVITI PALING POPULAR YANG KAWAN-KAWAN KITA BUAT DAN PAMERKAN DI SOCIAL MEDIA MEREKA SEPANJANG PKP ni.

MEMASAK


Memasak merupakan aktiviti paling popular dikalangan rakyat Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Boleh dikatakan hampir 70% dari sahabat di media social saya sendiri menjadikan memasak ini sebagai salah satu aktiviti yang selalu mereka lakukan. Masing-masing memasak dan berkongsi gambar-gambar masakan mereka di social media yang ada. Bukan itu sahaja, ada yang mengambil peluang merekod aktiviti memasak mereka untuk dijadikan sebagai video panduan untuk resipi masakan mereka. Apa yang boleh saya katakan, yang expert makin expert, dan yang baru nak belajar sudah pandai memasak macam-macam.

Oleh sebab yang demikian juga wujudnya satu group facebook berkaitan hal memasak yang begitu viral iaitu Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official . Amat luar biasa sekali bila group ini menerima followers sebanyak 1.2 juta dalam masa seminggu sahaja. Pada awalnya, group ini dibuat secara suka-suka oleh beberapa orang admin dan berkongsi mengenai gambar-gambar dan video-video makanan yang tidak menjadi dan ianya menjadi bahan gelak ketawa ramai orang. Selain dari itu, group ini juga turut dijadikan platform berkongsi resipi dan pertanyaan mengenai tips-tips memasak.

Pada ketika ini jugalah, blog-blog yang menyediakan kontent-kontent resipi masakan akan menerima kunjungan dan tontonan yang luar dari kebiasaan.

TENGOK MOVIE ONLINE


Selain dari aktiviti memasak, ramai yang cuba berkongsi senarai filem-filem menarik yang boleh ditonton termasuklah koleksi K-Drama. Tahukah anda bahawa syarikat penyiaran swasta seperti Astro, Tonton dan Iflix telah memberi akses untuk menonton secara percuma sepanjang tempoh PKP ini? Tapi bahang platform Netflix tidak kurang hebatnya menjadi buah mulut ramai dengan koleksi drama-drama bersiri yang berkualiti walaupun ianya berbayar.

Tapi whay not kalau kita keluarkan sedikit duit untuk benda yang boleh buat kita suka kan? Lagipon bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerja dan sangat suka menonton movie, inilah masanya untuk mereka isi masa mereka sebaiknya untuk menonton movie-movie yang best kan.

BERMAIN GAME


Selain dari menonton movie, bermain video game juga menjadi aktiviti popular di kalangan orang lelaki. Tidak perlu untuk beli kelengkapan mahal-mahal untuk bermain game, kerana game online juga terlalu banyak yang menarik dan ianya hanya perlu di muat turun melalui telefon pintar anda sahaja. la sangat sesuai untuk situasi sekarang ini kerana tiada hubungan fizikal dan korang hanya berhubung secara atas talian dengan rakan-rakan atau 'gamer' lain.

BERSENAM


Memandangkan bersenam diluar lumah dan gym juga tidak beroperasi semasa PKP, maka ramai sahabat-sahabat cuba mengambil inisiatif untuk melakukan senaman di dalam rumah sendiri. Bagi kaki gym yang tidak mempunyai kelengkapan gym di rumah, ada yang menjadikan anak-anak sebagai pemberat, baldi yang berisi air dan sebagainya. Ia adalah satu cabaran yang sangat bagus dan sihat untuk dilakukan. Tapi saya nasihatkan korang supaya berhati-hati supaya tidak pula terjadi perkara yang tidak diingini nanti.

Selain ini, anda juga boleh melakukan yoga, pilates, senaman kegel atau pilih lagu kegemaran korang dan mulakan tarian zumba atau poco-poco. Tapi pastikan korang tidak mengganggu jiran-jiran ketika melakukannya.

SHOPPING ONLINE


Hal yang paling kaum wanita suka!! Tapi, apa yang saya nampak, sepanjang PKP berlansung kaum lelaki juga tidak terkecuali melakukan aktiviti ini. Memandangkan kita tidak digalakkan untuk keluar rumah dan banyak kedai-kedai yang tutup, jadi platform shopping online telah menjadi tumpuan untuk membeli belah.

Mudah memang mudah, kalau tidak berhati-hati duit korang dalam bank pun mudah untuk habis begitu sahaja. Ketahui yang mana KEPERLUAN dan yang mana pula KEMAHUAN. Jadi berbelanjalah dengan cermat dan rancang kewangan korang sebaiknya.

Apapon jika korang ada urusan penting yang perlu dilakukan di luar rumah, sila ambil peduli tentang Langkah-Langkah Penting Untuk Elak Dari Terinfeksi Dengan Viris Covid-19 ni. Kita Jaga Kita ! Saya doakan semoga wabak Covid-19 ini dapat dihapuskan segera dan kita semua dapat beraktiviti secara normal seperti biasa.

LIRIK LAGU SYAHDU DI PAGI RAYA - AINA ABDUL

$
0
0

Aina Abdul seorang penyanyi baru yang semakin di kenali di Malaysia selepas lagu ‘Sumpah’ berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara lagu (AJL). Selepas ‘Shadow’, ‘Sumpah’, dan ‘Semalam’, Aina Abdul kembali dengan single khas sempena dengan Aidilfitri Berikut merupakan lirik lagu raya Aina Abdul yang bertajuk Syahdu Di Pagi Syawal.

Lirik Lagu Aina Abdul - Syahdu Di Pagi Syawal

Kasih apa kau disini
Bersendiri aku kenang lagi
Wajahmu segar di ingatan tak habis
Ku meratapi...

Ingatkah kau ku disini
Gemersik takbir memanggil lagi
Kasihmu bagai lautan tak bertepi
Tidak terperi...

Menanti kehadiranmu dipagi
Takkan ku lepas genggamanmu lagi

Oooooooo ayahanda...
Sayu hatiku tak dapat bersua...

Oooooooo ibunda...
Pilu hatiku tak dapat bermanja...

Dihening syawal menjelma
Sebakku tak terhingga...

(qasidah)
oooooooooooo...
oooooooooooo...

Ingatkah kau ku disini
Gemersik takbir memanggil lagi
Kasihmu bagai lautan tak bertepi
Tidak terperi...

Menanti kehadiranmu dipagi
Takkan ku lepas genggamanmu lagi

Oooooooo ayahanda....
Sayu hatiku tak dapat bersua...

Ooo ooo oo ibunda...
Pilu hatiku tak dapat bermanja...

Dihening syawal menjelma
Sebak ku tak terhingga...

Keampunan kemaafan dipinta...
Selamat Hari Raya..

Artist : Aina Abdul
Song : Syahdu Di Pagi Syawal
Composer : Aina Abdul
Lyric : Aina Abdul, Wan Zakaria
Producer : Wonder Music
Arranger: En Fairuz
Mixing Mastering: Zakaria Mahadi @imamz
@2020 Mekar Jaya Enterprise

BIODATA LENGKAP USTAZ EBIT LEW YANG DISAYANGI RAKYAT MALAYSIA

$
0
0

Siapa tak kenal USTAZ EBIT LEW kan? Beliau cukup popular sebagai pendakwah bebas dan kini kisah keprihatinnya membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula menjadi isu bagi sesetengah pihak yang mungkin kurang senang dengannya.
Sumber Poster : Azaim Hasidi

Siapa beliau sebenarnya? Dari mana beliau datang? Apapun, jom kita kenal lebih dekat insan layak digelar sebagai HERO ni.

Biodata penuh mengenai USTAZ EBIT LEW :
  • Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
  • Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
  • Umur: 36 Tahun
  • Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
  • Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
  • Bangsa : Cina
  • Agama: Islam
  • Status : Berkahwin
Pendidikan USTAZ EBIT LEW :
  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kerjaya USTAZ EBIT LEW 
  • Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy
  • Perunding Latihan
  • Penceramah Motivasi
  • Penceramah Bebas
Pencapaian USTAZ EBIT LEW :
  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta.
  • Panel jemputan dalam beberapa slot sama ada di TV, radio dan juga turut aktif sebagai pengarang di akhbar dan majalah.Kini selain menjadi seorang penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew juga merupakan Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi.
Sumber Artikel : Siakap Keli, says.com

SENARAI GROUP BAZAR RAMADAN ONLINE DI KELANTAN

$
0
0
SENARAI GROUP BAZAR RAMADAN ONLINE DI KELANTAN

Bazar Ramadan cukup sinonim dan wajib apabila tibanya bulan puasa di Malaysia.  Di sini, pelbagai jenis juadah moden dan tradisional dijual. Tapi sambutan bulan puasa pada tahun 2020 ni cukup berbeza dari sebelumnya kerana kerajaan Malaysia sendiri telah mengumumkan bahawa tiada Bazar Ramadan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Oleh sebab yang demikian, rakyat di negeri Kelantan telah mengambil inisiatif mewujudkan group-group bazar online bagi membantu peniaga dan pembeli menggantikan Bazar Ramdan yang dibatalkan tahun itu.

SENARAI GROUP BAZAR RAMADAN ONLINE DI SELURUH NEGERI KELANTAN

1) BAZAR ONLINE KELANTAN

2) Bazar Online Kota Bharu

3) Bazar Online Pengkalan Chepa

4) Bazar Online Melor

5) Bazar Online Ketereh

6) Bazar Online Peringat

7) Bazar Oline Pasir Tumbuh

8) Bazar Online Binjai

9) Bazar Online Kubang Kerian

10) Bazar Online Telipot

11) Bazar Online KB

12) Bazar Oline Tumpat

13) Bazar Online Pasir Puteh

14) Bazar Online Bachok

15) Bazar Online Tok Bali

16) Bazar Online Pasir Mas

17) Bazar Online Machang

18) Bazar Online Tanah Merah

19) Bazar Online Kuala Krai

20) Bazar Online Jeli

21) Bazar online Gua Musang
Sumber : Facebook Visit Kelantan

Gunakan platform ini sebaiknya dan berbelanjalah dengan berhemah supaya tidak berlaku pembaziran.

RESIPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK TEMERLOH PAHANG

$
0
0
RESIPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK TEMERLOH PAHANG

Ikan Patin Masak Tempoyak sebenarnya mempunyai banyak versi. Saya sendiri pernah makan versi Temerloh dan versi Perak. Tapi antara dua-dua resipi ni saya lebih gemar pada resipi asli dari Temerloh. Kalau versi Perak diorang gunakan taugeh dalam resipi diorang. Jadi bagi saya rasa taugeh tu dah mengurangkan rasa sedap tempoyak tu. Apapon kalini saya nak kongsi dengan korang Resepi Mudah Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang .

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan patin
  • 1 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 7 - 15 biji cili api (boleh tambah untuk lebih pedas)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Air
  • Garam
  • Gula 

Step Memasak
  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan tumbuk perlahan-lahan sehingga semua bahan-bahan bergaul rata.
  2. Selepas selesai, masukkan terus bahan-bahan tadi dalam kuali yang sedia dah dimasukkan air dalam 4-5 cawan. Ikut kesesuaian masing-masing. Masak dengan api yang perlahan.
  3. Bila dah mendidih masukkan daun kesum & bunga kantan dan kacau perlahan-lahan.
  4. Selepas tu baru masukkan ikan patin. Jangan lupa perasakan garam & gula.
  5. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.
Tips Sampingan
  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan.

RESIPI ASAM PEDAS TELUR IKAN MAYONG

$
0
0
Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong | Bagi sesetengah orang, mungkin tidak pernah jumpa dan tahu tentang Telur Ikan Mayong ni kan? Tapi, bagi mereka yang sukakannya, sudah pasti ianya menjadi makanan yang cukup exclusive.

Untuk pengetahuan korang, Telur Ikan Mayong ni boleh dimasak dengan beberapa variasi resipi seperti Resipi Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Api dan Resipi Telur Ikan Mayong Masak Asam Pedas. Tengoklah pada citarasa masing-masing. Bagi saya sendiri, Telur Ikan Mayong ni lebih sedap jika dimasak Asam Pedas. Jadi, harini saya nak kongsikan dengan korang Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong.

Bahan-Bahan
  • Telur ikan mayong secukupnya
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato
  • Air secukupnya
Bahan-bahan kisar halus
  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1/4 camca teh halba

Step Memasak
  1. Cuci telur ikan (tak perlu keluarkan dari kantungnya), kemudian rendam dalam sedikit air yang diperah dengan jus limau kasturi, biarkan 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serai dan serbuk kunyit. Kacau rata, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biarkan mendidih. Tambah telur ikan dan kecilkan api. Tutup periuk dan biar telur masak dengan api kecil. Masak 8 - 10 minit. Kemudian masukkan tomato, dan daun kesum. Tambah lada hitam kisar, garam secukup rasa dan secubit gula. Jika semuanya ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan.

Tips Sampingan
  • Jangan masak telur ikan tersebut terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan bila masak, telur ikan mayong akan terkeluar sendiri dari kantungnya
  • Masak dengan api yang kecil.

RESIPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

$
0
0
Resipi Siput Sedut Masak Lemak

Kalau di kampung saya di Kelantan, Hidangan Siput Sedut Masak Lemak cukup popular di kawasan kampung yang mempunyai bendang (kawasan berair tempat bertanam padi) . Siput yang hidup di kawasan bendang warnanya hitam dan bentuknya bulat. Kalau di beberapa negeri lain pula, siput beliung menjadi pilihan.

Persamaan kedua jenis siput ini ialah, anda perlu memotong bahagian belakang siput untuk bolehkan isi dalam siput mudah untuk disedut keluar dari cengkerangnya . Awas, jangan tertelan alas penutup siput kerana ianya bahaya jika masuk ke dalam perut. Untuk pastikan siput bersih daripada segala kotoran, ambil daun senduduk dan ramas ketika membasuh siput. Ulang hingga bersih. Ada juga yang gunakan batang pelepah pisang atau hampas kelapa.

Bahan-bahan
  • 2 pek/2 kg siput sedut
  • 1 1/2 biji kelapa - santan
  • 1-2 batang serai - ketuk
  • 1 keping asam keping 
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 sudu besar garam kasar 

Bahan kisar
  • 20-25 tangkai cili api kampung
  • 1 inci kunyit hidup

Step Memasak
  1. Mulakan proses dengan membasuh siput dengan menggunakan berus. Bilas 4-5 kali sehingga betul-betul bersih airnya. Selepas dah confirm bersih, rendam siput dalam air garam seketika. Tos dan potong bahagian bucu siput pada ruas ke 3 dari atas dengan menggunakan alat pemotong. 
  2. Masukkan siput yang telah siap dipotong tadi ke dalam bekas dan tuang air hingga siput tenggelam. Ambil siput dengan tangan, toskan dan masukkan ke dalam penapis. Langkah ni  adalah bertujuan untuk mengelakkan serpihan kulit siput atau benda asing terikut masuk dalam masakan kita.
  3. Masukkan bahan kisar bersama serai ke dalam kuali dan masak sehingga cili agak kering.
  4. Masukkan santan cair dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Masukkan siput yang telah dibersihkan, kacau lagi sehingga kuah mendidih dan siput masak. 
  6. Masukkan santan pekat, garam dan asam keping. Kacau menggunakan api perlahan sehingga kuah mendidih kecil dan tiada buih buih dalam kuah. 
  7. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan sesuaikan rasa. Kacau seketika dan tutup api. 

Tip Tambahan
  • Jika anda membeli sehari sebelum dimasak, letak siput sedut dalam baldi, kemudian taburkan hampas kelapa. Pastikan permukaan baldi ditutup dengan penapis dan tindih dengan benda berat untuk mengelakkan siput merayap keluar .
  • Untuk menghilangkan bau lumpur. Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas. Selepas itu masukkan hampas kelapa. Gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi kesemua siput tadi dan biarkan selama 2 jam. Basuh siput tadi sehingga bersih dan sedia untuk dipotong.
  • Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya. 


RESIPI KUIH AKOK KELANTAN

$
0
0

RESIPI KUIH AKOK KELANTAN

Bulan ramadan cukup sinonim dengan kehadiran Kuih Akok. Kuih akok ni cukup popular di negeri Kelantan dan ianya mudah untuk didapati tidak kira musim. Memandangkan orang Kelantan ramai di luar negeri di seluruh Malaysia, jadi makanan ni sudah tidak susah untuk dicari. Bagi korang yang nak cuba untuk buat sendiri Kuih Akok ni, korang boleh cuba resipi ni untuk dapat Kuih Akok yang sedap dan lembut.

Bahan-Bahan
  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula melaka yangg diracik halus (3/4 cawan-manis just nice)
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carikan)
  • Secubit garam
  • 1 cawan air
(Sukatan cawan/ mangkuk/ bekas yang sama)

Step Memasak
  1. Mula-mula, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 200°C menggunakan api atas.
  2. Griskan acuan akok dengan minyak masak dan masukkan ke dalam oven
  3. Buat air gula dengan memasak air, gula pasir, gula melaka dan daun pandan dengan api kecil sehingga mendidih dan cair sepenuhnya. Matikan api dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pandan.
  4. Satukan gandum, santan, air gula, telur dan garam di dalam blender. Kisar sehingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas, kemudian hentak-hentakkan bekas ke atas kaunter tiga empat kali untuk membebaskan buih dari dalam adunan. 
  5. Keluarkan acuan akok dari oven dan tuang adunan ke dalam setiap lubang acuan sehingga hampir penuh. 
  6. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 10 minit atau sehingga warna bertukar ke perang keemasan. Akok akan mengembang semasa dimasak dan akan mengecut perlahan-lahan bila dikeluarkan dari oven.
  7. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan. 

Tips Tambahan
  • Pecahkan telur dan masuk dalam cawan/bekas yang nak digunakan sebagai penyukat. Jumlah telur bergantung kada gred telur dan juga bekas yang korang digunakan.
  • Santan pekat dan tepung gandung. Gandum adalah setengah dari jumlah sukatan santan.
  • Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung). Jangan risau, bila masak & dikeluarkan dari oven ia akan mengecut dan menjadi akok kedut.
  • Nak lebih best, korang guna lah cara pembakaran tradisional dengan menggunakan arang dan sabut kelapa.

RESIPI BISKUT FLORENTINE

$
0
0

Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies) bukan sahaja sedap tapi ianya juga cukup mudah dan hanya memakan masa yang singkat untuk di buat. Biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya.  Jadi, kat sini saya nak kongsikan Resepi dan Tips Mudah untuk buat Biskut Florentine untuk korang cuba. Kalau nak beli yang dah siap kat luar, harganya agak mahal. Jadi lebih mudah dan jimat kalau kita buat sendiri.


Bahan-bahan
  • 500g serbuk florenta
  • 500g almond slice
  • 200g kuaci hijau
  • 100g kuaci putih
  • 20g bijan putih
  • 20g bijan hitam
60 keping paper cup muffin cupcake yang mana dalamnya ada lapisan plastik “size L”

Step Memasak
  1. Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160°C selama 5minit.
  2. Kemudian bakar kuaci hijau & putih (campurkan dan ratakan dalam dulang selama 5minit)
  3. Kemudian ulang proses yang sama dengan membakar Bijan hitam & putih.
  4. Sejukkan kesemua bahan yang dibakar dan campur semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta. (pastikan bahan yang dibakar benar-benar sejuk)
  5. Gaul kesemua bahan yang dicampur tadi sehingga sama rata.
  6. Sudukan bahan tadi dengan menggunakan sudu besar ke dalam cup dan ratakan. (tak nipis n tak terlalu tebal).
  7. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar selama 15 minit pada suhu 160°C. 
  8. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu untuk keluarkan biskut dengan mudah dari cup tersebut. Cup bole guna semula untuk pusingan seterusnya.
  9. Simpan dalam bekas kedap udara.
Tip Tambahan
  • Gunakan cup muffin cupcake yang tebal, bersaiz L dan mempunyai lapisan plastik supaya mudah untuk kita keluarkan biskut selepas dibakar. 
  • Selesai semua boleh simpan dan guna cup tu buat cupcake pula. 
  • Semua oven tak sama! Jadi untuk pembakaran yang pertama tu rajin-rajinlah tengok bila dah nampak sudah kekuningan, terus boleh keluarkan dari oven.

Sumber Gambar : www.bellajamal.com

RESIPI KARI KEPALA IKAN MERAH

$
0
0


Kari Kepala Ikan merupakan hidangan populariti relatif di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura dan termasuklah pelancong-pelancong di sana. Walaupun ia biasanya tidak dikategorikan sebagai hidangan yang murah, harga Kari Kepala Ikan yang dihidangkan dalam periuk tanah biasanya boleh mencecah range harga RM 40 -100 mengikut saiz dan jenis ikan yang digunakan. Bagi korang yang nak cuba memasak Kari Kepala Ikan sendiri di rumah, korang boleh cuba Resepi Kari Kepala Ikan yang saya nak kongsikan kat bawah ni.


Bahan-Bahan

  • 700 gram Kepala Ikan - ikan merah / ikan putih / ikan jenahak / ikan tenggiri atau kepala ikan lain mengikut citarasa sendiri
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji Limau Nipis - perah jusnya (pilihan asam jawa / asam gelugor)
  • 2 tangkai Daun Kari - lurutkan
  • 4 sudu besar Serbuk Kari Ikan
  • 7 biji Kacang Bendi - potong tampuk dan ekor
  • 2 biji Terung
  • 2 biji Cili Hijau - belah 2, tapi jangan putus 
  • 2 biji Tomato - belah 2
  • Garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak
Bahan Kisar
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia

Bahan Tumis

  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 sudu kecil jintan putih kasar
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil biji sawi
Step Memasak
  1. Mula-mula bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak, dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan kekuningan. 
  3. Masukkan bahan kisar, diikuti dengan daun kari dan serbuk kari. Tambahkan secawan air. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan kepala ikan. Tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
  5. Masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan cili hijau, kacang bendi, terung dan tomato, selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  7. Masak sehingga kepala ikan masak sempurna. Siap untuk dihidangkan.

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN

$
0
0

Ketika bulan Ramadan menjelang, inilah masanya untuk umat islam khususnya menfokuskan diri pada amal ibadah dan waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama sebulan, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul kerana berlaku nya perubahan waktu makan yang berbeza dari kebiasaannya.

Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa.

Oleh yang demikian, kalini saya nak kongsikan dengan korang tentang beberapa resipi sihat dan sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama yang boleh korang cuba sebagai menu di bulan Ramadan dari Pakar Diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail. Bukan itu sahaja, Cik Rushda Adiba juga sudi berkongsi mengenai khasiat and perincian nutrient yang ada dalam Kentang A.S dan beberapa tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan.

Berikut adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa. Bagi resepi berikut, US Russet potatoes digunakan kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutren penting bagi tubuh badan manusia. Selamat mencuba!

RESIPI MENGGUNAKAN UBI KENTANG U.S

Resipi Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN

Bahan-bahan
  • 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu
  • ½ batang lobak merah, dipotong panjang
  • 1 biji tomato, dipotong 4
  • Bunga kobis
  • Sawi
  • 300 gram isi ayam, potong kecil
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam
Bahan Tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan tumbuk / kisar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Step Memasak
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidang.

Resipi Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis 

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN

Bahan-bahan
  • 4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)
  • Garam
  • Keju Mozarela
  • Brokoli potong kecil, stim
  • Minyak masak
Bahan Inti
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 50 gram ikan bilis
  • 2 sudu makan asam jawa
  • Secubit garam/gula
Step Memasak
  1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
  2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
  3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
  • Untuk inti:
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
  3. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
  4. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  6. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
  7. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
  8. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
  9. Taburkan keju mozarela.
  10. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
  11. Hiaskan dengan hirisan brokoli.
  12. Sedia untuk dihidang.
KEBAIKAN UBI KENTANG U.S

Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yang sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.
  • Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
  • Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
  • Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.
Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.


Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan.

Antara tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut:
  1. Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
  2. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
  3. Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
  4. Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.
Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my .

SELAMAT HARI PEKERJA | JADUAL CUTI HARI BURUH 2020, 2021 DAN 2022

$
0
0
Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua. Hari Pekerja di raikan pada tanggal 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti am bagi negara Malaysia. Berdasarkan sejarah, Hari Pekerja adalah sambutan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja, termasuk pengenalan kerja 8 jam sehari di kebanyakan negara pada tahun 1800.
CUTI HARI BURUH 2020, 2021 DAN 2022

Apa yang korang faham berkenaan dengan Hari Pekerja sebenarnya? Masih ramai yang tidak memahami signifikan sambutan Hari Pekerja ini selain dari mengaitkan Hari Pekerja adalah hari bagi semua yang bergelar pekerja berehat dan bercuti.

Tahukah korang bahawa, Hari Pekerja asalnya bukan sepertimana yang kita semua fikirkan. Ia bukan sekadar cuti umum dalam kalendar cuti sesebuah negara, apatah lagi bagi negara yang mempunyai cuti umum terbanyak di dunia seperti Malaysia.

Selamat Hari Pekerja

Malah ia sepatutnya digelar Hari Buruh, bukan Hari Pekerja sepertimana kebiasaannya. Kerana sebetulnya Hari Buruh merujuk kepada perkataan ‘Buruh’ atau ‘Labour’ dalam bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan pekerjaan yang menggunakan kudrat dan tenaga manusia secara manual.

Justeru, ia sepatutnya dipanggil Hari Buruh kerana mana-mana individu yang melakukan kerja pentadbiran, pengkeranian, perguruan atau apa sahaja yang tidak menggunakan kudrat tulang empat kerat dalam menghasilkan sesuatu tidak termasuk dalam kategori buruh.

Jadi, sudah tentulah cuti Hari Buruh ini bukanlah untuk mereka yang bekerja bukan dalam kategori buruh. Tapi tak usahlah berkecil hati dengan kenyataan itu kerana konsep buruh juga sudah berubah pada hari ini.

Kini, Hari Buruh dipanggil Hari Pekerja sempena mengambil kira bahawa mereka yang bekerja ‘makan gaji’ itu juga adalah buruh kerana sifat umum seseorang buruh pada masa dahulu ialah menerima upah daripada hasil pekerjaannya.

Sejarah Hari Pekerja (baca: Hari Buruh) diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.


*Sedikit info untuk korang, atas dasar faktor ekonomi untuk Hari Pekerja, 1 Mei juga merupakan perayaan permulaan musim Spring, terutamanya di Great Britain, Eropah dan Amerika Utara, dan turut kenali sebagai Hari Mei.
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live