Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live

RESIPI KUIH KETAYAP

$
0
0
Resipi Kuih Ketayap

Kuih Ketayap kalau di Kelantan di panggil Kuih Batang Buruk tapi mungkin hanya di beberapa daerahnya je la. Kuih ni merupakan antara beberapa kuih yang wajib ada dijual di kedai atau gerai makan untuk sarapan pagi. Macamana nak buat Kuih Ketayap dengan mudah dan sedap? Jom tengok resepi Kuih Ketayap yang saya kongsikan kat bawah ni.

Bahan-Bahan (Inti Kuih Ketayap)
  • 1/2 biji Kelapa Parut
  • 3/4 cawan Gula Merah
  • 2 sudu makan Tepung Gandum
  • Secubit Garam
  • 2 helai Daun Pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan Air
Bahan-Bahan (Kulit Kuih Ketayap)
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 2 biji Telur
  • 3 helai Daun Pandan
  • 1 1/2 cawan Santan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau

Step Memasak (Inti Kuih Ketayap)
    1. Didihkan air dalam kuali dan masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
    2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
    3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
    4. Sejukkan inti.
    Step Memasak (Kulit Kuih Ketayap)
    1. Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
    2. Kemudian perah dan tapis. Campurkan semua bahan untuk buat kulit kuih ketayap dan gaul sehingga rata.
    3. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
    4. Kemudian panaskan kuali. Gunakan api yang perlahan.
    5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
    6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
    7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
    8. Angkat. Ketepikan.
    9. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis.
    10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah letak inti pada kuih dadar yang dah siap tadi. Ambil sesudu penuh inti. Letak di atas permukaan atas kuih.
    11. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
    12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan

    RESIPI PARU SAMBAL RANGUP DAN SEDAP

    $
    0
    0

    Biasanya saya akan makan Sambal Paru dengan Nasi Lemak. Tapi kalau dapat Sambal Paru yang rangup dan sedap, saya lebih gemar jadikan ia sebagai kudapan, boleh makan macam tu je sambil menonton drama kat tv kan. Tapi tak semua orang pandai masak Sambal Paru rangup dan sedap kan. Jadi kalau nak selalu makan yang sedap kenalah belajar dan masak sendiri Paru Sambal yang cruncy tu. Oleh sebab tu, kali ni saya nak share cara goreng Paru Sambal Supaya Rangup & Tak Liat . Jom lihat resipi dan tips masak Sambal Paru kat bawah ni. Selamat mencuba !

    Bahan Rebus

    • 500 gram paru
    • 1-2 inci halia - hiris kasar
    • 1 batang serai - ketuk
    • Garam

    Bahan Kisar Kasar

    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 sudu besar cili kisar
    • 1 inci halia
    Bahan Lain
    • 1 sudu kecil serbuk perasa
    • 1 sudu besar gula
    • 1 keping asam keping
    • 1/2 biji bawang besar Holand (dihiris nipis)
    • 1 batang serai (diketuk)
    • Garam (penambah rasa)
    Step Memasak
    1. Mula-mula basuh dan cuci paru sehingga bersih.
    2. Rebus paru dengan semua bahan rebus sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan. Setelah sejuk, hiris paru nipis-nipis mengikut yang citarasa korang.
    3. Panaskan minyak yang agak banyak supaya paru yang kita goreng akan tenggelam dan boleh masak dengan sekata. Pastikan korang goreng dengan menggunakan api yang besar sehingga garing. Selepas selesai, bolehlah angkat dan tos.
    4. Selepas itu dengan menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai sehingga garing dan pecah minyak.
    5. Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam.
    6. Kemudian, masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu. Selepas tu, terus boleh tutup api.
    7. Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga rata.
    Tips Tambahan
    • Cuci paru dengan limau supaya dapat hilangkan bau hanyir.
    • Satu lagi tips ialah rebus dengan garam dan asam keping. Dengan cara ini, tekstur paru lebih rangup dan baunya pun kurang hanyir.
    • Selepas hiris, korang juga boleh bolehlah marinate paru dengan garam dan kunyit macam biasa.

    RESIPI KUIH ONDE-ONDE ATAU BUAH MELAKA

    $
    0
    0

    Onde onde sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut dan berintikan gula melaka yang dipotong dadu. Kuih onde onde atau Kuih Buah Melaka ini adalah kuih tradisional yang telah ada sejak turun temurun. Di kelantan kuih ini digelar sebagai Buah Kekoh Char. Kalau korang nak tahu maksud "kekoh" dalam bahasa surat adalah gigit.

    Selain popular di Malaysia, kuih ini juga ada di beberapa negeri jiran kita termasuk Indonesia yang dikenali dengan nama "Klepon". Manakala di Brunei ia dikenali sebagai "kuih pancit". Jadi jom kita tengok resepi untuk buat Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut .

    Bahan-Bahan
    • 4 sudu besar Tepung Pulut 
    • 1 sudu besar Tepung Beras
    • Gula Melaka (dipotong kecil)
    • 5 helai Daun Pandan (kisar dengan air dan ambil jusnya)
    • 1/2 biji Kelapa Muda Parut
    • Sedikit garam (untuk gaul dengan Kelapa Parut)
    • Sedikit Air Kapur

    Step Memasak
    1. Mula-mula bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
    2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
    3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan yang dicarik dalam air rebusan supaya air berbau wangi.
    4. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia untuk diceduk keluar dengan penapis besi.
    5. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
    6. Golek-golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. 
    7. Sedia untuk dihidangkan.

    RESIPI UDANG MASAK LEMAK

    $
    0
    0
    Resipi Udang Masak Lemak

    Biasanya kita cukup popular dengan hidangan Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan kan? Selain tu ada juga Udang Masak Lemak Petai, Udang Masak Lemak Nenas dan macam-macam lagi. Tapi, kali ni saya hanya nak kongsikan dengan korang resipi ringkas Udang Masak Lemak biasa yang sangat mudah dan sedap. Apapon jom kita tengok bahan-bahan dan step untuk memasak Udang Masak Lemak . Selamat mencuba!

    Bahan-Bahan
    • 10-15 ekor udang
    • 1 kotak santan pekat
    • 1 batang serai (ketuk)
    • 1 keping Asam Keping
    • Garam secukup rasa
    • Serbuk perasa
      Bahan Tumbuk
    • 3 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 7 tangkai cili padi
    • 1 inci kunyit hidup

    Step Memasak
    1. Mula-mula basuh Udang sehingga bersih.
    2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat.
    3. Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan menggunakan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul.
    4. Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
    5. Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

    RESIPI KUIH SERI MUKA

    $
    0
    0
    Resipi Kuih Seri Muka

    Kuih Seri Muka merupakan kuih yang mempunyai dua (2) lapisan atas dan bawah dengan bahan yang berbeza. Lapisan bawah Kuih Seri Muka mengandungi pulut dan lapisan atas pula merupakan lapisan yang lembut serta sedikit manis bagi mengimbangi rasa tawar pulut.

    Bahan Lapisan Bawah (Bahan A)
    • 3 ½ cawan beras pulut rendam 1-2 jam 
    • 3 cawan santan – dari 1 biji kelapa 
    • 1 sudu kecil garam

    Bahan Lapisan Atas (Bahan B)
    • 4 cawan Santan Pekat (2 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan)
    • 2 cawan Gula Pasir
    • 4 biji Telur (saiz B)
    • 1 cawan Tepung Gandum
    • 1 sudu kecil garam
    • 6 helai daun pandan (kisar dengan 2 cawan air)
    • Sedikit Pewarna Hijau

    Step Memasak

    Penyediaan Lapisan Bawah Seri Muka :
    1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
    2. Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
    3. Angkat dan ditekan tekankan dengan tangan sehingga sedikit mampat.
    Penyediaan Lapisan Atas Resepi Seri Muka :
    1. Kisar daun pandan dengan 2 cawan air dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan 4 cawan santan yang diperlukan. Titiskan sedikit pewarna hijau.
    2. Pukul Telur dan gula seketika sehingga agak-agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan 2 cawan santan terlebih dulu, pukul lagi sekejap.
    3. Masukkan tepung dan kacau rata sebelum masukkan baki santan yang ada. Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
    4. Masukkan loyang yang mempunyai bahan lapisan bawah tadi ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas, baru ditapis adunan ke atasnya dengan perlahan lahan di sekeliling loyang.
    5. Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Mula mula kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu untuk keluarkan wap sehingga dah turun, baru tutup semula.
    6. Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
    7. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong dengan pisau bersaiz kecil.
    Tips Tambahan
    1. Untuk beras pulut, sebelum kukus pastikan anda rendam terlebih dahulu beras nya sekitar 40-1 jam sebelum kukus ya. Ini bantu proses memasak pulut lebih cepat dan hasilnya pulut menjadi lebih lembut.
    2. Semasa mengukus gunakan api sederhana sahaja, jangan besar kerana kuih akan menggelembung dan tak cantik.
    3. Gores permukaan pulut supaya bahan yang dituang ke atasnya boleh melekat dengan baik.
    4. Untuk dapatkan potongan cantik, pastikan kuih seri muka anda telah sejuk betul dan barulah dipotong. Celupkan pisau ke dalam air panas, lap dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air dan ulanglah sehingga selesai.

    RESIPI AYAM KAMPUNG GORENG

    $
    0
    0
    Resipi Ayam Kampung Goreng

    Seperti yang sedia maklum, Ayam Kampung agak mahal berbanding ayam daging biasa di pasaran.  Itu memang saya sendiri akui. Banyak faktor yang boleh mengaitkan tentang hal tersebut. Ada yang mengatakan bahawa ianya kerana ayam kampung tidak disuntik dan organik. Cara memeliharanya pun berbeza kerana kebiasaanya dibiar bebas mencari makanan sendiri. Oleh sebab itu juga, ayam kampung lebih sihat untuk dimakan berbanding ayam daging biasa yang ada dipasaran. Ramai juga yang akui bahawa daging ayam kampung lebih liat dari ayam daging biasa. Walaupun begitu, ia tetap menjadi pilihan orang ramai.

    Memandangkan Ayam Kampung ni boleh dikatakan sebagai makanan premium, kali ni saya nak kongsikan resipi ringkas memasak Ayam Kampung Goreng yang sedap.

    Bahan-bahan (1)
    • Beberapa ketul ayam kampung (4 atau 5) 
    • 1/2 sudu jintan manis 
    • 1/2 sudu jintan putih 
    • 1 sudu ketumbar 
    • 1 biji telur
    • Daun Kari 
    • Garam secukup rasa
    • Minyak Masak
    Bahan Kisar
    • 5 ulas bawang putih 
    • 1 inci Kunyit Hidup
    • 1 inci Halia
    • 3 batang Serai 
    Step Memasak
    1. Mula-mula, basuh ayam sehingga bersih dan potong kepada beberapa bahagian.
    2. Perap ayam dengan semua kisar dan (bahan 1 kecuali minyak ) selama 45 minit atau sejam.
    3. Kemudian, panaskan minyak masak & goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga garing dengan menggunakan api yang sederhana. Angkat dan toskan.
    4. Sedia untuk dihidangkan
    Tip Tambahan
    • Tips nak empukkan dading ayam kampung adalah dengan cara rendam dalam jus nenas untuk beberapa minit.
    • Tips untuk dapat daging ayam kampung manis dan empuk pula dengan masak ayam kampung terlebih dahulu dengan air kelapa. Biasanya ia sesuai untuk resipi Gulai Ayam Kampung.
    • Masak dengan menggunakan minyak yang banyak (ayam tenggelam) untuk memastikan ayam daging masak dengan sekata.
    • Makan ketika ianya masih panas.

    11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    $
    0
    0
    11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA | Sudah berapa minggu  sejak kerajaan keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berada di rumah bagi menghentikan penyebaran virus coronavirus atau COVID-19. Mesti ramai diantara kita mula berasa bosan dan tidak tahu apa untuk dilakukan untuk mengisi masa terluang yang ada.


    Langkah yang paling baik untuk mangatasi masalah bosan ketika berkurung di rumah adalah dengan menonton film. Dengan keadaan dunia yang sedang dilanda wabak virus COVID-19 ni, film berkaitan dengan pandemi banyak dicari kebelakangan ini. Jadi, sini saya nak kongsikan dengan korang 11 movie Korea yang berkaitan dengan wabak penyakit dan bencana alam mengikut susunan tahun yang mungkin menarik untuk korang tonton buat masa ni.

    The Host (2006)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Pada tahun 2000, ahli patologi ketenteraan Amerika mengarahkan pembantunya berbangsa Korea, melanggar protokol dengan membuang lebih daripada 200 botol toksik kimia formaldehyde ke dalam sinki alasannya hanya kerana botol-botol tersebut sudah berhabuk, saluran sinki itu menuju ke Sungai Han. Dalam beberapa tahun kemudian, terdapat penemuan makhluk amfibia yang aneh di dalam air dan berkembang menjadi rasaksa yang memusnahkan penempatan dan membahayakan penduduk setempat.

    Tidal Wave (2009)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Haeundae, lokasi percutian pantai popular yang terletak ditenggara Semenanjung Korea. Lokasi tersebut menjadi tumpuan hampir satu juta orang setiap tahun. Bagaimanapun, seorang pakar penyelidikan tusnami mendapati, Laut Timur mempunyai tanda-tanda awal gempa bumi seperti yang berlaku di Lautan Hindi ketika tsunami tahun 20004.

    Walaupun diberi amaran, Agensi Pencegahan Bencana menegaskan Korea tidak akan diancam bahaya tsunami. Bagaimanapun, segalanya terlambat apabila tsunami besar yang bermula di Tsushima, Jepun sedang menuju ke Haeundae dengan laju dan pengunjung pantai percutian tersebut hanya mempunyai 10 minit untuk menyelamatkan diri.

    Deranged (2012)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Ada satu wabak telah merebak mengakibatkan mangsa melompat ke dalam sungai dan lemas kerana berasa dahaga yang melampau, menyebabkan situasi panik di seluruh negara. Kerajaan mengisytiharkan keadaan sebadai kecemasan dan darurat. Jurujual pembekal perubatan, Jae-Hyuk (Kim Myung-Min) mengesyaki keluarganya menunjukkan tanda-tanda yang sama dijangkiti wabak tersebut. Melalui adiknya, Detektif Jae-Pil (Kim Dong-Wan), Jae-Hyuk mengetahui terdapat penawar yang disimpan di sebuah gudang.

    The Tower (2012)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Pada Malam Krismas, di gedung menara berkembar Tower Sky di pusat Seoul, penduduk dan anggota kakitangan sibuk melakukan persiapan Krismas. Kejadian api kecil di dapur sebuah restoran telah menarik perhatian kakitangan Tower Sky, Lee Dae-Ho (Kim Sang-Kyung), yang mendapati sistem pemadam api telah rosak. Pemilik bangunan Jo (Cha In-Pyo) mengabaikan amaran itu dan meneruskan pesta Krismas malam itu.

    Sebuah helikopter telah disewa untuk mengelilingi bangunan dan menyembur salji buatan kepada para tetamu semasa pesta Krismas. Penduduk yang berkumpul untuk acara itu kagum dengan pertunjukkan tersebut. Bagaimanapun, kegembiraan mereka bertukar menjadi kejadian menakutkan apabila helikopter terbabit kehilangan kawalan dan terhempas pada bangunan yang kemudiannya berlaku rantaian kejadiaan yang akan menggancam nyawa penduduk pada bangunan tersebut.

    The Terror Live (2013)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Mengisahkan pembaca berita (Ha Jung-woo) yang bercita-cita tinggi tetapi kerjayanya sudah malap, untuk menaikkan kembali kerjayanya sebagai pembaca berita, dia memonopoli siaran langsung serangan pengganas dalam kejadian letupan Jambatan Mapo di Sungai Han.

    The Flu (2013)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Sekumpulan pendatang asing diseludup masuk ke Korea Selatan. Salah seorang pendatang asing adalah pembawa virus yang membawa maut dan sangat berjangkit. Hanya seorang pendatang asing yang hidup, manakala yang lain semuanya mati. Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti dalam setiap jam oleh virus yang membawa maut ini, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti. Keseluruhan penduduk di pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak.

    Pandora (2016)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Jae-Hyeok (Kim Nam-Gil) tinggal bersama ibunya (Kim Young-Ae), kakak iparnya (Moon Jeong-Hee) dan anak saudara lelakinya, Min-Jae (Bae Gang-Yoo). Dia bekerja di loji janakuasa nuklear tempatan. Sementara itu, Pyung-Sub (Jung Jin-Young) bekerja di kilang janakuasa nuklear yang sama, bimbang tentang keadaan di sana, tetapi tidak ada seorang pun dalam kerajaan yang mengambil pusing tentang masalah di sana. Gempa bumi menyerang bandar di mana mereka tinggal, dan menyebabkan ledakan di loji janakuasa nuklear. Situasi ini dengan cepat mengakibatkan seluruh negara menjadi panik.

    Tunnel (2016)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Lee Jung-Soo (Ha Jung-woo) memandu pulang dari tempat kerja ke rumah untuk menyambut hari jadi anak perempuannya. Semasa memandu melalui terowong yang melintasi gunung, perkara yang tidak diingini berlaku, berlaku kejaduan terowong runtuh. Apabila Lee Jung-Soo sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terperangkap di dalam kereta. Keretanya sendiri ‘terkubur’ di bawah beribu-ribu tan konkrit dan serpihan. Apa yang dia ada di dalam kereta hanyalah telefon bimbitnya, 2 botol air dan kek hari jadi anak perempuannya.

    Train To Busan (2016)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Seok-woo (Gong Yoo) adalah pengurus kewangan di Seoul. Seok-woo berpisah dari isterinya dan tinggal dengan anaknya Soo-an (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo tidak banyak menghabiskan masa dengan anak perempuannya atau menunjukkan kasih sayang kepadanya. Pada malam sebelum hari jadi Soo-An, Soo-An berkeras mahu berjumpa ibunya sempena hari jadinya. Seok-Woo tidak mempunyai pilihan lain, tetapi terpaksa untuk membawa Soo-an ke Busan.

    Pagi keesokan harinya, mereka naik kereta api laju Korea Train eXpress (KTX) ke Busan dari Stesen Seoul. Sebelum kereta api KTX meninggalkan Stesen Seoul, gadis seperti zombie melompat ke atas kereta api. Gadis itu dijangkiti virus yang dahsyat yang menyebar dengan pantas. Seok-Woo, Soo-An dan penumpang lain di kereta api KTX kini mesti berjuang demi kehidupan mereka dari virus yang akan mengakibatkan manusia menjadi zombie.

    Ashfall (2019)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Diarahkan oleh Lee Hae-Jun dan Kim Byung-Seo, Ashfall berkisarkan tentang sekumpulan invidivu yang berjuang untuk mengelakkan letusan gunung berapi Gunung Baekdu di Korea Utara.

    Filem ini dibintangi Lee Byung Hun akan memainkan peranan sebagai ejen Korea Utara bernama Ri Jun Pyeong yang cuba menyekat letusan itu. Dia seorang agen utama tetapi dipenjarakan kerana mengintip. Ha Jung Woo akan memainkan peranan sebagai anggota pasukan EOD (Pakar letupan Korea Selatan) yang bernama Jo In Chang. Bae Suzy sebagai isteri Jo In Chang. Ma Dong Seok pula membawa peranan sebagai Kang Bong Rae, seorang profesor geologi yang telah meramalkan letusan Gunung Baekdu.

    Exit (2019)
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

    Menempatkan dua watak utama iaitu Yongnam (Cho Jung Seok) dan Eui Joo (Lim YoonA), yang terperangkap ketika penyebaran asap beracun yang telah disengajakan oleh pihak tertentu. Mereka kemudiannya harus bertahan menunggu sehingga bantuan datang menyelamatkan mereka sambil berusaha mengelakkan diri dan menolong orang di sekeliling mereka dari terkena gas beracun yang semakin lama semakin merebak dengan cepat.

    Sumber : kakimuvee.net , 

    3 PLATFORM ATAU APLIKASI TONTON MOVIE ONLINE POPULAR DI MALAYSIA

    $
    0
    0

    Had pergerakan di musim wabak coronavirus ni akan memberi masa luang yang sangat banyak kita  semasa berada di rumah. Solusi terbaik kepada hal ni adalah dengan menonton movie pilihan sama ada seorang diri atau bersama keluarga. Tetapi, seleksi movie yang ada di TV sangat terhad dan tidak boleh dipilih kecuali kalau kita memilih untuk menonton movie melalui aplikasi streaming yang legal secara atas talian.

    3 PLATFORM TONTON MOVIE ONLINE POPULAR DI MALAYSIA

    Disini saya nak kongsikan tiga (3) aplikasi streaming yang legal secara atas talian yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ianya adalah Netflix, iflix dan Viu.


    • Netflix
    Netflix mula dilancarkan di Malaysia pada 2016. Netflix bukan sahaja popular di Malaysia, perkhidmatan penstriman siri TV dan filem ini dikatakan boleh diakses di lebih dari 100 buah negara termasuk Malaysia. Untuk pengetahuan korang, rangkaian ‘video streaming‘ ini awalnya hanya beroperasi di Amerika Syarikat . Netflix dikatakan mempunyai kelebihan dengan memiliki dokumentari dan rancangan terbitan sendiri. Fokus kandungan Netflix pula adalah kepada Barat & Asia. Part yang orang suka tentang Netflix adalah banyak siri TV dan movie terbaru yang menarik untuk di tonton.

    Harga langganan Netflix ialah :

    Bulanan SD – RM 33
    Bulanan HD – RM 42 – pada 2peranti
    Bulanan UHD – RM 51 – pada 4 peranti

    Layari laman web www.netflix.com untuk mula menonton atau muat turun aplikasi mudahalih di Apple Appstore dan Google Playstore.


    • iflix
    iflix Malaysia menawarkan ratusan siri TV dan filem pelbagai genre. Antara fokus kandungan platform ini adalah kepada Barat, Asia & tempatan. Dari apa yang saya sendiri lihat kebanyakan siri TV mempunyai episod yang lengkap.
    iflix boleh diakses secara PERCUMA. Semua pengguna mendaftar dan terus boleh menonton kandungan yang ada pada platfom iflix, tetapi yang dilabel Free sahaja. Jika korang ingin akses ke seluruh kandungan iflix, korang perlulah melanggan akaun premium yang masih kekal dengan kadar RM10/bulan atau RM96/tahun untuk kegunaan 5 peranti.

    Layari laman web www.iflix.com untuk mula menonton atau muat turun aplikasi mudahalih di Apple Appstore dan Google Playstore.

    • Viu
    Platform Viu cukup popular dikalangan peminat K-Drama (drama Korea), di sini korang boleh menonton latest premium Korean dramas. K-Drama. Platfom ini menawarkan lebih daripada 10,000 jam kandungan premium Asia daripada penyiar program TV terbaik di Korea iaitu KBS, MBC, CJ dan SBS. Apa yang menariknya, korang boleh menonton dengan pilihan sari kata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Selain itu mereka juga mempunyai kandungan lain dari variety shows and other Asian programs. Dan yang lebih menarik, mereka ada menawarkan banyak pilihan kandungan tempatan.

    Viu boleh daftar secara PERCUMA. Semua pengguna mendaftar dan terus boleh menonton kandungan yang ada pada platfom iflix, tetapi yang dilabel Free sahaja dan akan ada iklan setiap 10 minit sekali. Jika korang ingin akses ke seluruh kandungan Viu, korang perlulah melanggan akaun premium menggunakan telco yang korang guna, sebagai contoh telco CELCOM dengan kadar RM10/bulan macam tu.

    Viu boleh diakses menerusi telefon mudah alih dan tablet serta komputer dengan memuat turun aplikasi Viu di Google Play atau layari www.viu.com.my pada browser komputer anda.


    Jadi ketiga-tiga platfom ni mempunyai yuran dan kelebihan masing-masing. Tengok pada kehendak korang yang mana satu lebih sesuai dengan minat korang. Tepuk dada, tanya selera. 

    BELAJAR LOGHAT KELANTAN DENGAN BANTUAN SUARA CARA SEBUTAN

    $
    0
    0

    BELAJAR LOGHAT KELANTAN DENGAN BANTUAN SUARA CARA SEBUTAN | Loghat Kelantan merupakan salah satu dialek bahasa unik yang ada di Malaysia ni. Setengah dari perkataan-perkataannya susah untuk diterangkan dalam bentuk penulisan, especially untuk cara sebutannya. Jadi, saya dan sahabat saya cuba mengambil satu usaha dan inisiatif untuk mengangkat loghat Kelantan ni supaya mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja.


    Jangan lupa follow Vocab Kelantan di platform Instagram, Facebook Page, Twitter & Youtube untuk content-content menarik berkaitan dengan loghat dan budaya orang Kelantan.
    Support guys, untuk kami lebih bersemangat produce content berkualiti untuk korang semua. 🙏 Terima kasih

    RUPANYA AYAM BRAND ADA DUA PRODUK BERBEZA IAITU SARDIN DAN MACKEREL

    $
    0
    0
    Perbezaan Ikan Sardin & Ikan Mackerel Ayam Brand

    Nampak sama tapi ianya berbeza. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga sesetangah daripada kita tak pernah tahu pun (macam saya) yang tin sardin ni ada dua jenis ikan yang berbeza iaitu Ikan Sardin dan Ikan Mackerel. Saya tahu pun lepas baca satu post orang kongsi di Facebook. Jadi selama ni memang main beli jela. huhu

    Mana tidaknya, kalau korang tengok sekali imbas daripada design, saiz dan bentuk tin sama je dan korang pun mungkin tak pernah terfikir produk ni ada dua jenis. Tapi kalau lihat pada warna perkataan, gambar ikan dan label pada tin, anda akan jumpa perbezaan dua jenis tin ikan ni.

    Apa perbezaan Ikan Sardin dan Ikan Mackerel ni?

    Untuk pengetahuan korang perbezaan pada Ikan Sardin dan Ikan Mackerel ni adalah saiz dan kuantiti ketulan ikan. Kalau korang buka tin sardin yang lebel ‘ikan sardin’, ikannya agak kecil dan kuantiti banyak. Selalunya akan ada 4 ketul. Kalau buka tin sardin yang mempunyai tanda ikan mackerel, kuantiti sikit iaitu 2 ketul je tapi saiz ikannya agak besar.

    Kalau sentuh bab rasa antara kedua-dua jenis ikan ni, ramai yang kata lebih kurang je. Tapi bagi saya rasa sardin lebih ok sikit kot dari Mackerel. Mungkin rasa sama tu sebab dua-dua dalam based sos tomato dari resipi yang sama kan. Tu pandangan sayalah kot. Jadi, lepas ni jangan pelik pulak kalau kuantiti ikan dalam tin sikit atau banyak. Cuba check tin sardin korang tu, adakah ia Ikan Sardin atau Ikan Mackerel.

    KEPENTINGAN & KELEBIHAN KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) UNTUK SEMUA ORANG

    $
    0
    0

    KEPENTINGAN & KELEBIHAN KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)

    Assalamualaikum, harini saya nak kongsikan dengan korang tentang info dan kelebihan yang ada pada medical card. Untuk pengetahuan korang, saya bukanlah seorang agen insuran yang sedang mencari sale atau apa melalui penulisan perkongsian ni. Just buat artikel ni sekadar untuk berkongsi untuk kebaikan bersama.

    Alhamdulillah kesedaran saya untuk ambil medical card ni sangat tinggi sehinggakan saya cuba sebaiknya untuk memilikinya seawal mungkin walaupun waktu tu saya masih dalam tempoh belajar (master) di UPM dan tidak bekerja tetap. Bukan kerana takut akan sakit semata, tapi kesedaran bahawa jika berlaku perkara yang memerlukan rawatan perubatan di hospital kelak ia sudah semestinya akan memakan belanja yang besar. Jadi, ini adalah salah satu usaha saya untuk tidak membebankan siapa-siapa especially keluarga saya jika apa-apa berlaku kepada saya.

    PENGALAMAN CLAIM MEDICAL CARD

    Saya sendiri ada pengalaman menggunakan medical card untuk membayar kos perubatan  pembedahan tonsil di Hospital Pantai Cheras pada beberapa tahun lepas. Orang kata malang memang tidak boleh diduga, tapi Alhamdulillah sebelum perkara ni terjadi keatas saya, saya telah mengambil dan membayar medical card sudah hampir setahun setengah. Pihak insuran (medical card) telah meluluskan untuk membayar kos perubatan saya selepas mengambil masa sedikit untuk siasatan penyakit yang saya hidapi.

    Untuk pengetahuan korang, kos perubatan pembedahan termasuk bilik saya ketika itu mencecah RM20,000. Alhamdulillah, hampir keseluruhan kos perubatan saya termasuk tiga (3) bulan sebelum dan tiga (3) bulan selepas pembedahan di cover oleh pihak insurance (medical card) yang saya ambil. Hanya RM80 sahaja saya perlu bayar (atas kos penginapan) kerana pada hari pertama selepas pembedahan saya telah di masukkan ke ICU. Pakej yang saya ambil hanya membenarkan harga maximum RM200 sehari untuk bilik. Tapi, harga stay di ICU semalaman pula adalah RM280.


    APA ITU KAD PERUBATAN 

    Kad perubatan atau juga lebih popular disebut sebagai "medical card" adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang membolehkan korang mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans yang diambil. Jenis perkhidmatan perubatan yang diterima adalah tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih. Perkhidmatan juga di dapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan.

    BAGAIMANA MEDICAL CARD BERFUNGSI

    Kebiasaannya, syarikat insurans atau takaful akan menyediakan beberapa pelan polisi perlindungan perubatan yang berlainan dari segi liputan perlindungan seperti jumlah perlindungan, jumlah elaun hospital dan lain-lain. Ini pula akan menentukan harga (premium) bulanan yang perlu dibayar oleh kita. Syarikat insurans akan mengeluarkan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital.

    Pendaftaran masuk ke hospital dipermudahkan dengan adanya medical card selagi perkhidmatan yang diperlukan terkandung di dalam liputan pelan. Bayaran bil perubatan juga tidak perlu dibuat kerana pihak hospital akan dapatkan bayaran terus daripada syarikat insurans tersebut.

    ELAUN TUNAI HARIAN | Bagi sesetengah plan medical card, korang akan menerima elaun tunai harian, iaitu wang tunai kepada pemegang polisi selama berada di wad hospital. Wang ini boleh di katakan sebagai pengganti kepada pendapatan korang kerana tidak dapat bekerja sewaktu di wadkan.

    Contohnya :

    Sekiranya pemegang polisi kehilangan pekerjaan akibat sesuatu penyakit yang memaksannya terlantar di hospital selama 2 bulan, elaun tunai ini dapat bantu beliau membayar bil elektrik dan air. Elaun ini juga penting sekiranya terdapat kos rawatan yang tidak termasuk di dalam liputan perlindungan medical card korang.

    Tetapi, elaun tunai harian ini kebanyakannya tidak terkandung di dalam liputan perlindungan kad perubatan biasa, tetapi boleh dimasukkan jika mahu sebagai perlindungan tambahan.

    BILIK & PENGINAPAN DI HOSPITAL | Selain dari elaun tunai harian, Medical card juga  ada memperuntukkan pembayaran bagi bilik penginapan di wad hospital. Jika memilih pelan di mana bilik dan penginapannya adalah RM200, ini bererti korang hanya layak tinggal di bilik yang berharga tidak lebih dari itu. Sekiranya anda ingin upgrade atau naik taraf ke bilik yang lebih tinggi bayarannya, selebihnya perlulah ditanggung sendiri oleh anda.

    Contohnya:

    Harga Penginapa Sehari : RM 280
    Manfaat pelan membayar : RM 200
    Pemegang polisi membayar : RM 80

    Harga Penginapa Sehari : RM 190
    Manfaat pelan membayar : RM 190
    Pemegang polisi membayar : RM 0

    HOSPITAL PANEL | Setiap medical card mempunyai senarai hospital panel di mana pemegang kad perubatan tersebut layak mendapatkan rawatan. Jenis hospital adalah berlainan mengikut jenis kad perubatan. Pelan yang minima tidak mungkin dapat hospital swasta yang bertaraf lima bintang sebagai panel ya. Jadi korang dinasihatkan untuk semak dahulu senarai hospital panel yang terlibat bagi plan yang korang akan pilih untuk pastikan hospital-hospital yang tersenarai adalah yang bereputasi baik dan mudah untuk diakses oleh korang dan keluarga korang.

    HAD COVERAGE MEDICAL CARD

    Ada seperkara yang korang perlu tahu bahawasanya medical card tidak melindungi bil hospital seumur hidup. Setiap medical card mempunyai syarat kelayakan dan tempoh perlindungan yang tertentu. Paling penting, korang perlu tahu had coverage tahunan dan had coverage seumur hidup medical card yang korang ambil. 

    HAD TAHUNAN | Had tahunan adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukan terhadap kos rawatan pemegang polisi bagi tempoh setiap tahun selagi polisi berkuatkuasa. Sebagai contoh, jika had tahunan sesuatu kad perubatan adalah pada RM100,000, pemegang polisi hanya boleh menuntut sebanyak RM 100,000 bagi rawatan penyakitnya sepanjang tempoh tahun tersebut. Jika kos rawatannya melebihi RM 100,000, beliau perlulah menanggung sendiri kos selebihnya. Sekiranya beliau masih memerlukan rawatan pada tahun hadapan polisi, pelannya akan memperuntukkan manfaat sebanyak RM 100,000 lagi.

    Contohnya:

    Tahun pertama ~ Jumlah kos rawatan : RM 150,000
    Manfaat pelan membayar : RM 100,000
    Pemegang polisi membayar : RM 50,000

    Tahun kedua ~ Jumlah kos rawatan : RM 100,000
    Manfaat pelan membayar : RM 100,000
    Pemegang polisi membayar : RM 0

    HAD SEUMUR HIDUP | Manakala had seumur hidup pula adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukkan terhadap kos rawatan pemegang polisi sepanjang hayat beliau selagi kad perubatan berkuatkuasa. Pelan perubatan akan tamat secara otomatik sekiranya manfaat pelan yang dibayar telah mencapai had seumur hidup bagi seseorang pemegang polisi.

    Contohnya:

    Had seumur hidup sesuatu pelan ialah RM 1 juta, manakala had tahunannya pula adalah RM 100,000. Ini bererti seseorang pemegang polisi akan membelanjakan RM100,000 terhadap kos rawatan setiap tahun selama 10 tahun untuk menikmati manfaat sepenuhnya sebanyak RM 1 juta itu.

    Dengan kos perubatan yang meningkat pada kadar inflasi 10-12% setahun, korang perlu berfikir masak-masak berapakah jumlah had tahunan yang munasabah mengikut kemampuan diri. Pada kebiasaannya, pesakit tidak akan berterusan menanggung sesuatu penyakit selama lebih beberapa tahun. Jadi jika dilihat di sini, mungkin wajar kepentingan diberikan kepada had tahunan yang tinggi berbanding had seumur hidup yang tinggi.

    Dengan maklumat yang telah saya kongsikan di atas ni, saya harap dapat membantu korang serba-sedikit untuk mengetahui tentang kepentingan dan kelebihan medical card bila berlakunya kecemasan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh berurusan dengan mereka yang bertauliah dalam hal ini.

    TUTORIAL BUAT TULISAN JAWI DI ADOBE ILLUSTRATOR

    $
    0
    0


    Mesti ramai di antara korang sukar untuk mendapatkan idea bagaimana untuk membuat tulisan jawi dalam proses rekabentuk grafik menggunakan Adobe Illustrator kan? Ianya sudah semestinya mustahil jika komputer korang tidak di programkan dengan penulisan jawi atau arab.

    Tapi, korang tak perlu risau kerana article saya pada kali ni akan menunjukkan cara-cara mudah untuk menulis tulisan jawi atau arab di Adobe Illustrator walaupun komputer korang hanyalah sekadar komputer biasa yang tidak diprogramkan khas untuk tulisan jawi atau arab.

    Ternyata ini yang akan berlaku sekiranya, kita menggunakan cara copy dan paste tulisan jawi ke aplikasi di Adobe Illustrator. Tulisannya tidak akan kelihatan sepertimana yang asal & error.



    Jadi berikut merupakan "Hacks Tulisan Jawi & Arab di Adobe Illustrator" yang mudah dan menjimatkan masa yang boleh korang cuba.

    STEP 1

    Jika client meminta untuk menggunakan tulisan jawi di dalam design mereka, korang boleh mendapatkan bantuan penukaran tulisan dari rumi ke jawi secara online di laman sesawang (website) ejawi.net .


    Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masukkan perkataan dalam tulisan rumi yang anda ingin tukarkan ke jawi di ruangan "Your Malay Text Here" dan klik butang "Convert" untuk mendapatkan Transliterasi perkataan anda. Hasil dari transliterasi akan anda peroleh di ruangan kotak di bahagian bawahnya yang tertulis "Conversion Result".


    Sebagai contoh, saya ingin menukar perkataan "Salam Sejahtera" dalam tulisan rumi ke dalam tulisan jawi seperti dalam gambar di atas.

    STEP 2

    Anda perlu "zoom tatapan screen" yang menunjukkan tulisan jawi tadi sebesar mungkin (maximum) yang boleh. Kemudian buat "screenshot" tatapan tersebut.


    Simpan file yang telah di screenshort tadi dalam format .JPG,.PNG atau apa-apa format yang boleh di akses oleh Adobe Illustrator.

    STEP 3

    Kemudian, buka software Adobe Illustrator di laptop anda dan import file tadi. Seterusnya klik pada gambar yang telah di export tadi dan klik pada Object >> Image trace >> Make and Exoand.


    Akhir sekali, tulisan tersebut sudah bersedia untuk dipindahkan dan digunakan pada design anda di Adobe Illustrator.


    Jadi itulah tutorial ringkas bagaimana cara untuk memasukkan tulisan jawi ke dalam design di software Adobe Illustrator. Terima kasih.

    SELAMAT HARI RAYA PUASA 2020 | MAAF ZAHIR & BATIN

    $
    0
    0

    Sambutan raya puasa tahun ni cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Memandangkan kita di Malaysia masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), maka setiap peraturan yang diarahkan oleh pihak kerajaan dan KKM perlu dipatuhi untuk memutuskan rangkaian wabak Covid-19 ni.


    Ramai yang tidak dapat pulang beraya di kampung bersama keluarga demi kesihatan dan kesejahteraan bersama. Bukan itu sahaja, kita juga tidak digalakkan untuk melaksanakan aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Takbir raya pun tak semeriah sebelumnya. Solat sunat Aidilfitri juga telah dilaksanakan di rumah masing-masing.

    Seperti yang telah disarankan oleh pemerintah kita dan mengambillangkah berjaga-jaga, rumah kami tidak menerima mana-mana tetamu pada raya puasa kali ni. Hanya keluarga terdekat sahaja. Apapon saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk semua.

    RESIPI SIHAT PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

    $
    0
    0
    KISMIS CALIFORNIA

    PUDING ROTI KISMIS DENGAN SOS KASTARD sudah semestinya akan jadi juadah pencuci mulut paling popular untuk dihidangkan di pagi raya. Ini mungkin kerana kaedah pembuatan Puding Roti ni tidak susah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. 

    Tapi faham-fahamlah, kuih muih ni biasanya perlukan banyak gula untuk jadikannya sedap ! Bagaimana agaknya cara nak mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya ya? Saya ada terbaca satu artikel perkongsian dari Rushda Adiba Ismail (Dietitian, KPJ Damansara Specialist Hospital) tentang tips dan panduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya. Antara salah satu dari tips yang beliau kongsikan adalah ; 
    • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis

    Jadi sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan. Tapi, pemilihan jenis kismis pun sangat penting bagi menjamin kualitinya dan kita dapat apa yang diperlukan.

    KISMIS CALIFORNIA

    Nak lebih bagus, korang guna Kismis California. Kismis dari brand ni sangat sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan. Korang tak perlu risau, Kismis California ni telah dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

    Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi berikut. 

    RESIPI PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD
    Masa Penyediaan: 20 minit
    Masa Memasak: 30 minit

    RESIPI SIHAT PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

    Bahan-Bahan:

    A) Puding Roti:
    • 60 gm Kismis California
    • 8 keping roti putih
    • 500ml susu rendah lemak
    • 2 biji telur,saiz sederhana
    • 1 sudu kecil gula
    • 1 sudu kecil esen vanila
    B) Sos Kastard
    • 300ml susu rendah lemak
    • 1 sudu kecil gula
    • 2 sudu besar tepung kastard
    Bahan tambahan:
    • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang
    Cara-cara Penyediaan:
    1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
    2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
    3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
    4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
    5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
    6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
    7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.
    Selain dari resipi puding roti, Cik Rushda Adiba Ismail juga ada kongsikan resipi makanan sihat SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA untuk korang cuba.

    SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA
    Masa Penyediaan: 10 minit

    KISMIS CALIFORNIA

    Bahan-Bahan:
    • 60 gm Kismis California
    • Daun salad (merah dan hijau)
    • Ceri tomato
    • Lobak merah, hiris panjang
    • Sos salad (thousand island dressing)
    Cara-cara Penyediaan:
    1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
    2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
    3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan.
    Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa.

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org

    PERANTI PENGIMBAS SUHU BADAN SUKAR DIPERCAYAI?

    $
    0
    0
    PERANTI PENGIMBAS SUHU BADAN SUKAR DIPERCAYAI

    Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan, banyak kedai-kedai dari sektor peruncitan sudah mula beroperasi selepas sekian lama ditutup akibat wabak Covid-19. Namun demikian ianya tertakluk kepada arahan dan peraturan pihak berkuasa tempatan yang berkuatkuasa, operasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan dan pekerja asing wajib menjalani ujian makmal kesihatan COVID-19.
    Selain dari itu, kerajaan juga mengenakan beberapa syarat termasuk waktu pengoperasian yang menyaksikan tiada restoran yang dibuka 24 jam jam buat masa ini. Setiap pelanggan perlu menulis nama dan nombor telefon sebelum masuk dan berurusan di dalam kedai. Suhu badan juga diambil untuk memastikan mereka yang masuk berurusan bebas dari demam.

    Apa yang menjadi tanda tanya, ramai netizen mula bersuara apabila ada banyak kes tentang peranti pengimbas suhu menunjukkan bacaan tidak tepat dan sukar dipercayai. Ini dapat dikesan apabila, suhu badan seseorang boleh berubah-ubah dan adakalanya suhu yang tercatat adalah tidak masuk akal, bila suhu mereka diimbas pada kedai berlainan. Untuk info tentang panduan suhu badan yang betul, korang boleh rujuk chart kat bawah ni. Suhu normal badan manusia adalah 36-37°C.

    PERANTI PENGIMBAS SUHU BADAN SUKAR DIPERCAYAI

    Berikut pula merupakan protokol-protokol lain di sektor peruncitan yang perlu dipatuhi jika premis mereka hendak beroperasi dan dibuka kepada orang awam.

    1. Kebersihan premis
    • Proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan selepas operasi
    • Proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan 3 kali sehari dalam tempoh operasi terutamanya di kawasan umum seperti surau, tandas, stor, pejabat dan kaunter
    2. Pengurusan pelanggan
    • Menghad laluan keluar masuk pelanggan ke premis
    • Meminima kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa tertakluk kepada saiz premis
    • Melaksanakan Program Kesedaran Awam
    3. Saringan kesihatan
    • Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan
    4. Penggunaan hand sanitiser
    • Hand sanitiser disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk
    5. Pemakaian face mask
    • Mewajibkan pemakaian face mask oleh pekerja ketika berurusan
    6. Pemantauan dan pematuhan
    • Menyelaras dan memantau supaya semua peraturan dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan
    • Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan pekerja
    7. Penjarakan sosial
    • Memastikan penjarakan sosial 1 meter sepanjang masa
    8. Transaksi tanpa sentuhan
    • Digalakkan membuat bayaran secara elektronik

    Apapon, sama-samalah kita jaga diri dan patuhi arahan pemerintah supaya rantaian Covid-19 ni dapat diputuskan dengan segera. Tetap berada dirumah jika tiada urusan penting untuk berurusan diluar.



    INISIATIF PANTRI MAKANAN #AYAMWITHYOU OLEH AYAM BRAND DI KOTA BHARU

    $
    0
    0

    INISIATIF PANTRI MAKANAN #AYAMWITHYOU OLEH AYAM BRAND BANTU RAKYAT KELANTAN | Akibat dari wabak Covid-19 ni, ramai yang terjejas dan memerlukan bantuan dari segi barangan keperluan makanan dan sebagainya. Terkini, jenama terkenal Ayam Brand™ telah buat satu inisiatif yang menarik dengan memperkenalkan program bantuan pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara termasuk di Kota Bharu kini giat membantu pertubuhan amal untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

    Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou ni telah mengubah naratif rakan kongsi kebajikan (Ayam Brand™) yang terlibat iaitu Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal.


    Di Kota Bharu, Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan di Mukim Langgar meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.
    “Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,”kata pentadbir Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan, Puan Nor Fahsha Binti Abdul Aziz
    PANTRI MAKANAN PERCUMA #AYAMWITH YOU



    Untuk pengetahuan korang, Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum selama 24 jam , untuk memudahkan sesiapa sahaja yang memerlukan untuk datang dan ambil apa yang mereka perlu. Penduduk membantu menyebarkan maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini pula diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.
    “Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Nor Fahsha.

    Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
    “Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.
    Bagi yang tertanya-tanya, dimana lokasi Pantri makanan #AyamWithYou ni di Kota Bharu, ianya terletak di Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar 15000 Kota Bharu, Kelantan. Sesiapa yang ingin sama-sama membantu, boleh terus menghantar item tersebut ke pantri. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.


    Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

    PRODUK DAH BAGUS, RAMAI YANG PUJI. TAPI SALE KURANG, KENAPA?

    $
    0
    0
    design sticker murah

    Sayang!! Produk dah bagus, ramai yang puji. Tapi tak dapat tarik lebih pelanggan untuk urusan jual beli produk korang.

    Inilah hal yang selalu terjadi!! Kadang-kadang terbeli beli sesuatu produk (produk makanan contohnya) yang dijual di tepi jalan atau sebagainya dan bawa balik. Bila rasa produk tu sedap dan nak beli lagi, tak ada details yang diletakkan di packaging tersebut. Rasa frust tu ada, sebab bukan mudah nak dapat makanan sesedap tu kat tempat lain. Nak-nak untuk anda yang berniaga tanpa ada tempat yang tetap. Macamana orang nak cari? Korang pulak macamana nak dapat return customers

    Tambah pulak sekarang ni semua benda orang nak buat secara online. Yelah, kalau duduk jauh pun masih boleh buat tempahan dan terima melalui penghantaran kan. Jadi kalau betul produk korang memang benar-benar bagus atau berkesan untuk ramai orang, berapa agaknya sales yang korang termiss dari situ? Alahai ruginya.

    Jadi nasihat saya, walau sekecil mana perniagaan korang. Kalau tak mampu untuk print custom packaging sekali pun, letaklah apa-apa note pada bungkusan produk anda. Paling tidak sticker yang ada details tentang produk dan contact anda. Ini mudah untuk menjadi rujukan kepada pembeli tentang produk anda. Details ini juga boleh diambil dan di berikan kepada kenalan mereka sebagai cadangan bila ada yang bertanya. Di sinilah kita dapat menikmati sales hasil dari iklan percuma "mulut ke mulut".

    design sticker murah
    Contoh design dan cetakan sticker untuk brand Sajian Bonda

    Printing atau sticker ni akan menjadi salah satu platform yang boleh digunakan untuk branding serta mempromosikan product anda.
    • Product akan lebih dipercayai
    • Product kelihatan lebih professional
    • Menyampaikan info product
    • Menghiasi packaging product

    Pada pendapat saya, cetakan sticker merupakan penglabelan produk yang murah dan terbaik. Sticker dapat dicetak dalam kuantiti yang banyak pada sehelai kertas, sangat menjimatkan kerana kebiasaannya kos mencetak satu (1) sticker hanya beberapa sen sahaja. Tak hairan jika ramai peniaga di luar sana memilih cetakan sticker untuk permulaan business diorang.

    APA YANG PERLU ADA PADA DESIGN STICKER BUSINESS ANDA?

    NAMA JENAMA
    • Hal paling penting adalah BRAND (jenama), ini adalah untuk memudahkan pelanggan membezakan kita dari produk pesaing kita.
    • Ianya perlu dicetak dengan jelas dan tidak mengelirukan si pembaca.

    NOMBOR PHONE
    • Cukup sekadar nombor telefon untuk pelanggan hubungi jika ingin membuat pesanan atau betanyakan apa-apa hal berkaitan dengan produk anda.
    • Pastikan nombor yang diletakkan juga jelas dicetak.
    • Pastikan juga nombor telefon tersebut adalah nombor yang aktif & mudah diakses.

    SOCIAL MEDIA HANDLE
    • Social media handle sangat penting untuk urusan rujukan.
    • Pelanggan sudah semestinya akan melakukan survay terhadap produk & perkhidmatan kita sebelum membuat tempahan.
    • Pastikan social media anda aktif & sentiasa terupdate dengan hal-hal yang boleh menyakinkan pelanggan.

    Walaubagaimanapun, pandangan pertama pembeli adalah dengan melihat stiker produk anda, maka anda haruslah dapatkan reka bentuk stiker yang menarik dan cantik. Jadi, cubalah design stiker korang supaya lebih nampak attractive.

    Anda mencari stiker yang berkualiti tinggi untuk produk anda? Anda mahukan stiker yang murah? Saya boleh bantu anda. Insyaallah, saya akan cuba bagi harga design termasuk printing yang murah dan terbaik untuk anda. Selain dari sticker, saya juga menyediakan service design poster, business card dan lain-lain.

    Untuk sebarang pertanyaan mengenai design dan printing, anda boleh menghubungi info yang dinyatakan di bawah ini.

    Whatsapp : 

    SYARAT & CARA MONETIZE YOUTUBE CHANNEL ANDA (2020)

    $
    0
    0
    SYARAT & CARA MONETIZE YOUTUBE CHANNEL ANDA (2020)

    Youtube merupakan salah satu contoh yang terbaik untuk dijadikan sebagai platform menjana duit secara online (Adsense YouTube). Tidak hairan ya jika hampir semua Youtuber telah mencari cara untuk mengaktifkan iklan Adsense di video mereka. Tetapi, ia tidak semudah yang disangka kerana Youtuber perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pihak Youtube sebelum akaun mereka layak untuk di monitize dan boleh menjana duit melaluinya. Ini adalah untuk mengelakkan akaun spam dan menjamin kualiti penghasilan content dari youtuber.

    SYARAT MONETIZE YOUTUBE CHANNEL (2020)

    YouTube memberikan syarat sebelum akaun korang benar-benar boleh di monetize, iaitu akaun sudah disahkan (Verifikasi), mempunyai 1000 subscriber, sudah mendapatkan 4000 jam tayang (watch time) selama 12 bulan terakhir, dan tidak melakukan spamming.

    4000 WATCH VIEW


    Untuk mendaftar YouTube AdSense, akaun Youtube korang haruslah sudah mempunyai 4000 jam tayang terlebih dahulu. Total jam tayang ini dikira selama 12 bulan terakhir. Jadi korang harus memendapatkan paling minimum 4000 jam tayang selama satu tahun.

    Untuk Youtuber pemula, syarat ini tidak mungkin akan korang boleh dapat dalam tempoh masa satu atau dua bulan saja. Korang mungkin memerlukan waktu beberapa bulan bahkan hampir satu tahun untuk mendapatkannya. Jadi, saya nasihatkan untuk korang mendaftar YouTube AdSense terlebih dahulu. Supaya apabila syarat ini sudah dipenuhi, korang sudah tidak perlu susah-susah menunggu dan mendaftar YouTube AdSense.

    Sebagai saranan, hasilkan content sebanyak yang mungkin. Semakin banyak video dan berdurasi lama (kemungkinan besar) akan mempercepatkan syarat ini dipenuhi.

    1000 SUBSCRIBER


    Selain dari itu, YouTube juga ada memberikan syarat lain yang agak susah untuk mendaftar youtube adsense, yaitu mempunyai 1000 subscriber. Ini bukan syarat yang mudah ya. Cara paling cepat adalah, chanel korang perlu menfokuskan pada satu niche dengan penghasilan video-video yang menarik dan sesuai untuk semua lapisan umur. Ini akan menarik minat orang untuk subscribe dan menanti-nantikan content terbaru dari channel Youtube korang.

    Ada beberapa hal yang perlu korang ambil kira untuk membuat content menarik. Perkara pertama tentu sudah tentu korang perlu menghasilkan content yang original. Content yang baik adalah content yang original atau tidak diciplak dari mana-mana sumber. Korang harus menghasilkan karya content sendiri walaupun ianya mungkin tidak sempurna dan menarik. Hal ini sudah semestinya akan lebih baik daripada menggunakan content dari creator lain.

    Elakkan menggunakan COPYRIGHT Video kerana, content tersebut akan dipadam dan akaun anda akan dikenakan strike selama 90 hari untuk kesalahan pertama. Untuk kali kedua juga 90 hari dan untuk kali ke tiga (3) pula, akaun korang akan berdepan dengan pemadaman oleh pihak Youtube.
    Note: Jika hal ini berlaku, usaha memadam content-content yang telah di strike tidak akan merubah apa-apa. Hukuman stike dari pihak Youtube tetap berjalan. Jadi hati-hati jika mengunakan content dari creator lain.
    Cuba maksimumkan penghasilan content korang. Kemudian perbaiki di content-content berikutnya. Tidak menjadi masalah jika content masih kurang sempurna kerana korang masih boleh perbaiki di content-content seterusnya.

    Dalam penghasilkan karya content yang original, ada beberapa  perlu di titik beratkan untuk membuat content yang menarik dan bagus. Sebagai contoh: memberikan yang terbaik pada tempoh 15 saat awalan (intro) video korang. Ini akan membuatkan pengunjung menanti-nantikan isi dari content.

    Korang juga perlu menghasilkan isi content yang akan mengundang pengunjung untuk membuka video yang lain. Selain dari itu, dalam penghasilan content yang bagus, korang perlu memberikan data yang tepat, gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami, dan lainnya. Dengan begitu, jumlah 1000 subscriber bukanlah satu hal yang mustahil untuk chanel korang dapat  dalam waktu singkat.

    Persoalannya, bagaimana cara nak mendapatkan 1000 subscriber dalam tempoh masa yang singkat selain dari menghasilkan content-content yang menarik dan trending?

    ELAK KOMEN SPAM


    Komen spam boleh menghalang proses pendaftaran AdSense YouTube korang walaupun mungkin channel Youtube korang sudah memenuhi semua syarat di atas. Berikut merupakan beberapa tips untuk mengelak SPAM.

    • TONTON (view) video sekurang-kurangnya 2 ke 3 minit sebelum like & komen bagi mengelakkan SPAM.
    • LIKE selepas menonton (bukan di permulaan video dimainkan).
    • MenulisKOMEN sekurang-kurangnya 6 perkataan di akhir tontonan. Elakkan guna perkataan "CHANNEL, SUBSCRIBE, dan MENINGGALKAN LINK YOUTUBE di ruangan komen bagi mengelakkan komen korang masuk ke ruangan SPAM KOMEN.
    • SUBSCRIBE channel youtube selepas selesai TONTON, LIKE & KOMEN.

    AWAS!! Akaun yang melakukan spamming komen sudah tentu akan menerima rate yang buruk sehingga mempengaruhi penilaian pendaftaran AdSense YouTube. Jika hal ini berlaku, korang pun perlu mendaftarYouTube AdSensekembali.
    Harus diingat!! Setelah mendaftar YouTube AdSense pada akaun korang, ianya tidak langsung akaun AdSense diluluskan dengan mudah. Ada beberapa proses verifikasi dan penilaian yang perlu akaun korang lalui oleh team YouTube. Biasanya ini akan memerlukan waktu beberapa hari sehingga korang menerima email keputusan akaun korang layak atau tidak dari pihak Youtube.

    Jemput support& subscribe Youtube Channel ni ya kawan-kawan.
    1. https://www.youtube.com/channel/UC6ZqHzL4eRo26miQ0y6Lgeg
    2. https://www.youtube.com/channel/UC0uahhEjjYfvYImnwU5n4dw
    Jadi, itulah beberapa hal yang jelas menentukan adakah permohonan pendaftaran akaun YouTube AdSense korang diluluskan oleh pihak Youtube atau tidak. Jadi, apa yang korang perlu lakukan ketika ini adalah fokus untuk membuat content yang sebaik-baiknya untuk mendapatkan 4000 jam tayang dan juga 1000 subscriber dalam waktu yang singkat.

    Nak banyak lagi info dan guide mengenai ilmu Youtube ni korang dialu-alukan untuk join group telegram Malaysia Youtuber. Group telegram ilmu Youtube ni diwujudkan khas untuk bantu Youtuber pemula dengan strategi yang cukup sistematik dan PERCUMA. Sebelum itu, saya nasihatkan anda untuk fokus dan baca setiap arahan yang diberikan dan ditetapkan supaya anda tidak di BLACKLIST .

    Group telegramMalaysia Youtuber 🇲🇾


    PG MALL : ANTARA ONLINE SHOPPING TERBAIK DI MALAYSIA

    $
    0
    0

    Memberi belah secara atas talian sudah menjadi satu trend yang boleh dipercayai di Malaysia. Tengoklah sendiri di media social korang, setiap hari berapa orang yang ada buat posting tentang pengalaman beliau membeli belah secara online ni. Tambah pula, bila wabak Covid-19 melanda dunia sekarang ni. Jadi shopping online adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kita kena keluar rumah kan?

    Untuk artikel kali ni, saya nak kongsi dengan korang satu platform shopping online yang korang kena tahu iaitu PG Mall. Kenapa ?? Sebab PG Mall ni tersenarai sebagai telah tersenarai Top 3 Most Visited Online Marketplace di Malaysia oleh iPrice sendiri ( The Maps Of E-Commerce Malaysia By Iprice ). Jadi mesti ada sesuatu yang menarik mengenai platform shopping online PG Mallni kan.

    MENGENAI PG MALL

    Mungkin ramai yang belum tahu, PG Mall ni sebenarnya dah wujud sejak tahun 2017 lagi. Platform perdagangan [E-Commerce] ni merupakan satu-satunya platform tempatan yang mendapat sokongan penuh oleh PG Group. Kalau korang nak tahu, platform ni ada mempromosikan pelbagai barangan seperti, barangan elektrik, barangan rumah, makanan dan sebagainya. Yang menariknya, PG Mall ini telah tersenarai "No 1 in Malaysia Mapping" di iPrice. Kalau korang tak percaya boleh rujuk ni berikut >> ( The Maps Of E-Commerce Malaysia By Iprice ). Tukar stor origin tu ke Malaysia.


    Love You 3,000 Campaign


    Sekarang ni, PG Mall ada menganjurkan Kempen Love You 3,000. Tengok pada hadiahnya memang sangat lumanyan. PG Mall Love You 3000 menawarkan hadiah cabutan bertuah dalam c-wallet bernilai keseluruhan RM3000.
    • Grand prize RM500 c-wallet
    • Cabutan bertuah dua kali seminggu

    Macamana Nak Sertai Kempen Love You 3,000 ni?



    Caranya mudah sahaja, dengan hanya pembelian minimum RM30 dalam satu invois secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah ni. Konsep dia, semakin banyak korang membeli-belah, semakin tinggi peluang korang untuk memenangi cabutan bertuah. Nama pemenang pula akan diumumkan pada  setiap 15 dan 30 haribulan.

    Nak tahu dengan lebih detail tentang Love You 3,000 campaign? Anda boleh la klik link di bawah.

    Maybank Qr Pay 20% Cash Back X PG Mall



    Selain dari kempen Love You 3000, PG Mall ada tawaran terbaru yang sangat berbaloi-baloi. Kenapa saya cakap berbaloi? Mana taknya!! Dengan tawaran ni, selepas korang shopping korang boleh dapatCASHBACK sebanyak 20% sehingga RM40 tau. Tapi ianya terhad dengan setiap pembelian RM30 ke atas sahaja. Dan dalam sebulan korang akan dapat pulangan 2 kali tau (RM20x2 = RM40). Amacam berbaloi kan?

    Kempen ni dah pun berlansung tau, bermula pada 4 Mei 2020 (04/05/2020) lepas lagi dan akan berakhir pada 6 Jun 2020 (6/06/2020) khas untuk mereka pemegang akaun maybank sahaja. Jadi pastikan ada QR Pay atau MAE ye untuk memudahkan lagi transaksi. Rasanya dah boleh lah korang melihat sendiri barangan keperluan yang diperlukan.
    *Sebagai info tambahan untuk korang, PG Mall ni merupakan satu-satunya platfom e-commerce yang terima pembayaran melalui semua e-wallets.

    Jadi apa korang tunggu lagi? Shopping la di PG Mall dan nikmati semua kelebihan yang ada. Yang paling penting, CASHBACK tu!!


    FB LIVE CAMPAIGN 2020 : CHEF SABRI MEMASAK GUNA KENTANG A.S

    $
    0
    0

    Sejak dari pertama kali saya menggunakan U.S Potatoes dalam masakan saya, saya dah mula jatuh cinta. Tak salah untuk saya katakan bahawa U.S Potatoes sangat berbeza dari kentang-kentang dari jenama lain di pasaran. Untuk pengetahuan korang juga,  U.S Potatoes  boleh membekalkan nutrien penting pada harga yang termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) hanya berharga RM1.50 sahaja. Bayangkan kentang yang mempunyai kandungan kalium, serat, protien, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap wang yang digunakan mengatasi sayuran lain.

    CHEF SABRI MEMASAK GUNA KENTANG A.S

    Jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan segmen memasak secara Live di Facebook bersama chef yang terkemuka iaitu Master Chef Sabri Hassan


    Master Chef Sabri Hassan akan memasak secara live resipi enak menggunakan U.S Potatoes. Beliau akan berkongsi dua (2) masakan Malaysia yang enak dan senang untuk diikuti menggunakan U.S Potatoes yang berkhasiat. Resipi tersebut adalah Bergedil Kentang A.S. Pedas (Stuffed Spicy U.S Hash Browns in Dried Bean curd) dan juga resipi Rendang Kentang A.S. Russet (U.S. Russet Potato Rendang). Berikut merupakan info untuk segmen memasak tu nanti :

    Tarikh : 6 Jun 2020 (Sabtu)
    Masa : 3.00 petang
    Lokasi : Live stream laman Facebook MY Potatoes USA


    U.S Potato Online Contest


    Alang-alang korang dah terjah Facebook My Potatoes USA tu, apa kata korang join contest yang mereka tengah anjurkan iaitu 'U.S Potato Online Contest'. Caranya sangat mudah. Korang hanya perlu memasak apa-apa resipi ciptaan sendiri menggunakan U.S Potatoes yang berkhasiat, namakan resipi tersebut dan muat naik di Facebook atau Instagram korang. Gunakan hashtag #VersatileUSPotatoes#USPotatoDish dan pastikan akaun korang adalah 'public' ye. 100 peserta awal yang muatnaik resipi ciptaan sendiri menggunakan U.S Potatoes  akan memenangi Potatoes USA Cooler Bag edisi terhad dengan buku-buku resipi.


    Tarikh tutup penyertaan : 16 June, 2020
    Tarikh keputusan pemenang : 20 June, 2020
    Keputusan akan diumumkan di Facebook page MY Potatoes USA FB

    Jangan lupa bahawa korang ada temujanji pada 6 Jun 2020 (Sabtu) jam 3 petang untuk demonstrasi memasak secara langsung dengan Chef Sabri Hassan. Mark your calender now!!
    Viewing all 1359 articles
    Browse latest View live