Quantcast
Channel: Mawardi Yunus ; Malaysian Travel Blogger
Viewing all 1359 articles
Browse latest View live

JERAM MENGAJI : SERIUS CANTIK, DAH MACAM KAT OVERSEA!

$
0
0

Mesti ramai yang dah mula plan untuk bercuti selepas wabak covid19 melanda ni kan? Sekarang Malaysia dah semakin pulih dan sudah membenarkan untuk rakyatnya untuk support industri pelancongan di dalam negara.

Memandangkan tahun 2020 ni juga merupakan tahun melawat Kelantan. Jadi, saya sendiri sebagai anak Kelantan rasa bertanggungjawab untuk mempromosikan negeri sendiri. Lokasi menarik yang saya nak kongsi dengan pembaca hari ni adalah di Jeram Mengaji yang berada di daerah Pasir Puteh. Lokasi dia dah tak jauh sangat dengan sempadan daerah Machang.


Siapa sangka pemandangan di sini seakan di tanah tinggi di Kundasang Sabah. Ada pula kumpulan lembu ternak bertompok hitam putih menghidupkan lagi suasana dan seolah berada di luar negara (New Zealand). Cuma yang membezakan adalah cuaca. hehe.


Lokasi ni bagi saya sangat insta-worthy dan sangat sesuai untuk mereka yang suka bergembar. Masa saya datang sini dalam jam 5.30-6.00 petang macam tu. Mungkin nasib juga nak dapat view lembu dekat-dekat macam ni. Untuk dapat view macam ni, korang boleh parking kereta di kawasan berkelah Jeram Mengaji dan jalan kaki je.


Dekat kawasan-kawan ni juga ada kedai yang menjual susu lembu, dadih dan yogurt. Sambil-sambil minum susu boleh la berehat dan menikmati view bukit yang menghijau.

Hope kerajaan negeri Kelantan boleh majukan dan fokus lagi untuk bangunkan tempat ni sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong. Wujudkan lebih banyak kemudahan dan kedai yang boleh tarik minat untuk orang ke sini. Kan best kalau ada aiskrim yougurt macam kat kundasang tu. sedapnya!!


SAKIT PINGGANG, KEBAS KAKI DAN TANGAN HILANG LEPAS GUNA GEL GARCI PRO

$
0
0

Dah lama rasanya saya hadapi sakit bahagian belakang dan pinggang ni, nak nak kalau masa memandu jauh. Beberapa minggu lepas, terdetik nak kongsi masalah ni dengan member. Dengar je aduan saya ni, dia terus cadangkan saya untuk guna produk Garci.PRO. Katanya gel Garci.PRO ni mampu membantu melancarkan aliran darah. Keluarga dia memang dah lama guna produk ni. Nak-nak mak dia yang dulunya ada masalah sakit lutut tak boleh berjalan jauh dan tak mampu nak solat berdiri. Alhamdulillah, katanya sekarang ni mak dia dah boleh sembahyang secara normal. Berjalan pun dah macam orang muda. hehe.

Gel Garci.PRO Rawat Sakit Belakang & Kebas Kaki Tangan

Dah ada testimoni berjaya macam ni, saya sendiri pun nak cuba. Daripada saya beli produk yang entah betul atau tidak testimoni dia, lebih baik saya beli gel Garci.PRO ni .Testimoni berjaya pun dari orang terdekat sendiri. Jadi, terus oder. Tak fikir panjang dah.


Cara nak guna produk ni pon mudah sebab ianya sejenis gel/lotion. Bila sapu je, gel Garci.PRO ni amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano. Texture lotion ni tak rasa berminyak ataupun melekit. Lepas sapu korang tunggu sekejap. Lepas tu korang akan rasa kawasan yang telah disapu gel tu lembut je. Jadi nak urut pun rasa best. Paling best, lepas sapu terasa sejuk dan berangin je. (gel ni tak beri kesan panas pada badan dan kulit).


  • Rasa sejuk dan tak panas
  • Tekstur tidak melekit dan bau menyegarkan (aromaterapi)
  • Pantas meresap dalam kulit dan tak berminyak langsung

Serius gel Garci.PRO ni memang best, lepas sapu memang rasa melegakan sangat. Rasa sejuk dia memang bagi kita rasa fresh. Kalau dulu, memandu jauh sikit kena standby bantal. Kalau lupa bawak bantal, botol air la jadi pengganti buat sendal belakang pinggang ni. Tu pun tak menyelesaikan masalah pun sebab boleh bantu mengurangkan sakit je.


Selain dapat membantu menangani masalah sakit belakang masa memandugel Garci.PRO ni juga dapat membantu masalah-masalah berikut juga.

  • Merawat saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas
  • Kebas kaki dan tangan
  • Melancarkan aliran darah di bahagian kebas
  • Risiko strok dan serangan jantung mengejut
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Sakit daripada pinggang ke bawah
  • Lenguh tengkuk atau leher
  • Frozen Finger
  • Frozen Shoulder
  • Sakit tumit menyucuk

Sebelum kita guna sesuatu produk, seeloknya kita tengok apa kandungan dia. Buat kajian sikit tentang kandungan yang digunakan. Untuk pengetahuan korang, gel Garci.PRO ni mengandungi 100% bahan semulajadi tau, paling penting produk ni telah mendapat kelulusan KKM. Produk ni dibuat dengan formulasi khas dan tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya. Jadi tak perlu risau  dan takut produk ni okay ke tidak. Antara bahan kandungan di dalam gel Garci.PRO ni adalah :

  • Minyak Kayu Putih
  • Apple Hijau
  • Tea
  • Argan Oil
  • Aloe Vera
  • Peppermint

Sebab produk ni best sangat, saya memang standby dalam kereta je satu. Kat rumah pun ada satu untuk kegunaan seisi keluarga. Biasanya yang kat rumah untuk Mek saya. Bila kerja sikit, lenguh sana-sini. Gel Garci.PRO la yang jadi ubatnya.


Bila saya tengok pada testimoni, ramai juga guna gel Garci.PRO ni untuk kuruskan badan. Paling ramai adalah dari golongan emas, untuk merawat masalah sakit sendi dan saraf. Produk ni memang sesuai untuk lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya. Ahli sukan yang aktif bersukan juga perlu ada gel ni.

Jadi kalau korang masih ada orang tua di rumah, boleh la beli gel Garci.PRO ni untuk dihadiahkan kepada diorang. Cuba tengok dan tanya apa masalah yang diorang hadapi. Apa yang biasa saya lihat, orang yang dah berumur ni susah untuk solat secara normal kerana masalah sakit lutut, tak boleh berjalan jauh dan sebagainya. Kalau korang beli gel ni untuk diorang guna, walaupun korang tinggal jauh dari mereka, diorang masih boleh guna untuk sapu sendiri. Tapi lebih baik kalau korang tolong sapu dan urutkan hehe.

CP Tongkat Ali Plus Untuk Tambah Tenaga

Selain dari Garci.PRO saya juga ada consume produk CP Tongkat Ali Plus. Dalam produk CP Tongkat Ali Plus, MISG Global menggunakan bahan utama Tongkat Ali, Patawali dan herba Kayu Manis. Jadi, tak perlulah saya bercerita panjang lagi tentang kelebihan 3 bahan utama ni untuk kesihatan kita. Saya percaya ramai yang dah tahu dan terbukti kelebihannya.


Saya consume produk ni adalah untuk tambah tenaga. Nak elak masalah keletihan dan kelesuan bila bekerja di siang hari. Memandangkan saya ni bekerja sebagai freelancer, maka masa kerja untuk saya tidak tentu dan tetap. Kadang-kadang sampai tidak tidur malam dan produk CP Tongkat Ali Plus ni sangat membantu.


Cukup untuk consume dua (2) kali sehari selepas makan. Sebiji waktu pagi dan sebiji sebelum tidur.  Banyak kan minum air kosong supaya badan kita cukup air. Alhamdulillah, sudah ada perubahan positif pada badan saya sekarang.

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang korang boleh dapat dari produk CP Tongkat Ali Plus ni selain dari untuk mengurangkan keletihan dan kelesuan. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk senarai kat bawah ni.

  • Menguatkan sendi dan lutut
  • Merawat sengal-sengal tulang dan sakit badan
  • Melawaskan pembuangan asid urik
  • Merawat urat saraf
  • Membantu mencairkan darah
  • Membersihkan saluran darah tersumbat
  • Memberi tenaga tambahan
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Membersihkan badan daripada toksin
  • Membantu merawat masalah kebatinan untuk lelaki
Jadi tu saja perkongsian dan testimoni saya mengenai 2 produk keluaran MISG Global iaitu gel Garci.PRO dan CP Tongkat Ali Plus. Benda bagus kenalah kongsi kan. Saya tahu ramai diluar sana sukar untuk cari ubat yang mujarab untuk merawat masalah sakit lutut dan kebas kaki. Alhamdulillah, gel ni memang berkesan untuk saya. Mak saya pun suka. Tiap-tiap malam mesti sapu sebelum tidur.

So bagi sesiapa yang ada masalah sama macam apa yang saya kongsikan di atas boleh la mencuba kedua-dua produk ni. Nak tahu harga? Nak beli kat mana? boleh rujuk info di bawah :

Instagram :

Facebook :

Website :
CP Tongkat Ali Plus : http://www.herbasendimalaya.com/

MECAN TRADE !! CARA UNTUK MENIAGA ONLINE TANPA MODAL

$
0
0

Bagaimanakah cara untuk menjana pendapatan online tanpa modal?

Caranya sangat mudah dengan menyertai program MeCan Trade Ambassador. Melalui program ini, korang boleh membuka kedai online (e-store) sendiri dan promosikan barangan yang sedia ada di Mecan Trade kepada semua followers dan kenalan korang. Paling mudah, korang boleh buat promosi kedai online dan barangan yang ada di social media korang seperti Instagram, Facebook, Twitter, Blog dan lain lain. Sekiranya ada proses jual beli berlaku di kedai online korang, komisen akan diberikan. Menarik bukan!

Apa itu MeCan Trade ?

MeCan Trade merupakan sebuah platform E-Dagang atau one-stop centre untuk membeli belah pelbagai jenis barangan secara online. Apa yang menariknya mengenai platform ini, korang bukan sahaja boleh menggunakan platform ini sebagai tempat untuk membeli barang malah korang juga boleh mempromosikan barangan yang dijual dan sekaligus dapat menjana pendapatan sampingan tanpa menggunakan modal.


Apa yang meyakinkan lagi tentang platfom ni, mereka juga ada dan beroperasi di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, Thailand dan China. Selain dari itu, pemiliknya juga bercadang untuk mengembangkan lagi platform ini ke Singapura, Filipina, Vietnam, Cambodia, Laos dan Myanmar. Idea yang dihasilkan dan diasaskan oleh Mr Andy Goh yang dahulunya merupakan bekas pengasas Oldtown dan kini adalah pemilik rangkaian Restoren Nam Heong ini sememang sangat menarik dan pada masa yang sama boleh membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan disaat negara kita dilanda wabak Covid-19.

Kenapa korang perlu join MeCan Trade Ambassador? 

Berikut ni beberapa alasan kenapa korang perlu mendaftar sebagai MeCan Trade Ambassador untuk menjana pendapatan sampingan korang.


  • Boleh "set up" kedai online dengan mudah dan cepat
  • Modal tidak diperlukan kerana ianya adalah PERCUMA!
  • Boleh berniaga pada bila bila masa dan dimana sahaja kita berada
  • Tidak perlu ada produk sendiri.
  • Tidak perlu menyimpan stok.
  • Tidak perlu menghantar barang yang dijual
  • Proses dari awal pembelian sehinggalah barang sampai kepada pelanggan akan diuruskan sepenuhnya oleh Mecan Trade.
Jadi, korang tak perlu takut akan kerugian pun sebab ianya "Zero Investment"& sudah semestinya "Zero Risk". Malah bila dah ada akaun nanti korang juga boleh mengubah dan mengatur kembali interface kedai atas talian korang mengikut citarasa yang korang mahukan seperti kedai atas talian ternama yang lain. Jadi terserah atas kreativiti korang untuk hias kedai online korang tu. 

Produk Menarik Yang Boleh Dibeli di Mecan Trade

Terdapat banyak produk menarik dari pelbagai jenis katerogi yang korang boleh dapat di platform MeCan Trade ni, antaranya adalah Groceries, Health and Beauty, Fashion, Home and Living dan lain lain. Kalau tak percaya korang boleh singgah di kedai online saya sendiri di MeCan Trade.


Korang boleh layari mawardi.mecan.trade untuk shopping di kedai online saya. Antara produk yang paling laris dan saya sangat recommend untuk dibeli di sini adalah seperti :

1. VANZO

Vanzo merupakan produk menyegar udara yang dicipta khas berasaskan ekstrak tumbuhan dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya seperti alkohol, formaldehid, benzana dan toluena. Untuk menghasilkan produk ini, Vanzo bekerjasama dengan syarikat yang sememangnya terkenal dalam penghasilan produk wangian lebih 125 tahun iaitu Ogawa dan Taiyo Corporation yang sangat mementingkan isu keselamatan dan kualiti produk. Produk ini telah lulus Laporan Ujian Standard Antarabangsa MSDS, lulus ujian SGS, dan menerima Sijil Analisis.


Produk penyegar udara Vanzo didatangkan dalam dua (2) series iaitu Dashboard series dan Aicond vent series. Kedua dua series ini mempunyai pilihan bau wangian yang sama cuma berbeza dari segi saiz.

DASHBOARD SERIES
English Pear and Freesia 1818
Haruman inovatif pir segar wangi wangi dengan freesia putih yang sejuk dan aroma yang lembut namun khas.
LX Secret Musk 1616
Aroma unik yang membawa imej angin laut dan bidang bunga yang mekar.
LX Velvet Musk 1717
Aroma kasturi baldu semula jadi yang merangkumi not bunga dan kayu.

AIRCOND VENT SERIES
Miniature English Pear and Freesia 658
Haruman inovatif dari pir segar yang harum lembut dengan freesia putih yang sejuk dan aroma yang lembut namun khas.
Miniature LX Secret Musk 656
Aroma unik yang membawa imej angin laut dan bidang bunga yang mekar.
Miniature LX Velvet Musk 657
Aroma kasturi baldu semula jadi yang merangkumi not bunga dan kayu.


2. NIGHT MOOD

Bagi korang yang mengalami masalah dengan tidur, saya syorkan korang untuk consume produk Night Mood ni. Produk ni dikatakan dapat membantu meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan fokus, melegakan kegelisahan, meredakan insomia, melegakan kemurungan ringan, meningkatkan mood, anti-bakteria dan anti-oksidan, menyesuaikan gula darah dan tekanan darah, meningkatkan peredaran darah dan mengatur tekanan darah tinggi.


Antara bahan yang terkandung dalam Night Mood ni adalah seperti Venetron, chamomile, lemon balm, pumpkin seed, Passion Flowers dan Valerian Root. 


Jadi, apa korang tunggu lagi! Ada banyak lagi produk-produk lain yang di pasarkan di platform MeCan Trade ini. Selain menempatkan produk-produk bertaraf antarabangsa, korang juga boleh memasarkan produk keluaran korang sendiri. Sebagai pioneer, korang boleh mula menjana pasif income dengan lebih pesat tanpa banyak persaingan. Jika korang berminat untuk membuka kedai online korang sendiri secara percuma boleh daftar di https://mecan.trade/mainsite.

PRODUK TERBAIK PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DARI JENAMA HIMALAYA

$
0
0

Produk Himalaya Untuk Kesihatan Dalaman Seisi Keluarga

Untuk pengetahuan korang, produk Himalaya ni dah ada kat pasaran 90 tahun sejak tahun 1930 lagi. Apa yang menjadikan ia mampu bertahan dan menjadi pilihan ramai adalah kerana produknya dicipta dengan 100% formulasi herba dan natural.

Selain dari produk penjagaan diri (luaran) untuk kecantikan yang biasa kita dengar, Himalaya juga mempunyai beberapa produkpenjagaan diri (dalaman) untuk kesihatan yang dikategorikan dalam set immunity.


Pada artikel kali ni, saya akan kongsikan lima (5) produk Himalaya yang khas untuk penjagaan kesihatan dalaman. Kelima lima produk yang saya kongsikan ini bertujuaan untuk membantu membina sistem pertahanan badan supaya kita dapat memiliki tubuh badan yang sentiasa sihat. Produk yang saya maksudkan adalah Amalaki, Septilin Tabs, Septilin Syrups, Koflet Lozenges 10's dan Cold Relief Balm.

1. AMALAKI

Amalaki kaya dengan vitamin C dan dikatakan ianya mengandungi 10 kali vitamin C berbanding buah oren yang biasa. Tapi, bahan utama yang digunakan dalam produk ini adalah Indian Gooseberry yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan semulajadi dan menyokong usaha ketahanan badan melawan jangkitan. Cara pengambilannya hanya 1 Kapsul (dua kali sehari).


2. SEPTILIN TABS

Produk yang kaya dengan herba-herba terpilih serata dunia seperti 'licorice', 'horse-radish tree', 'indian gooseberry', yang sangat berkesan untuk membersihkan saluran pernafasan seperti lendir mukus yang ada pada pesakit resdung.


Sangat sesuai untuk korang yang mempunyai masalah keradangan tonsil, jangkitan kulit dan tisu lembut, ulser, sakit tekak, sinusitis, batuk dan selesema. Cara mengambilannya juga sangat mudah iaitu 3 tabs untuk dewasa (dua kali sehari) dan 2 tabs untuk remaja (dua kali sehari).

3. SEPTILIN SYRUP

Fungsi yang sama seperti Septilin Tabs, cuma Septilin Syrup ini didatangkan dalam bentuk cecair yang mudah untuk di consume oleh mereka yang mengalami masalah untuk menelan supplement berbentuk biji /  lebih sesuai untuk digunakan oleh kanak kanak.


4. KOFLET LOZENGES 10'S

Koflet Lozenges dalam bentuk gula-gula yang mengandungi Long Pepper, Ginger, Black Pepper dan Clove yang sangat sesuai untuk melegakan masalah batuk dan sakit tekak. Ianya didatangkan dengan perisa herbal mint yang boleh membantu menyegarkan nafas. Cara pengambilannya adalah 1 Lozenge (3 hingga 4 kali sehari).


5. COLD RELIEF BALM

Cold Relief Balm mengandungi Minyak kayu putih, atau lebih dikenali sebagai minyak esensial kayu putih adalah minyak yang berasal dari pohon kayu putih (kayu putih), iaitu cemara asli Australia yang merupakan sumber makanan utama untuk koala. Pokok ini secara semula jadi di kelaskan sebagai Eucalyptus Globulus. Minyak pati ini yang diekstrak dari daun kayu putih mempunyai sifat perubatan yang kuat.


Cold Relief Balm sangat berguna sekiranya mengalami masalah hidung tersumbat dan selsema. Ianya dapat membantu melegakan dan menyelesaikan masalah tersebut. Cara nak guna pun sangat mudah, korang sapukan cold relief balm ini pada hidung, tekak dan dahi sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.


Jadi, itulah perkongsian secara ringkas lima (5) produk Himalaya untuk membantu membina sistem pertahanan badan kita. Gunalah produk Himalaya tanpa was-was kerana ianya terbukti bagus dan dari bahan yang natural.

Bagi yang tertanya-tanya di mana untuk beli semua produk ni, korang boleh ke outlet himalaya, farmasi, watsons dan yang paling best korang juga boleh beli secara atas talian (online) di www.shophimalaya.my. Jadi, jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit. Berbelanjalah secara bijak. hehe.

MINYAK BIDARA KHALIFAH BANTU RAWAT GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR

$
0
0

Sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Quran dan hadis tentang pohon bidara, kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok Bidara.

Hasil Kajian dari Jodhpur National University, Bidara mengandungi :
  • Antioksidan - flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin.
  • Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi).
  • Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL).
  • Carotene, Kalsium, besi, fosfurus Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.

Khasiat Pohon Bidara
  • DAUN | Penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.
  • BUAH | Masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. 
  • BIJI | Loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.
  • BUNGA | Losyen untuk mata . Kulit - cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).
  • AKAR | Gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

Minyak Bidara Khalifah adalah satu produk berasaskan daun bidara, minyak bawang putih dan campuran herba-herba tradisional yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan diruqyahkan serta dibacakan ayat-ayat dan doa penyembuh.

Kelebihan Daun Bidara:

Antara kaedah yang telah diamalkan oleh para ulama dahulu sebagai bahan utama khususnya dalam rawatan untuk mereka yang berpenyakit bersifat kerohanian seperti gangguan makhluk halus, sihir, gangguan emosi dan penyakit luaran.

Boleh digunakan untuk :
  • Ikhtiar atasi gangguan makhluk halus dan sihir
  • Ikhtiar mabuk dan loya
  • Ikhtiar masalah budak kencing malam dan menangis
  • Ikhtiar atasi masalah migrain
  • Ikhtiar menghilangkan stress
  • Ikhtiar cirit birit
  • Ikhtiar merawat budak kencing malam dan menangis 
  • Ikhtiar merawat kembung perut
  • Ikhtiar merawat asma 
  • Ikhtiar merawat batuk dan selsema
  • Ikhtiar melegakan kekejangan otot
  • Ikhtiar merawat gigitan serangga
  • Ikhtiar merawat senggugut
  • Ikhtiar menstabilkan kitaran haid
  • dan banyak lagi..

Kenapa Perlu Pilih Minyak Bidara Khalifah:

Lulus KKM : NOT181102707K
Tidak rasa berminyak, mudah meresap dan kesan yang cepat bila digunakan
Dibacakan 30 juz Al-Quran serta doa dan ayat-ayat penyembuh
Boleh digunakan seisi keluarga
Mudah dibawa ke mana-mana


Harga Minyak Bidara Khalifah 

RM15 (15ml)
RM45 (60ml)


BEECOMB : EXPO MAYA F&B PERTAMA DI MALAYSIA PADA 27-31 OGOS 2020

$
0
0

Norma baru banyak merubah pattern dan cara hidup seharian kita. Oleh kerana itu semua perkara sudah mula ke arah maya. Bukan sahaja membeli belah dan meeting with others je tau, sekarang ni expo pun dah ada secara virtual. Pernah tak korang dengar atau rasai pengalaman Expo 3D Virtual? Meh saya cerita lebih lanjut.


Sebelum tu, korang download dulu aplikasi Beecomb di telefon pintar korang sekarang. Bagi pengguna android, korang boleh download di Google Play atau Huawei App Gallery, manakala bagi pengguna Apple pula boleh download di App Store.

Aplikasi Beecomb

Untuk pengetahuan korang, Beecomb ni merupakan aplikasi untuk Expo 3D Virtual yang Pertama di Malaysia. Apa yang lebih menarik, aplikasi Beecomb ni boleh di muat turun secara PERCUMA. tak perlu bayar pun. Apa yang dijanjikan sudah semestinya sesuatu yang gempak dan mantap.


Kini semuanya di hujung jari kita. Jadi boleh guna mobile je walaupun untuk ke expo.

Ekspo Food & Baverage (F&B) Maya 3D

Memandangkan kita masih lagi dihantui wabak covid-19 ni, eloklah sama-sama kita jaga diri dan elakkan dari berada di tempat orang ramai. Dengan adanya Ekspo F&B Maya 3D di aplikasi Beecomb ni ianya sangat membantu saya dan ramai orang untuk membeli-belah barangan makanan terutama barangan runcit.


Jadi tak perlulah nak risau untuk bersesak di tempat orang ramai kan. Boleh lakukan di mana-mana saja. Dapatkan makanan dan minuman kegemaran anda hanya dengan telefon pintar anda! Ini akan membolehkan anda melihat-lihat pameran dengan hanya menggunakan ibu jari anda dan ianya sudah semestinya menjanjikan pengalaman sama seakan anda ke pameran betul (berjalan-jalan untuk menjelajahi gerai dan produk).


Antara brand yang korang boleh jumpa di ekspo maya ni adalah seperti Bake Touch Signature, YHL Trading, Dydo, Glovale, Harmony Hill Eco Farm, Pagoda Food, Hello Kimchi, TinyBitez.co, Masks Are A Must (Jual face mask). Untuk senarai lain korang boleh rujuk dalam gambar di bawah.



Selain dari itu, pengguna juga boleh bertanya maklumat mengenai produk dengan peserta pameran. Lebih menarik, pengguna boleh melakukan teleport ke gerai lain dengan mengklik butang peta mini di aplikasi. Sekiranya korang berminat untuk membeli sesuatu, anda boleh menambahkannya ke troli shopping diikuti dengan memilih syarikat penghantaran (shipping) pilihan anda semasa pembayaran. Harga total barangan yang telah dibeli akan dipaparkan automatik. Akhir sekali, korang boleh buat pembayaran melalui aplikasi Beecomb melalui integrated payment gateway!

Kata pun expo kan, barangan yang diorang jual sudah semestinya dengan harga murah (dibawah harga pasaran) dan berkualiti.

Cara Sertai Ekspo Food & Baverage (F&B) Maya 3D


Selain dari memberikan harga barangan yang murah. Promosi sempena jualan Merdeka tetap ada untuk anda! Terdapat promosi RM8.31 Premium Burnt Cheese Cake (Original Price: RM118) sponsored by Bake Touch Signature kat Booth A2 to celebrate Merdeka Day, limited stocks tau. Jadi pastikan anda memuat turun aplikasi Beecomb segera untuk ambil bahagian.


Selain dari itu, tiga (3) pemenang bertuah berpeluang memenangi baucar tunai RM300 semasa cabutan bertuah! Nak tahu cara boleh follow step kat bawah ni.

Yang perlu anda buat ialah:
1. Like page dan post Beecomb (https://www.facebook.com/BeecombSdnBhd)
2. Komen Nama Pengguna Beecomb anda yang terdaftar di pos
3. Kongsi & tag tiga (3) rakan dalam siaran (pastikan profil anda set kepada public!)


Tiga (3) orang pemenang akan diumumkan pada 29 Ogos 2020 nanti! Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi Beecomb sekarang! Semoga berjaya!

Beecomb 3D Virtual F&B Expo
27th – 31st August 2020
Download Beecomb app untuk sertainya.


#beecombvirtual #appmantap #app4malaysia

TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN SIHIR DAN CARA MERAWAT

$
0
0

Dalam masyarakat melayu, kita pasti akan terbiasa dengar cerita-cerita berkaitan dengan Jin dan sihir. Jin lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat oleh masyarakat kita . Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab iaitu Jiniy dan Genie dalam bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup , dalam islam memaksudkan jin ini makhluk yang berakal , berkehendak , sedar, mempunyai kewajipan , berjasad halus dan hidup dibumi.

Dalam sebuah hadis dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran, wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupun sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya. Maksud ringkasnya ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. “

Untuk perkongsian pada kali ni, saya akan kongsikan 43 Tanda-tanda Terkena Gangguan Sihir pada diri seseorang dan beberapa carayang boleh kita ambil untuk merawatnya.

Antara tanda-tanda berikut adalah seperti:
  1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
  2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
  3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
  4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
  5. Penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.
  6. Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
  7. Badan terasa bisa-bisa/gatal.
  8. Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
  9. Sukar tidur malam.
  10. Sakit pinggang tanpa sebab.
  11. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  12. Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki, tangan selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  17. Panas baran.
  18. Sikap berubah secara mendadak.
  19. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  20. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  21. Kerap keguguran.
  22. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  23. Mengantuk bila dengar al-quran.
  24. Bermimpi seram yang menakutkan.
  25. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
  26. Selalu ditindih ketika tidur.
  27. Selalu melihat kelibat dirumah.
  28. Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
  29. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  30. Melihat jin secara terus.
  31. Sakit mental atau gila.
  32. Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  33. Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal
  34. Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
  35. Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
  36. Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
  37. Timbul rasa takut tanpa sebab.
  38. Sering pengsan tanpa sebab.
  39. Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
  40. Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
  41. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
  42. Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
  43. Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
Cara Merawat Gangguan Sihir Terhadap Diri Dan Keluarga?

1. Mengesan jin didalam badan

Ini adalah kaedah awal yang boleh kita lakukan untuk mengesan jin yang bersembunyi didalam badan. Ianya mudah dan kita boleh lakukan sendiri:
  • Membaca Fatihah sebanyak 1 kali.
  • Niat & berdoa meminta Allah agar diberi petunjuk.
  • Baca Ayatul Kursi sebanyak 33 kali ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)

Antara petanda terdapat jin yang bersembunyi didalam badan kita adalah:
  • Hati berdebar-debar
  • Lupa bacaan, tersasul, terhenti secara mendadak
  • Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
  • Rasa mual & nak muntah
  • Sakit perut secara tiba-tiba
  • Terasa pergerakan didalam badan.
  • Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
  • Jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu

2. Membaca Ayat Rukyah

Maksud ruqyah secara istilah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.

Antara ayat rukyah adalah:
  1. Al-Fatihah
  2. Al-Baqarah Ayat 1-5
  3. Al-Baqarah Ayat 102
  4. Al-Baqarah Ayat 163-164
  5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
  6. Al-Baqarah Ayat 285-286
  7. Ali-Imran Ayat 18-19
  8. Al-’Araf Ayat 54-56
  9. Al-’Araf Ayat 117-122
  10. Yunus Ayat 81-82
  11. Toha Ayat 69
  12. Al-Mukminun Ayat 115-118
  13. As-Soffaat Ayat 1-10
  14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
  15. Ar-Rahman Ayat 33-36
  16. Al-Hasyr Ayat 21-24
  17. Al-Jin Ayat 1-9
  18. Al-Ikhlas
  19. Al-Falaq
  20. An-Naas
3. Mandi Air Daun Bidara

Salah satu cara berkesan lain untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan sihir adalah dengan mengamalkan mandi dengan air daun bidara. Untuk pengetahuan semua, daun bidara adalah salah satu bahan yang mempunyai bau yang sangat tidak disukai oleh jin dan makhluk halus yang lain.

Daun bidara, iaitu sejenis tumbuhan yang ada disebut dalam Al-Quran yang digunakan secara khusus untuk merawat penyakit-penyakit rohani seperti gangguan emosi, gangguan tidur, gangguan jin dan sihir. Oleh sebab yang demikian, Daun Bidara ini telah digunakan oleh para ulama sejak zaman berzaman sebagai bahan penting dalam merawat dan menyembuhkan orang yang terkena sihir dan membuang saka.


4. Berjumpa dengan Ustaz atau Pengamal Perubatan Islam

Jika masalah gangguan sudah berada di tahap yang kritikal, dinasihatkan untuk keluarga pesakit bawa pesakit berjumpa ustaz atau pengamal perubatan islam yang pakar dalam hal-hal sebegini.

Sebagai penutup, perbanyakkan doa supaya Allah menjaga diri, keluarga & keturunan daripada gangguan Jin & Sihir. Semoga ianya bermanfaat.

FAKTA MENARIK WASHINGTON BLUEBERRY | RESPIPI FRESH BUAH BLUEBERRY

$
0
0

Blueberry sejenis buahan yang saiznya kecil dan berwarna gelap, tapi siapa sangka blueberry ni mempunyai banyak kelebihan pada tubuh badan kita sehingga digelar superfood. Blueberry biasanya digunakan sebagai penyedap kek dan manisan, rupa-rupanya buah ini tinggi dengan antioksida yang berperanan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Semakin gelap warna beri, semakin tinggi kandungan phytochemical dan lebih baik untuk kesihatan.

FAKTA MENGENAI BLUEBERRY YANG PERLU KORANG TAHU

1. Washington, Amarika Syarikat merupakan pengeluar & penghasil utama (terbesar) blueberry di dunia adalah Washington, Amerika Syarikat. 


2. Buah blueberry mempunyai pelbagai khasiat dan dikatakan sebagai buah 'super' yang memberikan banyak manfaat sebagai anti penuaan, anti oksida, mencegah jerawat, menyuburkan akar rambut, melambatkan pertumbuhan uban dan banyak lagi.

3. Satu cawan Blueberry Washington mempunyai 80 kalori setiap hidangan.

4. Blueberry rendah lemak dan natrium.

5. Blueberry Washington mempunyai fitonutrien yang disebut polifenol. Kumpulan ini merangkumi antosianin, yang merupakan sebatian yang memberikan warna biru kepada blueberry tersebut.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri mengesyorkan agar kita menyertakan semua warna buah dan sayuran untuk memanfaatkan fitonutrien mereka sepenuhnya. Blueberry adalah pilihan tepat untuk mendapatkan pilihan warna ungu biru dalam makanan anda.


6. Blueberry Washington adalah sumber Vitamin C yang baik dan tinggi mangan.
  • Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pengembangan tisu dan mendorong penyembuhan luka.
  • Mangan pula dapat membantu tubuh kita untuk memproses kolesterol dan nutrien seperti karbohidrat dan protein.

7. Blueberry juga merupakan sumber fiber makanan yang sangat baik, dengan hanya 1 cawan blueberry memberikan 3.6 gram fiber.
  • 1 Serat makanan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Dengan menambahkan lebih banyak blueberry dalam makanan kita ia akan membantu mempercepatkan rasa kenyang.


8. Buah blueberry segar sebenarnya hanya dihasilkan pada musim panas. Walaupun begitu, blueberry beku Washington tersedia sepanjang tahun yang menjadikannya mudah untuk digunakan.
  • Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan mencairkannya apabila anda ingin menggunakannya.
  • Malah penyelidikan menunjukkan bahawa anda mungkin mendapat peningkatan antioksidan tambahan jika blueberry beku dimakan dalam masa 3 bulan dari pembekuan.
  • Penyelidikan di South Dakota State University menunjukkan bahawa blueberry yang dibekukan menjadikan antioksidan bertambah lebih banyak dan sangat bermanfaat untuk tubuh manusia. Ini kerana anthocyanin, sebatian antioksidan yang menjadikan blueberry berwarna biru terdapat di kulit buah beri. Apabila beku, kristal ais kecil mengganggu struktur sel yang seterusnya memudahkan sistem kita mengakses antosianin yang terdapat di dalam kulit.
  • Blueberry beku Washington adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan blueberry di Malaysia, walaupun ia tidak sesuai musim. Kualiti pemakanan blueberry dijaga dengan baik semasa beku.

CARA NIKMATI KHASIAT BLUEBERRY DALAM SETIAP HIDANGAN

  1. Tambahkan blueberry Washington ke bijirin, gandum , smoothie atau salad.
  2. Masukkannya sedikit blueberry pada muffin, penkek, roti.
  3. Blueberry mampu dijadikan bahan penambah rasa yang enak dalam bebola daging, roti burger buatan sendiri dan bebola daging. Ini membantu anda mengurangkan penggunaan banyak daging dalam resipi anda.
  4. Boleh di jadikan sebagai snek harian anda.
  5. Gunakan blueberry Washington untuk memasak sos untuk makanan utama anda atau sebagai bahan pencicah.
  6. Taburkan sedikit blueberry Washington ke atas yogurt greek atau yogurt beku yang sejuk untuk mendapatkan snek yang sihat dan lazat.
Berikut adalah 2 resipi berkaitan dengan Blueberry Washington yang dikongsikan oleh Ms Indra Balaratnam (Consultant Dietitian) :

RESIPI 1 : WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATOR


Saiz Hidangan :
1 orang

Bahan-bahan:
½ cawan Blueberry Washington jenis sejuk beku
250 ml air kelapa
1 pisang sejuk beku (kecil) atau ½ pisang sejuk beku (besar)

Cara masak :
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar smoothie 
2. Kisar bahan tadi hingga rata 
3. Hidangkan sejuk

Analisis Nutrien (setiap hidangan):
✔ Kalori: 160
✔ Protein: 3g
✔ Jumlah lemak: 1 g
✔ Lemak tepu: 0g
✔ Karbohidrat: 38g
✔ Serat makanan: 7g
✔ Kolesterol: 0mg
✔ Natrium: 254 mg
✔ Vitamin C: 20mg
✔ Vitamin A: 92 IU
✔ Kalsium: 66mg
✔ Besi: 1.1mg

RESPIPI 2 : WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLES


Saiz Hidangan :
6 wafel segi empat tepat bersaiz standard

Bahan-bahan:
1 cawan Blueberry Washington sejuk beku
1 ½ cawan tepung atta (tepung gandum)
3 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
340 ml susu rendah lemak
2 biji telur - dipukul rata
3 sudu besar minyak masak sayur
2 sudu besar kacang almond

Cara Masak :
1. Masukkan telur yang telah dipukul, susu rendah lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung atta (tepung gandum), serbuk penaik dan garam.
3. Adun campuran tepung atta ke dalam campuran telur hingga digabungkan menjadi sebati adunan halus.
4. Campurkan kacang badam ke dalam adunan
5. Kacau perlahan-lahan dalam 1 cawan blueberry Washington sejuk beku. Pastikan jangan kacau terlalu kuat untuk elakkan blueberry hancur
6. Panaskan acuan wafel mengikut suhu yang ditetapkan pada arahan.
7. Tuangkan adunan yang cukup ke dalam acuan wafel yang telah dipanaskan dan masak hingga coklat keemasan.

Analisis nutrien (setiap wafel segi empat tepat):
✔ Kalori: 238
✔ Protein: 8g
✔ Jumlah lemak: 11g
✔ Lemak tepu: 2g
✔ Karbohidrat: 29g
✔ Serat makanan: 4g
✔ Kolesterol: 59mg
✔ Natrium: 244mg
✔ Vitamin C: 1mg
✔ Vitamin A: 200 IU
✔ Kalsium: 201mg
✔ Zat besi: 2mg

KELANTAN SIGHTSEEING TOUR | PAKEJ MELANCONG DI KOTA BHARU

$
0
0

Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan berpeluang berjalan-jalan menerokai beberapa lokasi menarik yang ada di Kelantan khususnya sekitar Kota Bharu. Apa yang menariknya, trip kali ni bukanlah trip terjah seperti biasa yang kami buat tau. Trip kali ni kami menggunakan pakej Kelantan Sightseeing Tour, dimana ianya satu pakej jalan-jalan yang sangat murah dan lengkap beserta pemandu pelancong.



KELANTAN SIGHTSEEING TOUR

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020), Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours dan Firefly telah memperkenalkan program Kelantan Sightseeing Tour bagi memupuk aktiviti pelancongan domestik di negeri Kelantan melalui pakej dan menggunakan khidmat pemandu pelancong. Melalui pakej ini pelancongan akan lebih berkesan kerana setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik yang tidak akan di perolehi jika melancong tanpa pemandu pelancong. Selain daripada itu, ia turut akan membantu pemandu pelancong untuk meraih pendapatan harian dengan bertugas secara giliran.


Untuk pengetahuan korang, Pakej Kelantan Sightseeing Tour terbahagi kepada 3 (dengan laluan yang berbeza). Jadi korang bolehlah pilih pakej yang bersesuaian dengan kehendak dan masa korang.
  1. Kelantan Sightseeing Tour (9.00am - 12.30pm / Setiap Hari)
  2. Kelantan Panoramic Tour (2.20pm - 6.00pm / Setiap Hari)
  3. Kelantan Saturday Fun (9.00am - 12.30pm / Setiap Sabtu)
Kelantan Sightseeing Tour


Kelantan Panoramic Tour

Kelantan Saturday Fun

Harga Asal :
Dewasa – RM 80.00
Kanak-Kanak (4 – 11 tahun) – RM 40.00

**Promosi bermula 10 September sehingga 31 Disember 2020
Dewasa : RM 40.00
Kanak-Kanak (4 -11 tahun) : RM 20.00

Program Kelantan Sightseeing Tour merupakan usaha bersama rakan-rakan strategik:
  • Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan– Pengerak utama
  • Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu– Promosi
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu– Kawalan serta menjaga kebersihan kawasan lokasi pelancongan
  • Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours– Ground handler
  • Firefly - Menyediakan penerbangan daripada 3 destinasi ke Kota Bharu iaitu Subang, Pulau Pinang dan Johor.
Jika korang berminat untuk mengikuti pakej-pakej yang ada, bolehlah membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lebih lanjut di :

Tel : +6012 9016373

BALOH JEMBAL | HARGA MURAH MAKAN NASI ULAM BUDU DI RESTORAN BERKONSEPKAN ISTANA LAMA

$
0
0

Kalau ada yang bertanya, kat mana restoran yang best untuk dikunjungi kalau berada di sekitar Kota Bharu ni. Saya sendiri dengan bangga hati mencadangkanBaloh Jembal. Sebuah restoran yang sangat unik, menghidangkan makanan yang sedap dalam suasana yang cukup instagrammable.

Restoran atau cafe hipster dah cukup mainstream bagi kita!! Terlalu banyak untuk dikunjungi di sekitar Kota Bharu. Jadi apa kata korang cuba satu kelainan dengan merasai sendiri suasana makan korang di dalam restoran yang menggambarkan sebuah istana lama yang penuh tradisional. Menarik Bukan?

Baloh Jembal merupakan sebuah restoran yang menawarkan pengalaman makan di dalam Istana kayu lama yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Apa yang menariknya, menu nasi ulam mereka juga dihidang di dalam pinggan antik seramik putih yang sangat popular pada zaman-zaman dahulu kala zaman tok nenek kita. Memang menggamit memori betollah!!

Kat sini, mereka mempunyai dua (2) dewan atau ruangan makan tertutup. Salah satunya dilengkapi kerusi dan meja makan yang sangat selesa.

Manakala satu lagi ruangan besar seolah Balai Rong Seri Istana yang mana memberi pilihan kepada pengunjung untuk makan dengan cara bersila di mana makanan akan di hidangkan di atas alas makan yang dipanggil "seproh" oleh orang Kelantan.


Selain dari dua ruangan makan ni, mereka juga ada menyediakan meja makan di ruangan antara dewan makan dan bahagian bawah (ruangan terbuka) untuk menampung pelanggan yang datang.


Apa yang tersirat di sebalik nama Baloh Jembal?

Mengikut pada kata-kata pemilik asalnya, Baloh Jembal mempunyai maksud yang mendalam dengan hubungan Rakyat dengan Raja (pemerintah). Baloh dikenali sebagai rumah kecil atau tempat simpanan padi (rezeki) bagi rakyat-rakyat pada dahulu kala. Ianya menjadi simbol kepada kegigihan dalam bekerja dengan penuh berperancangan. Manakala Jembal bula merujuk kepada keturunan diraja di Kelantan yang mana ianya menyifatkan tentang pemimpin yang menjaga budi pekerti, adat budaya dan berusaha dalam mendidik rakyat sebaiknya.

NASI ULAM BUDU

Menu utama yang paling mendapat sambutan di Baloh Jembal adalah set Nasi Ulam Budu yang hanya berharga RM 57 sahaja. Set ini adalah hidangan untuk 4 - 6 orang makan. Berikut merupakan menu yang ada dalam set Nasi Ulam Budu ni.

  • Nasi Putih
  • Patin Tempoyak
  • Keli Goreng 
  • Ayam Goreng
  • Sayur Lemak
  • Singgan Ikan Ayo (tongkol)
  • Sambal Belacan
  • Ulam + Budu + Ikan Bakar Tawar
  • Buah-Buahan 
  • Air Jug (sirap/Tea O Beng)

Murah bukan? Kami sendiri pun terkejut dengan harga yang diorang tawarkan untuk set makanan macam ni. Untuk Nasi Ulam Budu ni, korang boleh oder secara ala carte juga tau. Jadi kalau datang sorang pun tak adalah membazir sangat nak oder yang set kan? Antara menu lain yang boleh korang oder adalah seperti berikut.

  • Asam Pedas Keladi
  • Acar Pisang
  • Jeruk Maman
Selain dari menu Nasi Ulam Budu seperti yang admin listkan kat atas, mereka juga ada menawarkan masakan panas dan western. Untuk hidangan panas dan western ni, ianya hanya available selepas waktu asar.

MASAKAN PANAS:
  • Nasi Ayam Penyet : RM10
  • Nasi Keli Penyet : RM10
  • Pelbagai Nasi Goreng : RM7
  • Pelbagai Kuay Teow/ Mee/ Bihun : RM8

WESTERN:
  • Chicken Chop : RM10
  • Lamb Chop : RM17
  • Spaghetti Bolognaise : RM10
  • Spaghetti Carbonara : RM10
  • Spaghetti Aglio Olio : RM10
  • Nugget : RM4
  • Sosej : RM4
  • French Fries : RM4

Siapa sangka restoran segah ini menyediakan pelbagai jenis makanan dengan harga yang sangat murah! Saya sendiri pun tak sangka! Jadi kalau korang teringin nak makan di dalam rumah kampung zaman-zaman dahulu, boleh lah datang ke sini. 

Alamat : D'Istana Baloh Jembal
(waze : D' Istana Baloh Jembal)

Waktu Operasi :
Sabtu - Khamis (12 t/hari - 11 mlm) & Jumaat (3 ptg - 11 mlm)

PENGALAMAN SEWA BOT DI ROMPIN, MEMANCING DAN CANDAT SOTONG DI TIOMAN

$
0
0


pancing ikan dan candat sotong di tioman

Untuk pengetahuan korang, aktiviti mencandat sotong bukan hanya ada di negeri Terengganu sahaja tau. Saya dan kawan-kawan telah berpeluang melalui pengalaman yang sangat menarik melakukan aktiviti mencandat sotong di kawasan perairan Pulau Tioman. Bagi saya sendiri, pengalaman candat sotong di Pulau Tioman ini adalah lebih menyeronokkan kalau nak dibandingkan dengan pengalaman saya candat sotong di Terengganu pada beberapa tahun yang lalu.

MAT ROMPIN BOAT CHARTER

Kami berenam telah melakukan aktiviti mencandat sotong kali ni bersama seorang pengendali bot memancing yang berpengalaman dan terkenal di Rompin iaitu Mat Rompin Boat Charter! Oleh sebab itu, trip kami bukan bermula di Mersing, tapi dari Rompin, Pahang.

jeti di kuala rompin
Bertolak dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin
Kami telah memulakan trip mencandat sotong dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin dengan menaiki bot yang dikendalikan oleh Mat Rompin Boat Charter. Bot ini diketuai oleh seorang Tekong atau dipanggil Captain Mat Rompin yang telah berpengalaman selama 13 tahun serta sangat arif dengan lubuk-lubuk ikan dan sotong di sepanjang perairan Rompin-Tioman.

charter boat murah di rompin

Sejujurnya kami berenam bukanlah dari yang jenis suka memancing atau mencandat sotong. Hanya sekadar trip untuk merasai pengalaman. Jadi semuanya zero dalam ilmu memancing dan candat ni. Tapi, itu tidak menjadi alasan untuk kami tidak dapat memancing ikan atau menaikkan sotong apabila candat di jatuhkan ke dalam laut. Malah hasil yang kami dapat juga boleh dipuji.

Ini kerana, Mat Rompin Boat Charter memiliki 2 orang pembantu atau disebut 'Deckhand' bagi membantu segala urusan di atas bot seperti mengikat umpan, mengajar pelanggan cara memancing / candat dengan betul dan menaikkan hasil tangkapan. Selain dari itu, bot mereka mempunyai sonar dan radar Garmin yang baik untuk mengesan lubuk ikan dengan lebih efektif. Jadi tidak hairan lah kan, kami yang zero ilmu tentang memancing dan candat ni boleh dapat hasil yang lumayan kan.

Untuk pengetahuan korang, bot yang kami naik ni mempunyai spesifikasi 45 kaki panjang dan 12 kaki lebar serta keluasannya mampu memuatkan kapasiti pemancing seramai maksimum hingga 7 orang. Jadi termasuk captain dan "Deckhand"jadilah 10 orang.

MEMANCING IKAN MAHI-MAHI, TENGGIRI DAN KEMBONG

Memandangkan kami bertolak awal pagi dan masa perjalanan menaiki bot dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin menuju ke Pulau Tioman hanya memakan masa lebih kurang dua setengah ke tiga jam sahaja. Maka dalam perjalanan sebelum sampai ke Pulau Tioman untuk check in hotel, kami mengambil peluang untuk memancing ikan dahulu.

pancing ikan di laut dalam
Captain dan 2 deckhand membantu mengajar teknik memancing yang betul
Walaupun kami ni hanyalah biasa-biasa, tapi hasil kami cukup luar jangkaan. Alhamdulillah. Yang lebih teruja lagi, saya sendiri berpeluang menaikkan ikan mahi mahi. Memang tidak di sangka-sangka.

ikan belitung di pulau tioman
Rezeki dapat peluang naikkan ikan Mahi-mahi
Ikan kembong paling banyak kami pancing. Selain itu ada banyak jenis ikan lain lagi termasuk tenggiri dan macam-macam lagi. Paling banyak angkat ikan kembong, Kak Ros lah sampai lekat panggilan #RatuSangkut oleh kami. Memang berbisa tangan dia. hehe

pancing ikan kembong dan tenggiri
Kak Ros bersama hasil tangkapan ikan kembong dan ikan tenggiri
Siapa yang tak seronok kan kalau pancing asyik mengena je. Sekali pancing, 3-4 ekor ikan dapat. Yang paling best, ikan tu kami siang dan terus masak atas bot tu jugak untuk makan tengahari kami. Dah jimat kos makan tengahari. Menarik bukan? Nak makan best-best, bawalah bahan-bahan memasak sendiri, kelengkapan dapur tu boleh cuba request dengan captain boat.

resipi ikan kembung
Masak hasil tangkapan (ikan kembong)
Lepas puas memancing ikan dan waktu dah agak petang, kami meneruskan perjalanan kami yang berbaki sejam lebih lagi menuju ke Jeti Kampung Juara untuk checkin di The Barat Resort Tioman dan bersiap-siap untuk aktiviti candat sotong pada waktu malam nanti.

CANDAT SOTONG DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

Masa yang di nanti-nantikan sudah pun tiba, sebagai persediaan kami makan ubat mabuk dahulu sebelum kembali ke bot untuk aktiviti candat sotong. Lokasi kami mencandat tidaklah terlalu jauh dari Pulau Tioman, hanya mengambil masa berbelas minit perjalanan dari jeti.

Sebelum aktiviti mencandat dilakukan, captain dan 2 orang pembantunya akan membuat persediaan termasuk menyediakan joran dan pemasangan dua biji lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt di kiri kanan bot. Lampu LED ini dikatakan berfungsi sebagai pemikat sotong, mempunyai sinaran lampu led berwarma hijau  yang sangat efektif untuk memikat sotong supaya mendekati area spot memancing kami.

Lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt diturunkan ke dalam laut
Pengalaman saya candat sotong di Terengganu sebelum ni hanya menggunakan mata candat dan tali pancing tanpa joran. Untuk aktiviti candat sotong bersama Mat Rompin Boat Charter ni, kami menggunakan joran dan "candat mayat". Dari segi teknik candat sotong tu boleh dikatakan sama, iaitu dengan cara menenggelamkan candat sehingga ke dasar laut.

cara betul candat sotong
Teknik mencandat sotong menggunakan joran
Batu ladung dan candat yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur serta menegangkannya secara kerap. Apabila terasa berat (candat mengena sotong), tarik atau gulung tali joran secara sederhana. Elakkan menggulung tali joran secara laju atau kasar, juga tidak boleh terlalu perlahan hingga sotong mampu melepaskan diri. Sebaliknya tips candat sotong yang betul adalah dengan menggulung tali joran secara sederhana, tenang dan steady.

candat sotong torak
Kak Ros dengan hasil tangkapan pertamanya
Pada awalnya, sotong agak susah untuk mengena candat kami. Tapi setelah beberapa ketika berusaha, Kak Ros jadi orang pertama yang berjaya bawa naik sotong ke atas bot. Riuh satu bot meraikan kejayaan pertama Kak Ros. Selepas dari itu, nasib memang menyebelahi kami. Hasil yang kami dapat pada malam tu boleh dikatakan lumayan. Dalam tempoh tak sampai 2 jam, kami berenam berjaya menaikkan banyak sotong dari jenis "Sotong Torak" dari pelbagai saiz. Masing-masing dapat naikkan sotong yang besar-besar saiznya.

sotong torak besar di tioman
Azmi bersama hasil tangkapannya
sotong torak transparent
Saya pun nak tunjuk jugak hasil tangkapan saya
candat sotong besar dan panjang
Sebahagian dari hasil tangkapan pada malam tu

Sambil kami sedang seronok mencandat sotong, ada yang dah mula siapkan sotong untuk di masak. Menu untuk makan malam kami sudah semestinya berasaskan sotong fresh. Tak mewah pun, cuma resipi maggi sotong je. Tapi dia punya nikmat, Allah je tahu. Cubalah korang bayangkan sendiri, sotong yang baru je dicandat, disiang dan dimasak terus. Kali ni memang tak berkira bab sotong tu, kami masuk je setakat kami nak. Tak ada siapa nak marah. Rasa sotong fresh tu memang best sangat. Next time nampak gaya kena prepare untuk masak resipi tomyam sotong la kot. Ke resipi sotong celup tepung? eh

resipi meggi sotong sedap

Selepas kenyang makan maggi sotong hasil tangkapan kami, kami meneruskan aktiviti mencandat sotong sehingga puas. Malam tu juga kami ditemani oleh sekumpulan ikan lumba-lumba berenang-renang berhampiran dengan boat kami. Tak sangka kat Tioman ada banyak ikan lumba-lumba.

best travel partner

Semua hasil tangkapan kami pada petang dan malam tu disimpan dalam ice box untuk kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Sebahagian dari hasil tangkapan tu juga kami bawa ke restoran untuk di masak untuk makan malam terakhir masa kami di Tioman. Penat tu ada, tapi perasaan gembira dan seronok tu kami rasa lebih dari segalanya. Alhamdulillah, trip kali ni berjalan dengan lancar. Semuanya sporting dan mudah bicara.

PAKEJ SEWA BOT MAT ROMPIN BOAT CHARTER

Amacam aktiviti kami, best bukan? Kalau korang pun nak cuba aktiviti macam yang kami dah lalui ni atau ada merancang untuk bercuti ke Rompin atau Pulau Tioman ; korang boleh cuba ambil pakej memancing laut bersama Mat Rompin Boat Charter. Insyaallah akan puas hati.

Berikut saya sertakan 6 pakej memancing yang boleh korang pilih mengikut citarasa dan kesesuaian dengan korang :

PAKEJ 1

-Memancing di area Kuala Rompin sahaja.(memancing balik hari)
-Sewa bot RM 1900 per/day.
-Start pancing pukul 8 pagi - 5 petang.

PAKEJ 2

-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam & tidur di Chalet Tioman.
-Harga RM 4600 (tak termasuk sewa chalet)

PAKEJ 3

-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa di dalam bot)
-Harga RM 5500 untuk 2 hari 1 malam.

PAKEJ 4

-Memancing Bottom Fishing 3 hari 2 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa dalam bot)
-Harga RM 7500 utk 3 hari 2 malam.

PAKEJ 5

-Pakej Candat Sotong Panjang
-Memancing start pukul 3 petang dan balik pada keesokan paginya.
(memancing 1 hari 1 malam)
-Harga RM 2200

PAKEJ 6

-Pakej Mancing Sotong Mengabang 1 Hari
-Start pancing pukul 8 pagi-5 petang.
-Pancing Sotong Mengabang Area Kuala Rompin sahaja.
-Harga RM 1900

Jangan lupa bawa tong untuk isi hasil tangkapan korang. Semua hasil tangkapan korang sudah semestinya korang boleh bawa balik.

Kalau korang berminat untuk mencuba mana-mana pakej yang ditawarkan, korang boleh sahaja menghubungi Captain Mat Rompin menerusi:-

NO. TEL / WHATSAPP: 019-923 2683 
FACEBOOK / FB PAGE: Mat / Mat Rompin Boat Charters

candat sotong 2020, candat sotong terengganu, candat sotong pulau tioman

CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN "CURRENT ACCOUNT" DI MAYBANK TANPA PERLU "INTRODUCER"

$
0
0

cara buka current akaun maybank tanpa introducer

CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN (CURRENT ACCOUNT) DI MAYBANK TANPA PERLU "INTRODUCER" | Ramai yang bermasalah untuk mencari introducer sebagai syarat wajib yang di tetapkan untuk membuka akaun perniagaan pada sebelum ini. Alhamdulillah, Maybank kini telah memecah tradisi dengan melancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i. Jadi ianya sangat membantu peniaga-peniaga kecil khususnya untuk membuka akaun perniagaan.

CARA MENDAFTAR AKAUN PERNIAGAAN TANPA INTRODUCER

1) Daftar akaun perniagaan korang melalui link berikut :
2) Apabila selesai mendaftar di link tersebut. Anda akan menerima access kod yang diberi melalui sms. (Simpan nombor ini untuk register online banking nanti).
3) Anda juga akan menerima email dari maybank. Dalam email tersebut ada dinyatakan nombor account serta nombor reference. (simpan nombor-nombor berikut untuk urusan semasa berjumpa pegawai bank nanti)

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

Sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum ke cawangan maybank yang telah korang daftar dalam sistem :
  1. MyKad
  2. SSM Certificate Registration
  3. SSM Form A
  4. SSM Business Info
  5. Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)
*Bagi yang mendaftar SSM secara online, bawa je semua dokumen yang pihak SSM bagi tu (sediakan dokumen yang telah di fotocopy untuk setiap helaian dokumen SSM termasuk MyKad pemohon).

URUSAN DI CAWANGAN MAYBANK

  • Pastikan anda pergi ke cawangan Maybank yang anda daftar dalam sistem dalam tempoh masa 10 hari untuk aktifkan akaun yang telah didaftarkan secara atas talian tu.
  • Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email kepada pegawai bank yang bertugas.
  • Bagi semua salinan dokumen yang diperlukan tadi. (Jangan lupa dokumen asal jika diminta oleh pegawai bank)
  • Cop Company juga perlu dibawa bersama.
  • Sediakan deposit RM1000 seperti dalam syarat.
  • Pegawai bank akan bantu untuk selesaikan urusan pengaktifan serta online banking kita.
  • Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk kita sama-sama putuskan rangkaian Covid-19.

Dengan wujudnya SME FIRST-i yang diperkenalkan oleh Maybank ni, ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan untuk membuka akaun perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan kita. Aamiin.

MAKAN TENGAHARI MEE UDANG GALAH DI KUALA ROMPIN

$
0
0

mee udang gerai makan azizah

MAKAN TENGAHARI DI MEE UDANG GALAH ROMPIN | Daerah Rompin, Pahang cukup popular dan terkenal bagi peminat Udang Galah. Jadi terlalu banyak pilihan restoran menjual makanan berasaskan Udang Galah di sekitar daerah ini. Selepas selesai trip memancing dan candat sotong kami di Tioman! Alang-alang dah ada di Rompin, kami berenam (6) telah bersepakat untuk menikmati hidangan Mee Udang Galah di Gerai Makan Azizah sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

udang galah gerai makan azizah

mee udang galah gerai makan azizah

Rasa dia boleh tahan sedap. Harga pula mengikut gred udang yang kita pilih. Untuk Udang Galah gred A sekitar harga RM30 semangkuk, dalam tu ada seekor Udang Galah yang besar bergred A. 

Antara menu yang ada di GERAI MAKAN AZIZAH UDANG GALAH

  • Terdapat 20 jenis masakan Udang Galah yang korang boleh pilih sendiri nak masak apa.
  • Mee Udang Galah viral (Resepi ni dari bonda berusia hampir 40 tahun)
  • Aneka lauk pauk
  • Asam Pedas Ikan Baung
  • Patin Tempoyak
  • Masakan panas
  • Pakej nasi putih dengan set Udang Galah

Jadi, kalau korang mencari restoran udang galah di Kuala Rompin, bolehlah cuba datang ke Gerai Makan Azizah Udang Galah ni.

Alamat : Gerai Makan Azizah Udang Galah
No 2, Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin , Pahang.
Operasi : 8am - 5pm
Hubungi : 013-9119805 / 010-5670575

PELBAGAI PROMOSI MENARIK DI PG MALL SEMPENA 10.10

$
0
0

 shopping online di pg mall

10.10 bakal tiba tak lama lagi. Mesti ramai di antara kita sedang menunggu promosi hebat yang bakal di tawarkan di platform online shopping kan? Jadi, meh saya kongsikan satu platform menarik untuk korang terjah sempena promosi 10.10 ni iaitu PG Mall.

MENGENAI PG MALL

Mungkin ramai yang belum tahu, PG Mall ni sebenarnya dah wujud sejak tahun 2017 lagi. Platform perdagangan [E-Commerce] ni merupakan satu-satunya platform tempatan yang mendapat sokongan penuh oleh PG Group. Kalau korang nak tahu, platform ni ada mempromosikan pelbagai barangan seperti, barangan elektrik, barangan rumah, makanan dan sebagainya. Yang menariknya, PG Mall ini telah tersenarai "Top 3 e-commerce site at iprice insight report".

iprice insight report

Apa yang lagi menarik tentang PG Mall, ia menerima segala bentuk pembayaran menggunakan e-wallet dan online payment. Memang memudahkan pengguna.

Untuk perkongsian kali ini aku nak share 4 kempen dan promosi menarik yang sedang berlangsung serentak di PG Mall buat masa sekarang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk baca article ni sampai habis ya.

KEMPEN "PROUDLY LOCAL"

Bermula dari Julai 2020 sehingga Disember 2020, PG Mall juga ada melancarkan kempen "Proudly Local" yang mana ianya memfokuskan pada barangan keperluan harian dan barangan rumah. Paling penting, kempen ini untuk menyokong barang buatan tempatan dengan hashtag #BarangBaik BarangKita. Dengan adanya kempen seumpama ini, sekaligus ia mengajak kita semua especially pengguna untuk support barang tempatan. Jom, support local! Untuk tengok tawaran menarik untuk Proudly Local, korang boleh kunjungi PG Mall Proudly Local.


Untuk Kempen Proudly Local, korang boleh guna Coupon Code KBBM20NEW untuk diskaun RM20 bagi pembelian minima RM50, KBBM3OFF untuk diskaun RM30 bagi pembelian minima RM100.

AURORA ITALIA 10.10 SALE

Kempen Aurora Italia 10.10 sale ni akan berlansung pada 10 Oktober 2020 ni sahaja. Apa yang mereka tawarkan adalah "Fantastic Sale RM110 OFF" tanpa syarat pembelian yang minimum. Menarik bukan? Untuk promosi ni, korang boleh terus ke link berikut : https://pgmall.my/Aurora-Italia-1


PG JEWEL

Kempen PG Jewel ini pula akan berlansung pada 9 hingga 11 Oktober 2020 sahaja. Tawaran yang sangat best kerana mereka menawarkan "direct factory price" dengan hanya RM10 harga UPAH. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan "free shipping". Selain dari itu, mereka akan memberikan "mystery gift" kepada 100 pelanggan terawal mereka.  Untuk promosi ni, korang boleh terus ke link berikut : https://pgmall.my/PG-Jewel

pg jewel sale

PG GOLD MUSEUM

Tawaran PG Gold Museum ni hanya berlansung bermula 9 - 11 Oktober 2020 sahaja. Untuk kempen ini, mereka ada menawarkan Gold Bar dengan design yang menarik. Untuk promosi ni, korang boleh terus ke link berikut : https://pgmall.my/Gold-Museum

gold bar murah

So guys, sesiapa yang belum ada akaun PG Mall, cepat-cepat berdaftar. Korang boleh install applikasi PG Mall di Apple Store, Google Play ataupun Huawei Gallery.

Jadi apa korang tunggu lagi? Shopping la di PG Mall dan nikmati semua kelebihan yang ada. 


Telegram : PG MALL OFFICIAL

#PGMall #PGJewel #Aurora #PGGoldMuseum #onlineshopping #shopping #
MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #
ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1010sale 



KARAT ENGLAND CAFE (KEC) SEAKAN MUZIUM BARANGAN ANTIK DARI ENGLAND

$
0
0

kec tanah merah

Masuk saja ke dalam Karat England Kafe (KEC) seolah-olah membawa korang ke dalam England Collectables Museum yang sangat unik. Setiap sudut kafe ini penuh dengan koleksi-koleksi barangan antik yang sangat bernilai di mana saya sendiri dapat rasakan suasananya seolah-olah berada di England sambil mencuci mata melihat pelbagai barangan antik yang dipamerkan secara percuma.

barangan antik di karat england cafe

karat england cafe

Selain dari barangan antik yang dipamirkan di dinding dan sudut-sudut cafe, semua perabot termasuk meja dan kerusi di premis  ini juga menggunakan barangan antik dan terpakai. Sebagai contoh, kaki mesin jahit lama digunakan sebagai kaki meja makan.

PILIHAN MENU DI KARAT ENGLAND CAFE 

Kalau sentuh bab makanan pula, memang boleh dipuji. Nak-nak "Roti Kelate" dia. Roti Kelate ni merupakan hidangan roti bakar yang tebal dibelah dua, dihidang bersama telur masak separuh dan kaya. Roti Kelate ni dalam kategori "All Day Menu" yang boleh dioder sepanjang hari.

menu di karat england cafe

Selain dari Roti Kelate ni ada banyak lagi menu-menu lain yang berkonsepkan menu western (barat) seperti spaghetti, burger, lasagna, chicken chop, lamb chop dan lain-lain. Selain itu, KEC juga mempunyai pelbagai pilihan "Light Bites" menu dimana korang boleh oder menu makanan yang tidak terlalu berat seperti french fries, calamari ring, curly fries, nugget dan mushroom soup.


Saya sendiri tidak sangka, adanya cafe yang sebegini unik di Tanah Merah. Memandangkan ianya cukup menarik untuk dikongsi, saya sangat recommend korang semua untuk datang ke sini bersama . Sebuah cafe yang menawarkan hidangan yang sedap dengan harga yang berbaloi dan sangat insta-worthty. Tak ada sebab untuk korang datang atau singgah di Karat Englang Cafe ni jika korang dah berada di Tanah Merah!
Alamat : 
Belakang Roti Canai Cikgu, Taman Desa Baraqah, 17500 Tanah Merah Kelantan.
(waze Karat England Cafe)
Waktu Operasi : 
Selasa - Ahad (11.30 pagi- 11 malam)
Isnin (tutup)


KHASIAT SUP BELUT UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

$
0
0

 

rahsia khasiat belut

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk dalam kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak geli untuk makan belut, tetapi diakui bahawa hidupan air tawar ini sangat kaya dengan pelbagai khasiat.

Untuk pengetahuan korang, spesies belut ni mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, iaitu mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Dalam perubatan tradisional juga dikatakan belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Khusus kepada pengidap buah pinggang adalah dipercayai dimana belut dimakan hidup-hidup atau pun dipanggang terlebih dulu sesuai untuk dimakan.

Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah ; dengan cara mengambil limpa belut, salai dan ia kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminum sup belut yang direneh juga dikatakan mampu mengubati penyakit lelah.

Selain dari itu, sup belut juga dikatakan mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan juga mampu mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru lepas melakukan pembedahan disarankan untuk makan sup belut bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan kesan pembedahan.

Didakwa jika kerap memakan belut adalah dipercayai ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, dan menguatkan daya ingatan. Namun begitu, ia juga perlu dimakan secara bersederhana kerana ia mengandungi kandungan lemak yang agak tinggi. 

KEDAI MAKAN SOM TAM PALING BEST DI RANTAU PANJANG

$
0
0
dee somtam rantau panjang

Som tam merupakan salah satu menu makanan yang cukup saya suka. Tapi, tidak semua orang boleh buat som tam dengan bagus dan sedap. Jadi untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan dengan korang sebuah gerai yang menyajikan som tam yang sangat sedap dan kena sengan selera saya. Ramai yang recommand pada saya untuk ke Dee Somtam yang berada di Jalan Sekolah Kebangsaan Cina, Rantau Panjang. Kalau korang berada di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, bolehlah berkunjung ke Gerai Dee Somtam untuk menjamu selera . Kat sini korang boleh menikmati pelbagai jenis somtam yang semuanya sedap-sedap dan murah.

Menu Som Tam di Restoran Dee Somtam Rantau Panjang

Selain dari menu som tam betik dan som tam mangga yang biasa kita dapat di tempat lain, ada banyak lagi pilihan menu som tam lain seperti berikut : 
  • Som tam Ketam
  • Som tam Kerang
  • Som tam Mangga
  • Som tam Betik
  • Som tam Thad
  • Som tam Ayam Bakar
  • Som tam Jagung (Telur Masin)
  • Som tam Jagung (Seafood)
  • Som tam Laksa
  • Som tam Buah
  • Som tam Budu & Plara

Amacam!! banyak kan pilihan som tam yang ada kat kedai ni. Kami tak oder banyak pun menu som tam ni sebab ada menu lain lagi yang kami oder.

dee somtam rantau panjang
Som Tam Betik ; RM4
dee somtam rantau panjang
Som Tam Jagung Seafood; RM8
Somtam jagung ni ada dua jenis tau. Korang boleh pilih yang seafood atau telur masin. Kami pilih yang seafood je dan rasa dia memang sangat memuaskan. Nest time boleh la oder som tam telur masin pulak.

Menu Kerabu di Restoran Dee Somtam Rantau Panjang

Selain dari pilihan pelbagai jenis som tam, mereka juga ada menawarkan pelbagai jenis menu yam atau kerabu.

  • Yam Kaki Ayam
  • Yam Maggi
  • Yam Kaiyo
  • Yam Telur Larva
  • Yam Sotong
  • Yam Perut
  • Yam Sohun
  • Yam Seafood
dee somtam rantau panjang
Kerabu Maggi; RM5
Memandangkan saya ni penggemar kerabu maggi, jadi menu ni mestilah kena oder jugak. Boleh tahan kaw jugak kerabu maggi dia. Boleh di oder kalau datang ke sini.

dee somtam rantau panjang
Daging Bakar; RM8
dee somtam rantau panjang
Ayam Bakar; RM2/RM2.50
kedai makan rantau panjang

Selain itu, kami juga oder daging bakar dan juga ayam bakar. Untuk ayam bakar ni korang boleh oder dengan pulut. Hanya tambah RM1 sahaja untuk pulut. Kami oder ayam sahaja sebab dah kenyang kerana kami ada oder mee celup di kedai sebelah.

mee celup rantau panjang
Mee Celup
Dee Somtam tak ada jual Mee Celup tau. Mee Celup ni kami oder dari kedai yang berada bertentangan dengan kedai Dee Somtam di sebelah jalan. Dah oder boleh je korang makan di sini sambil layan som tam dan makanan lain yang korang oder di Dee Somtam.

gerai som tam rantau panjang

Secara overal nya, gerai ni dah jadi gerai favourite saya kalau ke Rantau Panjang. Memang saya akan datang lagi kalau ke Rantau Panjang. Semua menu diorang memang boleh dipuji dan harga yang sangat berpatutan. Cuma, masalah parking kereta je la yang problem kalau nak makan kat sini. Jalan masuk ke sini pun just muat untuk satu kereta je.

Jadi kalau korang atau keluarga teringin nak makan som tam, saya higly recommend korang untuk datang ke gerai Dee Somtam yang berada di lorong sekolah cina rantau panjang ni.

Alamat :
Jln Sekolah Cina, Kampung Rantau Panjang,
17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi :
12.30 tghri - 7.00 ptg
Facebook :





MISTERI ISTANA BUNIAN WUJUD HAMPIR 33 TAHUN BERDEKATAN PANTAI IRAMA BACHOK

$
0
0
tempat menarik di bachok

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usulnya makhluk yang digelar bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin mahupun malaikat.

Untuk artikel kali ni; saya bukanlah nak mengulas panjang mengenai asal-usul sebenar kisahnya Bunian ni, tapi ingin berkongsi dengan korang semua tentang sebuah lokasi menarik yang dikatakan ada kaitannya dengan Bunian yang ada di Kelantan.

ISTANA BUNIAN BACHOK

Dalam kesibukan Pantai Irama Bachok dalam menerima pengunjung untuk makan angin dan beriadah, wujudnya satu tempat dengan seni bina yang cukup unik dan penuh misteri yang digelar sebagai Istana Bunian berdekatan dengannya. Persoalannya, adakah Istana ini diinap oleh orang Bunian? Istana bunian ini dikatakan milik seorang lelaki setempat (Kampung Tok Burung, Bachok) yang bernama En. Hashim Abdul Rahman.

istana bunian di bachok

Istana Bunian ini merupakan harta persendirian En. hashim yang dibina sendiri olehnya seorang diri dan wujud di kampung itu sejak tahun 1987 lagi. Setahu saya, beliau merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti. Walau bagaimanapun, Istana Bunian yang dibina olehnya ini dikatakan sebuah "rumah yang tidak pernah siap". Ini kerana, sekiranya Beliau tidak berpuas hati dengan binaan pada bahagian tertentu, dia sendiri akan memecahkan bahagian tersebut dan membina semula dengan rekaan terbaru sehingga dia sendiri puas hati dengan rekaan tersebut. 

MAKSUD SEBENAR ISTANA BUNIAN

Menurut pemiliknya, Istana Bunian ini bermaksud;
Istana bermaksud besar, cantik dan indah manakala bunian bermaksud alam halus. Jadi istana bunian merupakan sebuah bangunan yang indah dengan reka bentuk ukiran yang halus
istana bunian di bachok

Idea membina istana bunia ini tercetus sejak beliau berumur 12 tahun lagi. Malah dia turut menimba ilmu seni daripada alam semulajadi seperti bukit bukau dan gunung ganang. Dari segi struktur reka bentuk dalam istana tersebut, ianya diperbuat daripada bahan simen dan diukir mengikut kreativiti En. Hasyim sendiri.
istana bunian di bachok
pandangan hadapan istana bunian
istana bunian di bachok
pandangan sisi istana bunian
Jadi, Istana Bunian di Bachok ini bukanlah sebuah lokasi misteri dan mistik seperti yang kita fikir. Ianya cuma sebuah bangunan yang mana menjadi tempat untuk pemiliknya berkarya. Kalau korang teringin nak tengok sendiri Istana Bunian ni, korang boleh lah ke Kampung Tok Burung, Bachok. Ianya betul-betul berada di kawasan perumahan di seberang jalan Pantai Irama Bachok.


VILLA DANIALLA TOK BALI TAWAR HARGA BILIK SERENDAH RM300 SEMALAM

$
0
0
villa danialla tok bali

Percutian di negeri sendiri bukanlah sesuatu yang membosankan bagi saya. Ianya cukup perfect apabila diundang dan dapat bercuti di sebuah resort yang cukup terkenal di negeri Kelantan iaitu Villa Danialla Beach Resort yang terletak dalam daerah Bachok.

villa danialla tok bali

Resort ini lebih dikenali dengan Villa Danialla Tok Bali kerana lokasinya yang tidak jauh dari lokasi tumpuan Tok Bali.

KAMAR DI VILLA DANIALLA BESAR & SELESA

villa danialla tok bali
Villa Hamat 5
Dua (2) malam menginap di Villa Hamat 5 sudah tentu sangat menerujakan dan banyak hal menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Sebuah bilik yang sangat luas dengan kelengkapan yang cukup lengkap.

villa hamat 5 villa danialla
kedudukan katil & almari baju di Villa Hamat 5
villa danialla
kedudukan katil & sofa di Villa Hamat 5
villa danialla tok bali
ruang rehat bersofa dan mini pantry di Villa Hamat 5
Bukan sahaja ruangan bilik tidur sahaja, malah ruangan mandi juga mampu buat sesiapa saja yang tengok teruja. Ruang mandi yang cukup besar dan selesa.

villa danialla tok bali
ruangan tandas dan tempat mandi di Villa Hamat 5
Untuk pengetahuan korang semua, setiap kamar di Villa Danialla Beach Resort dihias dengan dekorasi dan susun atur perabot yang berbeza.

villa danialla
Villa Meriam sesuai untuk pasangan
Selain Villa Hamat yang kami inap, korang juga boleh memilih untuk tinggal di Villa Matahari, Villa Ombak, Villa Zainab, Villa Meriam, Villa Haflin, Villa Russkaya, Villa Sarah, atau Villa Dato Siti. Tentang harga, korang tak perlu risau kerana mereka menawarkan harga yang cukup berbaloi-baloi dengan hanya serendah RM300 ke atas semalam mengikut cita rasa masing-masing.

Bagi booking setiap bilik:
*breakfast percuma untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 bawah 3 tahun sahaja.
*add on breakfast extra dewasa rm15
*add on breakfast extra kanak2 ( 4-12 tahun )Rm10

villa danialla tok bali
swimming pool bersaiz olympic hingga kedalaman 12 kaki
INFINITY POOL | Istimewanya Villa Danialla ni kerana ianya berada di pesisiran pantai dan mempunyai sebuah kolam renang infiniti (infinity pool)yang bersaiz olympik dari kedalaman lima (5) kaki hingga ke dua belas (12) kaki yang betul-betul menghadap pantai.

villa danialla tok bali
kedalaman swimming pool bermula dari 5 hingga 12 kaki
Bagi booking setiap bilik:
*penggunaan kolam renang PERCUMA untuk 2 dewasa dan 2 orang kanak-kanak sahaja
*add on kolam renang utk extra dewasa Rm30
*add on kolam renang utk extra kanak2 rm20

aktiviti di villa danialla
menikmati keindahan matahari terbit di pantai sambil menunggang kuda
HORSEBACK RIDING | Selain dari berehat di bilik yang sangat selesa dan mandi di infinity pool mereka, pengunjung juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik seperti menikmati matahari terbit (sunrise) sambil menunggang kuda di persisiran pantai dengan hanya bayaran RM100 sejam (termasuk kelengkapan topi dan boot).

villa danialla
gelanggang bola tampar pantai
BEACH VOLLEYBALL | Untuk yang datang dengan kawan-kawan secara berkumpulan, korang juga boleh meluangkan masa bersama untuk bermain bola tampar pantai berdekatan dengan Villa Dato Siti.

hi tea di villa danialla
kuih tradisi akok yang dibakar guna dapur kayu dan sabut kelapa
AKOK DAPUR KAYU | Di Villa Danialla ini juga, korang boleh menikmati keenakan makanan tradisi masyarakat negeri Kelantan iaitu "akok" . Lebih menarik, akok yang bakal dihidangkan pada korang adalah akok yang dibakar dengan menggunakan 100% cara asal atau cara tradisional iaitu dengan menggunakan dapur kayu dan sabut kelapa.

Jadi sangat sesuailah untuk di oder dan dijadikan menu untuk hi-tea dengan keluarga dan kawan-kawan kan. Boleh tahan rasa dia, keunikan pada rasa tu memang ada sebab ia dibakar guna dapur kayu.

villa danialla
dewan utama untuk pelbagai program & majlis
SEWA DEWAN | Pada pendapat saya, Villa Danialla juga merupakan sebuah tempat peranginan yang sangat cantik untuk dijadikan lokasi aktiviti korporat (meeting dll) dan majlis perkahwinan, kerana mereka juga mempunyai dewan yang besar dengan kelengkapan yang cukup bagus dan selesa.

villa danialla
sekitar ruang dalam dewan utama
Pengunjung juga boleh berkunjung ke bandar kerana jarak vila ini hanya berlokasi 48 km dari bandar Kota Bharu. Selain itu, vila ini juga menjadi satu lokasi persinggahan yang popular bagi mereka yang ingin bercuti di Pulau Perhentian. Mana taknya, lokasi vila ni hanya makan masa tak sampai setengah jam perjalanan untuk ke jeti Kuala Besut. Jadi, alang-alang korang plan untuk bercuti ke Pulau Perhentian tu bolehlah ambil masa sehari dua untuk stay di sini.

Villa Danialla Beach Resort
Alamat : Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan
Untuk tempahan, boleh whatsapp ke : +60 13 928 3878

LIRIK LAGU TEMAN - IMAN TROYE

$
0
0

Lyrics TEMAN - IMAN TROYE

(Pilih pilih lagi pilih pilih hati hati hati)

Rama-rama hinggap di bunga taman
Langitan biru di takluk awan
Senangnya bila berdua-duaan
Saat berjauh rindu-rinduan

Mudah-mudahan ku dipertemukan
Dengan si dia yang ku idamkan
Kini aku kesunyi-sepian
Berbantal panjang sebagai teman

Oh cinta yang indah mekar
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

Aku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir-gilir ganti
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri

Ku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman
(Teman teman teman)

Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)

Ku timang-menimang dalam fikiran
Haruskah ku terus mengimpikan
Adakah kita kan berkekalan
Mungkinkah kita tak sehaluan

Oh cinta yang indah mekar
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

Aku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir-gilir ganti
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri

Ku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman
(Teman teman teman)

Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)

Ooo…
Gugur di biar….

Aku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir-gilir ganti
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri

Ku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman
(Teman teman teman)

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman mu dan bukan
(Bukan)
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)

Oh bukan…
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)


Iman Troye - Teman (Official Music Video)



Viewing all 1359 articles
Browse latest View live